Anda di halaman 1dari 24

PROSES DI KAWASAN BERCERUN

Apabila air hujan turun ke permukaan tanah bercerun, ianya ditapis oleh tanah yang menentukan berbagai jenis laluan bagi air tersebut mengalir Bergantung kepada keadaan tanah dan persekitaran, laluan air adalah gabungan proses yang berikut (lihat gambarajah): 1. Aliran atas permukaan tanah 2. aliran air bumi 3. aliran sub-permukaan tanah 4. aliran atas permukaan tanah tepu

kawsan yang tidak terang mewakili permukaan tanah yang boleh diresapi manakali yang gelap mewakili zon yang susah diresapi air kawasan bercerun perlu diurus untuk perhutanan, pertanian, perbandaran dan aktiviti manusia yang lain dan semua aktiviti ini perlu dijalankan dengan mengambil kira kesannya keatas alam semujadi

Jika tidak, ia mungkin akan mengakibatkan hakisan tanah, kegagalan cerun, tanah runtuh, pemendapan, serta banjir di kawasan tanah rendah

Hakisan tanah oleh air Tiada fenomena kerosakan tanah di seluruh dunia yang lebih teruk dari hakisan samada oleh air atau angin Tamadun yang terdahulu telah terhapus apabila tanah yang subur telah menjadi tandus akibat kerosakan yang dibawa oleh hakisan yang dahsyat Pada masa ini masalah hakisan semakin menjadi-jadi akibat tekanan populasi dunia yang semakin bertambah yang memerlukan makanan Hakisan bukan sahaja merosakkan alam sekitar tetapi juga menyebabkan kerugian besar kepada ekonomi sesebuah negara Terdapat 2 jenis hakisan: 1. Hakisan geologi (semulajadi) 2. Hakisan dipercepat (perbuatan manusia) 1. Hakisan geologi hakisan geologi berlaku dengan perlahan secara semulajadi di mana proses pembentukan tanah dari batuan dan regolis adalah lebih cepat daripada proses tanah atas hilang dari permukaan hakisan geologi bergantung kepada hujan dan juga bahan yang membentuk regolis Hakisan geologi menyumbang kepada pembentukan tanah

2. Hakisan dipercepat hakisan dipercepat berlaku apabila manusia mengganggu tanah atau vegetasi semulajadi samada oleh ragutan binatang, penebangan hutan, pembajakan cerun atau pembinaan jalan dan bangunan

hakisan dipercepat biasanya 10 1000 kali lebih merosakkan daripada hakisan geologi Sebagai contoh, hakisan air di tanah perladangan USA adalah di sekitar 7 Mg/ha setahun berbanding dengan 0.1 Mg/ha bagi kawasan berhutan Berdasarkan kepada kadar pemendakan kelodak di Empangan Abu Bakar di Cameron Highlands, anggaran hakisan tanah di kawasan ini adalah 125 Mg/ha/tahun

Kerosakan oleh hakisan kesan kerosakan oleh hakisan boleh dibahagikan kepada: 1. Kerosakan ditempat asal 2. Kerosakan di tempat lain kehilangan tanah atas yang biasanya mengandungi lebih banyak nutrien akan meninggalkan tanah bawah yang biasanya kurang subur dan tidak dapat memegang air dengan banyak kehilangan tanah atas juga akan mengurangkan kandungan bahan organik pada tanah kerosakan akibat hakisan pada tempat lain biasanya akibat pelonggokan dan pemendakan sedimen yang boleh merosakkan tanaman dan pokok-pokok sedimen juga boleh menyebabkan longkang-longkang dan saliran tersumbat jika sedimen memasuki sungai dan tasik, ia akan menghalang cahaya matahari dari menembus masuk kedalam sungai dan tasik menyebabkan beberapa spesis akuatik tidak dapat menjalankan proses fotosintesis sedimen yang termendak akan menyebabkan sungai menjadi surut dan akan menyebakan berlakunya banjir dengan lebih kerap kos yang banyak diperlukan untuk membuang mendakan sedimen pada dasar sungai, lombong, dan parit untuk membentuk 2.5 cm lapisan tanah memerlukan 20 tahun

Konsep Toleransi Kehilangan Tanah Konsep ini merujuk kepada berat maksima tanah boleh hilang melalui hakisan tanpa mengurangkan produktiviti tanah pada kangka panjang Ia boleh dianggarkan melalui kadar pembentukan tanah seperti berikut: Masa diperlukan untuk membentuk 2.5 cm tanah = 30 tahun Jikan Ketumpatan pukal tanah = 1.2 gcm-3, dan 1 ha = 104 m2, maka ini bersamaan dengan 10 Mg/ha/tahun Oleh itu Toleransi Kehilangan Tanah (T) 10 Mg/ha/tahun Untuk Malaysia, Jabatan Pertanian mencadangkan nilai T berikut: Tanaman jangka pendek Pokok Pembalakan konservatif dan hutan simpan = = = 8 Mg/ha/tahun 4 Mg/ha/tahun 1 Mg/ha/tahun

Mekanik hakisan tanah oleh air Hakisan tanah oleh air melibatkan 3 proses (Lihat rajah): 1. Penanggalan partikel tanah oleh hujan 2. Pengangkutan partikel yang tertanggal ke bawah bukit 3. Pemendapan partikel yang terangkut ke tempat yang lebih rendah pada permukaan tanah yang licin, kesan hentaman air hujan adalah penyebab utama penaggalan partikel tanah pada bahagian di mana tanah air tertumpu pada lurah, pemotongan oleh air yang mengalir memisahkan partikel tanah pada kawsan dingin, kesan beku-cair memecahkan aggregat tanah

Faktor yang mempengaruhi hakisan antara faktor yang mempengaruhi hakisan adalah: 1. Iklim 2. Tanah 3. Vegetasi 4. Topografi 1. Iklim faktor iklim yang mempengaruhi hakisan ialah kerpasan, suhu, angin, kelembapan dan radiasi matahari suhu dan angin mempengaruhi sejatan dan transpirasi angin pula boleh mengubah kelajuan titisan hujan dan sudut impak

2. Tanah sifat fizikal tanah mempengaruhi keupayaan penyusupan dan sejauh mana partikel tanah akan pecah dan diangkut apabila terkena hentaman air hujan sifat tanah yang penting ialah kerentanan tanah dan kebolehan untuk diangkut kerentanan tanah merujuk kepada keboleh hakisan tanah kerentanan tanah menurun apabila saiz tekstur menurun, jadi pasir lebih rentan daripada lempung sifat tanah yang lain turut mempengaruhi hakisan iaitu struktur, tekstur, kandungan bahan organik, kandungan air tanah, mineralogi lempung, ketumpatan dan kepadatan 3. Vegetasi kesan paling ketara vegetasi dalam menangani masalah hakisan adalah: 1. menyerap tenaga hentaman air hujan seterusnya mengurangkan pembentukan lapisan tidak telap air

2. mengurangkan kelajuan air larian 3. mengurangkan pergerakan tanah secara fizikal 4. meningkat pengaggregatan tanah 5. meningkatkan aktiviti biologi 6. transpirasi meningkatkan kapasiti penyimpanan air 4. Topografi faktor topografi yang penting termasuklah darjah kecuraman cerun, bentuk dan panjang cerun, dan bentuk serta saiz kawasan tadahan air air larian lebih menghakis di kawasan yang bercerun curam serta lebih mudah mengangjut sedimen

Jenis-jenis hakisan Hakisan tanah oleh air boleh dibahagikan kepada: 1. hakisan percik (raindrop erosion) 2. hakisan lapis (sheet erosion) 3. hakisan antara alur (inter-rill erosion) 4. hakisan alur (rill erosion) 5. hakisan lurah (gully erosion) 1. Hakisan percik hakisan percik adalah hakisan yang terjadi akibat penaggalan partikel tanah dan pengangkutan akibat hentaman air hujan terus kepada partikel tanah atau permukaan tanah yang nipis apabila berlakunya hujan, tanah dipercikkan dalam kuantiti yang banyak ke udara, kebiasaannya pada satu partikel lebih dari sekali pada tanah yang terbiar tanpa penutup, adalah dijangkakan sebanyak 200 Mg/ha tanah dipercikkan ke udara oleh hujan yang lebat

perkaitan antara hakisan, momentum hujan, dan tenaga ditentukan oleh jumlah titisan hujan, bentuk, kelajuan serta arah hujan kesan setitis air hujan yang jatuh ke permukaan tanah dapat dilihat pada gambarajah di bawah yang diambil menggunakan kamera laju dan perhatikan pembentukan lubang oleh hentaman air hujan tersebut

arah dan jauh percikan tanah dipengaruhi oleh cerun. Angin, keadaan permukaan tanah, dan halangan kepada percikan seperti sungkupan dsb. Percikan pada tanah cerun lebih jauh kebawah dari ke atas bukit

2. Hakisan lapis hakisan lapis adalah hakisan yang sama rata pada permukaan tanah (ligat gambar)

walaubagaimanapun, hakisan lapis jarang berlaku disebabkan oleh pembentukan alur halus apabila aggregat tanah terpecah dan diangkut 3. hakisan antara alur

hakisan percik dan lapis bisanya digabungkan dan dipanggil sebagai hakisan antara alur hakisan antara alur bergantung kepada sifat tanah, intensiti hujan dan kecerunan 4. hakisan alur

hakisan alur berlaku akibat pemecahan aggregat tanah dan pengangkutan tanah yang tertumpu pada satu kawasan (lihat gambar) alur adalah struktur yang boleh diubah melalui pembajakan pada kebanyakan keadaan, hakisan lurah adalah hakisan yang biasa ditemui hakisan lurah adalah bergantung kepada sifat hydraulic shear (patahan air) dan kerentanan tanah pada alur

5. hakisan lurah hakisan lurah membentuk struktur yang lebih besar dari alur perbezaan lurah dan alur ialah, lurah tidak dapat dibaiki dengan menggunakan pembajakan kadar hakisan lurah bergantung kepada faktor tanah dan air larian sesuatu kawasan tadahan hujan serta kecuraman cerun

Menganggarkan kehilangan tanah kesan kehilangan tanah akibat hakisan boleh dilihat berdasarkan kepada pengeluaran tanaman pada peringkat hakisan yang berbeza (lihat rajah)

pengkaji berpendapat bahawa kadar pengeluaran tanaman yang berkurangan adalah disebabkan oleh berkurangnya kandungan air kepada tanaman pada tanah yang telah terhakis

pada sesetengah tanah, pengurangan hasil boleh diatasi dengan menambah kadar pembajaan kehilangan tanah atau kadar hakisan untuk pelbagai sistem pengurusan tanah dan tanaman dianggar untuk membantu petani dan agensi kerrawang dalam menilai keberkesanan sistem pertanian yang sedia ada atau untuk membuat perancangan bagaimana hendak mengurangkan kehilangan tanah

pada tahun 1945 ke tahun 1965, satu kaedah mengaggarkan kehilangan tanah berdasarkan kepada analisa statistik di plot-plot kecil di beberapa tempat di USA menghasilkan Persamaan Kehilangan Tanah Universal atau Universal Soil Loss Equation (USLE)

Satu versi pembaharuan telah dibuat untuk applikasi komputer iaitu Revised Universal Soil Loss Equation (RUSLE) yang mengambil kira amalan perladangan dan topografi untuk anggaran hakisan

USLE digunakan di merata tempat untuk menganggar kehilangan sedimen walaupun ainya mempermudahkan beberapa angkubah yang digunakan Purata kehilangan tanah boleh dikira menggunakan persamaan:

A = RKLSCP A R K L S C P
= = = = = = =

di mana

purata kehilangan tanah tahunan Mg/ha/tahun indeks hujan dan hakisan air larian faktor kerentanan tanah faktor panjang cerun faktor kecuraman cerun faktor pengurusan penutupan faktor amalan pemuliharaan

Indeks hakisan hujan (R) indeks hakisan hujan dikira menggunakan data yang berkaitan dengan intensiti dan jumlah hujan ianya boleh dianggarkan menggunakan persamaan: R Contoh: = Purata Hujan Tahunan X 50 100

