Anda di halaman 1dari 3

Soalan subjektif dan rubrik jawapan (PENDIDIKAN ISLAM)

1) Masih terdapat segelintir umat Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan tetapi masih
melakukan larangan Allah seperti tidak menutup aurat dan tidak menunaikan solat.
Pada pendapat anda,mengapakah mereka melakukan kemungkaran sedemikian walaupun
mereka mengetahui kesalahan tersebut?

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________-
___________________________________________________________________________
[4 markah]

Soalan Subjektif: Panduan Jawapan dan markah (PENDIDIKAN ISLAM)

Kualiti Jawapan Piawai Markah

Amat baik Dapat menyatakan 4 kriteria soalan KBAT iaitu jawapan tepat,
huraian, huraian lengkap dan kesimpulan dalam menyatakan secara
4
mendalam sebab manusia masih melakukan kemungkaran walaupun
pada bulan Ramadhan. Amat memahami dengan kehendak soalan.

Baik Dapat menyatakan 3 kriteria soalan KBAT iaitu jawapan tepat sama
ada huraian dan huraian lengkap atau kesimpulan dalam menyatakan
secara mendalam sebab manusia masih melakukan kemungkaran 3
walaupun pada bulan Ramadhan tetapi huraian tersebut kurang jelas.
Memahami kehendak soalan.

Sederhana Dapat menyatakan 2 kriteria soalan KBAT iaitu jawapan tepat sama
ada huraian atau huraian lengkap atau kesimpulan dalam
menyatakan secara mendalam sebab manusia masih melakukan 2
kemungkaran walaupun pada bulan Ramadhan. Kurang memahami
kehendak soalan.

Lemah Jawapan sahaja betul tetapi tiada huraian,huraian lanjut dan


1
kesimpulan. Tidak memahami kehendak kaedah jawapan yang betul
LAPORAN ANALISIS KEPUTUSAN PELAJAR BERDASARKAN SOALAN SUBJEKTIF

