Anda di halaman 1dari 19

DZAINAL AMINUDDIN B.

DZAINAL ABIDIN 01PUT09F2036

MOHD FADZLI B ROSLI 01PUT09F2037 TINI SUDOM 01PUT09F2036

Data satelit Remote Sensing boleh membantu ahli-ahli geologi dalam perkara-perkara berikut ; i. menghasilkan peta geologi, menentulan kawasan gelinciran tanah, keretakan dan analisis butiran linar ii. kajian bahan-bahan galian iii. menentukan bahan-bahan binaan bagi jalan dan bangunan


Dalam penggunaan aplikasi remote sensing dalam bidang geologi ini, kami telah menjalankan kajian kajian yang berkaitan dengan i. Hakisan tanah ii. Teknik remote sensing dalam eksplorasi mineral iii. Kawalan dalam gunung berapi


Kadar Hakisan Kajian terhadap kadar hakisan dapat dijalankan melalui analisis secara ruangan. ANTARA FUNGSI-FUNGSI BERKAITAN Untuk melakukan pemetaan permukaan, di samping pemotretan dengan pesawat terbang dan menggunakan aplikasi GIS. Memberi bantuan dengan menentukan struktur geologi dan macam batuan. Melakukan pemantauan daerah bencana, pemantauan distribusi sumber daya alam, pemantauan pencemaran laut dan lapisan minyak di laut serta melakukan pemantauan pencemaran udara dan pencemaran laut.

KAJIAN YANG DIAMBIL DALAM KADAR HAKISAN

Kajian terhadap kadar hakisan dapat dijalankan melalui analisa secara ruang. Batu-batu jenis sedimentari adalah lebih mudah dikelaskan dengan kaedah penderiaan jauh berbanding dengan jenis ignius atau metamopik. Pada imej satelit kesan hakisan yang berbeza beza pada batu tersebut boleh dikenali.Disamping itu liputan kawasannya juga adalah luas. Batu jenis extrusive igneous dapat dikenal melalui kesan aliran lava. Batu jenis intrusive Egneous pula sukar untuk dikenal memalui imej satelit kecuali ia telah terdedah akibat hakisan yang mana dikes yang terbentuk dapat dikenalpasti.


Terdapat 2 jenis hakisan: Hakisan geologi (semulajadi) Hakisan dipercepat (perbuatan manusia)

i. ii.

1. Hakisan geologi  hakisan geologi berlaku dengan perlahan secara semulajadi di mana proses pembentukan tanah dari batuan dan regolis adalah lebih cepat daripada proses tanah atas hilang dari permukaan  hakisan geologi bergantung kepada hujan dan juga bahan yang membentuk regolis  Hakisan geologi menyumbang kepada pembentukan tanah.

2.

Hakisan dipercepat hakisan dipercepat berlaku apabila manusia mengganggu tanah atau vegetasi semulajadi samada oleh ragutan binatang, penebangan hutan, pembajakan cerun atau pembinaan jalan dan bangunan hakisan dipercepat biasanya 10 1000 kali lebih merosakkan daripada hakisan geologi Sebagai contoh, hakisan air di tanah perladangan USA adalah di sekitar 7 Mg/ha setahun berbanding dengan 0.1 Mg/ha bagi kawasan berhutan Berdasarkan kepada kadar pemendakan kelodak di Empangan Abu Bakar di Cameron Highlands, anggaran hakisan tanah di kawasan ini adalah 125 Mg/ha/tahun.

 

Kerosakan oleh hakisan




kesan kerosakan oleh hakisan boleh dibahagikan kepada: Kerosakan ditempat asal Kerosakan di tempat lain kehilangan tanah atas yang biasanya mengandungi lebih banyak nutrien akan meninggalkan tanah bawah yang biasanya kurang subur dan tidak dapat memegang air dengan banyak kehilangan tanah atas juga akan mengurangkan kandungan bahan organik pada tanah kerosakan akibat hakisan pada tempat lain biasanya akibat pelonggokan dan pemendakan sedimen yang boleh merosakkan tanaman dan pokok-pokok sedimen juga boleh menyebabkan longkang-longkang dan saliran tersumbat jika sedimen memasuki sungai dan tasik, ia akan menghalang cahaya matahari dari menembus masuk kedalam sungai dan tasik menyebabkan beberapa spesis akuatik tidak dapat menjalankan proses fotosintesis sedimen yang termendak akan menyebabkan sungai menjadi surut dan akan menyebakan berlakunya banjir dengan lebih kerap kos yang banyak diperlukan untuk membuang mendakan sedimen pada dasar sungai, lombong, dan parit untuk membentuk 2.5 cm lapisan tanah memerlukan 20 tahun.

i. ii.

