Anda di halaman 1dari 5

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA

KALI ke-14 2016/2017

SABTU/ 21 JANUARI 2017

PERKARA TINDAKAN
i 8.00 pagi Pendaftaran Ibu bapa dan Guru. Pendaftaran
ii 8.30 pagi Ketibaan tetamu/ VVIP / Perasmi
iii 8.30 ptg Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG bermula
i Perasmi disambut dari ruang legar SMKS4KD dan menandatangani BUKU
PELAWAT.Barisan PENTADBIR SEKOLAH mengiringi Perasmi.
Lihat isyarat untuk umum ketibaan VIP sehingga mengambil tempat di Anjung
dengan diiringi muzik kompng

1 Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dato Prof Alias Bin Daud, Shanti
Mantan Naib Canselor (Unisza) Universiti Sultan Zainal Abidin,
dengan diiringi oleh Yang Berusaha, Pn.Ranjithamalar A/P ARN Lingam
Pengetua SMK S4 KD, Yang dihormati En.Iszahar bin Abdullah, Yang
DiPertua PIBG bersama Barisan Pentadbir SMK S4 KD, barisan Ahli
Jawatan kuasa PIBG SMK S4 KD ke Dewan Wawasan dan mengambil
tempat.
2 Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Shanti
Selangor. Para hadirin diminta bersedia. En. Suffian

Lagu Negaraku & Lagu Sekolah


Para hadirin dijemput duduk
Indah berbalam si awan petang, Raihan
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam Selamat datang,
Awal Bismillah Pembuka Bicara
Bismillah
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

3 Yang Berbahagia Dato Prof Alias Bin Daud, Mantan Naib Canselor (Unisza) Raihan
Universiti Sultan Zainal Abidin
Yang Berusaha Pn. Ranjithamalar A/P ARN Lingam,
Pengetua SMK S4 KD
Yang dihormati En Izshazar bin Abdullah
Yang Dipertua PIBG SMK S4KD,
Yang Dihormati
*Pn Aini Wardiah binti Adenan , Penolong Kanan
*En.Mohd Shahrol bin Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
*Pn.Paizah binti Che Yusof, Penolong Kanan Ko Kurikulum
*Pn. Rosida bt Solehudin , Penolong Kanan Petang
*Ahli-ahli jawatankuasa PIBG, tuan-tuan, puan-puan, guru-guru serta
pelajar yang dikasihi sekalian
PERSEMBAHAN MONTAJ
1
Hadirin sekalian , kini marilah kita bersama-sama menyaksikan sedikit
bingkisan montaj tentang sekolah ini.

4 Ucapan Aluan Pengacara Majlis


Hadirin hadirat sekalian Raihan
Terlebih dahulu pihak majlis merakamkan ucapan Selamat Datang kepada
Yang Berbahagia Dato Prof Alias Bin Daud, Mantan Naib Canselor (Unisza)
Universiti Sultan Zainal Abidin kerana sudi meluangkan masa bersama-
sama menjayakan majlis yang sungguh bermakna pada pagi ini.
Tuan-tuan dan puan-puan, pada hari ini, kita bersama-sama dalam
Mesyuarat Agung PIBG SMK S4KD Kali Ke-14 bagi SESI 2017/2018.
Dengan Limpah dan Inayahnya marilah kita sama-sama memohon
semoga majlis ini diberkati, berjalan dengan lancar dan penuh harmoni.

6 Bagi memberkati majlis, dipersilakan En. Mohd Hafiz Affansi bin Raihan
Muhammad untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

7 Ucapan PENGETUA
Daun semulur di pekan sari, Shanti
Batang jerami rebah ke bumi,
Ucapan Pengetua dinanti-nanti,
Membuat majlis bertambah seri.

Hadirin sekalian,
Tanpa membuang masa, majlis dimulakan dengan mempersilakan Yang
Berusaha Pn.ranjithamalar A/P ARN Lingam, Pengetua SMK S4KD untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi.


8 Ucapan YDP PIBG
Bagi meneruskan majlis pada hari ini, majlis mempersilakan En Iszahar Raihan
bin Abdullah , selaku Yang DiPertua PIBG untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

2
9 Ucapan PERASMI
Shanti

Pergi menimba Telaga di Hulu,


Tidakkan ikan melarat ke muara.
Kini tibalah masa ditunggu,
Ucapan Perasmian mesyuarat kita

Hadirin dan hadirat sekalian,


Kini, tanpa membuang masa majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berbahagia Dato Prof Alias Bin Daud, Mantan Naib
Canselor (Unisza) Universiti Sultan Zainal Abidin untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMKS4KD Kali Ke-
14 .

Demikian lah tadi ucapan perasmian yang telah disampaikan oleh YB


Dato Prof Alias Bin Daud. Majlis merakamkan ucapan setinggi tinggi
penghargaan dan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia
merasmikan Mesyuarat Agung PIBg kali ke 14 .

10 PENYAMPAIAN CENDERAMATA PERASMI


Sebagai cenderamata kenang-kenangan kepada perasmi, majlis
mempersilakan En Iszahar bin Abdullah YDP PIBG SMKS4KD dengan
Diiringi oleh Pn Ranjithamalar a/p ARN Lingam untuk menyampaikan
cenderamata. Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dato Prof Alias Bin
Daud untuk naik ke pentas.

Majlis sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Yang Berbahagia Dato Prof Alias Bin Daud, atas kesudian
memeriahkan majlis kita pada hari ini.

Untuk itu majlis mempersilakan dan menjemput Yang Berbahagia serta


diiringi oleh yang berusaha Pn Pengetua, Pn Ranjithamalar serta
Barisan Pentadbir untuk menjamu selera di Dewan Santapan.(Kantin)

Sementara itu majlis akan diteruskan dengan mesyuarat Agung PIBG


kali ke 14.untuk itu saya menyerahkan majlis ini kepada yang
dipertua PIBG SMKS4KD..En Iszahar bin Abdullah untuk mengendalikan
majlis pada hari ini dipersilakan tuan

(Yg tinggal meneruskan acara ialah YDP PIBG, AJK PIBG dan GURU-
GURU)

11 PERSEMBAHAN MONTAJ
3
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Ucapan perasmian selesai sudah
Persembahan montaj menyusul pula.

Hadirin sekalian , kini marilah kita bersama-sama menyaksikan sedikit


bingkisan montaj tentang sekolah ini.

12 PENYAMPAIAN CENDERAMATA DAN SIJIL KEPADA AJK PIBG SESI 2016/017


Hadirin sekalian,
Seterusnya, majlis dengan segala hormat mempersilakan
Pn. Ranjithamalar A/p ARN Lingam, Pengetua, SMK Seksyen 4
Kota Damansara, dengan diiringi oleh Pn Aini Wardiah bt Adenan, Pen
Kanan Kurikulum SMK S4KD untuk menyampaikan cenderamata dan
sjil penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2016/2017. Dipersilakan.

SENARAI NAMA AJK PIBG thn lps

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


..di atas kesudian menyampaikan
cendermata dan sijil kepada AJK PIBG sesi 2016/2017

13 PENUTUP

4
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Seksyen
4 Kota Damansara sesi 2017/2018. Sekian terima kasih.

Wabilahitaufikwalhidayah
wassalmualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai