Anda di halaman 1dari 28

Pengenalan

Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Negerinegeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi
dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Mengikut sistem
pemerintahan dan pentadbiran tradisional seseorang raja berkongsi kuasa dan peranan
dengan golongan pembesar dalam menjalan dan melicinkan jentera pentadbiran Namun
demikian, semua Raja-raja Melayu ini sebenarnya mempunyai peranan luas dalam politik,
ekonomi dan sosial sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874.
Isi
1.
Politik
a.
Ketua Kerajaan
Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran
negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak
sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat termasuk pembesarr tidak boleh membantah perintah
sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undangundang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum
manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan
hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah yang tidak ada pada
golongan pembesar.
b.
Melantik Pembesar
Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri.
Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesarpembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri, iaitu dalam
kalangan putera-putera baginda. Contohnya di Perak, sehingga tahun 1874, jawatan
Bendahara dipegang oleh keluarga diraja. Jawatan Temenggong dijawat oleh pembesar
daerah Kota Lama, Kuala Kangsar.
Dalam hal ini, Sultan yang melantik pembesar-pembesar daerah sahaja akan menerima
sepucuk surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Di dalam surat tauliah
itu dinyatakan nama daerah yang dikurniakan tetapi tidak ditentukan butir-butir
sempadannya. Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga
pembesar berkenaan. Sultan hanya akan campur tangan memilih pembesar yang baru dari
keturunan lain sekiranya keturunan pembesar tadi ketiadaan waris. Ini menunjukkan
pembesar hanya menjalankan peranannya di bawah kuasa raja. Apabila raja berkuasa
melantik pembesar, baginda juga mempunyai hak untuk melucutkan jawatan mana-mana
pembesar.
c.
Menentukan Hubungan Diplomatik
Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagai
ketua perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani oleh
sultan. Selain itu, ia juga memerlukan tanda tangan 12 orang pembesar. Kebimbangan
campur tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikan hubungan sultan dengan para pembesar
kian rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1875 membawa kepada perjumpaanperjumpaan antara sultan dengan pada pembesar.
Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir dalam
pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah payah
untuk mendapatkan tanda tangan pembesar-pembesar Perak yang tidak hadir di Pangkor
dalam tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggeris itu.
d.
Ketua Pertahanan
Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan,
sultan akan mengetuai angkatan tentera dan membuat keputusan bagi mempertahankan
negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda bertanggungjawab

menjaga keamanan negara daripada ancaman luar. Pada tahun 1830 an-1870an di Negerinegeri Melayu tidak terdapat peperangan luar yang serius atau ancaman perang. Kedatangan
British juga tidak menggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan tentera NegeriNegeri Selat sahaja.
Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini.
Malah perang saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan perang
saudara antara pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang
pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lain untuk menamatkan pemberontakan
tersebut.
2.
Ekonomi
Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam
perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal
perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras
sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai
negerinya. Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) daerah
Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di
muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan berhak
mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.

Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah
melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang
tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan,
membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya.
Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi
juga dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem
ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu,
kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial
dalam kalangan rakyat.
3.
Sosial
a.
Lambang dan memelihara perpaduan negeri
Di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 terdapat beberapa faktor yang membawa kepada
perselisihan dan perpecahan. Di dalam sesebuah negeri, selain Negeri Sembilan terdapat
pelbagai kebudayaan yang diamalkan oleh rakyatnya. Pembesar-pembesar daerah merupakan
pusat-pusat kuasa tempatan. Tentangan sering berlaku dalam kalangan mereka dan
mengganggu pentadbiran pusat. Malah mereka sering juga menentang sultan dan ada kalanya
menentang pelaksanaan perintah raja di daerah mereka.
Namun demikian, untuk menjaga kepentingan perdagangan, pertahanan negeri dan
ketenteraman dalam satu kawasan yang lebih luas dari sebuah daerah memaksa mereka
tunduk kepada sultan. Mereka tidak bersedia untuk memusnahkan kesultanan itu sendiri,
walaupun pertentangan dan perebutan takhta sering berlaku dalam kalangan pembesar.
Mereka melihat tidak ada satu sistem lain sebaik sistem beraja yang diamalkan.
Kedudukan sultan sebagai lambang perpaduan diperkukuhkan dengan baginda diberi
kekeramatan dan kuasa-kuasa sakti. Antaranya, baginda dikatakan berdarah putih,
menggunakan lambang-lambang kebesaran seperti pakaian dan peralatan berwarna kuning,
memiliki alat-alat muzik sendiri seperti nobat, nafiri, seruling dan terumpet. Alatan lain
seperti kayu gamit, puan naga, taru, kemala, surat chiri, cop halilintar, ubor-ubor dan lainlain.

Selain itu, terdapat juga senjata-senjata seperti pedang, tombak dan keris panjang serta
penggunaan bahasa dalam atau bahasa istana yang dikhaskan untuk sultan dan kerabatnya.
Semua hak-hak keistimewaan ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan
supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula
dikatakan akan mendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan.

b.
Ketua agama Islam dan Adat istiadat Melayu
Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap
sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga
memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh
tanah jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat
penyebaran agama Islam di Tanah Melayu.
Hanya sedikit sahaja istiadat yang dihadiri oleh sultan sebagai pemimpin rakyat. Peranannya
tidak begitu aktif. Upacara-upacara besar dalam masa pemerintahan baginda ialah hari
pertabalan dan pemakaman. Pada masa ini pembesar dan rakyat jelata akan berhimpun. Pada
masa perayaan besar tahun Islam seperti Hari Raya Puasa, sultan akan mengadakan majlis
jamuan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang
politik, ekonomi mahupun sosial. Kedaulatan dan kedudukan seseorang raja menjadikan
seseorang raja/sultan mempunyai hak yang mutlak untuk membuat semua keputusan.
Pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang telah menjejaskan kedudukan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial.
Sultan kini hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja,
semua kuasanya yang lain dikuasai oleh Residen Inggeris.

Bab 2: Fungsi Raja-Raja Zaman Dahulu

2.1 Pengenalan

Bab kedua ini akan mengupas beberapa tajuk kecil mengenai


perbezaan di antara Raja dan Sultan. Seterusnya menyoroti latar
belakang: salasilah Raja-Raja Melayu Melaka hingga merdeka. Fungsi RajaRaja akan dibincangkan di dalam tajuk seterusnya yang merupakan fokus
utama. Peranan Raja-Raja ini akan dilihat mengikut beberapa sudut iaitu
politik, agama dan sebagainya.Di dalam bab ini juga akan
memperlihatkan Empat Fasa Pemerintahan Raja-Raja Melayu dan Institusi
Bendahara Tunjang Raja-Raja Melayu.

