Anda di halaman 1dari 2

DRAF UCAPAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan
izinNya, dapat kita bersama-sama meraikan Karnival Hari Jualan PIBG yang dianjurkan oleh
PIBG dan ALUMNI.

- Ucapan tahniah karnival PIBG yang membuktikan betapa kukuhnya semangat


kerjasama dan muafakat di antara para pentadbir, pendidik dan ibu bapa. Saya
percaya inilah antara faktor penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan
sekolah ini

Tujuan Hari Jualan – mendapatkan bagi memperbaiki tandas dan membeli kerusi meja
pelajar.

- Inisiatif yang diambil bagi mengadakan Karnival PIBG secara usahasama ini
sememangnya sesuatu yang harus dipuji

- Meskipun kita mengakui bahawa disebabkan kesibukan tugas dan komitmen dalam
pekerjaan dan sebagainya, terdapat ibu bapa sanggup hadir bagi melibatkan diri
dalam aktiviti PIBG mahupun program di sekolah.

-
- Dengan adanya PIBG dan ALUMNI yang aktif, cetusan idea yang baik akan diperolehi,
masalah sekolah boleh diatasi bersama, beban guru akan dapat dikurangkan dan
masalah kewangan juga akan dapat diringankan.Setiap amanah dan tugas yang
diberikan harus disempurnakan oleh ahli jawatankuasa PIBG dan ALUMNI dengan
penuh dedikasi dan dengan lebih bersemangat.

- Program ceramah pada harini diharap dapat memberi motivasi dan idea kepada ibu
bapa dan anak-anak pelajar agar lebih bersedia dalam menghadapi peperiksaan
sebenar sekaligus memperoleh keputusan yang cemerlang.

- Program jualan- memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar dan dapat


memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang keusahawanan.

-Pihak ibu bapa khususnya PIBG merupakan tulang belakang bagi kekuatan sekolah . Tanpa
sokongan PIBG dan ALUMNI, segala perkara yang kita lakukan tidak akan membuahkan hasil
seperti yang dinginkan. Ia bg memastikan segala keperluan yang tidak dapat diselesaikan oleh
pihak sekolah dibantu dan dapat diselesaikan melalui saluran PIBG. Tidak ada jalan mudah
untuk mencapai sesuatu kejayaan kecuali dengan kerja keras dan kerjasama semua pihak
-Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas kepada para guru, ibu bapa dan pelajar atas
perlaksanaan program pada hari ini. Saya percaya dengan melihat kepada suasana dan
semangat serta jalinan kerjasama yang mantap di antara pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa,
pelajar dan masyarakat seperti yang ada pada hari ini, sekolah ini akan lebih maju pada masa-
masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai