Anda di halaman 1dari 10

International Journal of Education and Pedagogy

eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 124-133, 2020


http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP)


eISSN: 2682-8464 Vol. 2 No. 2 [June 2020]
Journal website: http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

PENGINTEGRASIAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL


DALAM AKTIVITI PENGATURCARAAN DAN ROBOTIK

Ummi Hani Mohd Asarani1* dan Siti Fatimah Mohd Yassin2


12
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: uhasarani@gmail.com; sfmy@ukm.edu.my

Article Information: Abstrak: Dunia kini mengalami perubahan pesat selaras


Article history:
dengan perkembangan teknologi terkini. Perkembangan
ini telah merubah corak, konsep dan gaya kehidupan
Received date : 20 February 2020 seharian manusia. Tidak ketinggalan juga dalam bidang
Revised date : 22 June 2020 pendidikan turut terkena tempiasnya yang secara tidak
Accepted date : 24 June 2020 langsung mengubah persepsi dan kaedah pembelajaran
Published date : 29 June 2020
yang lebih efektif. Begitu juga dengan bidang sains
To cite this document: komputer yang menjurus kepada aktiviti robotik dan
pengaturcaraan yang merupakan nadi kepada dunia
Mohd Asarani, U., & Mohd Yassin, S. perkomputeran kini. Justeru, bagi menguasai bidang ini
(2020). PENGINTEGRASIAN
PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL
kemahiran pemikiran komputasional perlu ditingkatkan.
DALAM AKTIVITI Pemikiran komputasional merupakan teknik alternatif
PENGATURCARAAN DAN yang membantu untuk menyelesaikan masalah dalam topik
ROBOTIK. International Journal Of pengaturcaraan dengan mudah melalui aktiviti robotik.
Education And Pedagogy, 2(2), 124-133. Topik ini telah diperkenalkan dalam sesi persekolahan
bermula tahun 2017. Namun, sering diperkatakan bahawa
kebanyakan pelajar kurang meminati topik ini kerana
sukar difahami. Oleh itu, kertas konsep ini bertujuan untuk
memberi gambaran dan kefahaman tentang kemahiran
pemikiran komputasional membantu dalam menyelesaikan
masalah dalam aktiviti robotik dan pengaturcaraan.
Konsep asas kemahiran pemikiran komputasional itu
terdiri daripada leraian, pengitlakan, peniskalaan dan
pengecaman corak. Konsep ini dapat membantu pelajar
menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau
idea secara logik dan sistematik. Kajian pada masa akan
datang perlu dibuat bagi memberi sumbangan idea dan
maklumat empirikal yang terperinci tentang keperluan dan
kepentingan menguasai pemikiran komputasional dalam
aspek yang lebih besar seiring dengan arus teknologi pada
masa ini.

124
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 124-133, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Kata kunci: Bahasa pengaturcaraan, pemikiran


komputasional dan robotik.

1. Pengenalan
Frasa pemikiran komputasional kini sering diwara-warakan kepada golongan masyarakat terutama
pelajar dan pendidik. Pemikiran komputasional adalah kemahiran asas malahan dianggap sebagai
komponen penting bagi setiap kemampuan pelajar seperti membaca, menulis dan menyelesaikan
masalah aritmetik (Wing, 2006). Pemikiran komputasional juga adalah satu proses pemikiran yang
digunakan untuk merumuskan sesuatu masalah dan mencari penyelesaiannya supaya
permasalahan tersebut dapat diterjemahkan dalam bentuk yang boleh dilaksanakan dengan
berkesan oleh agen pemprosesan maklumat (Bundy, 2007; Wing, 2010; Selby, 2014). Oleh itu,
dapat disimpulkan bahawa pemikiran komputasional adalah suatu proses pemikiran yang
menggunakan kemahiran-kemahiran yang dikenalpasti untuk merumus dan mencari penyelesaian
masalah melalui alat (teknologi) atau kaedah yang boleh dilaksanakan.