2.2 Perbezaan Raja dan Sultan

Raja kebiasaannya adalah golongan bangsawan atau kaum kerabat


Sultan yang diberikan jajahan yang besar sebagai kurnia. Mereka
mempunyai kuasa mutlak dalam jajahan ini, tetapi tetap bernaung di
bawah sultan yang mengurniakan jajahan tersebut. Salah satu hak sultan
pada jajahan raja ialah atas sebahagian cukai yang dikutip pada jajahan
tersebut. Ilustrasi di bawah dapat memberikan gambaran yang jelas
mengenai Liga Raja-raja Melayu zaman dahulu kala.

KHALIFAH ISLAMIYYAH
(Pemerintah-pemerintah Islam yang memegang kabilah, bangsa atau

daulah masing-masing dipayungi oleh Khalifah Islamiyyah di bawah


payung Islam)

Sultan-sultan Melayu
(e.g Melaka, Johor Lama. Perak, Kedah, Brunei dsb)

Raja-raja Melayu
(e.g Kelantan, Perlis, Raja-raja Temenggung Muar, Raja Bendahara

Pahang)

Tengku Besar (Tengku Mahkota), Bendahara

Walaupun sebenarnya mertabat Sultan berbeza dengan mertabat


Raja, bagaimanapun, menjadi kelaziman penulis sejarah untuk
menyamakan Raja dengan Sultan atau Sultan dengan Raja. Contohnya
Raja-raja Melaka adalah hakikatnya Sultan-sultan Melaka, dan Raja-raja
Johor Lama adalah hakikatnya Sultan-sultan Johor Lama.

Raja Bendahara Pahang mulai wujud semenjak zaman


pemerintahan Bendahara Johor Lama yang bernama Tun Abdul Majid.
Sekitar tahun 1770an, Sultan Johor Lama yang bernama Sultan Mahmud
Shah III telah mengurniakan wilayah Pahang kepada Bendaharanya.
Semenjak itu, Bendahara-bendahara Johor dikenali juga sebagai
Bendahara-bendahara Pahang dan juga menjadi Raja Pahang (atau Raja
Bendahara Pahang). Iaitu masih tetap berperanan sebagai Bendahara
Johor Lama, tetapi kini menjadi negeri Pahang juga.[7]
2.3 Salasilah Raja-Raja Melayu dari Zaman Iskandar ZulkarnainAlam Raja
Melayu

Menurut Hj.Muzaffar Dato Hj.Mohamad dalam buku hasil


tulisannya menyatakan, salasilah Raja-Raja Melayu mempunyai kaitan
dengan seorang penakluk dunia yang terbilang pada zaman dahulu iaitu
Iskandar Zulkarnain. Baginda dikatakan berasal dari keturunana Nabi
Sulaiman AS. Baginda mempunyai empayar yang amat luas di bumi timur
dan barat. Kisahnya terdapat di dalam surah Al kahfi. Menurut beberapa
riwayat sejarahnya, keturunan Iskandar Zulkarnain telah turun dari daerah
Yunani (Rom lama) ,menjelajah ke negeri-negeri di Asia Barat, China dan

seterusnya sampai ke daerah Palembang dalam sebuah tempat yang


dikenali sebagai Bukit Siguntang yang terdapat Sungai Melayu. Sang Nila
Utama, nenek moyang kepada Raja-Raja Melayu Melaka asalnya dari
kawasan Plembang ini. Kebanyakkan Raja-Raja Melayu mempunyai kaitan
salasilah dengan Bukit Siguntang secara langsung atau melalui pertalian
perkahwinan.
Keturunan keluarga atau Ahlul-Bait Rasulullah SAW yang datang
sebagai pendakwah dan alim ulamak ramai kemudiannya mengahwini
puteri-puteri bangsawan dari keluarga Raja-Raja Melayu. Keturunan
mereka kemudiannya menjadi raja atau golongan bangsawan. Mereka ini
dikenali sebagai Ahlul-Bait Rasulullah SAW dari gelombang pertama yang
sampai ke Alam Melayu diantara abad 15-18M.[8]

2.3.1 Dasar Pemerintahan Raja Raja Melayu Melaka


Dalam institusi pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka, Islam
merupakan dasar pemerintahan negeri. Hukum kanun, syarak, adat
resam, dan sifat faham memahami yang diamalkan saling lengkap
melengkapi diantara satu sama lain yang dapat menguatkan tamaddun
Melayu-Islam pegangan Kesultanan Melayu Melaka ini. Dasar
pemerintahan Melaka menjadi ikutan sebahagian besar dari kesultanankesultanan Melayu yang lain, khususnya yang mendapat nobat mereka
dari Melaka.[9]

2.4 Fungsi Raja-Raja Melayu pada Zaman Dahulu

2.4.1Fungsi Raja dari Sudut Politik

(a)Sebagai payung bangsa

Institusi Raja-raja ditakrifkan sebagai payung bagi bangsanya,


umpama payung yang melindungi pemakainya dari terik kepanasan
matahari dan basahan siraman hujan. Institusi Raja-raja yang berHakikat
berfungsi sebagai pelindung pada kedaulatan bangsa dan agama yang
dipayungi itu[10].
Pentingnya peranan Raja-raja Melayu sebagai tonggak pelindung
bangsa dan agama adalah umpama tanggungjawab seorang bapa sebagai
ketua rumahtangga. Bapa diamanahkan oleh Allah SWT sebagai penjaga
dan pelindung isteri dan anak-anaknya. Sebagai tonggak keluarga, bapa
perlu menjaga maruah dan kehormatan keluarga. Di dalam

rumahtangganya, isteri bertanggungjawab menjaga urusan dalaman dan


anak-anak. Kadangkala apabila berlaku kekecohan antara anak-anak,
tugas
isteri
adalah
mendamaikan
dan
tidak
memanjangkan
persengketaan tersebut. Namun jika terdapat perbalahan anak-anak yang
dikuatiri mengganggu gugat keharmonian rumahtangga dan berpontensi
mengakibatkan pecah belah keluarga, bapa akan masuk campur,
menasihati anak-anak agar menjaga maruah keluarga dan jika perlu
mengambil tindakan yang tegas bagi mengembalikan perpaduan
keluarganya, kerana itulah dirinya sebagai tonggak keluarga. Tugas bapa
juga adalah menjamin keselamatan anak isterinya sentiasa terjamin dan
terpelihara dari sebarang ganggu gugat luar yang mengancam
kesejahteraan keluargannya.
Begitulah umpama peranan Raja-raja Melayu. Mereka dipilih oleh
Allah SWT untuk menjadi tonggak sebuah keluarga besar yang dinamakan
Bangsa Melayu. Isterinya adalah umpama penguasa bawahan yang
mengendalikan urusan dalaman negeri sementara rakyat jelata itulah
seperti anak-anaknya. Raja tidak akan mencampuri urusan pentadbiran
selama ia tidak menggugat kepentingan, keutamaan maruah serta
perpaduan bangsa dan agamanya. Walaubagaimanapun, apabila ada
pihak yang cuba menggugat, maka dengan peranan dan kuasa yang
diamanahkan padanya, ia akan bertindak melindunginya kerana maruah
bangsa dan agama adalah maruah Raja.

