Anda di halaman 1dari 6

Bismillahi rahmanirrahim

Assalammualaikum wbh dan salam sejahtera

Yang berusaha,
Puan Hjh. Nor Kamaliah Bt. Ghazali
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kota

Guru-guru kanan, barisan guru SMK Sri Kota, anak-anak didik dan warga
Sri Kota yang dikasihi sekalian……..
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Tenang-tenang air laut


Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya, dapat kita
bersama-sama pada pagi ini, di tapak perhimpunan yang serba damai
ini…..untuk meraikan saat suka dan duka warga Sri Kota di atas persaraan
Pn. Hjh Mariam Bt Shafiee yang sangat kita kasihi dan sayangi…..

Pn. Hjh Mariam Bt Shafiee telah berkhidmat di SMK Sri Kota ini bermula
…………………………….sehingga kini dengan penuh berdedikasi dan
menjadi contoh seorang Penolong Kanan Ko Kurikulum yang disayangi dan
amat mesra untuk didampingi. Persaraan beliau akan menyebabkan Warga
Sri Kota rasa kehilangan yang mendalami………Selepas ini tiada lagi kita
dapat mendengar pesanan dan kata-kata nasihat dari beliau…yang bernas
dan bermotivasi…………
Warga Sri Kota sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Bagi memperolehi keberkatan pada pagi yang mulia ini, majlis


mempersilakan Ustaz Hj. Sayuti bin Mat Nawi untuk membacakan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*
Amin 2x...Ya rabbal a’lamin....Terima kasih kepada Ustaz Hj.
Sayuti.Semoga majlis kita pagi ini memperolehi keberkatan dan
keredaanNya. Insyaallah.....

Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian……

Seterusnya majlis dengan rasa berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha


Pn. Hjh Nor Kamaliah Bt Ghazali, Pengetua SMK Sri Kota untuk
menyampaikan ucapan sebagai mewakili semua warga SMK Sri Kota di atas
persaraan YM Raja Mohd Nordin……dipersilakan dengan segala
hormatnya……

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Puan Hjh Nor
Kamaliah itu tadi.
Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian……

Seterusnya marilah kita sama-sama mengikuti serba sedikit tentang Pn. Hjh
Mariam Bt Shafiee yang kita kasihi sekalian….untuk membacakan biodata
beliau dijemput En. Lim Chin Oo, guru kanan bahasa….,dipersilakan
dengan segala hormatnya……….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Lim Chin Oo, guru
kanan bahasa

Warga Sri Kota sekalian…

Rasanya tak mahu melepaskan tuan pergi,


Khidmat tuan masih diperlukan lagi,
Tetapi peraturan kata pencen.

Selama tuan berkhidmat di sini,


Sentuhan tuan terlalu banyak,

Jejak tuan ada di mana-mana,


Jasa tuan takkan dilupakan.

Teguran tuan menjadi ingatan,


Nasihat tuan menjadi panduan.

Apa yang tuan sentuh menjadi emas,


Di mana yang tuan terpijak mennjadi lubuk.
Seterusnya tibalah saat-saat yang dinanti-nantikan………ucapan perpisahan
dan juga amanat dari Pn. Hjh Mariam Bt Shafiee , untuk semua warga Sri
Kota…majlis dengan rasa berbesar hati mempersilakan……..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Hjh Mariam Bt


Shafiee ….Semoga apa yang diperkatakan oleh Pn. Hjh Mariam Bt Shafiee
itu tadi akan terus tersemat di hati sanubari kita semua…….

Seterusnya dijemput Pn. Hjh Mariam Bt Shafiee untuk tampil ke hadapan


untuk menerima cendera mata dari…………………………..

Dengan berakhirnya acara itu tadi maka berakhirlah juga acara kita pada
pagi ini…..untuk Pn. Hjh Mariam Bt Shafiee …kita semua doakan semoga
beliau akan terus berbahagia dengan kehidupan yang baru…..seterusnya
diminta pelajar semua berdiri dan membuat barisan berbentuk separuh
bulatan……untuk mengiringi pemergian Pn. Hjh Mariam Bt Shafiee sambil
mengucapkan selamat tinggal……..

Pucuk pauh delima batu


Anak sembilang di tapak tangan
Walaupun Sri Kota jauh berbatu-batu
Hilang di mata di hati jangan

Akar keladi melilit selasih


Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Sekianlah sahaja majlis kita pada pagi ini


Wabillahhitaufik walhidayah
Assalammualaikum wbh
Seterusnya marilah kita semua warga Sri Kota mengiringi perpisahan ini
dengan menyanyikan lagu ‘Bertemu dan Berpisah….dijemput En. Redzuan
untuk mengetuainya……,.

Anda mungkin juga menyukai