Pemikiran komputasional diintegrasikan dalam sistem pendidikan negara agar dapat membantu
guru membimbing pelajar mereka dengan lebih baik untuk mencari kaedah penyelesaian baharu
bagi masalah yang kelihatan mustahil untuk diselesaikan. Di samping itu, pemikiran
komputasional membantu guru untuk melakukan penambahbaikan sesuatu amalan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Teknik pemikiran komputasional juga membantu memperkayakan
teknik pengajaran guru dan eksplorasi pelajar dalam sesuatu subjek walaupun tanpa penggunaan
atau akses kepada teknologi. Selain itu, keyakinan terhadap diri pelajar semakin meningkat
terutamanya untuk berhadapan dengan masalah yang kurang jelas, kompleks yang terbuka
mahupun tertutup (Mdec-KPM, 2016).

Pada awalnya, menurut pencetus dan pengasas pemikiran komputasional, Jeannate M. Wing,
pemikiran ini boleh ditafsirkan sebagai membina kuasa dan proses penyelesaian secara
pengkomputeran, sama ada dilaksanakan oleh manusia atau mesin. Pemikiran komputasional ini
adalah kemahiran asas yang penting dalam menyelesaikan masalah, mereka bentuk sistem dan
memahami tingkah laku manusia dengan menggunakan konsep asas sains komputer. Selain itu,
pemikiran komputasional juga mengaplikasikan kaedah menyususn, menganalisis dan
mempersembahkan data atau idea secara logik dan sistematik. Seterusnya, menggunakan kaedah
seperti leraian, pengecaman corak, peniskalaan dan pengitlakan untuk menyelesaikan masalah.
Dalam erti kata lain, pemikiran komputasional merupakan proses penyelesaian yang menggunakan
kaedah dan teknik tertentu serta memerlukan usaha meleraikan sesuatu masalah kompleks kepada
komponen yang lebih kecil, menghasilkan formula, mencipta pola dan corak.

Ramai penyelidik telah mengenal pasti manfaat melaksanakan aktiviti robotik di semua peringkat
sekolah dan juga pendidikan tinggi. Manfaat yang dilaporkan termasuklah aktiviti menyelesaikan
masalah, pemecahan masalah, kemahiran berfikir komputasional dan penggunaan aplikasi
pengaturcaraan serta STEM (Atmatzidou & Demetriadis, 2016). Melalui pembinaan robot dan
pengekodan pengaturcaraan, guru boleh memperkenalkan konsep-konsep dari bidang
kejuruteraan, teknologi dan pengaturcaraan komputer (Anna, Sabariah Sha’rif, Wong, &
Muralindran Mariappan, 2017). Selain itu, penggunaan konsep STEM dengan robotik adalah

125
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 124-133, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

mempunyai potensi yang tinggi bagi meningkatkan pemahaman dalam bidang matematik dan sains
kepada para pelajar (Hussin, Jiea, Rosly, & Omar, 2019). Di samping itu, aktiviti ini dapat
membantu meningkatkan minat mereka dan membina aspirasi untuk menghasilkan projek STEM
yang lebih baik di masa hadapan (Anwar, Bascou, Menekse, & Kardgar, 2019). Walau
bagaimanapun, potensi untuk membina kefahaman tentang STEM dengan robotik kurang di
terokai oleh para guru. Adakalanya disebabkan oleh beban tugas guru yang lain membataskan
mereka untuk mendapatkan informasi tentang perkara tersebut. Oleh itu, kefahaman tentang idea
ini gagal diberi tumpuan yang lebih mendalam. Oleh hal yang demikian, melalui platform di
sekolah, guru-guru dan pelajar dapat mengetahui idea-idea STEM sesuai dengan perkembangan
terkini di dalam pelbagai bidang (Anwar et al., 2019). Selain itu, para guru atau pendidik juga
perlu mendedahkan para pelajar kepada robotik dalam keadaan yang sesuai dengan
perkembangannya (Anna et al., 2017). Aktiviti-aktiviti robotik yang sesuai dengan perkembangan
semasa yang boleh melibatkan pelajar-pelajar berumur seawal empat dan lima tahun dalam
mempelajari konsep pengaturcaraan dan kemahiran yang biasa digunakan dalam sains komputer
(Papadakis, Kalogiannakis, & Zaranis, 2016).

