Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA CADANGAN

LAMBAIAN KAABAH
TARIKH:
23 APRIL 2014/23 JAMADILAKHIR 1435H(TINGKATAN 5)
30 APRIL 2014/30 JAMADILAKHIR 1435H(TINGKATAN 4)

HARI:
RABU
TEMPAT:
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
PERSATUAN AGAMA ISLAM
SMK PUTRA
SMK PUTRA TERBILANG MENJELANG 2018

MUQADDIMAH
Allah S.W.T berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:
Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi rumah
(Baiti)Allah kepada sesiapa yang mampu sampai kepadanya(Surah Ali-Imran:97)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Sempurnakan haji dan umrah kerana Allah (Surah Al-Baqarah: 196)
Sesungguhnya Al-Quran dan Hadis telah menggariskan kewajipan melaksanakan haji
dan umrah bagi yang berkemampuan. Selaras dengan sukatan pelajaran bagi tingkatan 4 dan 5,
tajuk haji dan umrah sentiasa diberi penekanan. Namun begitu kebanyakan pelajar masih gagal
untuk menguasai topik ini dengan berkesan sama ada dari segi teori mahupun amali (praktikal).
Tambahan lagi kegagalan ini mungkin berpunca daripada ketidakmampuan pelajar menguasai
topik ini secara ilmiah terutama di dalam peperiksaan.
Bertitik tolak dari keadaan ini, Panitia Pendidikan Islam telah bersatu hati, bergabung
minda dan tenaga untuk mengadakan program Lambaian Kaabah sebagai kesinambungan
daripada silibus Pendidikan Islam tingkatan empat dengan harapan pelajar-pelajar Islam yang
akan menduduki SPM dapat memahami konsep dan amalan haji dengan lebih berkesan sama
ada dari sudut ilmiah atau praktikal.
Semoga usaha ini akan diberkati oleh Allah S.W.T dan seterusnya melahirkan generasi
yang berilmu dan berdaya maju.
1.0 OBJEKTIF
1.1 Memberi pemahaman kepada pelajar Islam secara ilmiah dan praktikal.
1.2 Mengikis fahaman negatif dalam kalangan pelajar iaitu pembelajaran hanya
berorientasikan peperiksaan
1.3 Melengkapkan pelajar dengan persediaan peperiksaan yang terancang
1.4 Memberi pendedahan secara praktikal kepada pelajar Islam tingkatan 4 dan 5
khususnya mengenai pelaksanaan ibadat haji

2.0 ANJURAN
Panitia Pendidikan Islam SMK Putra
3.0 NAMA PROGRAM
Lambaian Kaabah
4.0 TARIKH
23 April 2013/ 23 Jamadilakhir 1435H (Rabu)
30 April 2013/ 30 Jamadilakhir 1435H (Rabu)
5.0 TEMPAT
Dewan Putra, Dataran Jam dan Padang SMK Putra
6.0 SASARAN
Pelajar Islam tingkatan 4 dan 5
7.0 TENAGA PENGGERAK
Penaung

: En Abdul Hadi bin Mahamood

Penasihat

: Tn Hj Omar bin Ibrahim


: En Apandi bin Wahab

Pengarah

: Pn Sharifah binti Junos

Setiausaha

: Pn. Nooruos Sadiqin binti Othman

Penyelaras

: Tn Hj Mohd Nasir bin Nyan

Peralatan dan Teknikal

: En Mohd Azahari bin Othman

Persiapan Tempat

: Tn Hj Noorzawani bin Zainal

Makanan dan Minuman

: Pn. Rosilah binti Taib

Kebersihan

: Pn Nor Azira binti Mohd Rozi

Hadiah

: Pn. Rosliza binti Ibrahim

Buku Program

: Pn. Norziah binti Mustaffa

Jurugambar / Fotografi

: Cik Ana Fadhlina binti Bohan

Juru acara

: En Ahmad Sabri bin Mohamad

Aktiviti Pelajar Moral

: Cik Nooraini binti Abdul Rahman

Pemantau Check Point:


Miqat

: En Rahmat bin Omar

Arafah

: En Mohd Saiful bahari bin Marzuki

Muzdalifah

: En Noorzawani bin Zainal

Mina

: En Mohd Nasir bin Nyan

Tawaf

: En Izzani bin Ismail

Saie

: En Burhanuddin bin Ibrahim

Bercukur

: En Mohammad Nizam bin Jamaluddin

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


PERKARA
Makan/Minum Pelajar
Hadiah

KUANTITI
RM 1.00 X 200 kotak
RM 3.00 x 10orang
x 7 check point
RM 100.00 X 4
RM 100 x 2pasang
RM 250.00 x 2
RM 0.60 X 200
RM 1.00 x 200

Air Zam-zam
Kain Ihram
Penceramah
Fail Poket
Alat Tulis
JUMLAH

RM
RM

JUMLAH
200.00
210.00

RM
RM
RM
RM
RM
RM

400.00
200.00
500.00
120.00
200.00
1830.00

SUMBER KEWANGAN:
Yuran Peserta
Kegiatan Panitia Agama Islam
Kokurikulum
PIBG
Sumbangan Luar

9.0 TENTATIF PROGRAM


7.30 Pagi

: Semua murid muslim berkumpul di dewan

: Taklimat
: Sarapan Pagi
8.30Pagi

: Ceramah mengenai Ibadah Haji dan Umrah

10.30 Pagi

: Rehat

11.00 pagi

: Pelajar bergerak Dataran Jam (praktikal amali Haji)


-Miqat
-Arafah
-Muzdalifah
-Mina
-Tawaf
-Saie
- Bercukur

1.30 Tengahari: Refleksi program dan penyampaian hadiah


2.00 Petang

: Bersurai

10.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan besar pihak penganjur untuk melihat program ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya memandangkan ia adalah program yang amat bermakna bagi
pelajar terutama pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Dengan
sokongan dan kerjasama daripada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung untuk menjayakan program Lambaian Kaabah ini, pihak Panitia Pendidikan
Islam mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada
Allah S.W.T.
Disediakan oleh:
______________________________
(Pn. Nooruos Sadiqin binti Othman)

Diluluskan oleh :
______________________________

Anda mungkin juga menyukai