Anda di halaman 1dari 2

SURAU AT-TAQWA

PERSIARAN KK7,
BANDAR BARU KUBANG KERIAN,
16150, KOTA BHARU
KELANTAN

Ruj Tuan :
Ruj Kami : SAT/PRG/1705/001
Tarikh : 12 Mei 2017

Ahli-Ahli Kariah/Jemaah,
Surau At-Taqwa,
Persiaran KK7,
Bandar Baru Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu
Kelantan.

Muslimin / Muslimat

SUMBANGAN IKHLAS UNTUK MELAKSANAKAN AKTIVITI DAN PENGURUSAN SURAU BAGI TAHUN 2017.

Dengan segala hormatnya , perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita kami ingin memaklumkan bahawa surau At Taqwa telah diubahsuai dan aktiviti yang dirancang
sepanjang tahun telah berjalan dengan baik. Antara program yang telah dijalankan adalah majlis jamuan ringan pada
setiap hari selasa, ceramah agama pada setiap malam, majlis bacaan Yassin, tahlil dan solat hajat . Sepanjang bulan
Ramadan ini juga, pihak surau bercadang untuk mengadakan solat terawih berjemaah, jamuan moreh, program berbuka
puasa perdana dan lain-lain.

3. Sehubungan dengan itu, semua muslimin dan muslimat adalah dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan
bagi menjayakan aktiviti dan menampung kos utiliti surau bagi tahun 2017. Sumbangan boleh diserahkan kepada
bendahari surau En Azizi bin Hussin (0199388825). Sumbangan dalam bentuk cek/ kiriman wang / wang pos hendaklah
ditulis atas nama Madrasah At-Taqwa Bandar Baru Kubang Kerian, atau boleh dimasukkan terus ke akaun Bank
Islam, no. akaun : 03018010153188.

4. Semoga segala sumbangan ikhlas dari tuan / puan akan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah S.W.T.
Pihak surau juga mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan dari tuan / puan untuk menjayakan program
surau pada tahun ini.

Wassalamualaikum W.B.T
BERKHIDMAT KERANA ALLAH UN TUK MASYARAKAT. MAJU ISLAM UNTUK SEMUA

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan
tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan
seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah . ( HR Muslim dan Tirmidzi )

Yang Menjalankan Tugas,

______________________
( )
Pengerusi Surau At Taqwa
SURAU AT-TAQWA
PERSIARAN KK7,
BANDAR BARU KUBANG KERIAN,
16150, KOTA BHARU
KELANTAN

Anda mungkin juga menyukai