Anda di halaman 1dari 3

SKRIP LARIAN KECERGASAN 2015(17/1/2015)

TINDAKAN
1 7.30am Para pelajar diminta berkumpul di dataran Harmoni mengikut rumah sukan
masing-masing.
2 Para pelajar diminta bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku
LAGU NEGARAKU
RAIHAN Para pelajar dibenarkan duduk.
3 Bismillahirrahmanirrahim,
Yang dihormati, En.Iszahar bin Abdullah, Yang Dipertua PIBG SMK
Seksyen 4 Kota Damansara
PUTERI Yang Berusaha Pn. Ranjithamalar a/p ARN Lingam, Pengetua SMK
Seksyen 4 kota Damansara,
Pn.Hamidah Bt Parmin,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid;
Pn Azriza Bt Aziz,Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn. Rosida Bt Salehuddin, Pen. Kanan Petang,
Kaunselor sepenuh masa,guru-guru cemerlang, guru-guru dan pelajar-
pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia


4 Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana kita dapat berkumpul dan berhimpun
pada pagi yang mulia ini sempena Larian Kecergasan bagi tahun 2015.
5 Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dipersilakan En.Kamal untuk
membacakan doa.Dipersilakan.

BACAAN DOA
6 Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pn. Ranjithamalar a/p
ARN Lingam, Pengetua SMK Seksyen 4 kota Damansara,. Majlis dengan
RAIHAN segala hormatnya mempersilakan

UCAPAN PENGETUA TAKLIMAT


7 Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua atas ucapan aluan itu tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh En.Iszahar bin Abdullah ,
Yang Dipertua PIBG SMK Seksyen 4 Kota Damansara Majlis dengan segala
PUTERI
hormatnya mempersilakan
UCAPAN YDP PIBG
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang Dipertua PIBG atas ucapan
perasmian itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan taklimat larian Kecergasan oleh En. Zaharuddin .
Dipersilakan.
TAKLIMAT LARIAN KECERGASAN
8 Terima kasih diucapkan kepada En Zaharudin atas taklimat itu tadi.
Seterusnya, kita akan lakukan senaman memanaskan dadan warming up
RAIHAN
beramai-ramai sebelum melakukan larian.
Senaman pemanasan badan ini akan diketuai oleh pelajar-pelajar Sains Sukan.
Semua pelajar diminta bersama-sama mengambil bahagian.
WARM UP ACTIVITY
Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar Sains Sukan dan semua pelajar.
9 Sekarang tibalah acara kemuncak untuk hari ini. Semua peserta diminta untuk
bersedia mengikut kategori masing-masing (L3,L2,L1,P3,P2 dan P1)
12. LARIAN
10.30 am
Para pelajar diminta berkumpul di dataran sekarang untuk aktiviti penyejukan
badan atau warm down activity. Aktiviti ini akan diketuai sekali lagi oleh
PUTERI
pelajar-pelajar Sains Sukan. Semua pelajar diminta bersedia.
WARM DOWN ACTIVITY
Terima kasih kepada para peserta. Pelajar dibenarkan rehat dan anda diminta
untuk kembali berkumpul di Anjung Semarak Minda pada pukul 11.00 pagi.
REHAT
Semua pelajar diminta berada di Anjung Semarak Minda sekarang bagi acara
penyampaian hadiah. Pelajar diminta duduk dalam pasukan rumah masing-
RAIHAN
masing.
13 Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah
bagi semua kategori yang bertanding. Untuk itu dipersilakan .
Untuk menyampaikan hadiah.
14 Bagi kategori

15 Terima kasih diucapkan kepadaatas penyampaian hadiah itu


tadi.
16.
17 PUTERI Terima kasih kepada .atas penyampaian hadiah itu tadi.

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PARA PEMENANG. KEPADA


YANG TIDAK BERJAYA CUBA LAGI PADA TAHUN HADAPAN.
BERIKUT DIUMUMKAN PUNGUTAN MATA BAGI SETIAP RUMAH SUKAN
MENGIKUT KEDUDUKAN ;
(BACA TEMPAT KE-5, KE-4, KE-3, NAIB JOHAN DAN JOHAN)
RUMAH SUKAN MATA TEMPAT
MERAH
BIRU
KUNING
HIJAU

JINGGA

DIHARAP DENGAN PUNGUTAN MATA YANG DIPEROLEHI SEKARANG AKAN


BERTAMBAH LEBIH BANYAK UNTUK KEJOHANAN SUKAN NANTI. APA
YANG PENTING ADALAH KERJASAMA ANTARA PASUKAN. DENGAN INI
MAKA BERAKHIRLAH SUDAH KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2014.
SEKIAN,
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Anda mungkin juga menyukai