Anda di halaman 1dari 60

PSYCHOLOGY OF LEARNING AND

INTRUCTION
(ESEG5013)

TAJUK : INTERVIEW & FINDING


AHLI KUMPULAN :
1- AHMAD NABIL BIN AHMAD NAPIS (MC190909546)
2- AHMAD KHAIRUL IKHWAN BIN MD RAMLI
(MC190909519)
3- NUR AISYAH@NIK RAHMAH BT ISMAIL
(MC190909406)
4-NURUL KHADIJAH FATIMAH BT
KAMARULZAMAN (MC190909522)
NAMA PENSyARAH : PUAN SOFIA BT ELIAS

1
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN…………………………………………………… 3

1.1 TUJUAN KAJIAN…………………………………………………... 4

1.2 DAPATAN KAJIAN……………………………………………… 5 -18

1.2.1 WHAT HAVE YOU LEARNT FROM YOUR INTERVIEWS?


WERE THERE CERTAIN POINTS OR ISSUES THAT
CAUGHT YOUR ATTENTION?

1.2.2 WHAT ARE THE SIMILARITIES AND/OR


DIFFERENCES BETWEEN THE PERCEPTIONS OF THE
DIFFERENT AGED GROUP? WHAT’S YOUR TAKE ON
THEM?

1.2.3 WHAT AFFECTS BEHAVIOUR CHANGES?

1.2.4 WHAT AFFECTS BEHAVIOUR CHANGES?

1.3 PENUTUP…………………………………………………………. 18

1.4 LAMPIRAN………………………………………………………. 19

2
1.0 PENDAHULUAN
Istilah psikologi berasal dari gabungan perkataan Yunani : psayache dan logos. Psayache
bermakna nafas, roh, jiwa atau minda. Manakala perkataan logos boleh diertikan sebagai
ilmu atau pengajian. Berdasarkan penghuraian berikut, psikologi boleh diertikan sebagai
pengajian roh, jiwa atau minda manusia. Oleh kerana pengertian psikologi diberikan oleh ahli
falsafah dari Yunani, misalnya Socrates, Plato dan Aristotle, maka psikologi ketika itu adalah
salah satu jenis ilmu di bawah bidang falsafah.1

Namun begitu, psikologi bukan hanya bidang falsafah malah turut melibatkan bidang
fisiologi. Falsafah adalah berkaitan dengan pengajian kewujudan realiti asasi melalui
pemikiran, manakala fisiologi merupakan pengajian saintifik atas organisme melalui
pemerhatian. Kedua-dua bidang pengajian, iaitu falsafah dan fisiologi boleh dikesan daripada
dialog dan tulisan ahli falsafah Yunani kuno mengenai pemikiran fitrah manusia dan tingkah
lakunya.

Perkembangan manusia pula melibatkan beberapa tahap yang penting. Antaranya


adalah Tahap Perkembangan Kognitif. Tahap perkembangan kognitif ialah perubahan-
perubahan dalam proses berfikir yang melibatkan perhatian, daya ingat, kemampuan belajar,
analisis masalah, imaginasi, kreativiti, dan keunikan dalam mengunakan sesuatu bahasa.

Selain itu, perkembangan manusia juga melibatkan Tahap Perkembangan


Psikologi-Emosional. Tahap ini menilai perkembangan seseorang dari aspek perkembangan
berkomunikasi secara emosional, memahami diri sendiri, kemampuan untuk memahami
perasaan individu lain, pengetahuan tentang individu lain, keterampilan dalam berhubungan
dengan individu lain, menjalinkan persahabatan, dan pengertian tentang moral.

1
Mok Soon Sang (2011): Psikologi Pendidikan, Malaysia m/s 11-12

3
1.1 TUJUAN KAJIAN
Dalam kalangan guru, menjadi keutamaan dan menjadi sesuatu yang penting untuk
mendalami ilmu pengetahuan Psikologi Pendidikan kerana pengetahuan Psikologi Pendidikan
menjadi asas pemahaman kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa pengetahuan
asas pendidikan ini maka para guru akan menghadapi masalah dalam memahami perlakuan
dan emosi para pelajar.

Justeru itu,kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti Faktor Psikologi utama yang
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan individu. Kajian ini menuntut kepada
penilaian faktor-faktor yang mempengaruhi psikologi dan perkembangan sosial dalam
kalangan pelajar dan para guru.

Ini melibat responden yang terdiri daripada para guru lama dan baharu serta para
pelajar berdasarkan umur yang berbeza. Responden juga akan dinilai mengikut jantina yang
berbeza. Perbezaan status,umur dan jantina ini diharapkan dapat membantu kita melihat
faktor tindakan seseorang individu terhadap situasi berdasarkan soalan yang akan diutarakan
dan membawa kami sebagai pelajar subjek Psikologi Pendidikan lebih mengenali warga
sekeliling yang terdapat di sekolah dengan lebih baik dan proses pengajaran akan berjalan
dengan lebih berkesan pada masa akan datang.

4
1.2 DAPATAN KAJIAN
1.2.1 What Have You Learn From Your Interview? Were There Certain Points Or Issues
That Caught Your Attention?

Terdapat beberapa perkara atau isu yang menarik perhatian kami ketika melakukan temubual
ini, dan kami menyatakan isu dan perkara tersebut dengan membahagikan ia kepada 5
kategori seperti berikut:

a) Tingkatan 1

I. Pelajar ini telah mengalami masalah dengan keluarganya, iaitu berlaku


ketidaksefahaman antara ayah dan ibunya, sehingga tercetusnya pertengkaran dan
ketika itu, pertengkaran itu disaksikan oleh pelajar ini dihadapan matanya sendiri.
Pertengkaran itu sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan yang negatif terhadap
emosi pelajar ini, antaranya ialah pelajar ini tidak boleh memberi tumpuan
sepenuhnya terhadap pelajaran, kerana sering memikirkan masalah yang berada di
rumahnya.

II. Seorang pelajar, yang mempunyai kesedaran agama, yang sentiasa ingin berubah ke
arah kebaikan, namun, dalam masa yang sama, mempunyai keluarga yang kurang
menitikberatkan urusan-urusan yang berkaitan dengan agama. Contohnya, ayahnya
yang tidak melaksanakan solat penuh 5 waktu dan kakaknya yang gemar memakai
pakaian yang ketat. Pelajar ini telah berusaha untuk menegur, tetapi masih belum
mendapat respon yang positif dari ahli keluarganya. Namun begitu, pelajar ini
menjadikan semua ujian ini sebagai suatu rangsangan untuk dia belajar bersungguh-
sungguh khususnya dalam bidang agama, supaya suatu hari nanti, dia dapat memberi
pemahaman agama yang baik kepada ahli keluarganya.

b) Tingkatan 3

I. Pelajar ini, ketika berada disekolah, kerap diejek (niat untuk bergurau) oleh rakan
sekelas dia, namun ejekan itu dia tidak endahkan dan dia tetap menjalani kehidupan
sebagai seorang pelajar seperti biasa. Sehinggalah suatu hari, rakan sekelas dia telah
menampar mukanya dengan niat hanya untuk bergurau, tetapi baginya gurauan itu
adalah sangat berlebihan. Lalu berlakulah pertengkaran besar antara dia dan rakan
sekelas, dan pertengkaran tersebut telah menyebabkan mereka tidak bertegur sapa
sehingga sekarang. Perbuatan tidak bertegur sapa itu menjadikan dia sangat tidak
selesa, dan telah mengganggu fokus dia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang
pelajar di sekolah.

II. Pelajar ini mendapat motivasi daripada ibunya. Dia agak lebih rapat dengan ibunya
kerana ayahnya jarang balik ke kampung dek kerana urusan kerja di Brunei. Hampir
setiap hari, dia akan menghubungi ibunya dirumah untuk bertanyakan khabar dan

5
meminta nasihat kepada ibunya. Baginya, setiap hari apabila mendengar suara ibunya,
dia lebih bersemangat untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar
c) Tingkatan 5

I. Pelajar ini merupakan seorang pelajar yang hafal al quran, baik akhlaknya, baik
pengamalan agamanya serta budi pekertinya. Namun disebalik kebaikan yang
dimiliki, dia mempunyai latar belakang keluarga yang kurang dari segi pengamalan
dan pemahaman agamanya. Contohnya, pelajar ini agak terkenal apabila berada
dikampung kerana selalu menjadi imam solat, dan bacaannya di dalam solat sangat
merdu dan telah menarik minat Jemaah kampung mengenali dirinya dengan lebih
dalam. Apabila dia ditanya mengenai keluarganya, dia agak berat untuk menjawab
soalan tersebut dek kerana keluarganya jarang untuk datang ke surau untuk solat
secara berjemaah dengan penduduk kampung. Namun begitu, pelajar ini telah
berusaha untuk membawa ahli keluarganya untuk bepegang teguh kepada ajaran
Islam, namun usahanya itu masih belum membuahkan hasil. Akan tetapi, ia tetap
tidak mematahkan semangat pelajar ini untuk terus membimbing.

II. Pelajar ini juga mempunyai seorang pakcik, yang juga sebagai sumber motivasi dalam
dirinya. Pakciknya seorang yang banyak harta, namun tidak sesekali menjadikan
pakciknya lalai dari melaksanakan kewajiapan sebagai seorang muslim. Ini
menunjukkan pelajar ini sangat termotivasi dengan sikap pakciknya, dan berharap
suatu masa nanti, apabila dia dewasa, dia mampu untuk menjadi seorang yang
seimbang hidupnya untuk urusan dunia dan akhirat

III. Dari pemerhatian dan sudut pandang pelajar ini, dia melihat keadaan disekelilingnya,
ada dikalangan pelajar yang sering melakukan masalah disekolah, namun mempunyai
latarbelakang keluarga yang sangat baik pada agamanya. Dia agak cemburu dengan
pelajar yang memiliki keluarga yang baik pemahaman agama, dan menganggap ia
merupakan satu kurniaan yang wajib disayaukuri oleh pelajar tersebut. Jauh disudut
hatinya, suatu masa nanti, apabila sudah berkahwin, dia mengimpikan mampu
menjadikan kehidupan keluarganya sentiasa berada pada landasan agama.
d) Guru Baharu

I. Bagi guru ini, kunci kejayaan dalam Pendidikan baginya adalah sabar. Sebagai
contoh, sebelum ini, dia pernah mengajar disebuah sekolah yang lain, dan pada
waktu itu, antara ujian yang dilaluinya ada berhadapan dengan pelajar yang agak
agresif dan tidak beradab dengan gurunya. Dan langkah yang diambil oleh guru ini,
terus mendidik pelajar ini dengan sifat berbekal sifat sabar, dan terus menerus
mendidik pelajar ini sehinggalah pelajar ini berjaya.

II. Antara isu yang menarik bagi guru baharu juga ialah, dari sudut pandang dia
terhadap pelajar yang lemah. Apabila dia melihat pelajar yang lemah, dia takda terus
melihat pelajar itu dari sisi yang lemah. Baginya, setiap manusia itu, mempunyai

6
kelebihan masing-masing. Sekiranya dia melihat pelajar ini lemah dari segi
akademik, dia cuba melihat dari sudut kemahiran yang ada pada diri pelajar ini.
Kemungkinan pelajar ini lebih menonjol dari sudut kemahirannya.
e) Guru Lama

I. Guru yang sudah berada lama dalam dunia Pendidikan, dia agak jauh terkehadapan
berbanding guru-guru yang baharu. Ini kerana mereka telah melalui pelbagai situasi
dan keadaan semasa mula-mula berkhidmat dalam dunia Pendidikan sehinggalah
sekarang. Mereka pun belajar dari guru-guru lama sewaktu mula-mula berkhidmat di
sekolah dahulu. Pengalaman yang dia dapat telah banyak memberi kesan kepada
pengajarannya. Selain itu, pengalaman yang dikutip oleh guru ini, kebanyakan dia
perolehi melalui mata. Dia banyak melihat bagaimana guru-guru lama mengajar dan
melakukan tugas dengan penuh kreatif. Ketika berada disekolah lama dahulu
(sewaktu mula ditempatkan), dia melihat guru yang berada disekolah tersebut
jumlahnya agak sedikit berbanding guru tempat dia mengajar sekarang. Oleh kerana
jumlah guru yang sedikit, guru disana terpaksa bekerja lebih dan berusaha
semaksima mungkin untuk memberi input kepada pelajar disamping menjalankan
program-program dan aktiviti yang dijalankan disekolah. Dengan itu, secara tidak
langsung, ia telah meningkatkan skill pengajaran dan pembelajaran semasa berada di
sekolah.

II. Motivasi bagi seorang guru lama ini ialah apabila dia melihat pelajar yang di ajar
mendapat markah yang baik, juga pelajar tersebut memahami sepenuhnya apa yang
dia ajar. Ini menunjukkan guru ini sangat komited dalam dunia Pendidikan, dalam
memberi pemahaman yang baik kepada pelajar.

III. Guru ini juga masih lagi melanjutkan pelajaran dalam bidang master, di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Apa yang membanggakan disini, guru tersebut berkata, skim
Pendidikan yang dia ambik sekarang, tidak akan menaikkan gaji dan grednya apabila
tamat belajar nanti. Lalu dari manakah semangat yang dia dapat sehingga boleh
melanjutkan pelajaran sekarang? Ini semua datang daripada minat dia dalam dunia
Pendidikan. Bagi dia, selagi banyak banyak dia belajar, lagi banyak ilmu yang dia
dapat dalam dunia Pendidikan. Dan dia tak rasa rugikan walaupun selepas belajar ini,
tidak akan menaikan gaji dan pangkat dia, namun, ilmu yang dia dapat tersebut dia
gunakan untuk memajukan anak bangsa melalui Pendidikan. Baginya, ilmu itu suatu
yang sangat berharga dan bernilai pada masa yang akan datang.

7
1.2.2 What are the similarities and/or differences between the perceptions of the
different aged group? What’s your take on them?
a) Responden Dalam Kalangan Pelajar
Eric Ericson (1902-1994) menyatakan di dalam Teori Perkembangan Psikososial,bahawa
manusia mengalami 8 proses atau 8 peringkat dalam kitaran kehidupan setiap individu. Fasa
tersebut ialah
1) Fasa Kepercayaan (0-18 bulan)
2) Fasa Autonomi (18 bulan – 3 tahun)
3) Fasa Inisiatif lawan rasa bersalah (3-6 tahun)
4) Fasa daya usaha lawan rendah diri
5) Fasa identiti lawan ego rendah (remaja)
6) Fasa intim lawan bersendirian
7) Fasa generative lawan stagnasi (20 – 50 tahun)
8) Fasa integriti lawan putus asa (lebih 50 Tahun)2

Dalam setiap fasa ini, individu akan berhadapan dengan krisis perkembangan yang
berbeza dalam kehidupan seseorang individu dan teori ini boleh dijadikan panduan dalam
mengenalpasti tahap perkembangan kejayaan dan kegagalan seseorang dalam menyelesaikan
krisis/masalah yang akan memberi kesan kepada masa hadapan dan personaliti individu
tersebut.
Dalam kajian kami, terdapat beberapa dapatan perbezaan dan persamaan yang telah
kami dapati berdasarkan responden kami yang terdiri daripada peringkat umur dan jantina
yang berbeza. Responden dalam kalangan pelajar terdiri daripada umur 13-17 tahun
manakala responden dalam kalangan guru adalah dalam lingkungan umur 25-40an
tahun.Semestinya perbezaan umur dan jantina yang berbeza memberikan kami beberapa
dapatan yang berbeza mengikut umur tertentu.
Pada usia 13 tahun adalah fasa kurang keyakinan dalam diri dan sangat bergantung
kepada rakan sebaya dan guru berbanding usia 15 dan 17 tahun.Ini kerana pelajar pada usia
ini kurang pengalaman dalam menjalani alam di sekolah menengah dan merupakan fasa
baharu bagi mereka.Berbeza dengan responden berumur 15 tahun yang sedang mencari
identiti diri dan sedang membentuk graf personaliti sendiri dengan mudah tercabar apabila
tekanan diberikan kepada mereka terutama dari rakan-rakan mereka. Bagi responden berusia
17 tahun mereka lebih kepada kemahuan untuk menonjol diri dan keinginan membina
nama(pengaruh) dalam kalangan rakan sebaya mereka kerana mereka matlamat mereka lebih
jelas dan lebih berfokus tentang tujuan keinginan mereka.

2
Psikilogi Pendidikan , Shahabuddin Hashim, 2016

8
Dalam proses menyelesaikan masalah,responden Tingkatan 5 lebih matang dalam
menyelesaikan masalah dan mampu untuk tidak meletakkan masalah berada di hadapan,
tetapi lebih kepada mencari solusi atau meletakkan masalah tersebut yang tidak mengganggu
mereka untuk fokus dalam SPM, berbeza dengan responden Tingkan 3 dan 1, mereka kurang
matang dalam menyelesaikan dan merespon masalah tersebut yang adakalanya menggunakan
cara yang kurang bijak yang akhirnya masalah itu mengganggu mereka dalam hafazan dan
pelajaran mereka.
Selain itu dimensi setiap pelajar melihat dan mengambil masalah tersebut dalam diri
mereka adalah berbeza.Bagi responden Tingkatan 1, responden mengambil masalah besar
keluarganya adalah sebagai masalah yang beliau pikul sedangkan permasalahan tersebut
sepatutnya keluarga besar beliau yang menyelesaikannya. Ini berikutan masalah tersebut
‘dipaparkan’ di hadapannya membuatkan pelajar itu sentiasa berfikir mengenainya. Bagi
responden Tingkatan 3, bijak melihat masalah diri adalah suatu masalah dan bukannya
masalah individu lain adalah masalah baginya manakala pelajar Tingkatan 5 pula melihat
masalah adalah suatu cabaran dan dapat membezakan samada masalah tersebut perlu difikir
dan rasional melihat secara serius atau sebaliknya
Seterusnya, perbezaan yang terakhir mengikut fasa umur adalah fokus terhadap
pelajar yang mana responden Tingkatan 5 lebih jelas matlamat dan halatuju mereka belajar
dan mereka sudah ada kaedah yang spesifik untuk mereka belajar. Berbanding dengan
responden Tingkatan 3, mereka merasakan kefahaman terhadap pelajaran adalah apabila
mereka dapat menerangkan kembali pelajaran tersebut kepada sahabat mereka yang lain
manakala responden Tingkatan 1 masih lagi tercari-cari skill atau kaedah untuk mereka
memahami sesuatu pelajaran dan meletakkan gelaran “kebodohan” apabila mereka tidak
mampu standing dengan sahabat pelajar yang lain.
Jantina responden antara lelaki dan perempuan juga turut menyumbang perbezaan.
Antaranya responden perempuan lebih fokus kepada penampilan fizikal berbanding
responden lelaki di mana mereka meletakkan rupa paras cantik atau tidak menjadi titik fokus
untuk membina pengaruh terutamanya dalam hubungan rakan sebaya dan mereka sangat
menitik beratkan soal penampilan tersebut samada rupa paras, pakaian, bau dan sebagainya.
Ini berbeza dengan responden lelaki. Berdasarkan temubual juga, responden lelaki lebih
melihat sesuatu perkara sebagai benda yang mudah tetapi responden perempuan lebih
mengambil sesuatu sebagai yang agak rumit.
Terdapat persamaan antara semua responden ini walaupun peringkat umur mereka
berbeza iaitu hampir semua responden menjadikan ibu mereka sebagai sumber motivasi dan
idola mereka terutamanya semangat untuk mereka belajar dan berjaya menggapai apa yang
diinginkan kerana ibu adalah insan paling dekat dengan mereka yang boleh mereka berkongsi
masalah dan berita yang gembira. Selain itu,gaya hidup mereka adalah rutin yang sama
kerana semua responden tinggal di asrama dan mereka agak kurang aktif dalam aktiviti
fizikal kerana mereka ingin kekalkan tenaga untuk mudah menghafal dan belajar di malam
hari serta mempunyai sistem jadual yang padat. Mereka juga dapat mengenalpasti masalah
yang mereka hadapi walaupun masalah tersebut adalah berbentuk individu atau sekeliling
cuma yang bezanya cara mereka melihat dan menyelesaikannya.Walaupun responden adalah

9
berlainan jantina, tetapi itu tidak menghalang mereka menyampaikan perasaan dan emosi
mereka ketika ditemubual. Mereka mudah menonjolkan ekspresi mereka terhadap soalan-
soalan yang diutarakan.
b) Responden Dalam Kalangan Guru
Hasil dapatan temubual yang dijalankan, terdapat banyak persamaan antara guru lama dan
guru baharu iaitu mereka semua sentiasa bersikap optimis dan positif dalam melihat
kehidupan walaupun setiap daripada mereka diuji dengan ujian yang berbeza. Mereka mudah
menerima cabaran, teguran dan tidak mudah mengalah dan melatah malah sentiasa
mempamerkan yang terbaik terhadap tugasan yang diberikan demi mencapai kepuasan dalam
kerjaya mereka.
Selain itu, mereka semua menjadikan pasangan dan anak-anak mereka sebagai
sumber kekuatan dan motivasi dalam melalui cabaran dan dugaan yang mendatang.Mereka
merasa kuat untuk terus berbakti dan menjalankan tanggungjawab kerana faktor keluarga
malah mereka saling bertolak ansur antara satu sama lain kerana kebanyakannya adalah
pasangan suami isteri yang berkerjaya dan ini membuatkan mereka sentiasa cuba memahami
kerjaya pasangan mereka masing-masing.
Berdasarkan faktor umur responden guru, mereka telah melalui banyak pengalaman
yang membentuk bagaimana mereka kini di mana mereka adalah individu yang kuat
sedangkan mereka bukanlah individu yang positif seperti hari ini.Mereka semua adalah
individu yang positif.Persamaan yang terakhir ialah terdapat responden guru lelaki dan
perempuan yang mempunyai latar belakang anak yang mempunyai pertumbuhan yang
berbeza daripada kanak-kanak lain yang menyebabkan mereka perlu untuk membahagikan
masa lebih dan perhatian ke atas anak mereka.
Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan dalam kalangan guru lama dan baharu
serta dipengaruhi jantina yang berlainan. Antaranya ialah kayu pengukur kepuasan dalam
kerjaya guru lama dan baharu adalah berbeza. Guru baharu merasakan satu kepuasan apabila
subjek yang diajar dapat difahami oleh pelajar dan pelajar memberikan perhatian semasa
proses pdp berlangsung manakala bagi guru lama kepuasan dalam pengajaran ialah apabila
subjek yang diajar memperoleh 100% A bagi kelas atau keseluruhan tingkatan yang
membantu meningkatkan prestasi sekolah kerana mereka sudah mahir dengan teknik dan
kaedah penandaan.Di situ, jelas menunjukkan matlamat guru lama adalah pada ruang mata
yang lebih luas kerana faktor tempoh pengalaman mereka yang berbeza. Semasa ditemubual,
guru lama kelihatan sangat teruja dalam berkongsi pengalaman mengajar mereka dan hampir
setiap soalan yang diajukan, jawapannya akan terselit elemen bidang pendidikan yang
menunjukkan dunia pendidikan sangat sebati dalam jiwa mereka.Ini berbeza dengan guru
baharu. Selain itu, guru lama berkeupayaan membangunkan sesuatu subjek yang diajar
mereka, berbeza dengan guru baharu yang masih mencari kaedah pengajaran yang sesuai
berdasarkan pelajar yang diajar oleh mereka.
Dari sudut jantina, guru perempuan lebih teruja dan bersemangat dalam
mengekspresikan jawapan terhadap soalan-soalan yang diajukan berbanding guru lelaki.
Selain itu, kedua-dua guru perempuan yang ditemubual menyatakan jika pilihan antara

10
kerjaya dan keluarga, mereka akan memilih untuk menjadi suri rumah untuk didik keluarga
dari rumah tetapi terdapat faktor yang lain yang memerlukan mereka memilih untuk
bekerjaya untuk membantu kewangan keluarga. Guru perempuan lebih mengamalkan gaya
hidup yang sihat dari segi makanan dan aktiviti fizikal berbanding guru lelaki kerana mereka
sedar mereka adalah tunjang dalam sesebuah keluarga.Jika‘lumpuh’seorang isteri dan ibu
maka satu keluarga akan ‘lumpuh’. Justeru itu, mereka sangat pentingkan kesihatan supaya
dapat menjalankan peranan dalam keluarga dan kerjaya dengan baik. Berbeza dengan guru
lelaki yang kurang menitik beratkan soal kesihatan dan mereka kurang beramal dengan gaya
hidup yang sihat seperti mengamalkan amalan merokok.
Berdasarkan dapatan yang diperoleh daripada kajian ini boleh dikaitkan dengan teori
perkembangan Psikososial yang mana setiap fasa responden yang berbeza memberikan
natijah yang berbeza kerana setiap individu dibangunkan berdasarkan faktor dalaman dalam
luaran yang berbeza.Faktor dalaman seperti pengalaman yang membentuk mereka positif
atau negatif, bagaimana mereka menerima dan melihat masalah serta dugaan membentuk diri
seseorang individu. Faktor luaran seperti suasana sekeliling, rakan sebaya dan pengurusan
tertinggi turut memainkan peranan dan membentuk karakter seseorang dalam kerjaya dan
kehidupan.Pada pendapat kami, pengalaman adalah guru yang sangat membantu membentuk
karakter individu kerana fitrah manusia akan melalui pelbagai emosi, ego, ujian serta cabaran
tetapi bezanya kaedah kita melihat dan mengambil perkara tersebut sebagai seorang individu
yang dibentuk oleh pelbagai pengalaman. Kesilapan dan kelemahan tetap akan berlaku dalam
individu dalam merespon emosi dan ego berdasarkan fasa umur/kehidupan yang kita lalui,
akan tetapi ianya adalah satu proses semulajadi yang akan berlangsung sepanjang kehidupan
kita untuk menjadikan kita lebih baik dalam setiap fasa peringkat kehidupan kita.

11
1.2.3 What Affects Behaviour Changes?

Dalam bab ini, kami akan menghuraikan dan menjelaskan bagaimana pendekatan
Behaviorisme yang ditonjolkan oleh responden hasil daripada kajian kami

Behaviour bermaksud 1.“manner of conducting”, kelakuan, tingkah laku 2.


(psayachol) tingkah laku 3.”action, reaction of under given circumstances a. (of chemical
substance, metal, etc) tindakan. b.(of machine etc) perjalanan.

Dari carian ringkas menggunaka pelayar google, behaviour apabila diterjemahkan ke


dalam bahasa melayu bermaksud kelakuan, tingkahlaku, perangai dan tabiat. Jadi apa yang
dimaksudkan dengan what affects behaviour changes ialah apa yang meyebabkan perubahan
sikap.3

Menurut Badriyah Nurhaliza di dalam artikelnya, Sikap Dalam Psikologi, ada 6 faktor
yang membentuk sikap. Proses belajar sikap ini terbentuk dari interaksi sosial.Di dalam
interaksi sosial, individu akan membentuk sikap tertentu terhadap objek psikologisnya.
Antara faktor yang mempengaruhi perubahan sikap ialah:

1. Pengalaman Peribadi
2. Kebudayaan
3. Orang lain yang dianggap penting
4. Media massa
5. Institusi Pendidikan dan Agama
6. Faktor emosi dalam diri4
Jadi berdasarkan faktor-faktor ini, kita boleh melihat secara ringkas bagaimana ianya boleh
memberi kesan dan menyebabkan perubahan sikap atau tingkahlaku dalam kehidupan
seseorang.

a) Guru senior lelaki

Untuk subjek ini, pengalaman peribadi subjek semasa di awal pekerjaannya, beliau
ditempatkan di MRSM Pontian. Disini beliau melihat kesungguhan rakan-rakan sekerja
senior dalam menjalankan tugas memberikan impak positif pada sikapnya. Ini dapat
disimpulkan apabila beliau melihat kerja dalam pasukan yang dilakukan oleh Unit
Pendidikan Islam di MRSM tersebut dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan komited. Ini
menyebabkan subjek mendapat inspirasi untuk bekerja dengan keras dan memberikan yang
terbaik dalam pekerjaannya.
3
http://mykamus.com/free/2010/09/behaviour/
4
https://www.academia.edu/32107805/SIKAP_DALAM_PSIKOLOGI

12
Pengalaman beliau semasa menyambung pelajaran di peringkat Sarjana juga memberi
kesan dalam kehidupan beliau. Subjek menganggap diri beliau adalah seorang yang baik di
dalam akademik, namun di semester pertama Iajzah Sarjana, beliau tidak mendapat
keputusan cemerlang seperti yang diperolehinya pada peringkat-peringkat pendidikan
sebelum ini. Jadi pengalaman ini memberi kesungguhan kepada beliau untuk terus
memajukan diri dengan sentiasa memberi ruang untuk mempelajari perkara baru.

b) Guru Senior Perempuan

Pengalaman kehilangan ayah secara mengejut dalam insiden kemalangan dan diiringi dengan
desas-desus yang kurang elok semasa ayah subjek meninggal memberi kesan yang mendalam
kepada subjek. Kematian ayah subjek menyebabkan beliau menjadi lebih berdikari dan sudah
mula boleh membuat keputusan yang besar dalam hidup tanpa terlalu bergantung kepada
orang lain. Subjek menyifatkan dirinya sebagai seorang yang agak manja sebelum kejadian
tersebut berlaku. Ini dibuktikan dengan kejadian di mana ayahnya tidak mempunyai
keyakinan untuk mengizinkan subjek mendapatkan lesen memandu dan subjek akan dihantar
dan dijemput ke mana sahaja oleh ayahnya.