Pemikiran komputasional merangkumi kemahiran dan amalan Sains Komputer utama yang boleh
digunakan untuk pelbagai tugas penyelesaian masalah (Yadav, Gretter, Good, & Mclean, 2017).
Keperluan untuk menggabungkan pemikiran komputasional di bilik darjah telah di bahas terlebih
dahulu oleh Papert (Papert, 1972) dan beliau berpendapat bahawa komputer mempunyai potensi
untuk membantu pelajar menjadi pelajar aktif serta membangunkan pemikiran komputasional
melalui proses pembelajaran topik pengaturcaraan. Pemikiran komputasional melibatkan situasi
penyelesaian masalah, merancang sistem dan memahami perilaku manusia dengan menjalankan
analisis, leraian, pengecaman corak, pengitlakan dan peniskalaan (Voogt, Fisser, Good, Mishra, &
Yadav, 2015)(Sanford & Naidu, 2016). Wing yang memberikan hujahnya menyatakan bahawa
dengan kemajuan dalam kemahiran komputasional yang secara tradisinya digunakan dalam Sains
Komputer harus di manfaatkan oleh pelajar dalam semua subjek dan perlu diperkenalkan dari awal
tahun persekolahan lagi. Kemahiran pemikiran komputasional adalah asas untuk semua pelajar
memahami dan menyertai dunia teknologi yang berada di sekeliling kita (Curzon, Peckham,
Taylor, Settle, & Roberts, 2009)

Kemahiran pemikiran komputasional perlu dibangunkan sejak di sekolah rendah lagi dan
diterapkan dalam pelbagai bidang pembelajaran. Hal ini disokong oleh (Sáez-López, Román-
González, & Vázquez-Cano, 2016) yang menggunakan pengaturcaraan visual dalam kalangan
pelajar sekolah rendah dan telah memberi manfaat seperti meningkatkan motivasi, keseronokan
belajar, komitmen dan bersemangat. Kemahiran pemikiran komputasional merangkumi leraian,
generalisasi, penguraian, algoritma dan debugging (Atmatzidou & Demetriadis, 2016). Gibson
(Gibson, 2012) mencadangkan kemahiran pemikiran komputasional ini harus ditambahbaik dari
aspek bahan bantu mengajar kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kajian mengenai
pelaksanaan pemikiran komputasional di sekolah rendah adalah terhad (Chalmers, 2018). Lebih
banyak penyelidikan masih perlu dilakukan dengan cara yang berkesan dan guru dapat
memperkenalkan konsep pemikiran komputasional serta cara kanak-kanak mengaplikasikannya.
Manches dan Plowman melalui (Manches, 2017) menyatakan bahawa adalah penting para
penyelidik menumpukan perhatian kepada cara guru menggunakan bahan pengaturcaraan di dalam
bilik darjah dan ini dapat memupuk minat pelajar mengaplikasikan kemahiran pemikiran
komputasional.

126
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 124-133, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Aktiviti robotik boleh menjadi antara platfom yang paling berkesan untuk memperkenalkan
kemahiran pemikiran komputasional kerana aktiviti ini melibatkan pelajar lebih aktif yang mampu
melaksanakan tugas secara sistematik dan membangunkan satu siri pengekodan langkah demi
langkah yang diperlukan untuk memprogram sesebuah robot. Malahan, kanak-kanak kecil boleh
diperkenalkan kepada alat pengaturcaraan visual yang mudah digunakan dan platform robotik
yang dapat membantu guru menumpukan kepada pembangunan kemahiran pemodelan dan
pengkomputeran pelajar (Papavlasopoulou, Sharma, & Giannakos, 2019). Walau bagaimanapun
melalui kajian literatur telah menunjukkan terdapat batasan dalam penyelidikan tentang
pendidikan robotik dan pemikiran komputasional. Antaranya ialah kebanyakan kajian
penyelidikan memberi tumpuan kepada bagaimana aktiviti robotik boleh meningkatkan kemahiran
pemikiran komputasional bagi pelajar sekolah rendah dan menengah (Voogt et al., 2015). Selain
itu, pemahaman idea pemikiran komputasional yang terhad dalam kalangan guru (Voogt et al.,
2015) dan lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengetahui cara guru dapat mengaplikasikan
pendidikan robotik untuk membantu meningkatkan kemahiran pemikiran komputasional dalam
kalangan pelajar sekolah (Atmatzidou & Demetriadis, 2016). Kebanyakan kajian terdahulu
mengenai robotik dan pemikiran komputasional hanya tertumpu kepada pelajar sekolah rendah
manakala hanya sebilangan kecil sahaja yang melibatkan guru dan isu-isu mengenai integrasi
antara robotik dan pemikiran komputasional di dalam bilik darjah (Atmatzidou & Demetriadis,
2016).

2.0 Pemikiran Komputasional


Menurut (Papert, 1972), Papert ialah orang pertama yang mempromosikan pemikiran
komputasional di sekolah dan menyatakan bahawa pelajar dapat mengembangkan pemikiran
komputasional melalui aktiviti pengaturcaraan. Menyedari kepentingan dalam mengaplikasikan
teknik pemikiran komputasional ini telah meningkat dalam kalangan para pelajar kerana pelajar
lebih mahir dalam menyelesaikan masalah kompleks (Voogt et al., 2015). Kemahiran yang lebih
fleksibel ini melengkapkan pelajar untuk menyelesaikan masalah kompleks dengan cara
menggunakan proses sama ada oleh manusia atau komputer.

Menurut (Mut-Puigserver, Magdalena Payeras-Capellá, Castellá-Roca, & Huguet-Rotger, 2018)


mencadangkan kerangka kerja diperlukan untuk menilai perkembangan pemikiran komputasional.
Dimensi utama kerangka pembangunan cara kerja ialah konsep komputasional itu sendiri perlu
difahami terlebih dahulu. Seterusnya prasarana pembangungan kemahiran pemikiran dan
perspektif komputasional. Konsep komputasional ini memberi tumpuan kepada bidang-bidang
teknikal pengaturcaraan dan memasukkan idea-idea seperti pengulangan, pembolehubah dan
gelung (Mut-Puigserver et al., 2018). Amalan komputasional ialah penyelesaian masalah yang
menggunakan pendekatan kenal pasti masalah, decomposition dan abstraction (Voogt et al., 2015)
dan termasuk proses yang berulang seperti ujian dan debugging (Lu & Fletcher, 2009). Perspektif
komputasional adalah idea-idea terbentuk dengan memahami secara kritis tentang sistem teknologi
dan menyelesaikan masalah yang timbul ketika menjalankan projek.

Selain itu, menurut (Angeli et al., 2016) mencadangkan kerangka kerja yang bertujuan untuk
memperkenalkan kepada anak-anak berumur 6-12 tahun didedahkan dengan konsep pemikiran
komputasional. Kerangka ini mengenal pasti lima kemahiran untuk mempromosikan pemikiran

127
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 124-133, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

komputasional iaitu abstraction, generalisasi, leraian, pemikiran algoritma dan debugging.


Menurut kerangka kerja tersebut pelajar membina kemahiran abstraction dan generalisasi untuk
menyelesaikan masalah dengan mengenal pasti corak dan pola yang sama (Angeli et al., 2016).
Proses pemecahan masalah berulang juga melibatkan pelajar yang menggunakan kemahiran
debugging kerana mereka dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul serta
kesalahan yang berlaku.

2.1 Pemikiran Komputasional dan Robotik


Semasa proses merancang, membina dan memprogramkan robot, pelajar terdedah kepada konsep
pemikiran komputasional seperti sequencing, pattern recognition (Bers, Marina Umaschi, 2019),
branching (Atmatzidou & Demetriadis, 2016) dan pengulangan (Bers, Marina Umaschi, 2019).
Prestasi dan tahap keupayaan robot bergantung kepada kreativiti daripada pelajar. Mereka menguji
dan melakukan debugging secara terperinci. Bagi membina dan memprogramkan robot pelajar
perlu mahir menggunakan teknik pemikiran komputasional untuk memastikan hasil yang baik.
Pelajar boleh membayangkan tentang masa depan mereka seperti sedang membayangkan sebagai
pereka bentuk dengan intergrasi daripada teknologi semasa (Voogt et al., 2015).

Terdapat bukti bahawa walaupun pelajar yang masih berada pada tahap prasekolah, dapat juga
mempelajari kemahiran pemikiran komputasional ketika menggunakan robot (Bers, Marina
Umaschi, 2019). Kajian telah menunjukkan bahawa pembelajaran untuk pengekodan seperti
penggunaan robot boleh memberi kesan positif kepada tahap kemampuan pelajar untuk
menyelesaikan masalah dengan urutan yang betul (Bers, Marina Umaschi, 2019). Penggunaan
perisian seperti pengaturcaraan visual mudah, pelajar boleh membangunkan algoritma mudah
kerana mereka hanya perlu menyeret blok arahan ke dalam urutan pengekodan (Geist, 2016).
Robot perlu diprogramkan secara langkah demi langkah dalam urutan yang tepat dan tindakan
yang diperlukan untuk robot berfungsi.

Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan pemahaman tentang cara pengajar dapat


mengintegrasikan robotik dan pemikiran komputasional di bilik darjah (Bers, Marina Umaschi,
2019). (Bers, Marina Umaschi, 2019) menekankan bahawa guru mempunyai kekurangan
pengetahuan tentang cara teknologi robotik dapat dilaksanakan dalam bilik darjah. Geist (Geist,
2016) dan Sullivan dan Bers (Bers, Marina Umaschi, 2019) juga memberi penekanan bahawasanya
penting untuk membangunkan aktiviti pemikiran komputasional dan robotik mengikut kesesuaian
umur pelajar. Pendidikan dan sokongan guru yang berkesan diperlukan untuk penggunaan ‘robotik
sesuai dengan perkembangan’ (Bers, Marina Umaschi, 2019) dan untuk membina pemahaman
tentang pendekatan pedagogi yang sesuai. Melalui guru yang dapat membina keyakinan,
keupayaan penggunaan pedagogi, pengetahuan teknologi dan mengembangkan pemahaman
tentang cara menggabungkan pemikiran komputasional (Bower, Wood, Lai, Howe, & Lister,
2017)

2.2 Pengajaran Pemikiran Komputasional dengan Robotik


Idea Pengetahuan Kandungan Pedagogi (PCK) yang dikembangkan oleh Shulman (Shulman,
2012) mengenal pasti bagaimana guru-guru perlu membangunkan pengetahuan kandungan mereka
sendiri dan pengetahuan mereka yang sesuai dan mudah difahami. PCK adalah berdasarkan kepada
pengetahuan guru (CK) dan pengetahuan tentang kaedah dan isu pengajaran tertentu (PK) yang

128
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 124-133, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

khusus untuk kandungan (PCK). Ia termasuk pengetahuan mengenai perkara yang menjadikan
kandungan mudah atau sukar untuk dipelajari kerana pelajar mempunyai pelbagai latar belakang
untuk mereka menimba ilmu (Shulman, 2012). Koehler dan Mishra (Koehler, Mishra, Kereluik,
Shin, & Graham, 2014) menyesuaikan model PCK untuk dimasukkan ke dalam pengetahuan
teknologi. Kerangka TPACK yang terhasil merupakan gabungan pengetahuan guru dengan
teknologi yang terpilih dengan khusus dan pengetahuan pedagogi (Chalmers, 2018).

Kerangka TPACK telah digunakan secara meluas untuk membantu guru mengenal pasti
bagaimana mereka dapat menyesuaikan amalan pengajaran mereka untuk memasukkan elemen
penggunaan teknologi (Harris, Mishra, & Koehler, 2009). Penyelidik termasuk (Angeli et al.,
2016) telah menggunakan kerangka TPACK untuk mengenal pasti perkara yang guru perlu tahu
untuk mengajar Sains Komputer dan kemahiran pemikiran komputasional tanpa bahasa
pengaturcaraan. Menurut (Bers, Marina Umaschi, 2019) menggunakan kerangka TPACK untuk
memberi tumpuan kepada robotik, kejuruteraan, pengaturcaraan dan pedagogi untuk Pendidikan
awal kanak-kanak.

2.3 Pemikiran Komputasional Sebagai Proses Penyelesaian Masalah.


Pada tahun 2006, Janette M. Wing, berpendapat bahawa pemikiran komputasional ini perlu
dianggap sebagai kemahiran teras malahan bukan hanya dalam proses pengaturcaraan komputer
tetapi dalam setiap tindakan yang melibatkan keupayaan analisis manusia (Wing, 2006). Wing
menyatakan bahawa pemikiran komputasional ini melibatkan penggunaan formula dan leraian
pada keadaan tertentu seperti menyelesaikan masalah yang kompleks, memilih perwakilan yang
sesuai bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan menghasilkan model berdasarkan aspek yang
relevan ketika menyelesaikan masalah. Beliau juga menerangkan bahawa satu bentuk penalaran
heuristik yang digunakan untuk mencari penyelesaian yang dilakukan oleh manusia. Melalui
pemikiran ini sebagai titik permulaan kepada ahli akademik lain mencadangkan pelbagai
pandangan dan idea berkaitan dengan pemikiran komputasional dan strategi alat-alat untuk menilai
hasil kerja yang telah dilakukan (Yadav, good, vgoot, & fisser, 2017).

129
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 124-133, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

3. Pengaturcaraan Asas
Terdapat semakin banyak bukti bagi menyokong integrasi Sains Komputer dalam Pendidikan abad
ke-21 dan adakalanya pelajar sering berputus asa dengan mata pelajaran Sains Komputer kerana
dalam fikiran mereka sering menganggap mata pelajaran ini susah dan mengelirukan. Sesetengah
para guru pula melihat bidang pengaturcaraan ini memberi peluang kerjaya dalam syarikat-syarikat
teknologi, manfaat global dan memberi kelebihan di sekolah rendah dan menengah. Penggunaan
kemahiran berfikir aras tinggi sering dikaitkan dengan pengaturcaraan (Azniah, Maizatul Hayati,
Noor Azida, & Nor Zuhaidah, 2016). Menurut (Lee, Ph, Wah, Ph, & Hamid, 2017) kebanyakan
pelajar menyatakan bahawa topik pengaturcaraan adalah sangat sukar dipelajari dan difahami.
Selain itu, pengaturcaraan asas juga telah dimulakan sejak dari sekolah rendah lagi. Hal ini telah
disokong oleh (Sáez-López et al., 2016) bahawa pelajar sekolah rendah ini dilihat mempunyai
peningkatan dari segi motivasi, keseronokan belajar, komitmen dan bersemangat. Mereka
menggunakan bahasa pengaturcaraan visual iaitu Scratch.

3.1 Pemikiran Komputasional dan Pengaturcaraan


Aktiviti pengaturcaraan dan pemikiran komputasional tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya
adalah sangat penting untuk menghasilkan robot yang berfungsi dengan baik. Melalui aktiviti
robotik, pengaturcaraan telah digunakan bagi memberi arahan kepada pergerakan robot. Untuk
menghasilkan set arahan yang baik teknik pemikiran komputasional sangat membantu bagi
menyelasaikan permasalahan pengaturcaraan dengan mudah. Hal ini di sokong oleh (Chalmers,
2018) iaitu melalui aktiviti seperti ini dapat membantu memudahkan tugas guru bagi membentuk
keyakinan dan pengetahuan pelajar terhadap pemikiran komputasional. Sebagaimana pelajar, para
guru juga tidak ketinggalan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap pemikiran
komputasional ini. Menerusi kajian yang telah dijalankan oleh (Bower et al., 2017) kesedaran para
guru terhadap pemikiran komputasional semakin meningkat. Selain itu, kefahaman guru terhadap
konsep pemikiran komputasional, pedagogi dan teknologi juga semakin meningkat.

4. Perbincangan
Pemikiran komputasional adalah perkara penting dalam kehidupan dan perlu dibina dalam diri
seseorang agar sentiasa berkembang. Bagi membolehkan guru menjayakan aktiviti pembelajaran
dan pengajaran dengan menggunakan alat pengaturcaraan seperti robot, mereka perlu juga
memahami tentang teknologi, kemahiran perkomputeran yang diajar. Selain itu, pemikiran
komputasional juga dapat menerapkan amalan pengajaran yang berkaitan dengan kemahiran-
kemahiran lain (Bers, Marina Umaschi, 2019). Kerangka TPACK digunakan dalam
membincangkan hal ini bagi mengenal pasti pelaksanaan pengajaran dengan lebih baik (Koehler
et al., 2014). Di samping itu, (Voogt et al., 2015) menyatakan bahawa kekurangan pengetahuan
guru mengenai pemikiran komputasional dan memerlukan perhatian yang lebih untuk menerapkan
pemikiran komputasional dalam kurikulum pendidikan. Melalui aktiviti robotik, pelajar mendapat
pengalaman menyelesaikan masalah pengaturcaraan menggunakan Teknik pemikiran
komputasional. Masalah dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diselesaikan menggunakan
kaedah pemikiran komputasional. Proses pengujian juga penting bagi menghasilkan robot yang
baik. Para guru perlu meningkatkan kesedaran terhadap konsep pemikiran komputasional dan
meningkatkan keupayaan menjalankan aktivti STEM berasaskan robotik dan pengaturcaraan.
Walau bagaimanapun terdapat cabaran atau masalah teknikal yang timbul ketika melaksanakan

