Anda di halaman 1dari 1

Soalan Karangan

Kamu sekeluarga telah berpindah ke tempat baharu. Tulis sepucuk surat kepada rakan
kamu untuk menceritakan sekolah baharu kamu. Tulis surat itu selengkapnya.

No. 20, Jalan Bahagia,


Taman Cahaya Biru,
33100 Pengkalan Hulu,
Perak.

10 Mac 2018.

Menemui sahabatku, Faris yang berada di Bayan Baru, Pulau Pinang.

Saudara,

Apa khabar saudara? Diharapkan saudara sekeluarga sihat. Saya di sini sihat.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk bercerita tentang sekolah baharu saya.
Saya bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Keruh. Sekolah saya terletak
di atas bukit. Kawasan sekitar sekolah saya sungguh cantik dan bersih. Pada mulanya,
agak sukar untuk saya menyesuaikan diri di tempat baharu. Namun, lama-kelamaan
semuanya berjalan dengan baik kerana murid-murid dalam kelas saya peramah dan
baik-baik.
Selain itu, mereka banyak membantu saya. Di sekolah saya ada 15 orang guru.
Guru di sini sangat baik. Puan Selvarani Muniandy ialah guru besar sekolah saya. Guru
kelas saya pula ialah Puan Annie Manggalam. Beliau seorang yang baik hati.
Sampai di sini dahulu surat saya pada kali ini. Saya berharap agar saudara akan
membalas surat ini. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan.
Yang benar,
Haziq Zaquan

Anda mungkin juga menyukai