Anda di halaman 1dari 33

Peneraju Pendidikan Negara

BAHAGIAN PEMBANGUNAN
KURIKULUM
ASAS SAINS KOMPUTER
TINGKATAN 3
KURIKULUM STANDARD
SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
KURSUS ORIENTASI
(ASK)
Peneraju Pendidikan Negara
Peneraju Pendidikan Negara
RANCANGAN MALAYSIA KE-11
Subjek ICT akan ditawarkan sebagai mata pelajaran wajib pada
peringkat menengah rendah dan mata pelajaran elektif pada
peringkat menengah atas. Pendekatan ini dapat memastikan pelajar
sekolah mempunyai asas yang kukuh dalam bidang ICT sebelum
mereka melanjutkan pelajaran pada peringkat pengajian tinggi.
Elemen bahasa pengaturcaraan, reka bentuk perkakasan dan
perisian, pangkalan data, capaian maklumat dan pemikiran
komputasional akan disepadukan dalam modul pembelajaran bagi
memperkukuh subjek TMK
(RMK-11, 8-17)
TRANSFORMASI KURIKULUM TMK
Peneraju Pendidikan Negara
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA PPPM
2013 - 2025
Pihak Kementerian memurnikan dan menilai semula kandungan
kurikulum sejajar dengan standard antarabangsa bagi Transformasi
ICT dalam pendidikan dengan menyediakan murid dengan kemahiran
dan pengetahuan untuk belajar dengan berkesan dan hidup secara
produktif dalam dunia global dan digital.
(PPPM 4-5, 6-21)
Menyebatikan ICT dalam kurikulum
(Gelombang 1, PPPM 6-23)

TRANSFORMASI KURIKULUM TMK


Memperkenal inovasi dalam ICT
(Gelombang 2, PPPM 6-25)

Peneraju Pendidikan Negara


ASK MULAI 2017
Mata pelajaran wajib elektif yang ditawarkan secara pilihan
dengan mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT)
menggantikan Program ICT Literacy (ICTL) yang
diperkenalkan pada tahun 2005.
Dilaksanakan mengikut pilihan murid dan tertakluk kepada
kesediaan sekolah.
Peruntukan Waktu adalah sebanyak 64 jam setahun.
Guru yang mengajar mesti memiliki Diploma/ Ijazah/
Sarjana Sains Komputer/ Teknologi Maklumat atau yang
setara.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN
PENTAKSIRAN Selaras dengan hasrat Anjakan 7 PPPM
2013-2025 yang

DSKP) memberi penekanan memanfaatkan TMK untuk

SK TING 3 meningkatkan kualiti pembelajaran di


Malaysia.
PELAKSANAAN MATA PELAJARAN
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK)
Peneraju Pendidikan Negara
MATLAMAT
OBJEKTIF
KSSM ASK bermatlamat menyediakan murid dengan pengetahuan
dan kemahiran pemikiran komputasional serta mengamalkan nilai
dan budaya TMK. Ini dapat melengkapkan murid dengan
pengetahuan dan kemahiran asas sains komputer yang merangkumi
kemahiran pengaturcaraan dan algoritma bagi melahirkan murid
yang kreatif, inovatif, dinamik dan beretika.
1. Menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau
idea secara logik dan sistematik; 2. Mengguna, mengesan dan
membetulkan kesalahan algoritma dan atur cara menggunakan
pemikiran logik dan pemikiran komputasional; 3. Menyelesaikan
masalah kompleks melalui pemikiran
komputasional menggunakan penyelesaian berteraskan komputer;
dan 4. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
pengkomputeran secara beretika, berhemah dan
bertanggungjawab.

ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM


Melahirkan individu yang mempunyai kemahiran Pemikiran
Komputasional
Murid diajar dengan prinsip asas dan konsep pembinaan teknologi digital
Berubah dari pengguna teknologi yang berpengetahuan kepada pencipta teknologi
dan pencetus idea baharu

Peneraju Pendidikan Negara


Kurikulum ASK menengah rendah memberi fokus ke arah
menyediakan murid yang berfikiran komputasional.
Kerangka kurikulum ASK dibina berasaskan kesepaduan
unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui empat (4)
Bidang Pembelajaran yang digubal iaitu
• Konsep Asas Pemikiran Komputasional
• Perwakilan Data
• Algoritma
• Kod Arahan.
FOKUS
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
Kerangka Konsep Asas Sains Komputer
Peneraju Pendidikan Negara
• Menyelesaikan masalah kompleks dengan mereka bentuk sistem, membina
algoritma dan mengatur cara menggunakan teknologi komputer.
• Menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau idea secara logik
dan sistematik.
• Menginovasi kaedah penyelesaian baharu berdasarkan model sedia ada.
• Mewakilkan data menerusi abstraksi seperti model dan simulasi.
• Mengautomasikan penyelesaian melalui pemikiran beralgoritma.
• Mengenal pasti, menguji dan melaksanakan setiap kemungkinan
penyelesaian

Pengetahuan
• Kemahiran penyelesaian masalah.
• Kemahiran pengurusan maklumat.
• Kemahiran manipulatif.
• Kemahiran Komunikasi
Kemahiran
FOKUS
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
• Menanamkan sifat jujur, amanah, bertanggungjawab, bekerjasama, cekap
dan bijaksana.
• Etika
• Integriti
• Bersikap gigih dalam melaksanakan tugasan yang sukar.
• Berkeupayaan untuk menangani masalah terbuka.
• Bertoleransi dalam menerima kritikan.
• Berkeupayaan untuk berkomunikasi dan bekerja dengan orang lain untuk
mencapai matlamat atau penyelesaian yang sama.
• Menggunakan teknologi secara berhemah dan bertanggungjawab.

Peneraju Pendidikan Negara


Nilai
Kemahiran Abad Ke-21 bermatlamat untuk
melahirkan murid agar berupaya bersaing di
peringkat global.
Penguasaan SK dan SP dalam kurikulum Asas Sains
Komputer menyumbang kepada pemerolehan
Kemahiran Abad ke-21 dalam kalangan murid.
KEMAHIRAN ABAD KE-21
PROFIL MURID 1) Berdaya Tahan
2) Mahir Berkomunikasi
3) Pemikir 4) Kerja Sepasukan 5) Bersifat Ingin Tahu
6) Berprinsip
7) Bermaklumat 8) Penyayang/ Prihatin 9) Patriotik
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
Peneraju Pendidikan Negara
Tahap pemikiran dalam KBAT KBAT ialah keupayaan
untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi
kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul serta
strategi berfikir.
KBAT boleh diaplikasi dalam bilik darjah melalui aktiviti
berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian
masalah dan projek.
Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti
peta pemikiran atau peta minda serta penyoalan aras tinggi
untuk menggalakkan murid berfikir.
TAHAP PEMIKIRAN
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Mencipta
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
Peneraju Pendidikan Negara
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dengan Komputer
Tanpa Komputer (Unplugged)
http://www.holyrosaryps.ie/wordpress/wp-content/uploads/2015/09/computer-classes-300x300.jpg

Pembelajaran Berasaskan Inkuiri


Pembelajaran Kendiri
Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah
Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran Berasaskan Projek
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
Peneraju Pendidikan Negara
Pendekatan STEM (Science, Technology, Engineering and
Mathematics)
Pendekatan STEM ialah PdP yang mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM melalui inkuiri,
penyelesaian masalah atau projek dalam konteks kehidupan
harian, alam sekitar dan masyarakat tempatan serta global.
STEM
PdP STEM yang kontekstual dan autentik dapat menggalakkan
pembelajaran mendalam dalam kalangan murid. Murid boleh
bekerja secara berkumpulan atau secara individu mengikut
kemampuan murid ke arah membudayakan pendekatan STEM
dengan mengamalkan perkara- perkara seperti berikut;
1. Menyoal dan mengenal pasti masalah, 2. Membangunkan dan
menggunakan model, 3. Merancang dan menjalankan
penyiasatan, 4. Menganalisis dan mentafsirkan data, 5.
Menggunakan pemikiran matematik dan
pemikiran komputasional, 6. Membina penjelasan dan mereka
bentuk
penyelesaian, 7. Melibatkan diri dalam perbahasan dan
perbincangan berdasarkan eviden, dan 8. Mendapatkan
maklumat, menilai dan
berkomunikasi tentang maklumat tersebut.
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
Peneraju Pendidikan Negara
Unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) selain yang
ditetapkan dalam standard kandungan.
Mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal
insan yang dihasratkan serta dapat menangani
cabaran semasa dan masa hadapan
❑ Bahasa ❑ Kelestarian Alam Sekitar ❑ Nilai Murni
❑ Sains Dan Teknologi ❑ Patriotisme ❑ Kreativiti
Dan Inovasi ❑ Keusahawanan ❑ Teknologi Maklumat
dan Komunikasi ❑ Kelestarian Global ❑ Pendidikan
Kewangan
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
Peneraju Pendidikan Negara
PENTAKSIRAN SEKOLAH/
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
Peneraju Pendidikan Negara
TAFSIRAN TAHAP PENGUASAAN
KESELURUHAN ASAS SAINS KOMPUTER
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
Peneraju Pendidikan Negara
• Bagi peringkat menengah rendah, satu
kerja projek perlu dilaksanakan oleh murid
secara individu dalam tempoh setahun
persekolahan bermula Standard Kandungan
1.1 dalam Konsep Asas Pemikiran
Komputasional.
• Kerja projek Tingkatan 3 ini hendaklah
berasaskan kepada gabungan semua bidang
Pembelajaran KSSM ASK yang telah
dipelajari dan diintegrasikan sekurang-
kurangnya dengan satu mata pelajaran lain.
Guru perlu membimbing dan memantau
perkembangan kerja projek murid.
• Kerja Projek murid hendaklah dihantar
secara individu dan guru boleh
menggunakan rubrik dalam Jadual 4 bagi
membolehkan elemen pengetahuan,
kemahiran dan nilai ditaksir sepertimana
kerja projek yang telah dirancang.
KERJA PROJEK KSSM ASK
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
Peneraju Pendidikan Negara
Rubrik mengandungi kriteria tertentu
bagi membolehkan guru membuat
penilaian penguasaan murid untuk
memastikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai dalam KSSM ASK dicapai.
Dengan adanya rubrik, guru dapat
melaksanakan pentaksiran dengan
lebih konsisten, teratur dan terarah
berdasarkan kriteria yang telah
ditetapkan.
RUBRIK - KERJA PROJEK KSSM
ASK
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
Peneraju Pendidikan Negara
TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN
1 • Menyatakan penggunaan teknik pemikiran komputasional
dalam
penyelesaian tugasan yang diberikan.
• Mengenal pasti setiap aspek masalah dan meleraikannya
supaya mudah difahami secara bertulis.
2 • Menerangkan persamaan atau perbezaan masalah yang telah
dikenal pasti melalui teknik pengecaman corak.
• Menterjemah idea dengan menulis langkah-langkah
penyelesaian dalam bentuk pseudokod dan carta alir untuk
menunjukkan pelaksanaan teknik peniskalaan dalam fasa reka
bentuk atur cara.
3 • Menyesuaikan penggunaan teknik pemikiran komputasional
dalam
tugasan yang diberikan secara bertulis.
• Melaksanakan teknik pengitlakan menerusi penghasilan atur
cara terhadap cadangan penyelesaian masalah yang ditemui.
• Membina atur cara berdasarkan sumber yang ada dalam
menyelesaikan masalah.
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
Peneraju Pendidikan Negara
TAHAP PENGUASAAN PENERANGAN
4 • Menganalisis dan membuat perbandingan kaedah
pembangunan
atur cara yang berbeza menggunakan teknik pemikiran
komputasional bagi satu permasalahan yang sama.
• Memeriksa langkah penyelesaian masalah telah dilaksanakan
dengan cekap menggunakan teknik peniskalaan. 5 • Menguji,
mengesan dan membaiki ralat atur cara mengikut
prosedur, secara sistematik dan tekal.
• Membuat penilaian kecekapan atur cara yang dibina dalam
penyelesaian masalah.
• Mencadangkan atur cara yang lebih ringkas dan cekap
daripada atur cara asal dalam menyelesaikan masalah
menggunakan teknik pemikiran komputasional. 6 •
Menghasilkan atur cara bermanfaat kepada pengguna dan dapat
dijadikan contoh.
• Menghasilkan dokumentasi lengkap yang menunjukkan
kesemua teknik pemikiran komputasional dalam fasa
pembangunan atur cara.
• Merumuskan pengalaman yang dilalui dalam pembangunan
atur cara dan menyusun semula konsep tersebut dalam satu
bentuk pembentangan kreatif.
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
Peneraju Pendidikan Negara
ORGANISASI KANDUNGAN Standard
Kurikulum ASK memberi fokus kepada penguasaan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sesuai dengan tahap
kebolehan murid berdasarkan Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi yang disusun dalam 3 lajur
secara bersebelahan seperti berikut
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Suatu penetapan kriteria
Suatu set kriteria umum yang atau
indikator kualiti
menunjukkan tahap-tahap
pembelajaran dan
prestasi yang perlu murid pencapaian
yang boleh
pamerkan sebagai tanda diukur bagi
setiap
bahawa sesuatu perkara itu standard
kandungan.
telah dikuasai murid.

ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM


Peneraju Pendidikan Negara
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
Peruntukan Waktu
Peruntukan waktu minimum bagi KSSM ASK ialah
sebanyak 64 jam setahun. Mata pelajaran ini adalah dalam
pakej mata pelajaran wajib.
PELAKSANAAN MATA PELAJARAN KSSM ASK
Terdapat 4 bidang pembelajaran yang digubal dalam
KSSM ASK menengah rendah iaitu
❖ Konsep Asas Pemikiran Komputasional, ❖ Perwakilan
Data, ❖ Algoritma dan ❖ Kod Arahan. Kandungan yang
terdapat dalam kesemua
bidang ini disusun atur mengikut aras kognitif murid iaitu
dari aras mudah ke aras yang lebih kompleks.
Bidang Pembelajaran KSSM ASK
Peneraju Pendidikan Negara
PERWAKILAN DATA
KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL
BIDANG PEMBELAJARAN
KOD ARAHAN
ALGORITMA
Konsep Asas Pemikiran Komputasional dapat membantu murid menyusun,
menganalisis dan
mempersembahkan data atau idea secara logik dan sistematik. Melalui Bidang
Pembelajaran ini murid dengan mudah dapat menyelesaikan masalah kompleks
melalui teknik leraian, pengecaman corak, peniskalaan dan pengitlakan. Konsep ini
diterapkan dalam fasa pembangunan atur cara untuk menghasilkan satu projek
mini pengaturcaraan. Kemahiran ini seterusnya dapat digunakan dalam
menyelesaikan masalah untuk bersaing dalam dunia global.
Bidang ini merangkumi kaedah membina algoritma melalui pseudokod dan carta
alir. Murid
dapat menerangkan penggunaan algoritma, membangunkan algoritma dan
menggunakan algoritma dalam penyelesaian masalah dengan mengaitkannya
dengan kehidupan seharian. Murid akan menggunakan semula pengetahuan dalam
pembangunan algoritma yang telah dipelajari semasa di Tingkatan 1 dan di
Tingkatan 2 untuk melengkapkannya semasa menulis pseudokod dan melukis carta
alir yang melibatkan search dan sort di Tingkatan 3. Kod Arahan merangkumi
konsep dan elemen asas pengaturcaraan serta atur cara mudah.
Bidang ini melatih murid membina pemikiran logik dalam menyelesaikan masalah
melalui penggunaan aplikasi pengaturcaraan dan seterusnya dapat membuat satu
projek pengaturcaraan. Murid juga diperkenalkan dengan tajuk Pangkalan Data
dan SQL di Tingkatan 3.
Perwakilan Data diperkenalkan kepada murid untuk menunjukkan bahawa data
diwakili dalam bentuk sistem penomboran dan skema pengekodan bagi
membolehkan manusia berinteraksi dengan komputer. Semasa di Tingkatan 3
murid diperkenalkan dengan tajuk Kriptografi Dalam Keselamatan Data sebagai
kesinambungan kepada pengetahuan yang dipelajari di Tingkatan 1 dan di
Tingkatan 2.
PENERANGAN

ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM


Peneraju Pendidikan Negara
1.0 KONSEP ASAS PEMIKIRAN
KOMPUTASIONAL
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
Peneraju Pendidikan Negara
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
2.0 PERWAKILAN DATA
Peneraju Pendidikan Negara
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
Peneraju Pendidikan Negara
3.0 ALGORITMA
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
Peneraju Pendidikan Negara
4.0 KOD ARAHAN
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
4.0 KOD ARAHAN
Peneraju Pendidikan Negara
• Guru perlu melaksanakan
pentaksiran apabila selesai mengajar
satu kelompok Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran.
• Rekod disimpan di sekolah untuk:
- Tindak susul - Pelaporan kepada
pihak berkepentingan
PELAPORAN TAHAP
PENGUASAAN MURID
ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KSSM
Peneraju Pendidikan Negara
SEKIAN, TERIMA
KASIH
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
http://bpk.moe.gov.my
Peneraju Pendidikan Negara

Anda mungkin juga menyukai