130
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 124-133, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

aktiviti-aktivti robotik di bilik darjah. Hal ini disokong juga oleh kajian (Chalmers, 2018) terdapat
keperluan oleh guru dan sokongan yang berterusan diberikan ketika melaksanakan aktiviti
pengintegrasian pemikiran komputasional dan robotik dalam kalangan pelajar sekolah. Selain itu
juga, pengintegrasian antara Teknik pemikiran komputasional dalam pengaturcaraan dan robotik
mampu meningkatkan kefahaman dan keyakinan guru untuk mengplikasikan teknik pemikiran ini
bersama para pelajar di dalam mahupun luar kelas.

5. Kesimpulan dan Cadangan


Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa aktiviti robotik dan pengaturcaraan merupakan antara
strategi pelaksanaan pemikiran komputasional yang lebih berkesan berbanding dengan kaedah
tradisional dalam aspek meningkatkan motivasi pelajar. Selain itu, pelajar lebih bergerak aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan minat dan keseronokan belajar di dalam
bilik darjah. Namun demikian, kajian empirikal tentang pengintegrasian pemikiran komputasional
dalam bilik darjah masih lagi kurang di praktikkan bagi memupuk kemahiran abad ke-21 di
kalangan pelajar mahupun pendidik. Sehubungan dengan itu, penglibatan pelajar sebagai
pengaturcara adalah penting bagi persediaan ke alam pekerjaan pada suatu masa nanti. Di samping
itu, secara tidak langsung dapat membimbing pelajar untuk menguasai kemahiran kolaborasi,
komunikasi berkesan, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta menggunakan teknik
pemikiran komputasional. Justeru, kajian lanjut diperlukan untuk mengetahui tahap keberkesanan
teknik pemikiran komputasional di kalangan pelajar sekolah rendah mahupun menengah dengan
melaksanakan aktiviti robotik dan pengaturcaraan.

Rujukan
Angeli, C., Voogt, J., Fluck, A., Webb, M., Cox, M., Malyn-Smith, J., & Zagami, J. (2016). A K-
6 computational thinking curriculum framework: Implications for teacher knowledge.
Educational Technology and Society, 19(3), 47–57.
Anna, F., Sabariah Sha’rif, Wong, W., & Muralindran Mariappan. (2017). Computational
Thinking and Tinkering : Exploration Study of Primary School Students ’ in Robotic and
Graphical Programming. International Journal of Assessment and Evaluation in Education,
7(1993), 44–54.
Anwar, S., Bascou, N. A., Menekse, M., & Kardgar, A. (2019). A systematic review of studies on
educational robotics. Journal of Pre-College Engineering Education Research, 9(2), 19–42.
https://doi.org/10.7771/2157-9288.1223
Atmatzidou, S., & Demetriadis, S. (2016). Advancing students’ computational thinking skills
through educational robotics: A study on age and gender relevant differences. Robotics and
Autonomous Systems, 75, 661–670. https://doi.org/10.1016/j.robot.2015.10.008
Azniah, I., Maizatul Hayati, M., Noor Azida, S., & Nor Zuhaidah, M. (2016). Capability of
Primary School Pupils in Learning and Exploring Visual Programing Language = Keupayaan
murid sekolah rendah mempelajari dan menerokai bahasa pengaturcaraan visual. Journal of
ICT in Education (JICTIE), 3(1), 89–97.
Bers, Marina Umaschi, A. S. (2019). E Arly C Hildhood E Ducation for S Ustainability :, 18, 113–
117.
Bower, M., Wood, L. N., Lai, J. W. M., Howe, C., & Lister, R. (2017). Improving the
computational thinking pedagogical capabilities of school teachers. Australian Journal of
Teacher Education, 42(3), 53–72. https://doi.org/10.14221/ajte.2017v42n3.4

131
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 124-133, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Chalmers, C. (2018). Robotics and computational thinking in primary school. International


