Anda di halaman 1dari 3

RUJUKAN KAMI: AVSSB /201501/SMKTAMANMEDAN

Perjanjian Mesin Layan Diri Adamo ini dibuat pada 28 Januari 2015

di antara :

ADAMO VENDING SUPPLY SDN.BHD. (AVSSB) beralamat di NO 92, JALAN PENERBIT U1/43,
TEMASYA INDUSTRIAL PARK, HICOM-GLENMARIE, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

dan pihak

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MEDAN beralamat di KM 12, JALAN KLANG LAMA,
SELANGOR.

DENGAN INI, ADAMO VENDING SUPPLY SDN BHD dan PIHAK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
TAMAN MEDAN

TELAH MEMBUAT PERJANJIAN seperti berikut:

1. AVSSB akan menghantar dan memasang mesin air tin sebanyak SATU (1) unit di Premis anda

secara percuma di lokasi seperti di bawah ini:-

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MEDAN

2. Operasi AVSSB melibatkan servis dan penyelenggaraan mesin, menambah produk

minuman, pengambilan wang, dan memastikan mesin dalam keadaan berfungsi supaya dapat

memberikan servis yang sempurna kepada pelanggan.

3. Untuk sebarang kerosakan atau kecurian, kami tidak akan menuntut sebarang ganti rugi dari

pihak Tuan, dan AVSSB meminta Tuan memberi kerjasama untuk memantau mesin

layan diri dengan sebaik yang mungkin.

4. Jangka masa perjanjian adalah SATU (1) tahun bermula daripada tarikh Perjanjian ini.

Selepas itu, ianya akan diperbaharui secara automatik dan mesin air tin ini dibenarkan beroperasi

sehingga salah satu pihak memberi (1) SATU bulan notis pembatalan.

5. Pembayaran sewa tapak sebanyak RM 250.00 setiap mesin akan dibuat pada setiap 28hb

tiap-tiap bulan. Pembayaran akan dibuat terus ke akaun SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

TAMAN MEDAN.
6. Tempoh percubaan pemasangan mesin adalah selama TIGA (3) bulan. Sekiranya tidak

mencecah target jualan, maka pihak AVSSB akan mengeluarkan mesin (recall) dari premis Tuan.

Dengan ini, pihak - pihak tersebut telah pun bersetuju dengan perkara - perkara yang tersebut di

atas.
DITANDATANGANI OLEH:

Mewakili }

EN. AHMAD ABUL KHIR BIN IDRIS }

PENGURUS }

ADAMO VENDING SUPPLY SDN.BHD. }

DITANDATANGANI OLEH :

Mewakili }

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MEDAN }

Anda mungkin juga menyukai