(b) Pentadbiran

Kedudukan unik seorang Raja Melayu yang tertinggi dan teratas


dalam hirarki pemerintahan bangsanya, serta tidak terbendung dengan
mana-mana gerakan politik persukuan ataupun gerakan-gerakan agama
yan membolehkannya menjadi agen yang paling berkesan untu
menyatupadukan rakyat jelata dari berbagai corak, kaum, kufu dan
kefahaman itu.

Selain itu, keuikan kedudukan Raja-raja Melayu juga mampu


menyatupadukan
Rakyat jelata atas peranannya seperti berikut ;

1-

Raja sebagai tonggak bangsa dapat memenuhi fitrah bangsanya


yang memerlukan pada identiti, jatidiri dan budaya tersendiri yang unik
dengan coraknya masing-masing.
2Raja sebagai bapa dapat menyatupadukan rakyat dari berbagai aliran
kefahaman politik dan membataskan pergerakan siasah mereka supaya

345-

6-

sentiasa terbendung dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariat


dengan bimbingan mufti Negara.
Raja sebagai bapa bersikap berkecuali dalam menangani masalah
yang datang dari mana-mana gerakan serta mengawalnya dari sebarang
tindak-tanduk yang boleh menggugat kepentingan bangsa dan agama.
Raja sebagai ketua pemerintah dapat telus dalam pemerintahannya
kerana tidak perlu mencari kepentingan peribadi atau politik sukunya.
Raja sebagai penaung kepada kaum-kaum lain dari berbagai agama
dapat menjaga kepentingan mereka tanpa perlu membuat sebarang jual
beli politik yang boleh menggugat kepentingan bangsa Melayu dan
agama Islam.
Raja sebagai ketua pemerintah dapat duduk semeja dengan ketuaketua negara yang lain tanpa perlu membuat pengagihan jual beli politik
untuk kepentingan peribadinya atau kepentingan politik atau gerakan
sukunya.

Dalam lain perkataan, kedudukan unik yang ada pada seorang Raja
Melayu yang berHakikat mampu menyatupadukan rakyat jelata bukan
sahaja dari berbagai aliran, gerakan, mazhab mahupun kefahaman politik,
malahan boleh juga menyatu padukan kaum-kaum lain serta menjaga
kepentingan-kepentingan mereka dalam batasan yang dibenarkan oleh
hukum syariat dan adat bangsanya.[11]

(c)Pertahanan Bangsa
Seperti juga bangsa-bangsa lain, bangsa Melayu mempunyai
keunikan fitrahnya yang tersendiri. Antara fitrah semulajadi bangsa
Melayu adalah kelembutan dan kelurusan jiwanya, taat dan takzim pada
ketuanya, adab, santun dan sabarnya. Fitrah ini pernah menjadi kekuatan
bangsa Melayu, mencetuskan kekeramatan serta melahirkan sejarah
kecemerlangan dan kegemilangannya. Bagaimanapun, orang Melayu
terlalu baik fitrahnya sehingga lupa bahawa kebaikan itu ada batasannya,
ketaatan dan takzim pada ketua harus pada tempatnya, peradaban,
santun dan kesabaran itu patut pada caranya. Dan inilah yang menjadi
kelemahan bangsa Melayu kerana kebaikannya boleh disalah gunakan
untuk memperdaya dengan halus, sehingga mudah tertipu oleh para
pengkhianat dalaman dan musuh-musuh luaran. Ketaatan dan takzim
orang-orang Melayu yang membuta tuli jika diberikan pada kepimpinan
yang korup amatlah memudaratkan. Peradaban bangsa yang penuh
santun, yang menjadikan masyarakat Melayu penuh berhikmah dan
berhemah suatu masa dahulu jika diletakkan tidak kena pada tempatnya
boleh menghina dan menjatuhkan harga diri orang Melayu sendiri kerana
mereka tidak tahu untuk bersikap kurang ajar apabila mendapat
kepimpinan yang merosakkan. Kesabaran orang Melayu yang tinggi boleh
dieksploitasi jika diamanahkan pada kepimpinan yang naik tocang
dengan berbagai kepincangandan kezaliman.

Sebenarnya fitrah semulajadi bangsa Melayu yang baik itu, yang


pernah menjadi punca kekuatan mereka, tetapi juga menjadi Achilless
hell kepada bangsanya di zaman-zaman kemudian amat disedari oleh
ulamak-ulamak sufi dan tasawwuff yang menjadi pembimbing Raja-raja
Melayu di zaman silam, serta para pemikirdan pemuka-pemuka
masyarakat. Berikutan dengannya, mereka ini telah sedia menyusun
langkah-langkah yang berkesan untuk membataskan atau memagari
kekuatan bangsa ini agar ianya tidak pula bertukar menjadi kelemahan
yang akan mendedahkan orang-orang Melayu kepada ancaman para
pengkhianat dan musuh, khususnya yang bersembunyi di dalam selimut.

Struktur atau kerangka yang memagari kekuatan bangsa Melayu


itu adalah hukum ADAT dan SYARAK. Benteng atau pengawalnya itulah
Institusi Raja-raja Melayu yang berHakikat.[12]

2.4.2Fungsi Raja dari Sudut Sosial

(a) Agama

Sejarah pemerintahan Raja-raja Melayu telah membuktikan


bahawa kedatangan Islam telah megubah lahiriah, jiwa dan batin sistem
politik pra Islam kepada satu aliran pemikiran dan sistem politik baru
dalam sejarah yang berteraskan ajaran Agama Islam. Corak pemerintahan
Islam yang berjaya merubah falsafah dan tamaddun masyarakat Melayu
telah melibatkan peranan istana secara aktif, dinamis dan bersambungsambung. Peranan Raja-raja Melayu sebagai payung agama dapat dilihat
melalui usaha menegak, menyebar, menyubur dan mempertahankan
syariat Islam. Alim ulamak yang bernaung di bawah pemerintahan Rajaraja Melayu tradisi bukan sahaja dapat membuat khidmat agamanya
dengan sempurna, tetapi terlindung dari ancaman pengkhianat dan
musuh-musuh agama yang cuba menyelinap masuk membawa doktrindoktrin dan ideology-ideologi yang bercanggah dengan ajaran Islam yang
sebenar[13].

Sejarah membuktikan
mempunyai perisian hakikat,
dan batil tidak berpeluang
masyarakat Melayu. Raja

bahawa selama mana Raja-raja Melayu


selama itulah fahaman-fahaman yang sesat
menyelinap masuk dalam institusi-istitusi
sebagai tonggak agama yang dapat

membataskan berbagai mazhab dan aliran supaya sentiasa terbendung


dalam pegangan Ahlus Sunnah Wal Jemaah

12345-

Dalam konteks ini, seorang Raja Melayu mampu menjadi agen untuk
menyatupadukan umat islam dari berbagai aliran seperti berikut ;
Umat Islam yang terdiri daripada bermacam-macam fahaman dan
mazhab
Umat Islam yang belajar secara tradisi atau pondok
Umat Islam yang mendapat pendidikan sekular moden
Umat Islam yang berpegang pada pemikiran moden dan pendekatan
rationalisme
Umat Islam yang berpegang pada pemikiran mistik dan kerohanian[14]

(b)Kebudayaan :Adat

Sebagaimana resam adat yang diadatkan mempunyai asal-usul


serta penjaganya, adat Raja-raja di bawah kategori ini berasal dari zaman
pemerintahan Demang Lebar Daun dari Bukit Siguntang di Tanah
Palembang. Apabila Demang Lebar Daun memberi amanat kepada Sang
Nila Utama untuk menjadi tunggak dan payung kepada umat Melayu, dan
meletakkan dirinya sebagai Bendahara Melayu pertama yang berfungsi
sebagai tempat perbendaharaan segala rahsia raja, Demang Lebar
Daun juga telah meletakkan beberapa adat yang dapat menzahirkan
kemuliaan dan kebesaran Sang Nila Utama sebagai seorang Raja Melayu
yang berdaulat. Dari sinilah juga puncanya kedudukan Bendahara sebagai
penjaga adat Raja-Raja Melayu.[15]

Antara adat-adat tersebut adalah:

Perkahwinan Raja dengan puteri bangsawan yang diharapkan


dapat melahirkan waris pemerintah merupakan fitrah Raja-Raja dari
zaman awal tamaddun manusia. Selain itu adat perkahwinan Raja dan
anak Bendahara juga dikekalkan. Kedatangan Islam juga mengutamakan
kemuliaan zuriat sebagai satu ciri kelayakkan menjadi pemerintah. Maka
dalam adat ini Raja-Raja Melayu, darah Raja, Bendahara dan keturunan
Rasulullah SAW atau Sayyid ditakrifkan sebagai anak Gahara.

Adat pantang anak melayu derhaka pada rajanya. Di dalam


konteks ini, Raja melayu yang beragama islam; jika baik Raja itu, hamba
Melayu mestilah taat, sedangkan bagi Raja yang zalim telah pun
termaktub dalam perbilangan Raja adil raja disembah, raja zalim raja
disanggah.[16]

Seterusnya Pemilihan waris tertua sebagai pengganti Raja


mangkat bagi mengelakkan konflik kerabat diraja di antara kerabat diraja
dalam urusan menaiki takhta.Bendahara,Jemaah menteri serta beberapa
kerabat diraja yang tertua akan memutuskan hal pengganti Raja jika
tercetus masalah yang berkaitan dengan perlantikan Raja seperti
ketiadaan waris.[17]

2.4.3 Ekonomi
Dari sudut Ekonomi, di zaman pemerintahan Kesultanan Melayu
sumber utama kewangan kerajaan adalah berdasarkan perdagangan.
Maka dari sudut ini, Raja merupakan Ketua yang utama untuk menerima
pedagang-pedagang untuk berdagang di jajahannya. Ia termasuklah
dalam melaksanakan hubungan diplomatik dengan beberapa kerajaan
utama. Ianya pasti memerlukan kepandaian dan kecerdikkan dalam
pentadbiran ini.

2.5 Empat Fasa Pemerintahan Semenanjung Tanah Melayu

FASA

TIMELINE SEJARAH

CORAK
PEMERINTAHA
N

FASA
PERTAMA
Zaman
Melayu
Melaka

1414- Sultan Melaka menerima Orde


Melayu
Lama
Berpegang
islam
kepada
HUKUM ADAT
&
HUKUM SYARAK
1511- Portugis menjajah Melaka

Johor

meneruskan

warisan Melaka

1699- Tragedi Marhum Mangkat


Dijulang

1699-

Bendahara

jadi

Sultan

Johor

FASA
KEDUA
Zaman
Melayu
Johor

1722- Elemen Bugis masuk istana


Johor
- Melanggar adat Raja-raja
Melayu
dalam beberapa insiden dan
menyebabkan bermulanya
proses
kelumpuhan
Institusi

Orde
Melayu
Lama
Berpegang
kepada
HUKUM ADAT
&
HUKUM SYARAK

Bendahara

1770- Bendahara Johor menjadi Raja


Pahang
- Meneruskan pemerintahan
warisan
Melaka

1819- Johor Lama berpecah dua


Hukum
Adat
- Keujudan bangsawan Orde mula terlerai
Melayu
Baru
di peringkat awal

1824-

Perjanjian

Inggeris

Belanda

1857- Perang Saudara Pahang

Zaman
Peralihan
(gelojak
hebat)

bermula

Orde
Lama

Melayu

vs
Orde
Melayu
Baru

1863Perang
Saudara
Pahang
berakhir
Terkuburnya
Institusi
Bendahara
warisan Melayu Melaka
-British mula aktif campurtangan

di
Pahang

1874- Perjanjian Pangkor


Orde
Melayu
- Pemisah agama dan adat Baru
dengan urusan
Bermulanya
Pentadbiran
agenda
sekularisasi
British
FASA
KETIGA
Zaman
Campurtan
gan
&
Penjajahan
British

1895- Pembentukan negeri-negeri


Melayu
Bersekutu (sistem Residen
Inggeris)
(Pahang, Selangor, Perak,

Negeri
Sembilan)

Pengluasan
Sistem
Sekular

1910-1930negeri

Pembentukan

negeri-

Melayu Tidak Bersekutu


(sistem
Penasihat
British)
(Kelantan,

Johor,

Terengganu,
Kedah, Perlis)

FASA
KEEMPAT

1957- Kemerdekaan Tanah Melayu


Pemerintahan Sekular

Orde
Baru

Melayu

Rajah 1:Carta empat Fasa pentadbiran Pemeintahan Melayu zaman


Melayu

2.6 Institusi Bendahara Tunjang Raja-raja Melayu

i)
ii)
iii)
iv)
v)

Institusi Bendahara telah diletakkan pada suatu kedudukan unik


dan terpenting iaitu sebagai tunjang bagi institusi Raja-raja melayu. Sifatsifat tersebut ialah :
Bendahara merupakan tuan asal kepada Bangsa Melayu-Islam
Bendahara dan raja adalah sedarah, iaitu berasal dari satu
keturunan dan jurai yang sama
Bendahara lazimnya labih tua dari raja, dan keluarganya rapat
(seperti berpangkat mertua, ayah saudara, datuk saudara atau
sebagainya)
Jawatan Bendahara yang merupakan jawatan sewarisan Raja iaitu
berkongsi sejarah yang sama
Jawatan Bendahara yang merupakan jawatan jawatan warisan
keluarga Bendahara turun temurun.[18]

2.7 Penutup

Bab di atas dirumuskan perbezaan Raja dan sultan dari pelbagai aspek.
Dasar pemerintahan Melayu Melaka. Salasilah Raja-Raja Melayu dari
Zaman Iskandar Zulkarnain-Alam Raja Melayu yang menyatakan bahawa

keturunan Raja Melayu berasal dari Iskandar Zulkarnain dan selepas


pengembaraan dari sebuah negara ke negara yang lain hinggalah ke
Tanah Melayu dan dilantik menjadi Raja. Dasar pemerintahan Zaman
Melaka, adalah berdasarkan, hukum kanun, syarak, adat resam, dan sifat
faham memahami yang diamalkan saling lengkap melengkapi diantara
satu sama lain. Kemudiannya mengupas fokus utama iaitu Fungsi RajaRaja Melayu zaman dahulu dari segi, politik, ekonomi dan sosial. Di
bahagian ini, kita dapat melihat bahawa Raja di zaman dahulu adalah
berkuasa mutlak di atas segala pentadbiran yang berkaitan dengan
jajahan negerinya bersama beberapa pembantu atau menteri di
bahagian-bahagian kecil. Pemerintahan Raja-Raja Melayu mempunyai
empat Fasa dan dilampirkan bersama di dalam jadual. Di dalam kekuatan
Raja-Raja Melayu, terdapat tunjang utama iaitu Institusi bendahara yang
bertindak sebagai penasihat utama bagi Raja-Raja.

Bab 3:Fungsi Raja-Raja Melayu Zaman kini

3.1 Pengenalan

Bab tiga ini akan menceritakan mengenai latar belakang Raja-Raja


Melayu daripada waktu Merdeka hingga kini. Seterusnya pada bahagian
yang seterusnya akan dinyatakan mengenai fungsi Raja-Raja Melayu pada
zaman kini dari sudut yang boleh dibandingkan dengan fungsi RajaRaja
di zaman dahulu yang telah dibincangkan dalam bab sebelumnya. Selain
itu, dimasukkan juga Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong di akhir bab tiga
ini.

3.2 Latar Belakang Raja-Raja Melayu daripada selepas Merdeka


hingga kini

Semasa dalam jajahan British, kuasa Raja telah dihapuskan sedikit


demi sedikit sehinggalah Raja hanya berkuasa dalam beberapa bahagian
pentadbiran sahaja. Keadaan ini berterusan sehinggalah kini. Walaupun
Raja-Raja dan masih memerintah di dalam negeri masing-masing tetapi
bidang kuasa yang diperuntukkan adalah terhad dan terdapat perubahan
berbanding di zaman dahulu. Dan pentadbira di ambil alih oleh satu
badan yang melaksanakan sistem pentadbiran di bawah Yang di-Pertuan
Agong.

3.3 Fungsi Raja-Raja Zaman Kini

3.3.1 Fungsi Raja dari Sudut Politik

(a)Sebagai Simbol bangsa

Sekiranya pada zaman dahulu. Raja merupakan payung kepada


bangsanya, namun kini Raja hanya di pandang sebagai simbol dalam
sesebuah sistem pentadbiran Beraja di Negeri-Negeri di Malaysia.
Raja-Raja kini hanyalah tinggal sebagai simbol identiti bangsa
sebagaimana keris yang dulunya merupakan senjata ampuh bagi orang
melayu tetapi kini hanya menjadi relik sejarah. Secara zahirnya Raja-Raja
kini nampak berdaulat tetapi sebenarnya terkosong roh dan hakikat.
Maka dengan ini, hilanglah sebuah fungsi Raja sebagai payung
bangsa yang melindungi dan harapan bagi Bangsa Melayu.[19]

(b)Pentadbiran

Dalam lapangan pentadbiran, Raja-raja bukanlah berkuasa mutlak


dan tertakluk kepada akta yang telah diperuntukkan bagi Raja-Raja dia
dalam kawasan pentadbirannya.
Semenjak 1957 Raja merupakan Raja perlembagaan dengan yang
demikian seorang Raja dalam menjalankan tugas-tugasnya dikehendaki
mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan atau nasihat seorang ahlinya
yang bertindak di bawah kuasa am Majlis tersebut. Dalam perlembagaan
Negeri telah diperuntukkan syarat Sekyen 1(2) di dalam peruntukkan
perlu Perlembgaan Persekutuan yang membolehkan Raja bertindak
menurut budi bicaranya dalam menjalankan tugas-tugasnya:
(a) melantik seorang menteri besar
(b) tidak mempersetujui permintaan membubar Dewan Negeri
(c)
meminta supaya diadakan suatu mensyuarat Majlis Raja-Raja yang
semata-mata
mengenai
keistimewaan,kedududkan,kemuliaan
dan
kebesraan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja atau perbuatan,amalan
atau upacara agama;
(d) apa-apa tugas sebagai ketua agama Islam atau mengenai adapt istiadat
Melayu;
(e) melantik waris atau waris-waris,permaisuri,pemangku Raja;
(f) melantik orang memegang pangkat,gelaran,kemuliaan dan kebesaran di
sisi adat Melayu dan menetapkan tugas-tugas berkenaan dengannya;
(g) membuat peraturan mengenai hal-hal diraja dan istana.[20]
Fungsi Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi juga unik kerana Majlis ini
merupakan satu-satunya institusi yang sedemikian rupa wujud di dunia

a)
b)
c)

d)
e)

a)
b)
c)

d)
e)
f)

pada masa kini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, penubuhan


Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan
Persekutuan.
Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan adalah
seperti berikut:
memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga;
mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,
amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan;
mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan
membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang,
menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau
yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis RajaRaja;
melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara
182;
memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung
atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,
Apabila Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar
negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri,
dan Raja-Raja yang lain dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri disertai
oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka. Tiada apaapa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh
diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja
hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang
dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah perkara 153 (mengenai
kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, bumiputera serta juga hak
kaum-kaum lain.[21]
Budi bicara Majlis Raja-raja
Ahli-ahli Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka
dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas yang berikut, iaitu:
memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya;
atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan;
memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang ditetapkan oleh
Perlembagaan;
mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang
yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau yang
menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran RajaRaja
mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,
amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan;
perlantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1)
Perkara 182; atau
pemberian ampun, reprief dan respit, atau peremitan, penggantungan
atau peringanan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.*

Keahlian
Semua Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri secara
automatik menjadi Ahli Majlis Raja-Raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika
atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seorang ahli tidak dapat
berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik mengikut
peruntukan Undang-Undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu negeri itu.[22]
Raja-Raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan
Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan
jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai
keistimewaan Raja-Raja. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
bukanlah Ahli Majlis Raja-Raja. Baginda berangkat menghadiri mesyuarat
pada hari yang kedua sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh
Perdana Menteri sebagai penasihat baginda.[23]
3.3.2Fungsi Raja dari Sudut Sosial

(a) Agama

Di dalam perlembagaan Negeri, Raja merupaka ketua agama Islam


bagi negeri masing-masing. Di dalam perkara ini, menurut perlembagaan
negeri, Raja merupakan ketua agama Islam di dalam negerinya secara
dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan
Negeri itu, dan juga segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa
yang dinikmatinya sebagai ketua agama Islam tidak tersentuh dan
tercacat. Kecuali dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang
telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi Persekutuan,
maka setiap Raja lain sebagai ketua agama Islam membenarkan Yang diPertuan Agong mewakilinya.[24]

(b)Kebudayaan :Adat

Jika pada masa dahulu, perkahwinan Raja-Raja hanya akan berlaku


antara Raja dan Puteri, atau Raja dan anak Bendahara, ianya tidak lagi
dijaga pada masa kini. Sekaligus hilanglah keturunan atau darah diraja
yang asli yang dinamakan sebagai anak gahara. Sebagai contoh,
beberapa anak Raja di Negara Malaysia ini telah pun mengahwini orang
kebanyakkan.