Journal of Child-Computer Interaction, 17, 93–100.
https://doi.org/10.1016/j.ijcci.2018.06.005
Curzon, P., Peckham, J., Taylor, H., Settle, A., & Roberts, E. (2009). Computational thinking (CT).
ACM SIGCSE Bulletin, 41(3), 201. https://doi.org/10.1145/1595496.1562941
Geist, E. (2016). Robots, Programming and Coding, Oh My! Childhood Education, 92(4), 298–
304. https://doi.org/10.1080/00094056.2016.1208008
Gibson, J. P. (2012). Teaching graph algorithms to children of all ages. Annual Conference on
Innovation and Technology in Computer Science Education, ITiCSE, (July 2012), 34–39.
https://doi.org/10.1145/2325296.2325308
Harris, J., Mishra, P., & Koehler, M. (2009). Teachers’ technological pedagogical content
knowledge and learning activity types: Curriculum-based technology integration refrained.
Journal of Research on Technology in Education, 41(4), 393–416.
https://doi.org/10.1080/15391523.2009.10782536
Hussin, H., Jiea, P. Y., Rosly, R. N. R., & Omar, S. R. (2019). Integrated 21st century science,
technology, engineering, mathematics (STEM) education through robotics project-based
learning. Humanities and Social Sciences Reviews, 7(2), 204–211.
https://doi.org/10.18510/hssr.2019.7222
Koehler, M. J., Mishra, P., Kereluik, K., Shin, T. S., & Graham, C. R. (2014). The Technological
Pedagogical Content Knowledge Framework, 101–111. https://doi.org/10.1007/978-1-4614-
3185-5
Lee, T. A., Ph, D., Wah, W. K., Ph, D., & Hamid, A. (2017). Jurnal penyelidikan dedikasi jilid 12,
2017, (8), 32–50.
Lu, J. J., & Fletcher, G. H. L. (2009). Thinking About Computational Thinking Categories and
Subject Descriptors. Sigcse, 260–264. https://doi.org/10.1145/1539024.1508959
Manches. (2017). Edinburgh Research Explorer Computing education in children ’ s early years,
48(1), 191–201.
Mut-Puigserver, M., Magdalena Payeras-Capellá, M., Castellá-Roca, J., & Huguet-Rotger, L.
(2018). mCITYPASS: Privacy-preserving secure access to federated touristic services with
mobile devices. Studies in Computational Intelligence, 727, 135–160.
https://doi.org/10.1007/978-3-319-64051-8_9
Papadakis, S., Kalogiannakis, M., & Zaranis, N. (2016). Developing fundamental programming
concepts and computational thinking with ScratchJr in preschool education: A case study.
International Journal of Mobile Learning and Organisation, 10(3), 187–202.
https://doi.org/10.1504/IJMLO.2016.077867
Papavlasopoulou, S., Sharma, K., & Giannakos, M. N. (2019). Coding activities for children:
Coupling eye-tracking with qualitative data to investigate gender differences. Computers in
Human Behavior, (7491), 105939. https://doi.org/10.1016/j.chb.2019.03.003
Papert, S. (1972). Teaching Children Thinking. Programmed Learning and Educational
Technology, 9(5), 245–255. https://doi.org/10.1080/1355800720090503
Sáez-López, J. M., Román-González, M., & Vázquez-Cano, E. (2016). Visual programming
languages integrated across the curriculum in elementary school: A two year case study using
“scratch” in five schools. Computers and Education, 97, 129–141.
https://doi.org/10.1016/j.compedu.2016.03.003
Sanford, J. F., & Naidu, J. T. (2016). Computational Thinking Concepts for Grade School.
Contemporary Issues in Education Research (CIER), 9(1), 23–32.

132
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 2, 124-133, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

https://doi.org/10.19030/cier.v9i1.9547
Shulman, L. E. E. S. (2012). Understand : Knowledge, 15(2), 4–14.
Voogt, J., Fisser, P., Good, J., Mishra, P., & Yadav, A. (2015). Computational thinking in
compulsory education: Towards an agenda for research and practice. Education and
Information Technologies, 20(4), 715–728. https://doi.org/10.1007/s10639-015-9412-6
Yadav, A., Gretter, S., Good, J., & Mclean, T. (2017). Emerging Research, Practice, and Policy
on Computational Thinking. Emerging Research, Practice, and Policy on Computational
Thinking, 205–220. https://doi.org/10.1007/978-3-319-52691-1

133
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Anda mungkin juga menyukai