Anda di halaman 1dari 42

Tenaga Nuklear

BAB 12
Penggunaan tenaga nuklear
• Tenaga nuklear digunakan untuk menjanakan tenaga
• Terdapat lebih daripada 30 buah negara yang menggunakan
tenaga nuklear sebagai sumber tenaga
• Contoh:
– Amerika Syarikat
– Rusia
– Perancis,
– Slovakia
– Jepun.
Merupakan tenaga alternatif
• Boleh menjanakan tenaga elektrik bagi menggantikan atau
mengurangkan penggunaan petroleum dan arang batu
• Tenaga yang dihasilkan lebih besar dan efisien berbanding
dengan sumber tenaga lain.
Pelbagai Kegunaan
• Menghasilkan sinaran mengion
• Digunakan dalam bidang
- Perubatan
- Pertanian
- Perindustrian
• Dapat meningkatkan taraf hidup dan taraf kesihatan manusia
Sumber Tenaga Bersih
• Tenaga nuklear membebaskan jumlah gas rumah hijau yang
sedikit berbanding dengan sumber tenaga yang lain.
Penghasilan Tenaga Nuklear
• Tenaga nuklear – tenaga yang terhasil daripada tindakbalas di
dalam nuklues atom.
• Dihasilkan melalui proses
– Pembelahan nukleus
– Pelakuran nukleus
Pembelahan nukleus
• Proses pemecahan satu nukleus radioaktif yang berat kepada
dua atau lebih nukleus yang lebih ringan dan lebih stabil
disertai dengan pembebasan tenaga
• Berlaku apabila satu neutron yang perlahan membedil satu
nukles radioaktif yang berat seperti uranium-235.
• Menyebabkan nukleus itu pecah kepada dua atau lebih nukleus
yeng lebih ringan dan stabil.
• Membebaskan tenaga yang banyak.
Pembelahan nukleus
• Berlaku secara berterusan apabila satu neutron membedil dan
membelah nukleus berjisim besar yang baharu.
• Tindak balas berantai.
Pembelahan Nuklear

(Uranium-235)
Pelakuran nukleus
• Merupakan satu proses percantuman atau penggabungan dua
nukleus radioaktif yang ringan
• Membentuk satu nukleus yang lebih berat disertai dengan
pembebasan tenaga.
• Contoh:
– dua nukleus kecil dan ringan seperti deuterium dan tritium
(isotop hidrogen) bercantum
– membentuk satu nukleus yang lebih besar dan berat.
Pelakuran nukleus
• Berlaku pada suhu yang amat
tinggi.
• Membebaskan tenaga nuklear
yang lebih banyak berbanding
dengan pembelahan nukleus.
Penjanaan Tenaga Elektrik daripada
Tenaga Nuklear
• Kegunaan utama tenaga nuklear adalah untuk menjana tenaga
elektrik.
• Penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear ini dilakukan
di dalam stesen jana kuasa tenaga nuklear.
– terdiri daripada reaktor nuklear dan penjana.
• Reaktor nuklear menghasilkan jumlah tenaga yang besar
Stesen jana kuasa tenaga nuklear
Rod pengawal boron
• Mengawal kadar
tindakbalas pembelahan
nukleus dengan menyerap Rod pengawal
neutron yang berlebihan boron
Moderator grafit
• Memperlahankan neutron

Moderator
grafit
Rod bahan api uranium
• Membebaskan tenaga
haba melalui pembelahan
nukleus
• Untuk memanaskan gas
yang mengalir melalui
teras reaktor

Rod bahan
api uranium
Perisai konkrit
• Mengelakkan kebocoran
sinaran radioaktif daripada
reaktor

Perisai konkrit
Agen penyejuk
• Menyerap haba hasil tindak
balas nuklear

Agen penyejuk
Kondensor
• Menyejuk dan mengkondensasikan
stim menjadi air

Kondensor
Turbin
• Apabila turbin diputarkan oleh
Turbin
aliran stim, magnet di dalam
penjana diputarkan
Penjana elektrik
• Menjanakan arus elektrik melalui
Penjana elektrik
proses aruhan elektromagnet
apabila magnet berputar dalam
suatu gegelung
Faktor pemilihan tenaga nuklear sebagai
sumber tenaga
1. Kurang sumber tenaga lain
2. Keluasan negara yang besar serta kepadatan penduduk
yang tinggi
3. Sumber pendapatan negara
4. Teknologi yang canggih
1. Kurang sumber tenaga lain
• Kekurangan sumber tenaga lain seperti arang batu dan
petroleum.
• Kos yang amat tinggi diperlukan jika mengimport
sumber tenaga ini dari negara lain.
2. Keluasan negara yang besar serta kepadatan
penduduk yang tinggi
• Negara China - sangat besar dan mempunyai kepadatan
penduduk yang tinggi.
• Kuasa dan tenaga yang dihasilkan oleh tenaga nuklear
cukup besar
• Mampu untuk menjanakan tenaga elektrik ke seluruh
negara mereka.
3. Sumber pendapatan negara
• Reaktor nuklear di Slovakia - mampu menghasilkan
tenaga elektrik yang melebihi keperluan negaranya.
• Dapat membekalkan tenaga elektrik itu kepada negara-
negara jiran dan mampu mendapat keuntungan
4. Teknologi yang canggih
• Memiliki teknologi yang lebih canggih serta mampu
mengurangkan risiko-risiko yang berlaku kepada
reaktor-reaktor nuklear
• Contoh - pembinaan Makmal Nasional Arrgone yang
dimiliki oleh Amerika Syarikat.
Impak Pengunaan Tenaga Nuklear
• Impak Penggunaan Senjata Nuklear
• Impak Ujian Nuklear
Impak Pengunaan Senjata Nuklear
• Pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki
dalam Perang Dunia Kedua
• Bom atom "Little Boy" telah digugurkan di Hiroshima
pada 6 Ogos 1945,
• Bom atom "Fat Man" di Nagasaki pada 9 Ogos 1945.
Bom atom
Little Boy Fat Man
Impak Pengunaan Senjata Nuklear
• Letusan tenaga nuklear oleh bom atom menghasilkan
gelombang letupan yang amat kuat
• Mengorbankan kira-kira 70,000 nyawa orang awam
secara serta-merta.
• Seluruh bandar raya menjadi amat panas sehingga
mencairkan struktur besi.
Impak Pengunaan Senjata Nuklear
• Letusan bom nuklear juga
mengganggu keadaan atmosfera
kesan daripada gelombang yang
terhasil di samping luruhan
radioaktif yang dikeluarkan.
• Seluruh sistem perhubungan di
bandar raya itu terputus.
Kesan Kemusnahan Akibat Bom Atom
Hiroshima Nagasaki
• Banyak negara yang mula mencipta dan mengeluarkan
senjata nuklear masing-masing.
• Terikat di bawah Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear
yang mengawal dan tidak membenarkan mana-mana
negara menggunakan senjata nuklear dengan sewenang-
wenangnya.
Impak Pengunaan Tenaga Nuklear
• Sebelum senjata nuklear digunakan, ujian nuklear perlu
dilakukan untuk memastikan sama ada senjata itu
berfungsi atau tidak.
• Dilakukan sama ada di atmosfera terbuka, di darat atau
di bawah laut.
• Impak buruk kepada hidupan dan persekitaran.
Impak Pengunaan Tenaga Nuklear
• Ujian bawah tanah - akan menyebabkan kesan radiasi
terhadap tanah dan sumber air.
• Ujian di laut - kemusnahan hidupan dan juga
pencemaran yang teruk.
• Kesan penyebaran radiasi daripada ujian nuklear boleh
menyebabkan kesan somatik dan kesan genetik.
Impak Pengunaan Tenaga Nuklear
Kesan penyebaran radiasi daripada ujian nuklear
• Kesan somatik • Kesan genetik
– Keletihan – Kecacatan pada bayi
– Loya – Mutasi sel
– Katarak – Kanser
– Leukemia
– Keguguran rambut
Tenaga Nuklear di Malaysia
• Di Malaysia, 70% daripada sumber tenaganya dijana
daripada gas asli.
• Petroleum, gas asli dan arang batu merupakan sumber
bahan api fosil yang tidak boleh baharu.
Apakah kewajaran pembinaan stesen jana kuasa
nuklear di Malaysia?
• Pendapat pertama - Malaysia perlu membina stesen jana
kuasa nuklear untuk menampung permintaan pengguna
terhadap tenaga elektrik yang semakin meningkat.

• Pendapat kedua – Malaysia tidak perlu membina stesen


jana kuasa nuklear kerana reaktor nuklear menghasilkan
sisa radioaktif yang berbahaya kepada manusia dan alam
sekitar jika tidak dikendalikan dengan cermat.
Faktor keperluan pembinaan stesen
jana kuasa nuklear
• Bahan api fosil seperti arang batu, gas asli, petroleum
yang akan habis dan kosnya semakin meningkat
• Kadar pencemaran lebih rendah berbanding dengan
sumber bahan api fosil
• Kawasan yang sangat strategik.
• Dibina berhampiran dengan punca air bagi memudahkan
proses penyejukan berlaku
• Kadar tenaga yang dikeluarkan oleh sumber tenaga
nuklear adalah jauh lebih besar daripada sumber bahan
api fosil
Agensi Nuklear Malaysia
• Sebelum ini dikenali sebagai Institut Penyelidikan
Teknologi Nuklear Malaysia (MINT), terletak di Bangi,
Selangor.
• menyelaras aktiviti berteraskan sains dan teknologi
nuklear serta teknologi yang berkaitan nuklear
• Menjalankan penyelidikan dan pembangunan teknologi
nuklear bagi pembangunan negara dengan kerjasama
antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai