Anda di halaman 1dari 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGAMBILAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(PISMP) DENGAN KEPUJIAN AMBILAN FASA 2 TAHUN 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia


(SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan
Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan
Fasa 2 Tahun 2021 bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah
Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT).

1. KETERANGAN PROGRAM
1.1 Nama Program:
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
1.1.1 Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan
Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah
rendah.
1.1.2 Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG
berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
1.1.3 Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP
dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4)
tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
1.1.4 PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

2.1 Warganegara Malaysia.


2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau
selepas 30 Jun 2001.
2.3 Sihat tubuh badan.
2.4 Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
2.5 Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata
pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2.6 Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) mata
pelajaran berikut:
i. Bahasa Melayu;
ii. Sejarah; dan
iii. Bahasa Inggeris.
2.7 Memenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan. (Lampiran A)
3. BIDANG PENGKHUSUSAN BAGI PENGAMBILAN KHAS:
3.1 Sekolah Kebangsaan (SK)

Bidang
3.1.1 Pendidikan Muzik (SK)
3.1.2 Pendidikan Islam (SK/SJKC/SJKT)
3.1.3 Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah
(TESL) (SK)
3.1.4 Sains Pendidikan Rendah (SK)

3.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

Bidang
3.2.1 Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC)
3.2.2 Bimbingan Dan Kaunseling (SJKC)
3.2.3 Matematik Pendidikan Rendah (SJKC)
3.2.4 Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SJKC)
3.2.5 Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (SJKC)
3.2.6 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SJKC)
3.2.7 Pendidikan Khas Masalah Pendengaran (SJKC)
3.2.8 Pendidikan Khas Masalah Penglihatan (SJKC)
3.2.9 Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (SJKC)
3.2.10 Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (SJKC)
3.2.11 Reka Bentuk Dan Teknologi Pendidikan Rendah (SJKC)
3.2.12 Sains Pendidikan Rendah (SJKC)
3.2.13 Sejarah Pendidikan Rendah (SJKC)
3.2.14 Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC) -Tahap Satu

 Calon perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Cina


diperingkat SPM

3.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Bidang
3.3.1 Bahasa Tamil Pendidikan Rendah (SJKT)
3.3.2 Bimbingan Dan Kaunseling (SJKT)
3.3.3 Matematik Pendidikan Rendah (SJKT)
3.3.4 Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SJKT)
3.3.5 Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (SJKT)
3.3.6 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SJKT)
3.3.7 Pendidikan Khas Masalah Pendengaran (SJKT)
3.3.8 Pendidikan Khas Masalah Penglihatan (SJKT)
3.3.9 Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (SJKT)
3.3.10 Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (SJKT)
3.3.11 Reka Bentuk Dan Teknologi Pendidikan Rendah (SJKT)
3.3.12 Sains Pendidikan Rendah (SJKT)
3.3.13 Sejarah Pendidikan Rendah (SJKT)
 Calon perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Tamil
diperingkat SPM
CARA PERMOHONAN

1. Iklan pengambilan khas PISMP Fasa 2 hanya boleh dibuat secara dalam talian
(online) dengan melayari laman sesawang di alamat: https://www.moe.gov.my dan
https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Julai 2020. Manakala permohonan boleh
mula dibuka mulai 16 hingga 22 Julai 2021.
2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria
yang telah ditetapkan oleh KPM.
3. Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan
menyediakan rakaman video pengajaran. Panduan penyediaan rakaman video
pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon.
4. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://www.moe.gov.my dan
https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Panduan Ujian
Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, Video
Kecergasan Fizikal, syarat bidang serta kalendar aktiviti (Lampiran B) sebelum
membuat permohonan.
5. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) sahaja permohonan dan pemohon
boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
6. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup
permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor
rujukan sebagai pengesahan.
7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan
ditolak.

PERINGATAN

Pemohon yang didapati memberi maklumat salah / memanipulasikan maklumat


dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat
tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 22 JULAI 2021 (11.59 MALAM)

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan
permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6768/6693/6731/6769

emel : jpp@ipgm.edu.my
LAMPIRAN B

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROSES KERJA
PENGAMBILAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN (PISMP) DENGAN KEPUJIAN AMBILAN FASA 2
TAHUN 2021

BIL AKTIVITI TARIKH

1 Iklan Ambilan Khas PISMP Fasa 2 15 Julai 2021


Tahun 2021

2 Permohonan Online dibuka 16 – 22 Julai 2021

3 Tarikh akhir permohonan Online 22 Julai 2021


(11.59 PM)
4 Semakan calon layak eUKCG
23 - 24 Julai 2021
5 Pelaksanaan eUKCG Online

6 Semakan Keputusan eUKCG

7 Penyediaan rakaman video


pengajaran dan video kecergasan 27 Julai – 4 Ogos 2021
fizikal

8 Tarikh akhir hantar rakaman video

9 Semakan tawaran 27 Ogos 2021

10 Pendaftaran pelajar ke IPG kampus 6 September 2021

 Tertakluk kepada perubahan dan pindaan dari masa ke semasa

Anda mungkin juga menyukai