Anda di halaman 1dari 11

Ujian

Unit 6 Unit 7 Nilai

: Adat dan Budaya : Berhemah di Jalan Raya : Hormat

Nama Pelajar : . Tahun/ Kelas : .

2 Jam

Bahagian

Markah

A : Objektif

B : Struktur

C : Esei

Jumlah :

BAHAGIAN A :

Pilih Jawapan Yang Paling Tepat

Kepercayaan orang India Makan atas daun pisang

1.

Mengapakah orang India suka makan atas daun pisang? A. Bagi mengekalkan amalan tradisi nenek moyangnya. B. Bagi menjaga kebersihan diri walaupun semasa makan. C. Bagi memastikan anak muda sekarang dapat belajar untuk duduk dengan tertip semasa makan. D. Bagi menggalakkan dirinya untuk meletakkan pelbagai jenis makanan atas daun pisang tersebut.

2.

Apakah sikap yang perlu ada kepada seseorang yang menghormati adat dan budaya kaum lain? A. Pandai bermain alat muzik kaum lain. B. Membantu rakan atau jiran tetangga berlainan kaum dalam membuat persiapan menyambut perayaan. C. Tidak memakai baju berbunga semasa menghadiri kematian orang Cina. D. Mengetahui jenis makanan dan pakaian kaum lain

3.

Tarian Sumazau adalah tarian tradisional dari kaum .. A. Kaum Melayu B. Kaum India C. Kaum Bajau D. Kaum Kadazandusun

4.

Pada setiap musim perayaan, pelbagai usaha dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menangani masalah peningkatan kemalangan jalan raya. Walaubagaimanapun, bilangannya tetap meningkat pada setiap tahun. Anda sebagai pengguna jalan raya, bagaimanakah cara mengurangkan kemalangan jalan raya ini? A. Mematuhi lampu isyarat semasa kesesakan lalu lintas berlaku. B. Membunyikan bunyi hon apabila tersesak dalam kesesakan lalu lintas. C. Memandu mengikut had laju yang ditetapkan di tempat- tempat tertentu D. Mengikut arahan papan tanda di beberapa kawasan yang membahayakan.

Salim 5.

Hassan

Salim suka meluangkan masanya untuk tidur dan adakalanya dia tidak berbangun pagi lalu berponteng ke sekolah. Sebaliknya, Hassan cukup aktif dan dia suka menggunakan masanya dengan penuh berfaedah pada setiap hari. Apa yang anda dapat simpulkan, berdasarkan kepada sikap Salim dan juga Hassan? A. Hassan seorang yang suka menghargai dan menghormati masa yang ada kepadanya, dan Salim pula kurang pandai dalam mengurus masa dengan baik. B. Hassan lebih bijak membahagikan masa berbanding dengan Salim. C. Salim sepatutnya menjadikan Hassan sebagai panduan dan belajar mengurus masanya dengan lebih baik. D. Hassan patut mengajar Salim untuk lebih bersikap rajin dan belajar menghormati masa yang ada kepadanya.

6.

Anda melihat seorang daripada kawan anda suka melanggar cakap atau nasihat ibunya yang telah tua. Dia tidak suka mendengar ibunya yang suka meleter. Ini menyebabkan dia tidak dapat menumpuhkan perhatian terhadap pelajarannya. Bagaimanakah caranya anda dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kawan anda ini? A. Bercakap dengan ibunya supaya tidak meleter pada setiap hari. B. Membiarkan kawan saya untuk mengatasi masalahnya sendiri. C. Menasihati kawan saya supaya tidak bermarah dengan ibunya, menghormati dan menerima sahaja apa yang dikatakan oleh ibunya sebagai nasihat. D. Menegurnya supaya mendengar nasihat ibunya lalu menumpuhkan sepenuh perhatian terhadap pelajaran.

7.

Sila melihat dan membandingkan kedua- dua gambar di atas. Apakah yang anda faham tentang gambar- gambar tersebut? Gambar 1 A. Gambar 2

Mematuhi peraturan kantin yang Melanggar peraturan jalan raya; perlu telah ditetapkan. didenda. mengambil Menunggang motorsikal dengan membawa banyak orang. Tidak mementingkan keselamatan diri dan juga orang lain.

B.

Berbaris makanan.

lurus

C.

Sabar mengambil makanan.

D.

Menunggu makanan.

untuk

mendapatkan Menumpang motosikal untuk sampai ke destinasinya.

Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua. Makan berlunjur,akan jadi pemalas. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit

Gambarajah 1: Pantang larang

8. Gambarajah 1 menunjukkan pantang larang kaum .. A. Cina B. India C. Kadazandusun D. Melayu

9. Mengapakah kita perlu hormat- menghormati antara satu sama lain? A. Supaya kita mendapat nama baik dari orang di sekeliling kita. B. Kerana setiap agama menyeru penganutnya unruk menghormati orang lain. C. Supaya dapat dipandang tinggi oleh ahli- ahli masyarakat sekeliling. D. Supaya diri kita akan berasa dihargai dan akan hidup dengan sejahtera dengan beramai- ramai.

10. Bagaimanakah caranya kita mengeratkan hubungan jiran tetangga khususnya dengan jiran yang berlainan kaum? A. Melaksanakan gotong royong bersama- sama dengan jiran bagi membersihkan kawasan rumah sekeliling. B. Senyum berkala- kala dengan jiran apabila kita bersemuka dengannya. C. Meminta bantuan apabila diperlukan sahaja. D. Selalu menziarahi rumah jiran kita walaupun kita tidak diundang.

11.

Antara penyataan berikut, yang manakah bukan langkah- langkah yang boleh diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah kemalangan jalan raya?

