Anda di halaman 1dari 4

Soalan Bahasa Melayu berdasarkan aras Taksonomi Bloom.

Pemikiran Aras Rendah


A. Peringkat Pengetahuan
1.

.
Pakaian pengemis itu kelihatan _____________ sekali.
A

lusuh

hodoh

cantik

indah

2. ____________ berguguran apabila angin bertiup.


A. Pepohon
B. Dedaun
C. Reranting
D. Dedahan
B. Peringkat Kefahaman
1. Kita harus belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang cerah.
Tukarkan perkataan yang dihitamkan dengan kata-kata sendi nama yang lebih tepat.
A

pada

demi

kepada

terhadap

2. Jelaskan maksud bagi simpulan bahasa durian runtuh.


A. Keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka.
B. Keuntungan yang diperoleh melalui usaha sendiri.
C. Musim buah-buahan yang mempunyai banyak jenis.
D. Kerugian yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka.

C. Peringkat Aplikasi
1. Pilih tanda baca ang betul pada ayat berikut.
A. Wah! Cantiknya baju ini!
B. Cis, berani dia datang ke sini.
C. Aduh, sakitnya lutut aku!
D. Amboi melampau kau.
2. Pilih pernyataan ang betul berkaitan masalah pengamatan.
i. Syed keliru antara huruf b dan d
ii. Izzati sudah boleh menghafal huruff tapi masih tidak mampu menulis huruf tersebut.
iii. Amirah selalu keliru dengan huruf m dan n.
iv. Aisyah dapat menyalin ayat dengan kemas dan cantik.
A.
B.
C.
D.

i dan ii
ii dan iii
i, ii dan iii
i, ii, iii dan iv

Pemikiran Aras Tinggi


A. Peringkat Analisis
1. Yang manakah antara berikut merupakan Kata Ganda?
i. jejari gandaan separa
ii. kacau-bilau gandaan berirama
iii. saudara-mara gandaan berirama
iv.tahu-menahu gandaan menyalin
A.
B.
C.
D.
2.

i dan iv
ii dan iii
i, ii dan iii
semua yang di atas

Diana yang bercakap dengan


saya tadi.
Pilih ayat tanya yang sesuai dengan pernyataan di atas.
A.
B.
C.
D.

Bilakah Diana bercakap dengan kamu?


Apakah Diana cakapkan dengan kamu?
Mengapa Diana bercakap dengan kamu?
Siapakah yang bercakap dengan kamu sebentar tadi?

3. Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku terjumpa sebuah dompet.
Aku membuka dompet itu untuk mengetahui pemilik dompet tersebut. Di dalam dompet
tersebut terdapat wang yang banyak dan dokumen yang penting. Aku berfikir sejenak

sambil melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari dompetnya. Tiba-tiba
rakanku datang dan aku memberitahunya tentang dompet tersebut. Dia menyuruh aku
mengambil sahaja dompet itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan
pesanan ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain. Aku membuat
keputusan untuk menyerahkan dokumen tersebut kepada guru bertugas, Cikgu Raihan.
Beliau telah membawa aku berjumpa dengan Guru Besar. Guru Besar memuji tindakan
yang telah aku lakukan itu.
Berikan lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di atas.
B. Peringkat Sintesis
1. Berdasarkan teks yang telah anda baca tadi, tuliskan kesudahan cerpen tersebut jika
Aslam terselamat dalam kemalangan tersebut.
ATAU
Tanam pisang sulung tahun,
Malam-malam tanak nasi,
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?
Apakah yang dimaksudkan dengan teka-teki di atas?
2.

i.
ii.

Adib merupakan pelajar yang paling tinggi di


dalam kelasnya.
Rumah itu sangat besar dan cantik bagaikan
istana.

Apakah persamaan yang terdapat pada kedua-dua aat di atas?


A.
B.
C.
D.

Kata seru
Kata nama
Kata adjektif
Kata imbuhan

3. Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga duduk di ruang tamu sambil berbual-bual.
Tidak lama kemudian, sebuah teksi berhenti di hadapan rumah. Aku menjenguk keluar.
Aku melihat ..

Mulakan cerita kamu dengan:


Aku melihat.

C. Peringkat Penilaian
1. 1 Malaysia
Berdasarkan slogan di atas, berikan implikasinya terhadap rakyat Malaysia.
2. Gejala sosial pembuangan anak semakin berleluasa pada masa kini.
Berikan pendapat anda mengenai penyataan di atas.
3. Pada pendapat kamu, adakah tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah?
Jelaskan.
4. Berbagai faktor yang menyebabkan gejala vandalisme semakin berleluasa dalam
kalangan remaja pada masa kini. Bincangkan.

Anda mungkin juga menyukai