3.3.3 Ekonomi
Dari sudut ekonomi, pada masa kini, Raja bukanlah ketua dalam
apa-apa bahagian sama ada dalam perdagangan dan sebagainya.
Malahan, pendapatan Raja adalah diperuntukkan oleh perlembagaan

negeri. Di dalam peruntukkan ini adalah berbeza bagi setiap negeri.


Sebagai contoh di dalang Peruntukkan Diraja Perlembagaan Negeri Johor
menyebut tidak ada wang yang ditetapkan bagi perbelanjaan Raja untuk
istana-istana dan senggaraan diri diraja; melarang raja-raja menggunakan
untuk dirinya, dan meminta Dewan Negeri memberi Raja jumlah wang
yang munasabah ,mencukupi dan sesuai dengan pangkat ,kedudukan dan
kedaulatan Raj atanpa menghuraikan pendapatannya sendirian Raja;
-Enakmen Peruntukkan Diraja 1958.[25]

3.4 Raja Sebagai Yang di-Pertuan Agong


Jawatan Yang di-Pertuan Agong telah diwujudkan oleh Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Yang di-Pertuan Agong
merupakan seorang raja berperlembagaan yang memerintah mengikut
kuasa yang diberikan kepada baginda oleh Perlembagaan.

Sebagai Ketua Negara Malaysia, Yang di-Pertuan Agong berada


dikemuncak ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, perundangan dan
kehakiman. Yang di-Pertuan Agong mempunyai keutamaan yang melebihi
semua orang di Malaysia dan tidak boleh didakwa dalam perbicaraan
mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas[26].

Sekiranya Yang di-Pertuan Agong melakukan kesalahan semasa


melaksanakan tugas rasminya, pihak yang terkilan boleh mendakwa
dengan menamakan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan. Baginda
merupakan lambang kedaulatan dan perpaduan negara.[27]

Pemilihan

Yang di-Pertuan Agong dipilih dari kalangan sembilan orang raja Melayu
oleh Majlis Raja-raja mengikut aturan yang terkandung dalam Jadual
Ketiga, Perlembagaan Malaysia. Walaubagaimanapun, Yang di-Pertuan
Negeri Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka adalah tidak
berkelayakan membuat pemilihan ini.

Setiap raja boleh dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong, kecuali baginda
belum cukup umur, atau sengaja tidak mahu dipilih, atau difikirkan tidak
layak oleh Majlis Raja-raja dengan undi sulit atas sebab-sebab kelemahan
akal atau tubuhnya atau oleh kerana apa-apa sebab lain.[28]

Raja yang pertama dalam senarai pemilihan dan mendapat sokongan


daripada sekurang-kurangnya lima orang raja akan ditawarkan jawatan ini
selama lima tahun melainkan baginda meletakkan jawatan sebelum
tempoh berkenaan atau dilucutkan jawatan oleh Majlis Raja-raja. Isteri
Yang di-Pertuan Agong digelar Raja Permaisuri Agong dan mempunyai
keutamaan selepas Yang di-Pertuan Agong.[29]

Tugas-tugas lain

Yang di-Pertuan Agong merupakan Panglima Tertinggi Angkatan


Bersenjata dan Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Melaka, Pulau
Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak dan negeri baginda sendiri.
Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan
istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak[30].

Kuasa Budi Bicara

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh


bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam tiga perkara, iaitu :
a)
Melantik seorang Perdana Menteri
b)
Tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen; dan
c)
Meminta supaya diadakan suatu Mesyuarat Majlis Raja-raja mengenai
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja[31]

3.5 Penutup

Secara keseluruhan bab ini telah membicarakan mengenai latar


belakang Raja-Raja yang mula kehilangan kuasa bermula dari zaman
penjajahan British dan sebagainya. Selain itu mengenai kuasa raja-raja
pada zaman sekarang yang telah kehilangan kuasa mutlak di dalam
lapangan pentadbiran, ekonomi dan sosial. Malahan selepas Merdeka,
kerajaan ditadbir oleh Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan
beberapa kuasa ke atas kerajaan negeri dan Raja-Raja di Malaysia di
negeri masing-masing. Walaupun Raja masih mentadbir negerinya, tetapi
kedaulatanya adalah terbatas. Kuasa yang diberi adalah terhad bagi
bidang agama dia bawah kuasa budi bicaranya. Selain itu, terdapat
pertubuhan Majlis Raja-Raja yang berkuasa di dalam beberapa perkara

termasuk perlantikkan Yang di-Pertuan Agong. Raja juga berperanan


sebagai Yang di-Pertuan Agong berdasarkan beberapa tahun dan kuasa
yang telah ditetapkan.

Bab 4 :Perbandingan Fungsi Raja-Raja Melayu Zaman Dahulu


Hingga kini

4.1 Pengenalan

Bab seterusnya membandingkan secara keseluruhan mengenai


fungsi Raja-Raja Melayu pada zaman dahulu dan zaman kini. Dari segi
politik, ekonomi dan sosial. Dan bagi memudahkan disediakan pula jadual
yang membezakan perkara berikut.

4.2 Perbandingan dari sudut politik

Zaman Dahulu :

Institusi Raja-raja ditakrifkan sebagai payung bagi bangsanya,


umpama payung yang melindungi pemakainya dari terik kepanasan
matahari dan basahan siraman hujan. Institusi Raja-raja yang berHakikat
berfungsi sebagai pelindung pada kedaulatan bangsa dan agama yang
dipayungi.

Zaman Kini:

Raja-Raja kini hanyalah tinggal sebagai simbol identiti bangsa


sebagaimana keris yang dulunya merupakan senjata ampuh bagi orang
melayu tetapi kini hanya menjadi relik sejarah. Secara zahirnya Raja-Raja
kini nampak berdaulat tetapi sebenarnya terkosong roh dan hakikat

4.2.1Pentadbiran

Zaman Dahulu:

Kedudukan unik seorang Raja Melayu yang tertinggi dan teratas


dalam hirarki pemerintahan bangsanya, serta tidak terbendung dengan
mana-mana gerakan politik persukuan ataupun gerakan-gerakan agama
yan membolehkannya menjadi agen yang paling berkesan untu
menyatupadukan rakyat jelata dari berbagai corak, kaum, kufu dan
kefahaman itu.

Zaman Kini:

Semenjak 1957 Raja merupakan Raja perlembagaan dengan yang


demikian seorang Raja dalam menjalankan tugas-tugasnya dikehendaki
mengikut nasihat nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan atau nasihat seorang
ahlinya yang bertindak di bawah kuasa am Majlis tersebut. Dalam
perlembagaan Negeri telah diperuntukkan syarat Sekyen 1(2) di dalam
peruntukkan perlu Perlembgaan Persekutuan yang membolehkan Raja
bertindak menurut budi bicaranya.

4.3 Perbezaan dari sudut sosial


4.3.1 Agama

Zaman dahulu:

Raja sebagai tonggak agama yang dapat membataskan berbagai


mazhab dan aliran supaya sentiasa terbendung dalam pegangan Ahlus
Sunnah Wal Jemaah.

Zaman kini:

Raja merupakan ketua agama Islam di dalam negerinya secara


dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan
Negeri itu, dan juga segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa
yang dinikmatinya sebagai ketua agama Islam tidak tersentuh dan
tercacat. Kecuali dalam apa-apa perbuatan,amalan atau upacara yang
telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi Persekutuan,
maka setiap Raja lain sebagai ketua agama Islam membenarkan Yang diPertuan Agong mewakilinya.

4.3.2 Kebudayaan:adat

Zaman dahulu:

Perkahwinan Raja dengan puteri bangsawan yang diharapkan


dapat melahirkan waris pemerintah merupakan fitrah Raja-Raja dari
zaman awal tamaddun manusia. Selain itu adat perkahwinan Raja dan
anak Bendahara juga dikekalkan . Kedatangan Islam juga mengutamakan
kemuliaan zuriat sebagai satu ciri kelayakkan menjadi pemerintah. Maka
dalam adat ini Raja-Raja Melayu, darah Raja, Bendahara dan keturunan
Rasulullah SAW atau Sayyid ditakrifkan sebagai anak Gahara.

Zaman Kini:

Jika pada masa dahulu,perkahwinan Raja-Raja hanya akan berlaku


antara Raja dan Puteri, atau Raja dan anak Bendahara, ianya tidak lagi
dijaga pada masa kini. Sekaligus hilanglah keturunan atau darah diraja
yang asli yang dinamakan sebagai anak gahara. Sebagai contoh,
beberapa anak Raja di Negara Malaysia ini telah pun mengahwini orang
kebanyakkan.

4.3.4Ekonomi

Zaman dahulu :

Dari sudut Ekonomi, di zaman pemerintahan Kesultanan Melayu


sumber utama kewangan kerajaan adalah berdasarkan perdagangan.
Maka dari sudut ini, Raja merupakan Ketua yang utama untuk menerima
pedagang-pedagang untuk berdagang di jajahannya. Ia termasuklah
dalam melaksanakan hubungan diplomatik dengan beberapa kerajaan
utama

Zaman Kini:

Dari sudut ekonomi,pada masa kini, Raja bukanlah ketua dalam


apa-apa bahagian sama ada dalam perdagangan dan sebagainya.
Malahan, pendapatan Raja adalah diperuntukkan oleh perlembagaan
negeri. Di dalam peruntukkan ini adalah berbeza bagi setiap negeri.

PERKARA
Politik

(a) Pentadbiran

DAHULU
Sebagai payung
Negara yang menjaga
kedaulatan Bangsa
Melayu
Raja berkuasa mutlak
dalam membuat
keputusan dan
dibantu oleh jemaah
menteri

KINI
Sebagai simbol tanpa
berperanan
dalam
mempertahankan
kedaulatan melayu
Raja sebagai symbol
dan
segala
pentadbiran dilakukan
oleh kerajaan negeri
kecuali
berkaitan
dengan agama.

Ketua bagi Agama


Islam secara mutlak
dan melaksanakan
ajaran islam dan
dibantu oleh alim
ulamak.
Perkahwinan hanya
dari kalangan puteri
dan anak bendahara
dalam menjaga darah
gahara sebagai
pemerintah.

Ketua bagi agama


islam tetapi dalam
beberapa bahagian di
negeri
masingmasing.

Raja sebagai ketua


dalam perdagangan
dalam memberi
keputusan dan
melaksanakan
hubungan diplomatik.

Raja tidak berkuasa


penuh dalam ekonomi
dan
bahkan
diperuntukkan
pendapatannya
mengikut negeri

Sosial
(a) Agama

(b) Kebudayaan

Ekonomi

Perkahwinan
tidak
terkongkong
oleh
adat
dan
kebanyakkan
anak
Raja
mengahwini
orang kebanyakkan.

Rajah 3:Carta perbandingan fungsi Raja Zaman dahulu dan kini mengikut
lapangan.

Bab 5 :Penutup

Mengikut definisi, apa yang boleh disimpulkan bahawa tajuk


tersebut akan membincangkan perbandingan atau perbezaan tugas RajaRaja pada zaman yang lampau iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka
hinggga merdeka dan pada zaman kini iaitu dari waktu Merdeka hinggalah
waktu ini.
Bab dua pula merumuskan perbezaan Raja dan sultan dari pebagai
aspek. Dasar pemerintahan Melayu Melaka.Salasilah Raja-Raja Melayu
dari Zaman Iskandar Zulkarnain-Alam Raja Melayu yang menyatakan
bahawa keturunan Raja Melayu berasal dari Iskandar Zulkarnain dan
selepas pengembaraan dari sebuah negara ke negara yang lain hinggalah
ke Tanah Melayu dan dilantik menjadi Raja. Di dalam dasar pemerintahan
Zaman Melaka, adalah berdasarkan, hukum kanun, syarak, adat resam,
dan sifat faham memahami yang diamalkan saling lengkap melengkapi di
antara satu sama lain. Kemudiannya mengupas fokus utama iaitu Fungsi
Raja-Raja Melayu zaman dahulu dari segi politik, ekonomi dan sosial. Di
bahagian ini, kita dapat melihat bahawa Raja di zaman dahulu adalah
berkuasa mutlak di atas segala pentadbiran yang berkaitan dengan
jajahan negerinya bersama beberapa pembantu atau menteri di
bahagian-bahagian kecil. Pemerintahan Raja-Raja Melayu mempunyai
empat Fasa dan dilampirkan bersama di dalam jadual l. Di dalam kekuatan
Raja-Raja Melayu, terdapat tunjang utama iaitu Institusi bendahara yang
bertindak sebagai penasihat utama bagi Raja-Raja.
Bab seterusnya pula membicarakan mengenai latar belakang RajaRaja yang mula kehilangan kuasa bermula dari zaman penjajahan British
dan sebagainya. Selain itu mengenai kuasa raja-raja pada zaman
sekarang yang telah kehilangan kuasa mutlak di dalam lapangan
pentadbiran, ekonomi dan sosial. Raja dijadikan sebagai salah satu simbol
bagi bangsa melayu dan tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.
Malahan selepas Merdeka, kerajaan ditadbir oleh Perlembagaan Malaysia
yang memperuntukkan beberapa kuasa ke atas kerajaan negeri dan RajaRaja di Malaysia di negeri masing-masing. Walaupun Raja masih
mentadbir negerinya, tetapi kedaulatanya adalah terbatas. Kuasa yang
diberi adalah terhad bagi bidang agama dia bawah kuasa budi bicaranya.
Selain itu, terdapat pertubuhan Majlis Raja-Raja yang berkuasa di dalam
beberapa perkara termasuk perlantikkan Yang di-Pertuan Agong. Raja juga
berperanan sebagai Yang di-Pertuan Agong berdasarkan beberapa tahun dan
kuasa yang telah ditetapkan.

