Anda di halaman 1dari 12

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TIANG BAROH


36200 SELEKOH, PERAK.
(Kod Sekolah: ABAB025)

KERTAS KONSEP PENGURUSAN

KEBITARAAN TS25
DOING STEM

DIEDIAKAN OLEH:

PANITIA SAINS
SK SUNGAI TIANG BAROH
1. NAMA PROGRAM
Kebitaraan TS25 – Doing STEM

2. NARATIF PROGRAM
Pendidikan STEM yang sebenar harus meningkatkan pemahaman murid tentang
bagaimana sesuatu berfungsi dan meningkatkan penggunaan teknologi dan
kejuruteraan. Kejuruteraan terlibat secara langsung dalam penyelesaian masalah dan
inovasi, dua elemen dengan keutamaan tinggi dalam agenda setiap negara.
Memandangkan kepentingan ekonominya kepada masyarakat, murid harus belajar
mengenai kejuruteraan dan mengembangkan beberapa kemahiran dan kebolehan yang
berkaitan dengan proses reka bentuk. Pendidikan STEM perlu dimulakan di sekolah
rendah dan harus bertujuan untuk mempersiapkan anak muda untuk penyertaan aktif di
masa depan mereka. Bagi melahirkan generasi yang berminat dan berkemahiran dalam
STEM, fokus utama di sekolah mungkin berlaku melalui pasukan guru yang bekerjasama
dalam pendekatan bersepadu, berdasarkan pengajaran dan pembelajaran silang
kurikulum. Guru memainkan peranan penting dalam pendidikan STEM, dan penting
untuk meningkatkan pencapaian kemahiran yang tinggi dalam pengajaran dan
pembelajaran (Kurup, et. al, 2019).

3. OBJEKTIF PROGRAM
Melaksanakan Pendidikan STEM dalam bilik darjah bertujuan untuk:

3.1 Memperkenalkan pendekatan STEM menerusi aktiviti 'pembelajaran berasaskan


projek', ‘inkuiri penemuan’ dan ‘pembelajaran berasaskan masalah’
3.2 Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran serta nilai dan etika STEM dalam
kehidupan sebenar
3.3 Memberikan pendedahan teknologi dalam STEM kepada murid-murid sekolah
rendah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan objektif pendidikan STEM


peringkat sekolah rendah iaitu bertujuan menyediakan murid untuk berkebolehan
membuat hubungan atau membina asas pengetahuan dengan situasi dalam kehidupan
harian melalui aktiviti penyiasatan dan penerokaan. Manakala di peringkat pendidikan
awal adalah untuk memupuk atau mengaspirasikan minat melalui aktiviti yang boleh
merangsang sifat ingin tahu.

4. KEMAHIRAN STEM
Aktiviti STEM yang dibentuk adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan,
kecekapan serta kompetensi untuk meneroka, menyelesaikan masalah, mereka bentuk
dan menghasilkan produk. Kemahiran ini ditingkatkan melalui aktiviti, projek atau
tugasan yang dihasratkan dalam kurikulum mata pelajaran sains, reka bentuk dan
teknologi dan matematik peringkat sekolah rendah.
5. NILAI DAN ETIKA STEM
Di samping meningkatkan kemahiran STEM, aktiviti STEM yang dibentuk juga harus
mampu menerapkan nilai dan etika STEM seperti yang disenaraikan di bawah:

• sistematik
• objektif
• tekal
• berfikir secara rasional
• tabah
• komited
• menyahut cabaran
• berani mencuba
• berfikiran terbuka
• Inovatif
• Empati

6. ANJURAN
Panitia Sains dengan kerjasama Panitia Metamatik, Panitia Rekabentuk & Teknologi
(RBT) dan Panitia Pendidikan Seni Visual (PSV) SK Sungai Tiang Baroh

7. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 1 sehingga Tahun 6 SK Sungai Tiang Baroh

8. JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA:


Penaung : Pn. Kasmiyati binti Katiman
Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk
Pengerusi : Pn. Rashidah binti Zainal Abidin
Guru Besar SK Sungai Tiang Baroh
Timb. Pengerusi 1 : En. Azman bin Mohamed Yusof
GPK Pentadbiran, SK Sungai Tiang Baroh
Timb. Pengerusi 2 : En. Fadzlil Alia bin Ghazali
GPK Hal Ehwal Murid, SK Sungai Tiang Baroh
Timb. Pengerusi 3 : En. Tahkim bin Musa
GPK Kokurikulum, SK Sungai Tiang Baroh
Setiausaha : En. Mohd Khuzaimi bin Mat Shah
Bendahari : En. Mohd Fauzi bin Adnan
AJK : Ketua Panitia Panitia Metamatik, Panitia Rekabentuk & Teknologi
: (RBT) dan Panitia Pendidikan Seni Visual (PSV)
: Semua guru mata pelajaran
9. OBJEKTIF MODUL DOING STEM

Modul ini dilaksanakan untuk mencapai objektif berikut:

i. menyediakan aktiviti STEM yang mengambil kira pengetahuan sedia ada murid
dan pencapaian hasil pembelajaran matematik, sains dan RBT seperti yang
disediakan dalam DSKP
ii. membudayakan pelbagai aktiviti STEM dalam kalangan murid bagi meningkatkan
minat terhadap STEM

10. KERANGKA MODUL DOING STEM

Kerangka Modul “Doing STEM” dibina untuk memberi panduan pembinaan struktur
asas dan konsep modul ini. Kerangka Modul “Doing STEM” adalah seperti dalam Rajah
1.

Rajah 1: Kerangka Modul “Doing STEM”

11. ELEMEN-ELEMEN DALAM MODUL “DOING STEM”

i. KPPB (Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna)

Pembelajaran bermakna ialah apabila murid menggunakan pengetahuan dan


kemahiran isi kandungan yang diperoleh untuk meneroka dan mencipta pengetahuan dan
kemahiran serta idea yang baharu. Melalui pengetahuan dan kemahiran baharu yang
diperoleh tersebut, murid menggunakannya untuk menyelesaikan masalah dalam
kehidupan. Pembelajaran bermakna melibatkan proses murid mencapai kompetensi Global
6C mereka dengan memanfaatkan peralatan dan sumber digital.

Bagi mencapai pembelajaran bermakna, pedagogi baharu perlu menekankan kepada


kebolehan murid menggunakan pengetahuan kandungan untuk mencipta dan menghasilkan
pengetahuan baharu yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupannya. Guru dan murid secara
bersama meneroka kandungan. Penggunaan dan pemanfaatan teknologi adalah secara
‘ubiquitous’ (pembelajaran berlaku di mana-mana). Aktiviti STEM yang direka bentuk
mengaplikasikan KPPB melalui:

ii. PBL (Pembelajaran Berasaskan Projek)

Pendekatan aktiviti pembelajaran ini mempunyai jangka masa yang panjang,


mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu, berpusatkan murid dan menghubungkaitkan
pengamatan kehidupan yang sebenar. Projek ditakrifkan sebagai tugasan, pembinaan atau
siasatan yang teratur yang menjuruskan kepada matlamat yang spesifik.

 Membina soalan utama


 Suara dan pilihan murid
 Kemahiran abad ke 21
 Inkuiri dan inovasi
 Maklum balas dan semakan
 Pembentangan Produk

Satu elemen yang penting dalam PBL adalah proses reka bentuk kejuruteraan
(EDP) merupakan proses perancangan sistem, komponen atau proses bagi memenuhi
keperluan yang diinginkan. Ia merupakan proses membuat suatu keputusan,
di mana sains asas, matematik, dan sains kejuruteraan diaplikasikan untuk
mengoptimumkan sumber dalam mencapai objektif. Antara elemen-elemen asas dari
proses reka bentuk ini adalah pembentukan objektif dan kriteria, sintesis, analisis,
pembinaan, pengujian dan penilaian (Hyman, 1998).

