Anda di halaman 1dari 37

z

BAB 12
TENAGA
NUKLEAR Sains Tingkatan 4

Oleh Cikgu Norazila Khalid

Smk Ulu Tiram, Johor


12.1
z PENGGUNAAN
TENAGA
NUKLEAR
Penggunaan Tenaga
z
Nuklear
 Tenaga nuklear memberikan banyak
manfaat kepada manusia apabila dijanakan
dan dikawal dengan baik.

 Setiap tahun berlakunya pertambahan


negara yang menggunakan tenaga nuklear
untuk menjanakan tenaga dalam pelbagai
bidang.

 Kini, terdapat lebih daripada 30 buah negara


yang menggunakan tenaga nuklear sebagai
sumber tenaga di negara mereka.

 Antaranya Amerika Syarikat, Rusia,


Perancis, Slovakia dan Jepun
z

Tenaga nuklear ialah tenaga alternatif yang boleh


menjanakan tenaga elektrik bagi menggantikan atau
mengurangkan penggunaan petroleum dan arang batu.

Tenaga yang dihasilkan lebih besar dan efisien


berbanding dengan sumber tenaga lain.
z

Tenaga nuklear menghasilkan sinaran mengion yang digunakan


dalam pelbagai bidang seperti perubatan, pertanian dan
perindustrian. Penggunaan tenaga nuklear dapat
meningkatkan taraf kesihatan dan taraf hidup manusia.
z

Tenaga nuklear
membebaska
n jumlah gas
rumah hijau
yang
z sedikit
berbanding
dengan
sumber
tenaga yang
lain.
z
Sisa radioaktif
yang
dihasilkan
boleh
menjejaskan
z
kesihatan dan
mengancam
nyawa semua
hidupan.
z

Tenaga yang dihasilkan adalah sangat besar


dan jika disalahgunakan, boleh
menyebabkan kesan yang buruk kepada
manusia.
12.2
z PENGHASILAN
TENAGA
NUKLEAR
z
Penghasilan
Tenaga Nuklear

 Tenaga nuklear
bermaksud tenaga yang
terhasil daripada tindak
balas di dalam nukleus
atom.

 Tenaga nuklear
dihasilkan melalui
pembelahan nukleus dan
pelakuran nukleus.
z
Pembelahan Nukleus
 Pembelahan nukleus merupakan proses pemecahan satu nukleus
radioaktif yang berat kepada dua atau lebih nukleus yang lebih
ringan dan lebih stabil disertai dengan pembebasan tenaga.

 Pembelahan nukleus berlaku apabila satu neutron yang perlahan


membedil satu nukleus radioaktif yang berat seperti uranium-235.

 Bedilan daripada neutron itu menyebabkan nukleus itu pecah


kepada dua atau lebih nukleus yang lebih ringan dan stabil.

 Proses ini membebaskan tenaga yang banyak.


z  Pelakuran nukleus merupakan satu
Pelakuran Nukleus proses percantuman atau penggabungan
dua nukleus radioaktif yang ringan
membentuk satu nukleus yang lebih berat
disertai dengan pembebasan tenaga.

 Sebagai contoh, dua nukleus kecil dan


ringan seperti deuterium dan tritium
(isotop hidrogen) bercantum dan
membentuk satu nukleus yang lebih
besar dan berat.

 Proses ini berlaku pada suhu yang amat


tinggi.

 Proses ini membebaskan tenaga nuklear


yang lebih banyak berbanding dengan
pembelahan nukleus.
z
Penjanaan Tenaga Elektrik daripada
Tenaga Nuklear
 Kegunaan utama tenaga nuklear adalah untuk
menjana tenaga elektrik.

 Penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga


nuklear ini dilakukan di dalam stesen jana kuasa
tenaga nuklear.

 Sebuah stesen jana kuasa nuklear terdiri


daripada reaktor nuklear dan penjana.

 Reaktor nuklear menghasilkan jumlah tenaga


yang besar.
z
Reaktor Nuklear Malaysia
 Malaysia memiliki sebuah reaktor nuklear berkuasa 1 MegaWatt
milik Agensi Nuklear Malaysia.

 Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP) mula beroperasi pada 28 Jun


1982.

 RTP ini merupakan jenis kolam yang direka bentuk supaya


eksperimen boleh dijalankan di bahagian teras reaktor tersebut.

 Namun, reaktor ini hanya untuk tujuan latihan, penyelidikan dan


penghasilan radioisotop sahaja

 Malaysia perlu membina sebuah reaktor nuklear yang mampu


menghasilkan tenaga 1000 MegaWatt jika mahu menjalankan
penjanaan elektrik bersumberkan tenaga nuklear.
z
Penggunaan Tenaga Nuklear bagi
Negara yang Menggunakannya

 Sehingga kini, tenaga nuklear terus


menjadi pilihan bagi negara-negara
di dunia sebagai sumber alternatif
tenaga elektrik.

 Terdapat beberapa sebab


mengapa negara-negara ini
memilih tenaga nuklear sebagai
sumber tenaga negara mereka.
z
Kurang sumber tenaga lain

 Kebanyakan negara yang menggunakan


tenaga nuklear kurang sumber tenaga lain
seperti arang batu dan petroleum.

 Kos yang amat tinggi diperlukan jika


mereka mengimport sumber tenaga ini
dari negara lain.