A. Hukuman berat mesti dikenakan terhadap sesiapa yang berani melanggar


peraturan di jalan raya

B. Memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji pemandu


kenderaan.

C. Memberi motivasi kepada setiap pengguna jalan raya tentang kemalangan jalan
raya.

D. Saman mesti sentiasa dikeluarkan untuk memberi amaran kepada si pelanggar


peraturan jalan raya.

KAUM DI MALAYSIA

PAKAIAN

MAKANAN

Melayu

Baju Melayu, Kebaya, Kurung Songkok, kain pelikat Cheongsam, Sam Fu

Nasi Lemak

Cina Sari, serban, kurta, dhoti dan sarung

Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dan juga dimsum tosai, idli, muruku dan ladu

India

Gambarajah 2 : Kepelbagaian Masyarakat Malaysia (pakaian + makanan

12.

Merujuk kepada gambarajah di atas, masyarakat Malaysia hidup dengan mengamalkan pelbagai jenis budaya mengikut kaum masing- masingnya. Bagaimanakah kepelbagaian ini boleh membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu? A. Saling kunjung mengunjungi ke rumah kawan yang berlainan kaum. B. Saling hormat- menghormati budaya kaum lain dan membina hubungan yang baik dengan mereka. C. Berusaha untuk bergaul dan berinteraksi dengan kaum lain. D. Sentiasa tolong menolong antara satu sama lain.

13. Pilih penyataan yang benar tentang cara menghormati orang di sekeliling kita? A. Berani membantah idea atau pandangan kawan kita semasa perbincangan kumpulan sedang berlaku. B. Bercakap dengan sopan dan tidak menyinggung perasaan orang lain. C. Memelihara hak sendiri dan orang lain dalam setiap situasi. D. Membela kawan apabila dia terperangkap dalam satu kes penipuan bagi menyelamatkannya daripada dihukum oleh guru besar.

Aiman dan Hong selalu bergaduh dalam kelas.

14.

Anda sebagai rakan mereka, bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah di antara mereka ini? A. Menasihati mereka supaya tidak bergaduh dan saling hormat- menghormati antara satu sama lain. B. Melapor kepada guru kelas untuk tindakan selanjutnya. C. Mendiamkan diri sahaja. D. Masuk campur dalam pertelingkahan mereka dan berusaha untuk

memperhentikan pergaduhan mereka itu.

1 MALAYSIA

Bekerjasama tanpa mengira perbezaan kaum

Menghormati adat dan budaya setiap kaum

Hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

15.

Apakah yang anda dapat simpulkan berdasarkan gambarajah di atas? A. Rakyat Malaysia hidup di bawah satu bumbung. B. Rakyat Malaysia perlu hidup bersatu padu dan saling hormat menghormati untuk kesejahteraan bersama. C. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama. D. Sama- sama kita berganding bahu untuk memajukan negara kita, Malaysia.

BERITA : Jumlah kematian penunggang motosikal kerana kemalangan meningkat 0.6 peratus pada tahun ini, berbanding dengan tahun 2011. Ketua Polis Negara

16.

Mengapakah penunggang motosikal banyak terlibat dalam kemalangan jalan raya? A. Tidak memakai baju yang cerah, dan memakai topi keledar dengan cara yang salah. B. Motosikal senang dilanggar oleh kenderaan yang lebih besar daripadanya seperti kereta dan lori.

C. Kenderaan besar seperti kereta, lori, dan bas tidak mementingkan keselamatan penunggang motosikal. D. Kecuaian penunggang motosikal itu sendiri yang membawa motor terlalu laju, dan kurang kemahiran untuk mengendalikannya semasa kecemasan

17.

Antara berikut yang manakah diklasifikasikan sebagai alat muzik kaum Cina? I. II. III. IV. Gitar bulan Dram Kompang Mandolin Violin

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

18.

Tulis BETUL bagi penyataan yang betul dan SALAH bagi penyataan yang salah. (4M)

Kaum India akan menyalakan pelita pada hari Deepavali sebagai tanda kecerahan hidup.

Kaum Cina suka menyapu rumah pada hari Tahun Baru Cina.

Pesta menuai disambut secara besar- besaran oleh orang Kadazandusun.

Orang Melayu suka makan dengan sudu dan garpu

19.

Padankan setiap nama tempat berikut (kanan) mengikut amalan yang menunjukkan nilai hormat berdasarkan tempat tersebut. (5 M)

Sebelum menaik, beri laluan kepada orang tua, wanita dan juga kanak- kanak terlebih dahulu.

Pejabat

Menjaga kesucian tempat dan tidak membuat bising.

Perhentian Bas

Tidak menyentuh barang- barang yang dipamerkan tanpa kebenaran pihak berkuasa. Majlis Perkahwinan

Bertutur kata dengan penuh hormat kepada rakan sekerja dan pelanggan.

Tempat beribadat

Berpakaian sopan, dan bertradisional. Muzium

20.

Tandakan () bagi penyataan yang menunjukkan sikap menghormati dan menggunakan masa dengan berfaedah dan ; (X) bagi penyataan yang menunjukkan sikap membazirkan masa atau tidak menghargai masa. (4M)

Jaya membuat jadual waktu pembelajaran untuk mengulangkaji pelajarannya di rumah.

Wei Wei suka membuat kerja rumah yang diberi oleh guru pada saat- saat akhir.

Pada waktu rehat Sabran suka membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan sekolah kami.

Jennifer selalu datang lewat ke sekolah kerana dia pergi menghantar adiknya ke sekolah yang berdekatan.

Anda mungkin juga menyukai