Subjek juga berkata beliau pernah berada di fasa yang mana beliau mempunyai
mindset bahawa ada sahaja orang lain seperti ayah dan adiknya yang akan sentiasa menolong
untuk melakukan sesuatu untuknya. Rentetan dari tragedi kehilangan ayahnya itu, beliau
mula bangkit untuk mengambil tanggungjawab menguruskan kehidupan dan membuat
keputusan sendiri dan ini menyebabkan subjek menjadi seorang yang cekal dan tabah.

c) Guru Junior Lelaki

Subjek merupakan seorang yang sangat tegas dengan prinsip dan pegangan hidup. Ini kerana
beliau tidak akan mengubah pandangannya semata-mata untuk memenuhi kehendak orang
lain. Namun begitu, apa yang boleh mengubah sikap beliau ialah pasangannya. Subjek
mengatakan hanya isterinya sahaja yang boleh mengubahnya dan dibuktikan apbila beliau
mengaku bahawa perkahwinan banyak mengubah kehidupannya. Jadi dapat dilihat apa yang
mengubah sikap guru junior lelaki ini ialah orang yang dianggap penting dalam hidupnya.

d) Guru Junior Perempuan

“Saya bergaul baik bersama orang sekeliling. Adakalanya mereka menjadi sebab saya
berubah fikiran, adakalanya tidak”.

Dari kenyataan ringkas ini, apa yang dapat saya fahami ialah sikap subjek mungkin
boleh berubah berdasarkan situasi sosial yang dihadapi. Bagaimana pengalaman yang dialami
dalam kehidupan mungkin boleh merubah sikap subjek.

e) Pelajar Lelaki Tingkatan 5

Apa yang mengubah sikap subjek ini ialah pengalaman diri dan juga faktor emosi dalam diri.
Pengalaman melihat bagaimana ayahnya telah ditipu oleh rakan kongsi dalam kerja
menyebabkan kehilangan wang dalam jumlah yang besar menyebabkan subjek lebih berhati-

13
hati dalam memilih kawan. Faktor ini juga memberi kesan kepada emosi beliau kerana beliau
merasa sedih melihat ayahnya berada dalam keadaan tekanan yang tinggi selepas wang
sayaarikatnya dilarikan oleh rakan kongsi. Rentetan peristiwa ini, subjek menempuhi fasa
kehidupan yang sukar dari segi kewangan yang mana dia menyaksikan ayahnya terpaksa
menjual aset yang dimiliki untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Pengalaman dan kesan emosi ini menyebabkan subjek lebih berhati-hati untuk
memilih kawan dan menyebabkan beliau tidak suka untuk berkongsi segala-galanya dengan
rakan-rakan. Mungkin kerana risau pengalaman ayahnya mungkin akan berulang kembali
kepada diri beliau.

f) Pelajar Perempuan Tingkatan 5

Subjek merupakan seorang yang pernah melalui fasa rendah diri. Beliau mempunyai sifat ini
kerana beliau merasakan bahawa wajahnya kurang cantik. Ini menyebabkan confident level
subjek pernah berada di tahap yang rendah. Ditambah pula dengan keadaan di maktab, yang
menurut pengamatannya, sesiapa yang mempunyai kecantikan atau rupa paras yang baik
kebiasaannya akan dipilih oleh rakan-rakan untuk menjadi perwakilan pelajar dan lebih
mudah untuk mencapai kedudukan yang tinggi dalam hirarki sosial maktab walaupun ada
orang lain yang kurang pada paras rupanya, tapi sebenarnya lebih berkelayakan sekiranya
diukur semata-mata atas kemampuan dan kelayakan. Sikap ini sebenarnya telah bermula
semasa subjek masih lagi berada di bangku sekolah rendah.

Jadi, apa yang mengubah sikap subjek menjadi lebih berkeyakinan? Subjek telah
menyertai pertandingan musabaqah hafazan al-Quran ketika berada di tingkatan 2 dan telah
berjaya mendapat tempat ke 3 peringkat negeri pada percubaan pertamanya. Bermula dari
sini, nama subjek mula dikenali ramai kerana kejayaannya itu dan beliau mula mempunyai
keyakinan untuk menyertai program dan mewakili maktab. Ini telah memberikan sikap positif
dalam diri subjek kerana beliau telah berjaya memecah “budaya” (bagi peringkat beliau
sendiri) hanya pelajar yang mempunyai paras rupa yang cantik akan dikenali dan mempunyai
ruang untuk berada dalam hirarki sosial yang tinggi di maktab. Jadi disini apa yang dapat
dilihat mengubah sikap dan menentukan sikap subjek ialah pengalaman diri, kebudayaan &
faktor emosi dalam diri.

e) Pelajar Lelaki Tingkatan 3

Subjek mengakui bahawa beliau pada dulunya seorang yang agak panas baran dan mudah
untuk bergaduh terutama dengan adiknya di rumah. Menurut subjek, beliau kerap bertengkar
dengan adiknya. Namun begitu, setelah meningkat umur, subjek mula melihat pertengkaran
dan sikap panas baran ini tidak memberi manfaat yang positif kepada dirinya. Beliau mula
belajar untuk mengawal sikap panas barannya dan sekarang, sering mengalah sekiranya ada
pertengkaran atau perselisihan faham dengan adiknya.

Di sini dapat difahami, pengalaman diri subjek mengajar beliau supaya lebih bersikap
sabar kerana pada pengalamannya, tiada perkara yang menguntungkan beliau dalam
pertengkaran. Ini juga mungkin berlaku dari pengalaman dirinya yang pernah diejek dan

14
ditampar oleh rakannya hanya kerana ingin bergurau. Ketika peristiwa ini berlaku, subjek
sebenarnya telah diejek untuk suatu tempoh, namun beliau membiarkannya atas faktor tidak
ingin menimbulkan konflik. Namun begitu, apabila ejekan tersebut telah mencapai tahap
fizikal, beliau bertindak kembali secara lisan dan ini menyebabkan hubungan beliau dan
rakan yang mengejeknya itu terjejas dan mereka sudah tidak bertegur sapa. Keadaan ini
menyebabkan gangguan emosi pada subjek.

g) Pelajar Lelaki Tingkatan 1

Pengalaman yang dilalui oleh subjek ini agak berat dan boleh memberi kesan yang mendalam
sekiranya tidak dikawal dengan baik. Subjek melihat ibu dan ayahnya sentiasa bertengkar dan
ianya berkesudahan dengan ibunya akan kerap menangis. Buat masa sekarang, ibu dan
ayahnya sudah tinggal berasingan dan melihatkan ibunya yang sering penat keluar berniaga
pada waktu pagi dan pulang hanya pada waktu malam mencari rezeki memberi kesan emosi
kepada subjek. Apabila teringat kesusahan ibunya berada di rumah menempuhi dugaan ini,
menyebabkan beliau mudah menangis apabila bercakap dengan ibunya melalui telefon.
Menurut subjek, beliau sebenarnya ingin berpindah sekolah dan menghadiri sekolah harian
agar beliau boleh sentiasa bersama dengan ibunya, namun dihalang oleh ibunya kerana
inginkan masa depan yang cerah untuk anaknya dan inginkan persekitaran yang baik untuk
kemajuan akademik anaknya.

Situasi ini menyebabkan subjek ingin belajar bersungguh-sungguh dan mencapai


kejayaan kerana ingin membalas jasa ibunya yang banyak berkorban untuk dirinya. Sikap
subjek yang kerap menangis ketika bercakap dengn ibunya dalam telefon juga sering ditegur
oleh ibunya sehingga tahap ibunya mengugut ingin memutuskan talian telefon jika subjek
terus menangis. Ini menyebabkan subjek lebih cekal dan cuba untuk mengawal emosi agar
tidak berlaku sedemikian. Untuk subjek ini, saya melihat faktor pengalaman diri melihat
konflik antara iba bapanya dan orang yang penting bagi dirinya iaitu ibunya berperanan besar
dalam mengubah sikap beliau.

h) Pelajar Perempuan Tingkatan 1

Menurut Badriyah Nurhaliza, institusi Pendidikan dan keagamaan mempunyai peranan yang
kuat dalam pembentukan sikap kerana institusi ini berpegang teguh kepada nilai moral yang
diperjuangkan. Oleh kerana institusi telah meletakkan garis nilai apa yang baik dan tidak
baik, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, ini akan menyebabkan mereka yang berada
dalam lingkungan institusi ini boleh berubah sikap mereka berdasarkan apa yang
diperjuangkan oleh institusi tersebut.

Dalam kes subjek ini, saya melihat institusi memainkan peranan yang penting dalam
perubahan sikap. Subjek memberitahu beliau berasal dari keluarga yang kurang
menitikberatkan pengamalan agama dalam bab menutup aurat dan solat. Sepanjang hidup
bersama keluarganya, beliau memberi kesimpulan bahawa hanya atuknya sahaja yang solat
dengan lengkap. Ayahnya pula bersolat, namun subjek melihat ada masa ayahnya sedikit leka
dalam menunaikan solat. Subjek juga mengatakan keluarga beliau kurang menitikberatkan
amalan menutup aurat. Subjek mengakui bahawa beliau dahulunya berpakaian ketat, namun

15
apabila memasuki dan mula tinggal di persekitaran MRSM Ulul Albab, institusi telah
mengubah sikapnya untuk cuba menutup aurat dengan sempurna.

Orang yang penting bagi dirinya juga iaitu keluarga dan faktor emosi, memberi kesan
kepada perubahan sikap ini. Ini kerana beliau memasuki MRSM Ulul Albab ini adalah untuk
mengubah dirinya dan keluarganya kearah pengamalan agama yang lebih sempurna. Faktor
kasih sayang terhadap keluarga ini mendorong beliau untuk berubah menjadi orang yang
mahir dalam ilmu agama agar dapat memimpin ahli keluarganya.

16
1.2.4 What Influences Social Development?

Dari perspektif sarjana Barat, Berne (1964) menyatakan tingkah laku, pemikiran dan
perasaan manusia pada asasnya tidak terlepas daripada pengaruh persekitaran, terutama sekali
oleh harapan dan desakan yang dibuat oleh orang yang rapat dengan diri mereka seperti rakan
sebaya, keluarga dan masayaarakat dewasa. Peranan penting persekitaran dalam
pembentukan identiti seseorang individu tidak boleh diabaikan. Peranan ini dimainkan oleh
individu-individu yang signifikan seperti ibu bapa, ahli keluarga, rakan sebaya, guru dan
media massa. Kesemua faktor ini memberikan pengaruh yang kuat dalam pembentukan jati
diri setiap individu masayaarakat.5

Faktor–faktor persekitaran sosial juga melibatkan proses sosialisasi, moral dan


hubungan dengan rakan dan keluarga. Bagi peringkat umur dewasa, faktor ini dipengaruhi
oleh perkahwinan, rumah tangga, kerjaya dan pekerjaan individu. Faktor ini juga bersifat
kualitatif yang bermaksud tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku dan boleh dibandingkan
dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980).

Paul Eggan dan Don Kauchak pula berpendapat perkembangan sosial adalah
perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran,
pengalaman dan kematangan. Perkembangan sosial juga boleh dikaitkan dengan sebab dan
cara individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan
perubahan melalui peredaran masa (Slavin, 1997).

Berdasarkan hasil kajian, kami mendapati bahawa setiap responden mempunyai


pelbagai latar belakang. Disebabkan itu, faktor yang mempengaruhi perkembangan sosial
mereka juga berbeza. Lazimnya, perkembangan sosial dipengaruhi oleh gaya hidup mereka
dalam keluarga masing-masing.

Bagi pelajar, mereka lebih cenderung menjadikan keluarga sebagai pendorong.


Pengalaman responden Tingkatan 1 lelaki, pelajar ini pernah dipulau oleh rakan-rakannya
kerana dituduh mencuri. Kejadian ini memberikan kesan kepada pelajar tersebut yang
menyebabkan pelajar ini lebih banyak menyendiri kerana terkilan dan kecewa dengan sikap
rakan-rakannya. Selain itu, masalah perpecahan dalam keluarga juga turut mengganggu
perkembangan sosial pelajar ini. Perpisahan ibu dan bapa memberikan tekanan kepadanya
dan apabila pelajar ini melihat kesusahan ibunya bekerja demi menampung keperluan
keluarga menyebabkan dia tidak sampai hati untuk mengecewakan ibunya dalam pelajaran.

Bagi responden perempuan pelajar Tingkatan 1 pula, perkembangan sosial dirinya


banyak dipengaruhi oleh rakan-rakannya sepanjang belajar di maktab. Hal ini disebabkan
apabila berada di asrama, dia lebih cenderung untuk bersosial dengan rakan-rakannya
berbanding ibu bapa yang berada di rumah. Rakan-rakan yang banyak membantunya dari
aspek pelajaran dan pengurusan diri di asrama menyebabkan dia berasa seronok berada di
asrama dan dapat menjalani kehidupan dengan baik. Jika dahulu, pelajar ini dipengaruhi oleh
5
Mok Soon Sang (2011): Psikologi Pendidikan, Malaysia m/s 15

17
keluarganya sebagai sumber semangat untuk belajar kerana bersekolah harian dan ibu bapa
sering ada untuk membantunya. Apabila dia masuk ke sekolah berasrama, dia agak terkesan
dan berasa ingin selalu pulang ke rumah, namun kini berbeza kerana dia sudah dapat
menyesuaikan diri ketika berada di asrama.

Seterusnya, perkembangan sosial responden Tingkatan 3 lelaki pula juga disebabkan


oleh rakan. Rakan yang baik akan mendorongnya untuk melakukan kebaikan manakala rakan
yang negatif akan menyebabkan emosinya secara psikologi terganggu. Namun pelajar ini
masih positif dan mampu mengawal keadaan iaitu dia tidak mengendahkan rakan yang
negatif tersebut. Keadaan keluarganya yang masing-masing sibu contohnya ayahnya yang
bekerja di Brunei manakala adik-beradiknya yang lain sibuk dengan belajar, dia terpaksa
berusaha sendiri untuk mencapai cita-citanya. Sikapnya yang peramah menjadi faktor dia
mudah mesra dengan rakan-rakan yang lain dan mudah menerima bantuan jika berada dalam
kesusahan.

Selain itu, bagi responden pelajar Tingkatan 5 perempuan,beliau merasa kurang


berkeyakinan diri dengan merasakan dirinya kurang cantik dan tidak menarik. Namun, atas
dorongan daripada guru sekolah rendahnya, beliau mula membina keyakinan diri untuk
berhadapan dengan masayaarakat. Selain itu, beliau juga menjadikan ibunya sebagai sumber
motivasi untuk berjaya. Di setiap jatuh bangunnya dalam melewati kehidupan, beliau banyak
berkongsi dengan ibunya. Meskipun terdapat pelbagai cabaran dalam hidupnya, beliau
sentiasa positif kerana rakan-rakan sentiasa membantu serta dorongan daripada guru-guru dan
ibu bapa.

Bagi responden pelajar Tingkatan 5 lelaki pula perkembangan sosialnya dipengaruhi


oleh keluarganya dan juga pak ciknya. Persekitaran ulul albab di asrama menyebabkan dia
terdorong untuk meneruskan hafalan dengan berjadual dan meneruskan impian untuk
cemerlang dalam bidang akademik dan al-Quran. Keadaan keluarganya yang kurang ilmu
agama dan kurang mengaplikasikan ilmu agama dalam kehidupan menyebabkan
perhatiannya teralih kepada pak ciknya untuk dijadikan sebagai idola. Pak ciknya telah
membimbing dan mengajaknya untuk murajaah bagi memantapkan hafalan. Namun, dia tidak
pernah mengabaikan keluarganya.

Bagi perspektif guru, terdapat perbezaan pendapat antara guru junior dan guru senior.
Bagi guru junior, faktor komitmen dalam membina keluarga menjadi sebab pendorong bagi
mereka untuk terus komited dalam melaksanakan tugasan dan kerja. Dalam masa yang sama,
tanggungjawab dalam mendidik pelajar dan mencapai KPI dalam kerja juga dititikberatkan.
Bagi guru junior lelaki, beliau menjadikan isterinya sebagai pemangkin semangat untuk terus
berusaha, manakala bagi guru junior perempuan pula, beliau menjadikan keluarganya sebagai
sumber inspirasi. Sokongan rakan-rakan guru menjadikan mereka lebih bersemangat untuk
bekerja dalam persekitaran yang positif dan selesa.

Bagi guru senior pula, persekitaran sosialnya didominasi oleh isterinya sebagai
penyumbang utama dalam keluarga. Isterinya banyak berkorban masa untuk rumah tangga
sementara menunggu mendapat tawaran pekerjaan. Beliau seorang yang sangat bertoleransi
dengan isterinya kerana beliau sangat memahami keadaan isterinya yang penat dalam
18
menguruskan rumah tangga. Namun, apabila isterinya mendapat tawaran pekerjaan, mereka
sama-sama bertolak ansur dalam menguruskan rumah tangga. Persekitaran sosial di tempat
kerja juga sangat positif kerana pengalaman bekerja selama 10 tahun sangat membantu untuk
bekerjasama dengan rakan-rakan sekerja. Bagi guru senior perempuan pula, persekitaran
sosialnya juga dipengaruhi oleh keluarga dan rakan-rakan sekerja. Pengalaman kerja selama
lebih 10 tahun menjadikan beliau lebih matang dalam membuat keputusan dan bertolak ansur
sesama rakan sekerja.

1.3 PENUTUP
Sesungguhnya manusia adalah ciptaan Allah yang sangat unik kerana setiap kejadian
manusia walaupun daripada biologi yang sama,tetapi tetap mempunyai perbezaan fizikal
walaupun hanya bentuk cap jari apatah lagi perbezaan psikologi seperti tingkah laku
seseorang individu. Psikologi perkembangan, sosial,peribadi dan kognitif setiap individu juga
berbeza berdasarkan faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi keadaan individu
tersebut malahan manusia yang wujud di muka bumi ini adalah daripada pelbagai budaya,
warna kulit dan agama.

Dalam kajian ini, kita dapat lihat setiap responden yang ditemubual mempunyai
karakter yang pelbagai samada positif atau negatif. Contohnya psikologi kognitif mereka
yang pelbagai mengikut fasa kematangan mereka yang berbeza seperti cara mereka
berinteraksi, gerak tubuh,melihat sesuatu masalah atau mencari penyelesaian bagi sesuatu
masalah.Dari sudut sosial, ada kalangan mereka yang berminat untuk menjadi
pemimpin,gemar berkawan dan mudah untuk didekati tetapi ada juga yang sebaliknya.
Psikologi peribadi seseorang sangat berkait dengan psikologi perkembangan dan psikologi
sosial kerana psikologi peribadi adalah hasil perkembangan sosial individu adalah hasil
daripada didikan atau input yang diterimanya sejak daripada kecil dan cara yang digunakan
individu tersebut dalam mereka berinteraksi sosial dalam kehidupan seharian mereka.

Dengan kajian yang telah dijalankan, diharapkan dapat membantu kami sebagai guru
untuk lebih memahami tingkah laku individu di sekeliling agar wujud persefahaman
seterusnya memelihara hubungan manusia yang baik dan berkesan. Seterusnya, kajian ini
juga mengajar kami untuk memahami dan meraikan perbezaan individu dari segi mental,
fizikal dan emosi agar pelajar mendapat layanan yang sewajarnya daripada guru.Selain itu,
guru dapat merancang aktiviti yang bersesuaian untuk membentuk tingkah laku dan jati diri
yang baik dalam jiwa pelajar malah dapat mengurangkan kita daripada melakukan kesalahan
dalam mempraktikkan ilmu pendidikan kepada anak didik serta menjadikan kita para guru
seorang yang lebih kritis dan kreatif dalam berhadapan dengan cabaran sebagai seorang
pendidik dan setiasa bergerak dalam landasan yang betul supaya tujuan yang diinginkan
dapat dicapai dengan sebaiknya untuk melahirkan generasi yang unggul dan hebat pada masa
hadapan serta mewujudkan suasana yang harmoni dalam institusi pendidikan tidak kira antara
hubungan guru dengan pelajar ataupun rakan sekerja.