Pelajar Penerangan
1 Adriana bt Anas Nasrun Pelajar ini menunjukkan keputusan yang baik dengan menjawab soalan
KBAT dengan betul tanpa sebarang kesalahan. Pelajar ini dilihat berjaya
menguasai kaedah menjawab soalan KBAT dengan menyempurnakan
keempat-empat elemen iaitu menjawab soalan, huraian, huraian lanjut
dan kesimpulan dengan baik.
2 Muhammad Hazeq Ja bin Berdasarkan analisis keputusan subjektif pelajar ini, pelajar ini berjaya
Dzu Irman memperoleh 3 markah daripada markah penuh.Ini kerana pelajar
tersebut tidak menghuraikan lebih lanjut terhadap jawapan yang
diberikan. Pelajar ini perlu memberi perhatian kaedah untuk menghurai
jawapan dengan lebih baik untuk memperoleh markah penuh iaitu 4
markah.
3 Nur Amira Liyana bt Berdasarkan analisis keputusan subjektif, pelajar ini sangat menguasai
Mohd Hakim kaedah dan teknik menjawab soalan KBAT dengan baik kerana beliau
memperoleh 4 markah iaitu skor markah penuh. Jawapan yang diberikan
sangat tepat dan huraiannya sangat padat tanpa penerangan yang
meleret.Pelajar tersebut didapati memahamai konsep menjawab soalan
KBAT dengan baik.
4 Syamim Nabilah bt Berdasarkan analisis keputusan subjektif bagi pelajar ini, beliau
Sallehudin memperoleh skor 3 markah kerana tidak menghuraikan secara lanjut
jawapan yang diberikan.Pelajar ini perlu diberikan penumpuan tentang
kaedah menghuraikan jawapan dengan baik untuk memperoleh skor
penuh. Saranan kepada pengajar untuk menerangkan kembali kaedah
menjawab soalan subjektif dengan tepat.
5 Ayu Nadhilah bt Berdasarkan analisis keputusan subjektif pelajar ini, didapati pelajar ini
Mohamad Hamid melengkapkan jawapan beliau dengan keempat-empat komponen KBAT.
Akan tetapi, pelajar ini memperoleh 3 markah sahaja kerana huraian yang
dinyatakan tidak tepat dan tidak bersesuaian dengan jawapan yang
diberikan. Di masa pembelajaran akan datang, pelajar ini perlu diberikan
fokus untuk menjawab soalan dengan baik agar penerangan/huraian tidak
terkeluar daripada landasan jawapan yang diberikan.
6 Muhd Aiman Haris bin Berdasarkan keputusan analisis soalan subjektif pelajar ini, didapati
Syakir pelajar ini telah memperoleh 2 markah kerana pelajar ini tidak
meletakkan item huraian dan huraian lanjut sebagai penerangan kepada
jawapan yang diberikan. Pelajar hanya memberi jawapan dan kesimpulan
sahaja. Didapati pelajar ini perlu diterangkan kembali kaedah menjawab
soalan KBAT dan diberikan latih tubi yang banyak.
7 Nor Alya Farzana binti Berdasarkan keputusan soalan subjektif yang diperoleh pelajar ini iaitu 3
Mohd Nadzri markah, didapati pelajar ini kekurangan markah disebabkan pada
bahagian huraian terhadap jawapan yang diberikan kurang bersesuaian.
Huraian tersebut tidak selari dengan jawapan yang diberikan walaupun
dalam jawapan pelajar ini memberikan huraian dan penerangan terhadap
jawapan tersebut. Di masa pembelajaran akan datang, pelajar ini perlu
diberikan fokus untuk menjawab soalan dengan baik agar
penerangan/huraian tidak terkeluar daripada landasan jawapan yang
diberikan
8 Shahrul Azman bin Pelajar ini telah mendapat skor 3 markah daripada 4 markah. Pelajar ini
Shahidan memberikan jawapan dengan betul. Akan tetapi, huraian terhadap
jawapan tersebut adalah kurang tepat. Akan datang, pelajar ini perlu
diberikan fokus kepada penerangan huraian dalam menjawab soalan
KBAT
9 Muhammad Alfian Fadhli Berdasarkan keputusan analisis soalan subjektif yang diperoleh, didapati
bin Benito Febrius pelajar ini memperoleh skor 4 markah iaitu markah penuh bagi soalan
KBAT ini. Pelajar ini memberikan jawapan, huraian, huraian lanjut serta
kesimpulan dengan tepat dan padat. Pelajar ini perlu sentiasa
membiasakan menjawab soalan KBAT dengan soalan latih tubi untuk
kekalkan prestasi beliau.
10 Nur Qistina Farhah bt Berdasarkan keputusan analisis soalan subjektif yang diperoleh, didapati
Rezal Zambery pelajar ini memperoleh skor 4 markah iaitu markah penuh bagi soalan
KBAT ini. Pelajar ini memberikan jawapan, huraian, huraian lanjut serta
kesimpulan dengan tepat dan padat mengikut kesesuaian soalan. Pelajar
ini perlu sentiasa membiasakan menjawab soalan KBAT dengan soalan
latih tubi untuk kekalkan prestasi beliau di masa akan datang.
11 Ni’amullah bin Ahmad Pelajar ini telah menjawab soalan subjektif yang diberikan dengan
Zikri memperoleh skor penuh iaitu 4 markah.Pelajar melengkapkan jawapan
beliau dengan jawapan yang tepat, huraian, huraian lanjut dan
kesimpulan yang baik , padat dan mendalam serta mempunyai kriteria
amat baik dalam menjawab soalan tersebut. Di masa akan datang, pelajar
ini boleh mengekalkan kualiti dalam menjawab soalan KBAT melalui
pembacaan dan pemahaman terhadap topik.
12 Wan Muhammad Iman Berdasarkan keputusan soalan subjektif yang diperoleh, didapati pelajar
Hakim bin Wan Mohd ini memperoleh skor 3 markah daripada markah penuh dan berada pada
Hussairi tahap baik. Pelajar ini berjaya menjawab soalan dengan tepat beserta
huraian. Akan tetapi, pelajar ini tidak melengkapkan jawapannya dengan
menerangkan huraian lanjut seperti kesan, faktor dan contoh.Pelajar
menutup jawapan beliau dengan kesimpulan yang bagus. Pada masa akan
datang, didapati pelajar ini perlu diberikan pemahaman dan kaedah
dalam penguasaan terhadap soalan KBAT untuk memperoleh markah
yang lebih baik

Anda mungkin juga menyukai