Tempat

Purata Hujan Tahunan

Kota Bharu Alor Star Ipoh Kuala Lumpur Faktor kerentanan tanah (K)

2715 2075 2175 2250

1357.5 1037.5 1087.5 1125

faktor kerentanan tanah dianggarkan menggunakan nomograf seperti dalam gambarajah di bawah

antara faktor yang diambil kira untuk mengaanggarkan nilai K ailah: 1. Peratus kelodak + pasir halus 2. Peratus pasir 3. Peratus bahan organik 4. struktur tanah 5. kadar penyusupan

Faktor panjang dan kecuraman cerun (L dan S) faktor L dan S boleh dianggarkan melalui persamaan berikut:

LS = X (0.0138 + 0.00965S + 0.0138S2)


di mana,

X S

= =

panjang cerun dalam meter kecuraman cerun dalam %

Faktor amalam penutupan mewakili nisbah kehilangan tanah bagi tanaman tertentu berbanding tanah yang terdedah Nilai C adalah 1 bagi tanah yang terdedah manakala tanah yang ditutup sepenuhnya nilai C hampir kepada 0 Lihat Jadual untuk nilai C bagi pelbagai jenis tanaman dan amalan pertanian

Tanaman
Hutan Jagung Jagung + sungkupan lalang Terbiar + sisa jagung Terbiar + sisa jagung + sungkupan Kacang hijau Kacang tanah Cili Tebu

C
0.003 0.390 0.020 0.090 0.010 0.040 0.280 0.330 0.390

Faktor amalan pemuliharaan (P) Faktor P merujuk kepada nisbah kehilangan tanah pada tanah dengan amalan pemuliharaan tertentu dengan tanah tanpa amalan pemuliharaan Tanah tanpa amalan pemuliharaan mempunyai nila P = 1 Lihat jadual untuk contoh nilai P

P
Tanaman Kontor Cerun: Teres buatan baik buatan sederhana buatan buruk 0.04 0.15 0.35 0.40 1 2% 6 8% 13 16% 21 25% 0.6 0.5 0.7 0.9

Tanaman selang

Prinsip Pengawalan Hakisan Prinsip pengawalan hakisan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian: 1. Mengurangkan erositiviti hakisan melindungi permukaan tanaha dengan kanopi atau sungkupan mengurangkan jumlah dan kadar larian mengurangkan panjang dan kecuraman cerun meningkatkan kekasaran permukaan tanah

2. Mengurangkan kerentanan tanah memperbaiki pengurusan tanah seperti menammbahkan bahan organik mengurangkan pembajakan

3. Gabungan antara 1 dan 2

Amalan mengawal hakisan amalan menagwal hakisan boleh dibagahikan kepada 2 bahagian: 1. Kaedah agronomi 2. Kaedah mekanikal 1. Kaedah Agronomi a. Tanah bukan pertanian o Hutan Penanaman pokok Silvikultur pertanian Pengurusan Hutan terkawal

o Kawasan ragut Tanam rumput Tanam pokok renek Kawasan ragut terkawal

o kawasan terbiar tanam pokok, pokok renek, atau rumput hydroseeding

b. Kawasan pembinaan o tanaman tutup bumi o sungkupan

o hydroseeding c. Kawasan pertanian o sungkupan semulajadi sintetik

o pengurusan tanaman tanaman kepadatan tinggi tanaman tutup bumi tanaman campuran tanaman berselang putaran tanaman

2. Kaedah mekanikal a. Tanah bukan pertanian o Teres o Jalan air o Struktur b. Kawasan pembinaan o Jalan air o Teres o struktur c. Kawasan pertanian o Teres

o Jalan air o Struktur o Pembajakan konservatif Pembajakan kontor Ridging Pembajakan minimum atau no-till

Contoh spesifik 1. Penanaman kontor Barisan tanaman mengurangkan kelajuan air larian jika ia melalui kontor yang merentasi cerun Batas kontor mestilah cukup kuat untuk menahan air dari bergerak mengikut cerun Biasanya tanaman yang ditanam diselang selikan Talian air juga dibina supaya air mengalir mengikut aliran yang disediakan merentasi cerun dan talian air ini ditanam dengan rumput untuk mengurangkan kelajuan larian dan memerangkap tanah yang diangkut