Haik (2003) mencadangkan dalam melakukan pengintegrasian reka bentuk ke


dalam kurikulum sekolah mesti mengandungi beberapa ciri seperti berikut; dapat
membangun dan membantu pelajar untuk memiliki sikap kreativiti, menyelesaikan
masalah-masalah terbuka, membangun dan menggunakan reka bentuk teori serta
metodologi moden, memformulasikan masalah reka bentuk serta spesifikasinya,
penghuraian proses hasil pengeluaran yang sejalan dengan prinsip reka bentuk
kejuruteraan, dan dapat menjelaskan secara terperinci sistem yang digunakan.
Beliau juga menambahkan jika pengintegrasian reka bentuk dilakukan dalam
pengajaran dan pembelajaran sains, kemampuan pelajar dalam bidang
pengetahuan sains juga harus memadai kerana ianya akan mempengaruhi
kemampuan pelajar semasa melakukan proses reka bentuk, terutamanya proses reka
bentuk yang melibatkan pengaplikasian konsep-konsep sains.
iii. KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

KPM telah memberi penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dalam sistem persekolahan bagi menghadapi persaingan global yang semakin sengit dalam
persekitaran ekonomi yang dipacu oleh inovasi. Pelaksanaan KBAT dalam sistem
persekolahan menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan sistematik yang
merangkumi tujuh elemen yang terdiri daripada tiga elemen utama iaitu kurikulum,
pedagogi dan pentaksiran serta empat elemen sokongan iaitu kokurikulum, sokongan
komuniti dan swasta, sumber dan bina upaya.

iv. IR 4.0

Revolusi Industri 4.0 menggabungkan dunia maya dan fizikal. Teknologi bidang digital
yang sedia ada bagi industri 4.0 adalah Internet of Things, Robotik, Cloud Computing,
Augmented Reality dan Keselamatan Siber. Pertembungan dunia Teknologi Maklumat (IT)
dengan Teknologi Pengoperasian (OT) akan mencetuskan potensi yang lebih besar kepada
usaha peningkatan proses dan produktiviti secara optimum seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2. Impak Revolusi Industri 4.0 memberikan inovasi dan sejarah baru dalam segala
bidang terutamanya dalam bidang pendidikan.

ROBOTIK BIG DATA

Robotik adalah sains dan satu set data yang saiznya melebihi
teknologi robot, termasuk reka kemampuan alat perisian pangkalan
bentuk, pengeluaran, dan data khas untuk mengumpulkan,
penggunaan. Robotik memerlukan menyimpan, mengurus dan
pengetahuan tentang elektronik, menganalisis data”.
mekanik dan perisian.

INTERNET OF THINGS CLOUD COMPUTING

Internet Kebendaan Pengkomputeran


adalah teknologi yang awan ialah pembangunan
berupaya dan penggunaan teknologi
menghubungkan semua komputer berasaskan
benda dengan internet internet

AUGMENTED REALITY
KESELAMATAN SIBER
Teknologi bagi
memaparkan tayangan Keselamatan siber dalam
menangani ancaman siber
langsung atau pun tidak
yang berlaku merangkumi
yang mana elemen jenayah siber, ketirisan
persekitaran sudah maklumat berperingkat,
diaugementasikan. hacktivism, kerentanan
teknologi serta kandungan
internet yang berbahaya.

Rajah 2: Enam Tunjang 4IR Yang Di aplikasi dalam “Doing STEM”


v. Model Instruksi 5E

Model Instruksi 5E ialah satu model instruksional yang merangkumi lima fasa iaitu fasa
pelibatan, fasa penerokaan, fasa penjelasan, fasa pengembangan/pengolahan dan fasa
pentaksiran. Ia merupakan satu model instruksi yang menekankan aktiviti inkuiri iaitu
melibatkan aktiviti hands-on dan berpusatkan murid.

vi. EDP (Engineering Design Process)


Proses reka bentuk kejuruteraan (Engineering Design Process, EDP) adalah satu siri
langkah yang boleh diamalkan untuk menyelesaikan masalah jika ia melibatkan merancang,
membina, dan menguji sebelum menghasilkan produk. Proses reka bentuk kejuruteraan
menekankan penyelesaian masalah secara terbuka dan mendorong seseorang murid belajar
daripada kegagalan. Proses ini memupuk kemampuan murid untuk meneroka penyelesaian
yang inovatif dan kreatif.

vii. Pembangunan Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global Citizenship Education


Development, GCED)
Pembangunan Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global Citizenship Education
Development, GCED) adalah satu bentuk pembelajaran sivik yang melibatkan penyertaan
aktif murid dalam projek, menangani isu-isu global yang bersifat sosial, politik, ekonomi,
atau persekitaran. GCED menegakkan tema seperti keamanan dan hak asasi manusia,
pemahaman antara budaya, pendidikan kewarganegaraan, penghormatan terhadap
kepelbagaian dan toleransi, perangkuman, memberikan lensa keseluruhan yang melihat
peranan pendidikan dalam mempromosikan kedaulatan undang-undang seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3. GCED bertujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk
terlibat dan mengambil peranan aktif, di dalam dan di seluruh dunia, sebagai penyumbang
proaktif kepada dunia yang lebih adil, damai, toleran, inklusif, aman dan lestari. Ia dibina
berdasarkan perspektif pembelajaran sepanjang hayat.

Rajah 3: Pembangunan Pendidikan Kewarganegaraan Global


(Global Citizenship Education Development, GCED)
12. MATLAMAT PENDIDIKAN STEM
Matlamat akhir pendidikan STEM ialah melahirkan murid yang mempunyai literasi
STEM yang berupaya untuk mengenal pasti, mengaplikasikan serta mengintegrasikan
konsep atau komponen STEM untuk memahami masalah dan menyelesaikannya secara
kreatif dan inovatif.

i. Pembudayaan STEM

Pendidikan STEM bertujuan melengkapi murid dengan ilmu pengetahuan STEM dan
kemahiran yang berkaitan seperti penyelesaian masalah kolaborasi, pemikiran kritis dan
kreativiti. Budaya STEM perlu menerapkan pemikiran murid dan ia merupakan satu proses
berterusan. Aktiviti/projek PdP dalam modul ini bertujuan menyediakan ruang untuk murid
mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran STEM. (KPM, 2013). Dengan kata lain,
pembudayaan STEM merujuk kepada proses menghayati dan menerima perkembangan
Pendidikan STEM. Pembudayaan STEM dibentuk melalui gabungan pengetahuan sains,
teknologi, kejuruteraan dan matematik serta menggunakan pengetahuan tersebut untuk
mengenal pasti isu, mendapatkan pengetahuan baru dan memahami isu-isu mengenai
disiplin STEM yang boleh diserapkan dalam persekitaran, intelektual dan budaya setempat.
Konsep integrasi atau interdisiplin menjadi asas kepada pelbagai definisi Pendidikan STEM
yang diberikan sama ada integrasi antara subjek atau komponen. Secara tidak langsung
dapat menghubungkan antara sekolah, komuniti, alam pekerjaan dan global, bagi
membolehkan pengembangan literasi STEM dan keupayaan untuk bersaing dalam ekonomi
baharu ( Wan Nor Fadilah, Suhaiza & Lilia, 2017)

ii. Kemenjadian Murid

Kemenjadian murid dilihat melalui hasil keberkesanan proses persekolahan secara


holistik. Modul ini merujuk kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025 sebagai rujukan, yang memfokuskan enam ciri murid yang menjadi aspirasi negara,
iaitu murid berpengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin,
berkemahiran dwibahasa, beretika dan berkerohanian, serta mempunyai identiti nasional.

iii. Kualiti Sekolah

Modul ini digubal untuk menyokong Standard 4 dalam Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM) iaitu membantu guru merancang dan melaksanakan proses PdP yang
berkualiti tinggi, supaya guru-guru dapat membantu murid untuk memperkembangkan
potensi dan pencapaian mereka ke tahap optimum secara berterusan.
13. AKTIVITI “DOING STEM”

Aktiviti “Doing STEM” disediakan dalam satu templet yang mempunyai tajuk utama berikut:

i. Tajuk
Tajuk bagi aktiviti yang disediakan. Tajuk ditulis dalam beberapa perkataan yang
catchy, bertujuan menarik perhatian pembaca.

ii. Pengenalan
Pengenalan kepada projek, latar belakang dan tujuan secara ringkas.

iii. Isu/Senario
Perbincangan secara ringkas berkaitan sesuatu isu atau masalah yang boleh
diselesaikan (tanpa mengira skala) menerusi aktiviti “Doing STEM”. Sekiranya
aktiviti hanya merupakan penerokaan sesuatu situasi, bahagian ini mungkin
tidak dinyatakan. Isu boleh diambil daripada petikan keratan surat khabar,
laman sesawang, atau mana-mana sumber dan bertujuan memberi senario semasa
kepada pembaca.