RAKYAT ELEMEN PENTING


PERTAHAN INSTITUSI RAJA
BERPELEMBAGAAN
Perjalanan sejarah negara telah menyaksikan sistem beraja mutlak di
negara kita telah berakhir apabila sistem raja berperlembagaan seperti
yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Lord Reid yang bertanggungjawab
menyediakan draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diterima
untuk Tanah Melayu yang merdeka. Sebaik sahaja kita merdeka pada 31
Ogos 1957, maka tertegaklah sistem demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan di mana kedudukan dan kuasa raja-raja diikat atau
tertakluk kepada semangat Perlembagaan Persekutuan.
Secara evolusinya semangat raja berperlembagaan bermula di negeri
Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda Sultan Abu Bakar
mempunyai hubungan yang rapat dengan British. Hubungan kerajaan
Johor dengan kerajaan British diperkukuhkan lagi apabila baginda
mengadakan perjanjian dengan baginda Queen Victoria pada 11 Disember
1885 di London.
Dalam mentadbir Negeri Johor, baginda sering mendapatkan nasihat
undang-undnag daripada tetuan Rodyk dan Davidson atai Simons dan
Napier. Malah, baginda telah melantik William Napier secara rasmi
sebagai Penasihat Undang-undang. Pada 14 September 1895, Sultan Abu
Bakar memperkenalkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.
Pelaksanaan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor itu membawa kepada Ini
pemebentukan sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan yang menyerupai
Parlimen. Majlis Mesyuarat Kerajaan terdiri daripada Majlis Negeri dan
Jemaah Menteri.Majlis itu berfungsi untuk membantu sultan Johor dalam
hal-hal pentadbiran.
Rahimah Abdul Aziz (1997) menyebut pemasyhuran undang-undang
tersebut sebagai kemuncak pembaratan yang dilakukan oleh Sultan Johor,
manakala E. Thio (1967) pula menyebut pelaksanaan undang-undang itu
meruoakan titik tolak campur tangan British dalam pentadbiran kerajaan
Johor.
Hakikatnya, perjalanana sejarah di negara ini telah merakamkan bahawa
sistem pemerintahan beraja yang berakar umbi dari Kesultanan Kerajaan
Melayu Melaka telah berakhir dan digantikan dengan sistem pemerinthan
demokrasi dan raja berpelembagaan secara rasminya sebaik sahaja
negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Walaupun Raja yang

ada pada hari ini adalah tertakluk kepada perlembagaan moden, namun
institusi raja masih dilihat penting dalam sistem pemerinthan demokrasi
berparlimen di negara ini.
Ini dapat dilihat dari stuktur Parlime itu sendiri di mana Parlimen terdiri
daripada tiga komponen iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan
Dewan Negara. Perlembagaan Negara memaktubkan di dalam Perkara 32
bahawa Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara. Namun, kuasakuasa pentadbiran ini dilaksanakan oleh barisan kabinet kerajaan yang
diketuai oleh Perdana Menteri.
Walau bagamaina pun, banginda berhak untuk mendapatkan maklumat
mengenai apa-apa perkembangan mengenai hal ehwal negara bila-bila
masa yang diperlukan baginda. Baginda juga bertanggungjawab
mempertahankan kedudukan agama Islam dan hak-hak istimewa orang
Melayu serta kedudkan kaum-kaum lain seperti yang termaktub dalam
perlembagaan.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga merupakan Ketua Tertinggi
Angkatan Bersenjata dan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri
dan di negeri-negeri yang tidak mempunyai raja, termasuk Wilayah
Persekutuan.
Majlis Raja-raja yang antara tanggungjawabnya ialah memilih dan
melantik Yang di-Pertuan Agong adalah institusi yang bertanggung jawab
memastikan bahawa instusi beraja di negara ini berada pada landasan
yang selari dengan kedudukan mereka dalam demokrasi dan
perlembagaan. Berdasarkan perlembagaan, ahli-ahli Majlis Raja-Raja
dikehendaki menerima nasihat kerajaan.
Justeru, perlembagaan menghendaki ahli Majlis Raja-Raja diiringi
penasihat yang terdiri daripada para Menteri Besar Dan Ketua Menteri.
Walau bagaimanapun, sekiranya majlis membincangkan hal-hal
berhubung dengan institusi raja termasuk pemilihan Yang di-Pertuan
Agong maka penasihat terbabit tidak perlu hadir.
Sejauh mana institsui raja ini boleh bertahan adalah bergantung kepada
iltizam dan kekuatan rakyat mempertahankan institusi yang menjadi
lambang warisan sistem politik Melayu tradisional. Rakyatlah yang
menjadi penentunya. Ini pernah diakui sendiri oleh baginda Sultan Sultan
Azlan Shah. Ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di
Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun
1980, baginda bertitah, "Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis
atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun
tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata.
Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah)
perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya".
Pada hemat penulis hanya orang Melayu dan politik Melayu sahaja yang

mampu untuk mempertahankan satu-satu warisan politik Melayu ini. Ini


tidak bermakna penulis menafikan tanggungjawab bangsa lain selaku
rakyat yang taat setia kepada baginda, tetapi memandangkan bangsa
Melayu itu lebih dekat minda dan jiwanya kepada akar tradisi bangsanya
sendiri, maka merekalah yang menjadi penentu dalam mempertahankan
sistem raja berperlembagaan di negara ini.
Dalam Magnum Opus Sejarah Melayu, Tun Perak, Bendahara Melaka
tersohor mengingatkan rakyat: Hendaklah tulus hatimu pada berbuat
kebaikan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Dan jangan kamu sekalian
lupa pada berbuat kebaikan kepada raja kamu. Adalah raja yang adil itu
dengan Nabi sallallahu-alaihi-wa-salam umpama dua buah permata pada
sebentuk cincin; lagi pula raja itu umpama ganti Allah di dalam dunia,
kerana ia zulilLahu-filalam. Apabila berbuat kebaktian kepada raja,
seperti berbuat kepada Allah subhanahu-wa-taala.Yakni berbuat kebaikan
kamu akan Allah dan Rasul-Nya, dan akan raja.

Anda mungkin juga menyukai