Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih pengacara majlis.

Yang dihormati Ahli Dewan Rakyat P207 Igan, YB Tuan Haji Ahmad Johnie bin
Zawawi, Yang berusaha Guru Besar SK Nangar Daro, Encik Noh bin Abol Kassim,
Penolong Kanan 1, Cik Saadiah binti Haji Dandan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Encik Iskunadi bin Liap, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohamad Musa bin
Morshidi, ketua-ketua kaum, guru-guru, barisan exco PIBG, para ibu bapa dan murid-
murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t., selamat pagi dan salam sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas kehidupan yang indah ini serta terima
kasih kepada pihak penganjur Kejohanan Sukan Tahunan SK Nangar yang telah
memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata pada pagi ini.

Sukan dan kehidupan tidak boleh dipisahkan. Orang yang mementingkan


sukan adalah orang yang tahu makna kehidupan. Dengan bersukan kehidupan lebih
sihat, cergas dan kuat. Amalan ini mestilah dipupuk di peringkat sekolah lagi dan
sudah tentulah pihak sekolah menjadi teraju utama untuk memupuk minat bersukan
di kalangan murid-murid yang baru hendak bercambah ini. Sukan sebahagian
daripada kehidupan. Sukan juga merupakan satu industri. Dunia yang semakin
mencabar ini telah menjadikan bidang sukan sebagai satu bidang kerjaya yang amat
menarik. Kita bukan sahaja bersukan untuk menyihatkan badan tetapi jika bakat yang
ada dapat dipupuk ke peringkat yang lebih tinggi tidak mustahil pada satu hari nanti
ada di kalangan anak-anak didik SK Nangar akan menjadikan bidang sukan ini
sebagai satu kerjaya pilihan.

Di ruang yang agak terhad ini saya mengambil kesempatan untuk


mengucapkan tahniah kepada semua warga SK Nangar terutamanya guru-gurunya
yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan Hari Sukan Sekolah ini. Kepada
murid-murid, kalah atau menang di dalam sesuatu pertandingan adalah perkara biasa.
Kepada yang menang diucapkan tahniah dan kepada yang belum lagi menang, masa
masih panjang, belajar daripada kesilapan dan berazam untuk berjaya pada tahun
hadapan.

Sekian sahaja ucapan dari saya, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum


W.B.T

Anda mungkin juga menyukai