Anda di halaman 1dari 17

CSL2014

Antologi Harga Remaja


Puisi Tradisional 1




ANTOLOGI HARGA REMAJA
(PUISI TRADISIONAL)
TINGKATAN 4



CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM
M.A (Bahasa Melayu)
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SMK LALOH, KUALA KRAI,
KELANTAN.







CSL2014
Antologi Harga Remaja
Puisi Tradisional 2

PUISI TRADISIONAL
PANTUN EMPAT KERAT
(Budi))

Maksud

Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang bail tidak tersebut.

Seseorang yang berbudi, namanya pasti akan disebut-sebut

Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Seseorang yang berbudi akan terus menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Walaupun hanya sedikit budi yang ditaburkan akan tetap dikenang.

Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan hubungan
mereka berterusan ke akhir hayat.











CSL2014
Antologi Harga Remaja
Puisi Tradisional 3


Tema

Kelebihan mempunyai budi pekerti yang baik.

Persoalan

Budi yang sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia.
Ketinggian nilai budi.
Kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada budi yang ditaburkan.


Nilai

Nilai menghargai budi. Budi yang ditabur oleh seseorang akan dikenang walaupun
orang itu telah tiada.
Nilai keikhlasan menghulurkan budi kepada insan lain.

Pengajaran

Kita haruslah berbudi kepada orang lain agar disanjung oleh masyarakat.
Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih sehajtera.
Kita hendaklah menghargai budi yang dicurahkan oleh orang lain agar hubungan
berkekalan.





















CSL2014
Antologi Harga Remaja
Puisi Tradisional 4

PUISI TRADISIONAL
PANTUN EMPAT KERAT
(Jenaka dan Sindiran)

Maksud

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Seseorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan jika dia tidak
tahu melakukan kerja-kerja dapur.

Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.

Jika seseorang yang tidak berilmu cuba menunjukkan kepandaian, sudah pasti dia
akan ditertawakan.

Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah kuasanya hilang.

Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.

Perasaan bimbang apabila seseorang yang melakukan sesuatu di luar
kemampuannya.

Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.

Perasaan hairan yang timbul apabila orang bawahan berjaya mengambil alih kuasa
daripada seseorang pemimpin yang berpengaruh.

CSL2014
Antologi Harga Remaja
Puisi Tradisional 5


Tema

Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa.

Persoalan

Tanggungjawab seseorang isteri terhadap urusan rumah tangga.
Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan.
Pemimpin yang kehilangan kuasa.
Kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa.
Musibah yang berlaku akibat kelalaian.


Nilai

Nilai bertanggungjawab. Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah
tanggan dengan baik.
Nilai kegigihan iaitu gigih berusaha bagi mencapai matlamat.
Nilai rasional dalam melakukan sesuatu perkata.

Pengajaran

Kita haruslah bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar kehidupan lebih
harmoni.
Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah.
Kita haruslah berfikir dan bertindak secara rasional agar tidak mendatangkan masalah
kepada orang lain.
















CSL2014
Antologi Harga Remaja
Puisi Tradisional 6

PUISI TRADISIONAL
SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL
TELAH KELUAR DALAM SPM JUN 2013
Maksud

Orang berakal sangatlah mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.

Manusia yang berakal dipandang mulia, malahan golongan anbia dan aulia amat
mementingkan ilmu. Seseorang yang mencontohi golongan anbia dan aulia akan
memperoleh kebahagiaan.

Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Golongan anbia dan aulia yang berilmu pengetahuan menyebabkan mereka dipilih
sebagai ketua dan menegakkan keadilan. Sesiapa yang mentafsirkan golongan
tersebut kejam maka dia bakal mendapat balasan.

Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat. (Nota: fazihat aib, cela, nista)

Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan
orang yang baik sahaja, sebaliknya mengetepikan orang yang jahat kerana takut
terpengaruh dengan sikap negatif mereka.

Sebagai lagi tanda berakal,
Perintah syarak tidak menyangkal,
Menjauhkan tamak hendak tawakal,
Ibanya tahu dunia tak kekal. (Nota: ibanya belas kasihan, terharu, sedih, pilu, sayu)

Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Allah dan mengikut hukum syarak.
Selain berserah kepada Allah, mereka juga tidak tamak haloba kerana menyedari
bahawa dunia ini tidak kekal.





CSL2014
Antologi Harga Remaja
Puisi Tradisional 7


Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja, (Nota: melanja-lanja berjalan-jalan sesuka hati)
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.

Orang yang berakal disayangi oleh golongan atasan, namun mereka tidak mengada-
ngada, tidak sombong dan menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan
taulan.

Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.

Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, mereka sentiasa
berwaspada. Malahan mereka berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakan,
merendah diri dan sedia berkhidmat.

Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan bersemu.

Orang yang berakal tidak bosan dalam mengajar ilmu pengetahuan dan sentiasa
membuat penelitian untuk mencari jawapan agar tidak terpedaya.



















CSL2014
Antologi Harga Remaja
Puisi Tradisional 8

Tema

Ciri-ciri orang yang berakal.

Persoalan

Ketinggian status orang yang berilmu.
Kebijaksanaan orang yang berakal menyelesaikan masalah.
Keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan.
Kepatuhan kepada hukum syarak.
Keikhlasan dalam persahabatan.

Nilai

Nilai kebijaksanaan.
Contoh:
Orang yang bijaksana akan dilantik sebagai pemimpin dan dipandang mulia.

Nilai kasih sayang.
Contoh:
Seseorang yang berakal sangat mengasihi ketua dan rakan-rakannya.

Nilai ketaatan.
Contoh:
Seseorang yang berakal akan taat kepada hukum syarak.

Nilai kerajianan.
Contoh:
Orang yang berakal sentiasa menelaah untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa
rasa jemu.

Pengajaran

Kita haruslah mencontohi ciri-ciri orang yang berakal seperti para anbia dan aulia agar
kehidupan akan lebih bahagia.
Kita mestilah menyayangi sahabat yang baik dan menjauhi orang-orang yang bersikap
negatif agar tidak terpengaruh.
Kita haruslah merendah diri walaupun berilmu dan disayangi ramai agar terhindar
daripada sifat riak dan takbur.
Kita hendaklah patuh kepada hukum syarak agar terhindar daripada kemungkaran.




CSL2014
Antologi Harga Remaja
Puisi Tradisional 9

PUISI TRADISIONAL
SYAIR SITI SIANAH

Maksud

Setengahnya perempuan terlalu janggalnya,
Roma di muka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.

Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di
muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang
selengkapnya.

Mengagak mengilai terlalu suka,
Melihat laki-laki ditampakkan muka,
Supaya laki-laki boleh menyangka,
Ianya elok tiada terhingga.

Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan di hadapan lelaki dia
akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan
kecantikannya.

Setengah perempuan sangat pesolek,
Berhias berdandan berpakai molek,
Di dalam cermin muka ditelek,
Kanan dan kiri dibelek-belek.

Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup
membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka.

Meskipun tiada berapa eloknya,
Ada yang setengah kembang hidungnya,
Serta pula kepik batangnya,
Seperti buaya besar mulutnya.

Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan hidungnya
kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun mereka tetap berhias.







CSL2014
Antologi Harga Remaja
Puisi Tradisional 10


Setengah perempuan perangainya cela,
Habis dipenuhi rambut kepala,
Rambut yang sikit disiputnya pula,
Memakai cemara berjela-jela. (Nota: cemara rambut palsu)

Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput
untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut
palsu.

Terkadang muka dibubuh pupuri, (Nota: pupuri bedak)
Kaki dan tangan, lengan dan jari,
Jadilah rupanya putih berseri,
Pekerjaan tipu sangat digemari.

Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehingga putih semata-
mata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka.

Setengah perempuan yang makan angkat,
Memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang laki-laki matanya lekat,
Dengan jantan suka berdekat.

Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke
pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga berpeleseran
dengan lelaki.

Kaki dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya diketahui Allah Taala,
Supaya laki-laki berhati gila.

Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat.
Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun,
tindakan mereka diketahui Allah.

Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah. (Nota: sempolah tidak berguna, sampah masyarakat)

Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita terselamat daripada
segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang
tidak berakhlak.

CSL2014
Antologi Harga Remaja
Puisi Tradisional 11



Setengahnya suka bermain judi,
Inilah perangai banyak terjadi,
Habislah tergadai intan serudi, (Nota: serudi batu permata)
Kerana perangai sudah membadi. (Nota: membadi berkelakuan luar biasa menyerupai binatang)

Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai
buruknya selama ini.


Lelaki perempuan bertindih lutut,
Banyaklah kelakuan yang tidak patut,
Sembahyang ibadat sudahlah bantut,
Kerana syaitan duduk di buntut.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya
perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan
syaitan.


























CSL2014
Antologi Harga Remaja
Puisi Tradisional 12

Tema

Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri.

Persoalan

Sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak.
Ketaatan kepada Allah.
Kesan buruk perjudian.
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Nilai

Nilai kesopanan.
Contoh:
Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti
jangan ketawa mengilai-ngilai.

Nilai kesederhanaan.
Contoh:
Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri.

Nilai ketaatan kepada agama.
Contoh:
Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama.

Nilai kesyukuran.
Contoh:
Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.

Pengajaran

Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain.
Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara
berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah.
Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya
pembaziran.
Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar
terpelihara daripada maksiat.





CSL2014
Antologi Harga Remaja
Puisi Tradisional 13

PUISI TRADISIONAL
GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM

Maksud

Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.

Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang.

Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.

Saranan agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat
menyelesaikan setiap kemusykilan.

Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri.

Saranan supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami.

Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setiawan.

Saranan agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan.




















CSL2014
Antologi Harga Remaja
Puisi Tradisional 14

Tema

Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita dampingi.

Persoalan

Kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan.
Kebijaksanaan dalam memilih guru.
Kepentingan mempunyai isteri yang setia.

Nilai

Nilai kebijaksanaan.
Contoh:
Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan memberi manfaat
kepadanya.

Nilai ketaatan.
Contoh:
Seorang isteri perlu taat dan setia kepada suami.

Nilai keikhlasan.
Contoh:
Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan.

Pengajaran

Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika
susah dan senang.
Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat
membimbing kita.
Seseorang suami haruslah bijak memilih steri yang setia agar perhubungan mereka
berkekalan.












CSL2014
Antologi Harga Remaja
Puisi Tradisional 15

PUISI TRADISIONAL
SELOKA EMAK SI RANDANG

Maksud

Budi baik Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,

Mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk
membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup
berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika
tidak berkayu.

Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak berhutang,
Beras habis padi tak jadi.

Namun demikian, emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang
dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan
beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.






















CSL2014
Antologi Harga Remaja
Puisi Tradisional 16


Tema

Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga
sendiri.

Persoalan

Rasional ketika melakukan sesuatu tindakan.
Pembaziran yang perlu dielakkan.
Tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.

Nilai

Nilai kebijaksanaan
Contoh:
Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu
tindakan.

Nilai bertanggungjawab.
Contoh:
Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.

Nilai berbudi.
Contoh:
Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada.

Pengajaran

Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga
sendiri agar kehidupan lebih harmoni.
Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar
tidak mendapatkan kesan yang buruk.
Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya
pembaziran.










CSL2014
Antologi Harga Remaja
Puisi Tradisional 17

Anda mungkin juga menyukai