Anda di halaman 1dari 9

Asas Perbarisan

Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan


asas perbarisan dengan betul dan serentak.
Mereka seharusnya dapat memberi hukuman
atau sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya
sendiri.

Mereka

melakukan

perlu

pergerakan

sentiasa
asas

berlatoh

perbarisan.

Di

bawah ini, terdapat beberapa pergerakan dalam


asas perbarisan.
Masuk Baris
Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua
perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawat.
Kedudukan

ahli

pengakap

bergantung

pada

arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada


kebiasaannya,

semasa

latihan

perbarisan,

pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila


masuk baris, ahli pengakap dikehendaki berada
dalam sedia.
Sedia

Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan


hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga 15
cm.

Kedua-dua

paha

hendaklah

dirapatkan,

genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar,


buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya
dapat memandang ke hadapan.
Senang Diri
Keadaan dada dan kepala pengakap semasa
kedudukan senang diri adalah sama seperti
kedudukan sedia. Letakkan tangan kanan di
atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan
jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke
paras punggung dan pastikan lengan rapat ke
tubuh.
Rehatkan Diri
Kedudukannya

sama

seperti

senang

diri.

Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras


pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh
dengan tubuh.
Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan

Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di


barisan

hadapan

kanan

sekali

tidak

perlu

melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan,


semua

pengakap

yang

berada

di

barisan

hadapan, kecuali penanda keluarkan kaki kiri ke


hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki
ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan
dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri.
Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke
kanan, dan dalam masa yang sama angkat
genggaman tangan kanan supaya menyentuh
bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan
dengan

cara

menggerakkan

kaki

sehingga

barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama,


pengakap yang berada di barisan tengah dan
barisan belakang perlu mengikut menggerakkan
kaki supaya kedudukannya yang selari dengan
pengakap yang berada di sebelah kanan dan
hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan
ke kanan. Apabila barisan sudah menjadi lurus,
hentikan pergerakan kaki dan berada dalam

keadaan

diam.

Apabila

mendengar

arahan

pandang depan, jatuhkan tangan kanan dan


dengan serentak palingkan muka ke hadapan.
Kedudukan ini mesti dalam keadaan sedia.
Ke Kanan Pusing
Pengakap

berada

dalam

kedudukan

sedia.

Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing,


pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan
sebanyak 90 ke kanan. Angkat kaki kiri dan
hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya
dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan
dengan menggunakan tumit kaki kanan dan
hujung kaki kiri.
Ke Kiri Pusing
Pengakap

berada

dalam

kedudukan

sedia.

Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing,


pengakap

dikehendaki

pusingkan

kaki

kiri

sebanyak 90 ke kiri. Angkat kaki kanan dan


hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya
dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan

dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung


kaki kanan.
Ke Belakang Pusing
Pengakap
Apabila

berada

dalam

mendengar

kedudukan

hukuman

ke

sedia.

belakang

pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki


kanan sebanyak 180 ke belakang mengikut arah
pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki
kiri

di

sebelah

kaki

kanan

supaya

dalam

kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan


menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki
kiri.
Buka Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang
berada dalam barisan hadapan dan barisan
belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah
tidak

melakukan

sebarang

pergerakkan.

Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila


mendengar

hukuman,

Pengakap

di

barisan

hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan


pengakap di barisan belakang bergerak dua

langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri


disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki
kanan supaya berada dalam keadaan sedia
semula.
Tutup Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam
barisan hadapan dan belakang. Pengakap yang
berada

di

barisan

tengah

tidak

melakukan

sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam


kedudukan sedia. Apibila mendengar hukuman
tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan
bergerak dua langkah ke belakang manakala di
barisan

belakang

bergerak

dua

langkah

ke

hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah


kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan
supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Langkah Ke Sebelah
Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan
dalam dua pergerakkan, iaitu langkah ke sebelah
kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap
berada

dalam

kedudukan

sedia.

Apabila

mendengar hukuman langkah ke sebelah kanan,


Pengakap

dikehendaki

mengangkat

dan

meletakkan kaki kanan di sebelah kanan kira-kira


20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak
di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan
sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke
sebelah kiri, Pengakap dikehandaki mengangkat
dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-kira
20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan
hentak

di

sebelah

kaki

kiri

supaya

dalam

kedudukan sedia.
Paras
Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan
dibentuk adalah menarik dan senang membuat
pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada
jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin
dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh
diberikan iaitu:Paras ahli tinggi di tengah;
Paras ahli rendah ditengah;
Paras ahli tinggi di kiri; dan

Paras ahli rendah di kiri.


Keluar Baris
Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi
masa rehat untuk melakukan aktiviti seterusnya.
Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah
berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke
hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan
akhirnya berpecah.
Bersurai
Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari
tersebut selesai atau tamat. Apabila hukuman
diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke
kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3
langkah ke hadapan denga kaki kiri bergerak
dahulu dan akhirnya berpecah.
HUKUMAN KAWAD
1.

Baris, baris sedia

2.

Baris, senang diri.

3.

Rehatkan diri..

4.

Scout.

1. Luruskan barisan,

2. Scout,
3. Buka barisan, Gerak,
1. Ke kanan lurus,
2.Pandang depan.,
1. Bergerak ke kanan, kanan sing..,
2. Menghadap kehadapan, kiri Sing,
1. Bergerak ke kiri, kiri Sing,
2. Menghadap kehadapan, kanan Sing,
1. Menghadap kebelakang, belakang sing,
2. Menghadap ke hadapan, belakang sing,
1. Dua langkah ke kiri, Gerak,
1. Tutup barisan, Gerak,
2. Keluar.Baris.

Anda mungkin juga menyukai