   

  

Faktor yang mempengaruhi hakisan  antara faktor yang mempengaruhi hakisan adalah: i. Iklim ii. Tanah iii. Vegetasi iv. Topografi Jenis-jenis hakisan  Hakisan tanah oleh air boleh dibahagikan kepada: i. hakisan percik (raindrop erosion) ii. hakisan lapis (sheet erosion) iii. hakisan antara alur (inter-rill erosion) iv. hakisan alur (rill erosion) v. hakisan lurah (gully erosion)

i. 

Hakisan percik hakisan percik adalah hakisan yang terjadi akibat penaggalan partikel tanah dan pengangkutan akibat hentaman air hujan terus kepada partikel tanah atau permukaan tanah yang nipis apabila berlakunya hujan, tanah dipercikkan dalam kuantiti yang banyak ke udara, kebiasaannya pada satu partikel lebih dari sekali pada tanah yang terbiar tanpa penutup, adalah dijangkakan sebanyak 200 Mg/ha tanah dipercikkan ke udara oleh hujan yang lebat perkaitan antara hakisan, momentum hujan, dan tenaga ditentukan oleh jumlah titisan hujan, bentuk, kelajuan serta arah hujan kesan setitis air hujan yang jatuh ke permukaan tanah dapat dilihat pada gambarajah di bawah yang diambil menggunakan kamera laju dan perhatikan pembentukan lubang oleh hentaman air hujan tersebut

arah dan jauh percikan tanah dipengaruhi oleh cerun. Angin, keadaan permukaan tanah, dan halangan kepada percikan seperti sungkupan dsb.  Percikan pada tanah cerun lebih jauh kebawah dari ke atas bukit ii Hakisan lapis  hakisan lapis adalah hakisan yang sama rata pada permukaan tanah (lihat gambar)


walaubagaimanapun, hakisan lapis jarang berlaku disebabkan oleh pembentukan alur halus apabila aggregat tanah terpecah dan diangkut.

iii hakisan antara alur  hakisan percik dan lapis bisanya digabungkan dan dipanggil sebagai hakisan antara alur  hakisan antara alur bergantung kepada sifat tanah, intensiti hujan dan kecerunan iv hakisan alur  hakisan alur berlaku akibat pemecahan agregat tanah dan pengangkutan tanah yang tertumpu pada satu kawasan (lihat gambar)  alur adalah struktur yang boleh diubah melalui pembajakan  pada kebanyakan keadaan, hakisan lurah adalah hakisan yang biasa ditemui  hakisan lurah adalah bergantung kepada sifat hydraulic shear (patahan air) dan kerentanan tanah pada alur

iiv hakisan lurah  hakisan lurah membentuk struktur yang lebih besar dari alur  perbezaan lurah dan alur ialah, lurah tidak dapat dibaiki dengan menggunakan pembajakan  kadar hakisan lurah bergantung kepada faktor tanah dan air larian sesuatu kawasan tadahan hujan serta kecuraman cerun

Kawasan bukit yang ditarah ini pula berhampiran dengan kawasan penempatan penduduk....apakah kita masih tidak mengambil iktibar dari pengalaman lalu..? Bagaimana sekiranya berlaku tanah runtuh..?

Kejadian tanah runtuh di bukit Antarabangsa

GAMBAR TANAH RUNTUH MENGGUNAKAN SATELIT SPOT-5

ANTARA PENEMUAN TERKINI REMOTE SENSING

Tanah runtuh di Marikh Kejadian tanah runtuh sering berlaku di Bumi. Ia boleh dilihat di mana-mana hasil daripada hakisan tanah di cerun-cerun bukit. Namun, pernahkah anda terfikir untuk menyaksikan kejadian tanah runtuh di planet lain? Itulah yang telah berjaya dirakam oleh kapal angkasa HiRISE, yang kini sedang mengorbit planet Marikh dan merakam keadaan permukaannya menerusi kamera beresolusi tinggi.

Imej di sebelah menunjukkan sekurang-kurangnya 4 buah tanah runtuh SEDANG berlaku di kawasan North Polar Scarps, planet Marikh. Foto di sebelah kiri sekali menunjukkan kawasan kejadian menerusi sudut penglihatan yang lebih luas, manakala imej di kanan merupakan imej terperinci dari kawasan berkotak putih. Dipercayai bahan-bahan termasuk ais, debu dan bongkahan batu telah terpisah daripada salah satu bahagian tepi bukit tersebut dan menghasilkan awan debu selebar 180 meter, dan setinggi 190 meter dari bahagian dasar bukit tersebut. Imej-imej HiRISE sebelum ini menunjukkan keadaan permukaan yang sudah pegun, tanpa sebarang perubahan. Jadi, adalah agak dapat bernasib baik kerana imej yang terbaru ini diambil ketika tanah sedang runtuh!

Anda mungkin juga menyukai