iv. Spesifikasi Perancangan PdP


Bahagian ini menjelaskan berkaitan kandungan pengajaran dan pembelajaran
yang terlibat dalam pelaksanaan aktiviti “Doing STEM”. Elemen dalam bahagian ini
boleh dirujuki dalam DSKP mata pelajaran berkaitan.

a. Tema
b. Bidang
c. Objektif aktiviti yang dilaksanakan bagi mencapai hasil pembelajaran mata
pelajaran yang terlibat
d. Kriteria Kejayaan merujuk kepada “Bagaimanakah bentuk pencapaian yang boleh
diukur apabila dikatakan murid berjaya mencapai objektif pembelajaran”
e. Standard kandungan merujuk kepada Standard Kandungan dalam DSKP bagi
mata pelajaran berkaitan
f. Standard pembelajaran merujuk kepada Standard Pembelajaran dalam DSKP bagi
mata pelajaran yang berkaitan.
g. Standard Prestasi merujuk kepada Standard Prestasi dalam DSKP bagi mata
pelajaran yang berkaitan.

v. Konsep STEM
Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan
matematik yang ingin diintegrasikan untuk menyelesaikan masalah dengan kreatif.

a. Nilai/ Etika
Nilai atau etika yang diterapkan dalam pelaksanaan aktiviti “Doing STEM”

b. Tahap Kognitif
Tahap kognitif yang dihasratkan dicapai oleh murid dalam pelaksanaan aktiviti
c. Kemahiran Abad ke-21
Kemahiran berfikir aras tinggi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah,
komunikasi dan kolaborasi, penyelesaian masalah kreativiti dan inovasi, literasi
teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran hidup dan kerjaya serta nilai dan
etika.

d. Pentaksiran
Bentuk pentaksiran yang dicadangkan. Pentaksiran yang spesifik perlu disertakan
sebagai Lampiran. Rujukan kepada Standard Kandungan, Standard Pembelajaran,
Standard Prestasi dan Tahap Penguasaan dalam DSKP adalah dicadangkan.

e. Keperluan persekitaran
Keperluan dan alternatif tertentu contohnya dalam masa pandemik yang
memberikan ruang penggunaan Google Classroom, Google Meet dan
sebagainya.

f. Bahan dan Kuantiti


Bahan tertentu dan kuantiti yang diperlukan dalam melaksanakan aktiviti.

g. Tempoh Masa
Tempoh masa yang dianggarkan untuk melaksanakan aktiviti yang disediakan.

vi. Spesifikasi Pelaksanaan Aktiviti


Berdasarkan model instruksi 5E, pelaksanaan aktiviti diperincikan dalam beberapa
fasa iaitu, Fasa Pelibatan, Fasa Penerokaan, Fasa Penerangan, Fasa Pengembangan
dan Fasa Penilaian.

vii. Rujukan
Senarai sumber rujukan yang digunakan dalam menyediakan aktiviti “Doing STEM”

viii. Senarai nama penulis, bidang dan tempat bertugas


Maklumat berkaitan pembina modul.

14. GARIS MASA PELAKSANAAN PROGRAM


Hari : Setiap hari Rabu (Waktu Aktiviti Kokurikulum Kelab/Persatuan
Masa : 1.00 petang – 2.00 petang
Tempat : Bilik Sains / Bengkel RBT / PSS
15. KEWANGAN

Sumber kewangan program ini adalah seperti berikut:

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1.
2.
3.

Anggaran perbelanjaan untuk programini adalah seperti berikut:

PERKARA AMAUN / KUANTITI JUMLAH (RM)

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN (RM)

16. PENUTUP
Dengan ini Jawatankuasa Pelaksana Program “DOING STEM” ini memohon Kertas
Konsep Pengurusan ini diterima untuk dilaksanakan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………………………. …………………………………………………….
(MOHD KHUZAIMI BIN MAT SHAH) (AZMAN BIN MOHAMED YUSOF)
Setiausaha, GPK Pentadbiran
Program “DOING STEM” SK Sungai Tiang Baroh

Disahkan oleh,

…………………………………………………..
(RASHIDAH BINTI ZAINAL ABIDIN)
Guru Besar,
SK Sungai Tiang Baroh

Anda mungkin juga menyukai