2. Penanaman teres penanaman teres dilakukan dicerun untuk mengurangkan panjang dan curam cerun lihat rajah yang menunjukkan 3 jenis teres yang biasa dibuat

3. Halangan vegetatif barisan vegetasi tetap yang ditanam mengikut kontor boleh memperlahankan air larian dan akhirnya akan menjadikan teres hidup semulajadi Rumput vetiver adalah contoh halangan vegetatif yang berjaya di negara tropika Rumput ini yang mempunyai batang yang padat serta kuat dapat menapis air larian yang mengandungi partikel tanah Rumput ini boleh tumbuhan dalam keadaan yang teruk dan akarnya dapat menembusi ke dalam tanah pada kadar yang agak dalam Kajian dijalankan untuk menilai pelbagai sistem halangan vegetatif yang menggabungkan pokok dan rumput Lihat rajah di bawah yang menunjukkan sistem halangan vegetatif

Sedimentasi dan Pemendapan Hujan dan agen biologi memecahkan batuan melalui proses luluhawa dan hakisan Hujan mengangkut bahan terlarut, terhakis, dan serpihan batu Dengan itu, hujan mengikis dan memotong permukaan bumi Pengikisan ini diukur dalam unit kedalaman (cm) atau berat sedimen (tan/ha/tahun) Air mengalir mengangkut sedimen/serpihan batuan yang berbagai saiz dan membawanya ke kuala sungai atau lembah di mana pemendapan akan berlaku Saiz sedimen boleh dikategorikan sebagai berikut:

sedimen

Saiz (mm)

Lempung Kelodak Pasir Batu kerikil Cobble boulder -

< 0.002 mm 0.002 0.02 0.02 2.0 2.0 64.0 64.0 256.0 256 4096.0

Saiz sedimen ditentukan dalam peratus kumpulan saiz berdasarkan kepada berat sedimen Kumpulan pasir ditentukan melalui proses pengeringan, penapisan dan penimbangan Bagi kumpulan kecil dari pasir, ianya ditentukan melalui proses basah yang melibatkan penurasan dan pemendapan Sedimen yang besar dari pasir, ianya ditentukan di kawasan dimana sedimen tersebut di dapati jumlah beban sedimen bergantung kepada penggunaan tanah di kawasan tersebut dan tanaman yang ditanam berikut adalah contoh beban sedimen di beberapa kawasan tanaman di Malaysia:

Tanaman

Beban sedimen (tan/ha/tahun)


103 44 ~0 0.33 9 15 1.1 64 0.9 6.73 10.09

Getah (tanpa litupan) Getah + rumput Getah + nefrolepis Hutan asli Kelapa sawit Lorong pungutan kelapa sawit Kelapa sawit disulami daun Lada hitam Lada hitam (teres bangku) Teh (Cameron Highlands) Sayuran

Mod angkutan sedimen sedimen boleh diangkut melalui 2 cara: 1. melalui ampaian 2. melalui seretan

Beban ampaian Beban ampaian adalah kandungan zarah/sedimen halus yang terapung dalam air mengikut aliran air sebelum mendak ke dasar sungai/tasik/lombong Berikut adalah contoh beban ampaian beberapa sungai di Malaysia (ligat jadual): Jadual menunjukkan bahawa beban ampaian adalah tinggi di kawasan bandar dan juga di kawasan yang berdekatan dengan perlombongan

Sungai
Sg. Klang Sg. Pari, Ipoh Sg. Langat Sg. Kuantan Sg. Kinta Sg. Muda Sg. Muar Sg. Perak Sg. Cherul Had dibenar

Beban ampaian (tan/km2/tahun)


5068 5010 1079 1052 347 98 65 53 41 100 800

Beban dasar kandungan sedimen yang agak besar bergolek, diseret dan melompat-lompat di dasar sungai di bawah pengaruh aliran air

Hasil sedimen - kadar sedimen yang melepasi sesuatu titik dalam sistem saliran, diukur dalam unit isipadu atau berat sedimen per unit luas per unit masa, metrik/ha/tahun

Anda mungkin juga menyukai