 Oleh itu, mereka perlu menggunakan


sumber tenaga lain seperti tenaga
nuklear.
z
Keluasan negara yang besar serta
kepadatan penduduk yang tinggi

 Negara China contohnya adalah


sangat besar dan mempunyai
kepadatan penduduk yang tinggi.

 Kuasa dan tenaga yang dihasilkan


oleh tenaga nuklear cukup besar
sehingga mampu untuk
menjanakan tenaga elektrik ke
seluruh negara mereka.
z
Sumber pendapatan negara

 Reaktor nuklear di Slovakia


contohnya mampu menghasilkan
tenaga elektrik yang melebihi
keperluan negaranya.

 Oleh itu, mereka telah


membekalkan tenaga elektrik itu
kepada negara-negara jiran dan
mampu mendapat keuntungan
yang lumayan.
z
Teknologi yang canggih

 Kajian dan pembangunan sentiasa


dilakukan oleh negara-negara yang
menggunakan tenaga nuklear.
 Hasilnya kini, mereka telah berjaya
memiliki teknologi yang lebih canggih
serta mampu mengurangkan risiko-
risiko yang berlaku kepada reaktor
nuklear
 Contohnya seperti pembinaan
Makmal Nasional Argonne yang
dimiliki oleh Amerika Syarikat.
12.3
z IMPAK
PENGGUNAAN
TENAGA NUKLEAR
z
Impak Penggunaan Senjata Nuklear
 Pada sekitar tahun 1940-an, penyelidikan awal tentang
tenaga nuklear dijalankan untuk menghasilkan bom.

 Hasil sampingan daripada pembelahan nukleus di


dalam reaktor nuklear, iaitu plutonium boleh digunakan
untuk membuat bom atom

 Dunia telah menyaksikan satu malapetaka yang amat


dahsyat apabila tenaga nuklear digunakan untuk
menghasilkan senjata nuklear

 Senjata nuklear pernah digunakan semasa Perang


Dunia Kedua oleh Amerika Syarikat terhadap Hiroshima
dan Nagasaki.
 Mengikut beberapa kajian dan risalah, bom atom “Little
Boy” telah digugurkan oleh pihak tentera Amerika Syarikat
z
di Hiroshima pada 6 Ogos 1945, dan diikuti satu lagi bom
atom “Fat Man” di Nagasaki pada 9 Ogos 1945. Pengeboman
 Letusan tenaga nuklear oleh bom atom menghasilkan satu bom atom di
gelombang letupan yang amat kuat sehingga Hiroshima dan
mengorbankan kira-kira 70,000 nyawa orang awam secara Nagasaki
serta-merta
dalam Perang
 Pengeboman ini menyebabkan keadaan seluruh bandar Dunia Kedua
raya itu menjadi amat panas sehingga mencairkan struktur
besi

 Letusan bom nuklear juga mengganggu keadaan


atmosfera kesan daripada gelombang yang terhasil di
samping luruhan radioaktif yang dikeluarkan

 Pada ketika itu, seluruh sistem perhubungan di bandar


raya itu terputus.
z

Impak Ujian Nuklear

 Sebelum senjata nuklear digunakan, ujian nuklear perlu dilakukan untuk memastikan
sama ada senjata itu berfungsi atau tidak.

 Ujian nuklear dilakukan sama ada di atmosfera terbuka, di darat atau di bawah laut.

 Ujian nuklear ini memberikan impak buruk kepada hidupan dan persekitaran

 ujian nuklear di bawah tanah contohnya akan menyebabkan kesan radiasi terhadap
tanah dan sumber air.

 Begitu juga di laut, akan berlaku kemusnahan hidupan dan juga pencemaran yang teruk.

 Bagi manusia dan hidupan di darat, kesan penyebaran radiasi daripada ujian nuklear
boleh menyebabkan kesan somatik dan kesan genetik.
12.4
z TENAGA NUKLEAR
DI MALAYSIA
z
Kewajaran Pembinaan Stesen Jana
Kuasa Nuklear di Malaysia
 Bagi melaksanakan pembinaan stesen jana kuasa nuklear, beberapa faktor perlu
diambil kira seperti:

 Bahan api fosil seperti arang batu, gas asli, petroleum yang akan habis dan kosnya
semakin meningkat

 kesan pencemaran oleh tenaga nuklear juga adalah lebih rendah berbanding dengan
sumber bahan api fosil

 Kawasan bagi membangunkan stesen jana kuasa nuklear juga mestilah sangat
strategik. Kawasannya mestilah berhampiran dengan punca air bagi memudahkan
proses penyejukan berlaku

 kadar tenaga yang dikeluarkan oleh sumber tenaga nuklear adalah jauh lebih besar
daripada sumber bahan api fosil
z
Agensi Nuklear Malaysia
 Agensi Nuklear Malaysia, yang dahulunya
dikenal sebagai Institut Penyelidikan Teknologi
Nuklear Malaysia (MINT), terletak di Bangi,
Selangor.

 Agensi ini ditubuhkan bagi menyelaras aktiviti


berteraskan sains dan teknologi nuklear serta
teknologi yang berkaitan dengannya.

 Aktiviti utama yang dijalankan di sini ialah


penyelidikan dan pembangunan teknologi
nuklear bagi pembangunan negara dengan
kerjasama antarabangsa.
z

Anda mungkin juga menyukai