19
1.4 LAMPIRAN

Deklarasi : Penggunaan yang digunakan oleh semua penemubual dalam temubual yang
dijalankan adalah menggunakan bahasa pasar
Disediakan Oleh : Ahmad Nabil bin Ahmad Napis
Wawancara telah dijalankan ke atas Aiman Faez bin Jalludin Pelajar Tingkatan Satu pada
26 September 2019 Jam 7.45 malam

Saya :Assalamualaikum
Responden :Waalaikumsalam
Saya :Boleh cerita sikit pasal latar belakang diri awak?
Responden :Biodata ke?
Saya :Ha ah..lebih kurang macam tu la..
Responden :Saya ada 4 orang adik beradik, saya yang ke 2. Sekarang ni saya tinggal kat
Selangor. Kakak saya tingkatan 4 sekarang. Kat Smk Seri Gombak. Adik 2
org lg masih sekolah rendah…ermm (mencari idea)
Saya :Rumah kamu kat mana?
Responden :Gombak,
Saya :oooo, Mak dan ayah kerja apa?
Responden :Ayah pemandu teksi, mak saya berniaga,
Saya :Mak kamu berniaga apa?
Responden :Berniaga makanan, mcm kat pasar malam tu. Tapi waktu pagi pun dia
berniaga gak, kadang-kadang waktu cuti saya tolong mak saya berniaga sekali
Saya :Ramai orang datang kedai?
Responden :Ramai jugak, tp x tentu, kadang-kadang ramai. Selalu ramai waktu malam,
sebab bukak gerai kat pasar malam.
Saya :Ooo, ok baik. Erm, apa pandangan kamu terhadap diri kamu.?maksudnya
kamu ni seorang yang tabah ke, seorang yang berani ke. Cuba ceritakan sikit
Responden :Saya biasa-biasa je ustaz, mcm orang lain jugak, suka berkawan dengan
orang, ada waktu duduk sama-sama dengan kawan, berborak, makan sama kat
DS. Waktu belajar saya belajar, waktu main saya main, lebih kurang mcm tu
la..(dalam keadaan sengih)

20
Saya :Ok, ada tak perkara yang berlaku dalam hidup, yang memberikan kesan
terhadap awak? Tak kisahlah, yang positif ke, yang negatif ke. Asalkan benda
tu memberi kesan dalam hidup awak.
Responden :Pernah dulu dekat kampung, saya kena pulau oleh kawan-kawan, salah saya,
sbb diorang tuduh saya ambik duit kawan, padahal bukan saya ambik.
Memang duit tu saya jumpa dekat kelas, saya tanya duit tu sapa punya, waktu
tu xda yang mengaku, jadi saya ambik duit tu letak dekat bawah meja saya.
Bila ada yang tanya, siapa ada jumpa duit, orang cakap saya ada jumpa, saya
bagitaw saya dah letak bawah meja. Diorang tak percaya dan trus anggap saya
yang ambik. Waktu tu, saya tak berani nak cakap, sebab diorang pun dah
marahkan saya, mula dari haritu, diorang xda dah ajak saya main, balik
sekolah sama.
Saya :Sekarang ni ada jumpa dengan diorg tak?
Responden :Sekarang x tau macam mana, saya pun x jumpa diorang lagi. Kalau boleh
taknak la jumpa diorg, sebab sayae agak terkilan la dengan apa yang diorg
buat dkt saya dlu (nada agak kecewa)
Saya :Ok, selain dari cerita yang kamu bgtahu tadi, ada lagi x kisah yang kamu lalui
yang kamu rasa berat sangat. Maksudnya ujian yang berat dalam hidup yang
pernah kamu lalui. Ada tak?
Responden :Ermmm..(air muka berubah menjadi sedih), Setakat ni, paling besar bagi saya
bila mak dan ayah saya selalu bergaduh dekat rumah, jadi saya agak tertekan,
dan saya jadi takut tengok keadaan tu. Saya tak tau mcm mana nak berhadapan
dengan semua ni. Kadang saya jadi malas nak fikir, tapi kadang-kadang saya
kesian jgak dengan mak saya, kadang-kadang mak saya nangis sorang. Tapi
sekarang ni x da dah, sebab mak dan ayah saya pun dah x duduk sama lg,
tinggal asing-asing, tapi saya kesian dekat mak, mak susah kat rumah, pagi-
pagi dia bawak barang, bukak kedai, lepas tu malam baru balik, mak penat.
Saya dekat sini, nak call mak, tapi mak tak bagi, sbb kalau call asayaik nangis
je, mak suruh focus dengan belajar. Hari minggu baru boleh call mak.
Kadang-kadang saya terfikir macam nak pindah sekolah, nak duduk dekat
dengan mak, tapi mak tak bagi, mak suruh duduk sini sampai tingkatan 5.
(nada sedih dan sebak)
Saya :ooo, mak ayah kamu x serumah la sekarang? Ayah duduk mana sekarang?
Responden :Ayah duduk kat perak.
Saya :Selalu jumpa ayah tak?
Responden :Jarang, kalau cuti Panjang baru mak suruh duduk dengan ayah. Tu pun tak
lama
Saya :Oooo, ok2, erm..kehidupan kamu dekat asrama macam mana?boleh tak kamu
ceritakan rutin kamu dari pagi.
Responden :Waktu pagi, saya set alarm jam 4.30. tapi bangun jam 4.45, siap2 mandi jam
5 lebih mcm tu saya dah ke surau untuk tahdir. Kadang2 terlajak habis Jemaah
subuh di surau saya baru smpai. Kalau kat rumah selalu jugak bangun lewat,tp

21
masih dalam waktu subuh ust. Biasa mak yang kejutkan. Waktu petang, saya
Jarang gak turun sukan, tapi pernah la, kalau turun sukan, saya main bola
keranjang dengan kawan. Kalau x pun, saya main bola, tapi x brapa pandai
main la. Main-main macam tu je.
Saya :Waktu makan, kamu turun tak?ke pergi kantin?
Responden :Waktu makan saya makan kat DS (Dewan Selera) je.
Saya :Sekarang ni, bagaimana dengan pelajaran kamu?
Responden :Saya nak belajar sungguh-sungguh, nak balas jasa mak dan tolong mak. Kat
sekolah, setakat ni okey ustaz, cuma subjek hafazan saya lemah sikit.
Ketinggalan skit dengan kawan-kawan tasmik yang lain. Tapi saya cuba jugak
la setakat mana yang saya boleh ustaz. Selalu jugak saya tanya senior dan guru
tasmik, cara menghafal, tp saya ikut masih tak dapat lagi rentak menghafal tu.

Saya :Baik, last soalan. Apa yang memotivasikan kamu sampai kamu semangat lagi
belajar, walaupun banyak ujian yang kamu dah lalui..apa yang menjadi
pendorong kpd kamu?

Responden :Mak saya yang selalu bagi semangat dkt saya. Tapi tu lah, saya boleh call hari
minggu ja. Setiap kali saya dengar suara mak, mcm-mcm saya rasa. Kadang
rasa sedih, gembira, tapi lebih banyak sedih la. Tapi mak selalu bagi semangat,
mak cakap suruh abang belajar sungguh2, boleh bantu mak nanti, mak suruh
hafal quran jugak, jaga solat. Setiap kali call mak akan cakap mcm tu. Bila
mak cakap mcm tu saya selalu nangis, lpas tu mak cakap, kalau nangis mak
letak phone. Sbb tu saya cuba tahan nangis kalau call mak.

Saya :Ooo, ok, awak kene kuat tau. Besar harapan mak awak terhadap awak, ust
doakan Allah bagi kekuatan dekat kamu. Mudah2an kamu besar nanti jadi
seorang insan yang hebat. Bila dah besar nanti jaga mak elok2 ye.

Responden :Ok baik, terima kasih ustaz.

22
Disediakan Oleh : Nur Aisyah @ Nik Rahmah bt Ismail
Wawancara telah dijalankan ke atas Aelize Alfina Hyder Sharidan Pelajar Tingkatan Satu
pada 23 September 2019 Jam 8.20 malam

Saya :Assalamualaikum Aeleze..sihat tak hari?


Responden :Waalaikumsalam ustazah, Alhamdulillah saya sihat
Saya :Ok Aeleze, macam yang ustazah bagitahu awak pagi tadi, malam ni
insayaaallah ustazah nak minta bantuan awak untuk menyiapkan tugasan
ustazah. Jadi sebelum kita terus ke sharing session kita,ustazah nak awak
relaks relaks je,not to be too serious ( sambil senyum ). Jadi nanti awak boleh
nak share apa je yang awak nak share, awak boleh percayakan ustazah dan
jangan risau, apa pun awak yang awak share nanti bukanlah suatu benda untuk
ustazah hakimi awak atau siapa awak sebab ustazah takde hak dan kalau lah
tiba-tiba awak rasa tak selesa nak share dengan ustazah, awak boleh je
bagitahu ustazah, boleh?
Responden :(senyum) boleh ustazah.
Saya :Ok Aeleze, cuba awak tutup mata dan bayangkan awak sedang melihat diri
awak..
Responden :(sambil tutup mata)
Saya :Ok buka mata, awak nampak tak diri awak?
Responden :Nampak ustazah
Saya :Ok, dari yang nampak diri awak tadi, boleh ustazah tahu apa yang awak
nampak pada diri awak? Atau siapa Aeleze sebenarnya yang Aeleze
gambarkan?Pandangan Aeleze pada diri Aeleze? Aeleze rasa siapa diri
Aeleze?
Responden :(Sambil senyum tersipu)mmm….macam mana ek…mmm..saya biasa
je..banyak yang kurang.Saya macam tak pandai sangat, saya akademik teruk
sikit, lepas tu hafazan plak tak laju, lepas tu saya tak jaga aurat sangat..saya
tak peramah sangat sebab kalau peramah sangat orang tak selesa lah, kalau
nak buat baik sangat pun macam kadang-kadang orang tak suka lah, bila kita
tak marah, orang ingat kita marah la.
Saya :Mmm.. jadi bila Aeleze rasa Aeleze macam tu, tapi itu Aeleze yang rasa kan,
jadi apa yang Aeleze rasa nak, tapi Aeleze tak dapat benda tu.
Responden :Saya nak hafazan laju,lepas tu mashi. Lepas tu saya nak akademik nak bagus,
lepas tu saya nak jadi anak yang solehah, kawan yang baik.
Saya :Macam mana Aeleze boleh kata Aeleze tak pandai, sedangkan exam baru
sekali kan?

23
Responden :Exam saya teruk..banyak D, B satu je setakat ni.A takde
Saya :Oh, ok.Aeleze boleh cuba lagi untuk exam lain nanti ( sambil senyum).Jadi
Aeleze rasa macam mana hari?Happy ke? Penat ke? Bersemangat ke?
Responden :Saya ok je..kalau penat tu biasa la
Saya :So rutin harian Aeleze kat asrama macam mana?
Responden :Pagi kadang-kadang saya turun lambat sikit. 5 lebih la.Lepas tu saya turun
surau. Kalau takde modal, saya akan cari modal. Kalau dah ada modal saya
akan lancarkan.Lepas tu saya tidur sekejap. Lepas tu kadang pergi DS, kadang
pergi kafe.lepas tu belajar macam biasa.Tasmik selalu tak cukup, lepas tu akan
rasa menyesal la tak tasmik. Petang balik mandi solat, kalau ada masa sikit,
saya akan tidur.
Saya :Aeleze tak turun main ke?
Responden :Tak
Saya :Maksudnya Aeleze kurang suka pergi padang la ea?
Responden :Tak,saya tak suka.
Saya :Ok Aeleze, dalam hidup awak dah hampir 13 tahun kan,dah masuk 13 ke
belum?
Responden :Belum lagi, 16/10 baru 13 tahun
Saya :Oh, sama birthday dengan suami ustazah ( sambil ketawa). Ok Aeleze, jadi
selama hamper 13 tahun ni, ada tak pengalaman yang paling Aeleze ingat, tak
kisah la pengalaman tu best ke, tak best ke, tapi yang paling Aeleze ingat.
Responden :Dapat UPKK straight A, SPRA 5A 3B, lepas tu dapat hafal 1 juzuk. Cuma
family dah berpecah belah.dah jauh
Saya :Berpecah belah macam mana tu maksud Aeleze?
Responden :Dalam family besar saya macam ada yang dah tak kenal, yang dah tak
mengaku family pun ada jugak ( family besar). Dulu family saya rapat sangat
sampai kalau dari KL tu, kalau ada birthday party. Sebab rumah saya
selalunya memang tempat berkumpul.pastu sekarang macam dah takde yang
datang. Macam kalau ada yang meninggal pun, macam nyang meninggal, ada
je yang tak datang. Kalau dulu kan, dari jauh pun sanggup datang.
Saya :Kalau Aeleze tak kisah nak share, boleh ustazah tahu kenapa?
Responden :Dulu atok saya banyak duit, pemurah sangat. Even orang mengata dia pun dia
bagi je duit.
Saya :Oh, ni maksudnya family jauh la ea. Kalau family Aeleze yang dekat pulak
macam mana? Mak, ayah, adik semua ok la ea?
Responden :Kami semua ok

24
Saya :Ok Aeleze, tadi Aeleze bagitahu Aeleze ada kenangan dapat straight UPKK,
dapat 5A dalam SPRA, jadi Aeleze rasa semua tu memberi kesan tak dalam
hidup Aeleze?Atau merubah cara Aeleze melihat sesuatu, macam cara Aeleze
melihat family Aeleze ke? Ada tak benda tu macam mengganggu ke?
Responden :Ada. Sebab saya rasa macam saya bagus dalam agama walaupun saya ni biasa
je sebenarnya. Kalau family pulak, macam tak best. Saya sedih la sebab nyang
meninggal pun tak datang ( sebak ). Saya terkesan dengan benda tu, saya rasa
sedih. Kalau macam family saya pulak macam mengganggu jugak la. Saya
sekolah agama dari darjah 1, tapi darjah 1 sampai darjah 6 tapi takde lah alim
sangat, masuk sini macam dah faham sikit la, tapi bila nak tegur family tu
macam tak leh tegur sebab dia ( parents) kan lagi tua.Takut tegur kang terasa,
kata saya kurang ajar la.
Saya :Ok Aeleze, ustazah faham apa yang Aeleze nak sampaikan, tapi mungkin
Aeleze ada masalah yang terbesar lagi sekarang, atau memang Aeleze rasa
terbeban waktu ni?
Responden :Family saya takde la bagus sangat bab aurat. Ayah pun kadang-kadang tak
solat ( bergenang air mata sambil tergagap), hanya atok je yang full solat, yang
lain dengan baju ketat. Dulu pun saya macam tu jugak, tapi lepas dah masuk
sini, slow2 saya cuba berubah. Nak tegur family pasal aurat sebab family saya
sorang je tutup aurat, saya pun takde la bagus sangat. Mama pun kadang-
kadang pakai jeans ketat, kalau keluar kedai dekat pun, pakai lengan pendek je
. Kalau nenek ok la, makcik-makcik plak pakai tudung pun atas dada.
Saya :Ayah Aeleze macam mana?
Responden :Ayah ok je, Cuma kadang tak solat. Saya pernah tegur, masa tu dengar pasal
solat, pahtu saya call ayah saya, saya tanya ayah saya dah solat ke belum.
Pahtu dia cakap la maghrib dah, Isayaak belum. Pahtu saya ingatkan lah nanti
solat.
Saya :Aeleze rapat dengan mak dan ayah?
Responden :Saya rapat dengan mereka
Saya :Siapa yang nak Aeleze masuk sini sebenarnya?
Responden :Diri saya sendiri sebenarnya nak masuk sekolah agama, sebab saya minat nak
tahu pasal agama. Dah tau diri tak perfect sangat. Atuk dan nenek memang
selalu suruh saya masuk sekolah agama.Bila dah masuk sini atok ( lelaki) dia
lah yang support saya. Kalau balik rumah, saya tak murajaah dengan mak ayah
( sebab kurang mahir mengaji ), saya murajaah dengan atok sebab saya
memang satu rumah dengan atok.
Saya :Awak tinggal serumah dengan atok ke?
Responden :Aah. Dalam satu rumah saya duduk dengan atok, parents dan adik beradik
saya, dan dengan pakcik, isteri dan anak dia

25
Saya :Jadi ramai lah dalam 1 rumah la ye. Aeleze rasa bila masuk sini sedikit
sebanyak boleh tolong atau bantu Aeleze nak tegur mak ayah Aeleze ke
Responden :Susah , takut sebab saya kecik lagi
Saya :Ustazah faham, Aeleze anak yang baik, kalau boleh tak nak kecikkan hati
mak ayah Aeleze kan dan sebabkan mereka menjauh dengan Aeleze la kan.
Jadi mungkin Aeleze boleh tolong dengan pelajaran. Jadi apa Aeleze nak
dalam pelajaran Aeleze?
Responden :Saya nak pandai,kalau tak dapat A pun, Saya faham dengan apa yang guru
ajar. Saya nak dapat tasmik dengan baik dan khatam, nak ingat.
Saya :Jadi awak rasa apa yang awak nak tu, awak boleh capai tak?
Responden :kalau saya usaha insayaaallah saya boleh capai. Saya nak hafaz sampai
khatam sebab nak masuk sayaurga
Saya :Ok, jadi siapa atau apa motivasi untuk awak berada di sini, dan yang
membuat awak rasa termotivasi setiap hari?
Responden :Bila saya tengok family saya macam ni, jadi saya sendiri rasa tak belajar
sungguh-sungguh, nak belajar ilmu agama supaya saya boleh tegur mereka,
saya nak bawa family ke arah kebaikan,tak nak mereka terpesong,mereka lah
buat sangat saya nak masuk sekolah agama, untuk ajak diorang ke arah
kebaikan. Atok saya yang jadi idola saya, sebab atok saya baik, ajar saya
bahasa arab, atok dulu kerja bagus, belajar jauh. Saya nak berjaya dunia
akhirat
Saya :Ok mungkin sebelum kita habiskan conversation ni, ada apa-apa yang awak
nak share dengan ustazah ke?
Responden :Ustazah, kalau saya tak murajaah dengan parents saya, boleh tak saya nak
murajaah dengan atok saya?
Saya :Ya allah, boleh sangat Aeleze, awak kena berterus terang dengan guru awak.

26
Disediakan Oleh : Ahmad Nabil bin Ahmad Napis

Wawancara telah dijalankan ke atas Ahmad Atiq bin Ahmad Yunus Pelajar Tingkatan
Tiga pada 26 September 2019 Jam 7.35 malam

Saya :Assalamualaikum

Responden :Waalaikumussalam.

Saya :Mengapa memilih MRSM Gemencheh sebagai tempat belajar?

Responden :Mula-mula, masuk sini (Mrsm Gemencheh sebab parent saya yang suruh, tapi
bila dah lama dekat sini, hilang rasa terpaksa, rasa seronok pulak..hehe,
(sambil tersenyum)

Saya :Oooo, apa yang menyebabkan kamu rasa seronok duduk sini? (Mrsm
Gemencheh)

Responden :Sebab dekat sini, dah ada ramai kawan, dulu tu sebab tak ramai kawan, jd
rasa sunyi sikit. Sekarang ok dah la, ada member-member, baik-baik semua
insayaa Allah

Saya :Ooo, sebab sunyi la ni, ok baik. Macam mana kamu tengok diri kamu sendiri?
Apa yang kamu nampak ada pada diri kamu? cuba cerita sikit

Responden :Maksudnya perangai ke?

Saya :Lebih kurang la. Potensi diri kamu ke. Cuba cerita sikit.

Responden :Ermm, cmna nak cakap ye..hehe (tersengih), saya ni jenis yang suka buat
kerja sendiri, maksudnya, kalau saya buat sesuatu tu, saya tak suka diganggu,
sebab saya rasa lagi senang buat sorang-sorang. Tapi ada waktu kalau saya tak
boleh buat sorang-sorang, saya mintak tolong jugak dengan kawan. Contohnya
macam nak settle kerja sekolah. Kalau kerja sekolah susah, saya akan jumpa
kawan mintak ajar.

Saya :Ada lagi?

Responden :Haaa, saya ni kadang-kadang panas baran jugak, dulu, kalau balik rumah,
kerap jugak gaduh dengan adik. Tapi sekarang ni saya rasa ok sikit dah, sebab
saya fikir kalau bergaduh ni xdapat apa pun. Hati pun tak tenang, jadi saya
banyak mengalah la sekarang.

27
Saya :Ooo, ok baik. Ermm,, kamu ada pengalaman tak dekat sekolah ni atau dekat
luar sekolah, dekat rumah ke, pengalaman yang memberi kesan kepada diri
awak.

Responden :Erm, pengalaman baik ke buruk?

Saya :Terpulang, dua-dua boleh, asalkan pengalaman awak tu, ada memberi kesan
positif/negatif pada diri awak.

Responden :Ada satu cerita, berlaku dekat sekolah la, kawan satu batch, ada satu hari tu,
dia ejek saya, lepas tu saya tak peduli, saya biarkan jela, tapi sampai satu
masa, saya dah tak boleh tahan dah, sebab dia agak lebih wkt tu sampai dia
tampar muka saya tanpa sebab, saya tau dia niat nak gurau, tapi tak kan la
gurau kasar sangat, saya tengking dan maki dia waktu tu. Lepas kejadian tu,
saya saya dan dia dah tak bertegur dah smpai sekarang. Kadang-kadang
bermasam muka ada jugak, jadi, agak ganggu saya la. Saya rasa bersalah ada
jugak, saya cuba nak berbaik, tapi, dia macam nak mengelak. Jadi saya biar la,
walaupun saya x seronok keadaan mcm ni, tp nak buat macam mana, dia pun
cuba mengelak.

Saya :Oooo, jadi sampai sekarang ke kamu tak bertegur dengan dia?

Responden :Lebih kurang la, bukan saya tak mau tegur, saya nak tegur, tapi dia mcm nak
mengelak dari saya..(nada sedikit kecewa)

Saya :Ok, kalau masalah plak, awak rasa, apa masalah yang paling besar awak
alami sekarang?

Responden :Masalah besar?ermm, ada..hehe, kat sekolah ni la. Masalah dalam


tasmik..hehe,

Saya :Kenapa plak tasmik?cuba cerita sikit.

Responden :Hari-hari kena tasmik, kalau tak tasmik kena marah kena rotan. Tapi tak apa,
mula-mula dlu agak tertekan, tapi sekarang ni, tertekan jugak, tapi nak buat
macam mana kan, dah masuk mrsm gemencheh, nak tak nak, kena jugak
tasmik, kena kuatkan jiwa, kena pandai bahagikan masa, gunakan masa
sepenuhnya, insayaa Allah dapat tasmik hari-hari. Tapi tu lah, kadang-kadang
terleka jugak.

Saya :Awak dekat asrama petang-petang selalu buat apa?

Responden :Saya kalau petang selalu bersukan. Kira aktif gak la. Hari-hari saya turun
padang, bersukan, selalunya saya main futsal, kalau futsal tak ada, saya pergi
padang bola tampar, join kawan-kawan sukan dekat sana, kalau hujan,
kadang2 main sukan indoor, macam ping pong. Kiranya, saya tak boleh sehari
x bersukan. Kalau tak berpeloh, badan jd x sedap.

28
Saya :Ooo, kamu ni atlit sekolah kan.

Responden :Lebih kurang la (sambil tersengih)

Saya :Lepas tu,makanan kamu plak?selalu makan apa?

Responden :Makan pun, saya selalu makan kat DS je, tp kalau malam-malam, ada jugak
singgah café, beli burger. Maggie, kalau kat sekolah tak makan, kat rumah tu
ada jugak la kadang-kadang. Tapi saya kawal gak la kalau Maggie ni, sbb x
elok jugak sebenarnya.

Saya :Erm, pelajaran awak setakat ni macam mana?ok?

Responden :Pelajaran setakat ni alhamdulillah, semua masih ok lagi (score A), tapi ada 2
subjek yang saya kurang sikit (Score B), subjek Bahasa arab dan sejarah,
susah sikit bagi saya untuk subjek ni, tapi saya yakin la ustaz, kalau belajar
betul-betul boleh dapat score.

Saya :Apa kepuasan awak dalam belajar?boleh cerita sikit?

Responden :Saya seronok belajar bila saya boleh faham dalam kelas, boleh ajar kawan.
Kalau kelas tasmik tu, dulu susah saya menghafal tapi sekarang, saya rasa
mudah sikit la sebab dah jumpa cara mengahafal dengan betul.

Saya :Ok, ermm, dalam hidup awak, apa yang membuat awak bersemangat?
maksudnya ada tak sapa-sapa yang awak jadikan sebagai motivasi dalam
hidup?

Responden :Keluarga saya, terutamanya ibu saya, sebab saya rapat dengan ibu saya
berbanding ayah saya. Ayah saya duduk dekat brunei, dan jarang balik sebab
kekangan kerja. Saya kalau boleh saya nak duduk rapat dengan ibu saya, sebab
ibu duduk sorang kat rumah. Abang saya belajar, jarang jugak balik rumah.
Tapi tak bolehlah, sebab duduk dekat asrama. Hampir setiap hari jugak saya
call mak saya, tanya khabar mak kar rumah, kadang-kadang kalau ada masalah
saya kongsi dengan mak saya, mak selalu jugak bagi nasihat dan teguran. So,
kat situ dia buat saya lagi semangat nak belajar dan nak khatam al quran ni.

Saya :Ooo, macam tu, jadi mak awak kira orang paling banyak memotivasikan
kamu sekarang ni?

Responden :Ya betul,

Saya :Ok baik. Itu sahaja yang cikgu nak tanya, terima kasih banyak2 sebab
meluangkan sedikit masa untuk di temu-ramah(sambal tersenyum)

Responden :Sama-sama 😊

29
Disediakan Oleh : Nur Aisyah @ Nik Rahmah bt Ismail
Wawancara telah dijalankan ke atas Adam Firdaus bin Ariffin Pelajar Tingkatan Lima pada
22 September 2019 Jam 8.50 malam

Saya :Assalamualaikum Adam…sihat?


Responden :Alhamdulilah..saya sihat ustazah ( sambil tersenyum )
Saya :Ok Adam, macam yang ustazah ada beritahu awak sebelum ni tentang
perjumpaan kita malam ni..macam mana.. awak sudi untuk sembang-
sembang dengan ustazah ( sambil senyum)..Adam jangan risau, kita santai-
santai je, jangan risau, awak boleh share kana apa yang awak nak share untuk
apa yang ustazah akan Tanya dan jika awak rasa tak selesa ke, awak just
bagitahu saja ustazah ok ( sambil senyum)
Responden :Baik ustazah
Saya :Boleh kita mulakan?
Responden :Boleh ustazah
Saya :Ok Adam, kalaulah ustazah andaikan Adam tengah berdiri di hadapan
cermin yang penuh, Adam mesti akan tengok cermin tiap hari kan.Adam
akan nampak seluruh susuk tubuh Adam kan, jadi bila Adam tengok diri
Adam dalam cermin tersebut, apa yang boleh digambarkan tentang Adam,
atau mungkin pada mata Adam, siapa Adam ni?
Responden :Mmm..Macam saya selalunya bila saya tengok cermin,saya akan cakap
muka ni nanti, saya nak orang ramai kenal muka ni
Saya :Ok,Adam nak orang ramai kenal,..mm..Kenapa?
Responden :Sebab kalau saya, saya suka contohnya dalam team kea pa, saya nak
orang..saya adalah dia punya main atau penggerak role modelnya. Dalam
keluarga macam adik beradik saya ada 9 orang, saya nak perform lebih dari
diorang. Lagi satu saya ni tak pernah lah orang kecam ke apa ke, maksudnya
saya mudah la nak go on dengan orang
Saya :Ok, maknanya Adam ni senang untuk didekati la ye ( sambil senyum) dan
Adam nak dikenali kan..Oh ye, Adam anak yang ke berapa?

30
Responden :Ayah saya kahwin 3, mak saya isteri yang ke-2.kalau campur campur tu saya
anak yang ke 4.
Saya :Oh,anak yang teratas jugak la kan..tapi kalau dalam adik beradik 1 ibu
sahaja, awak anak yang ke berapa
Responden :Kalau ibu saya sahaja saya 2 beradik, saya anak first.
Saya :Kalau awak tak kisah untuk ustazah tanya, macam mana hubungan awak
dengan semua adik beradik keluarga besar awak?
Responden :Alhamdulilah, hubungan kami semua memang baik
Saya :Mak awak bekerja?Ayah awak?
Responden :Mak saya tak bekerja, suri rumah. Ayah saya kerja QS, Quantiti Supplier.
Saya :Ok… Jadi dari apa yang Adam share dengan ustazah, mungkin Adam ada
target atau impian nak jadi apa satu hari nanti
Responden :Macam saya, saya nak jadi pilot, tapo dalam masa yang sama, saya nak buka
sayaarikat ke, ada company sendiri ke macam pakcik saya lah role model
saya. Pakcik saya ni starting mula mula susah tapi dia mula ambik pengaruh
dia, dia bagi orang kenal dia, dia start dengan ajar orang mengaji dulu, so
ramai orang kenal,so lama lama dia buka tadika Islam, makin lama makin
maju.
Saya :Boleh ustazah tau tadika apa dan di mana?
Responden :Tadika Raudhatul Islam kat BTHO Cheras.
Saya :Dia pak sedara awak ke?
Responden :Dia pak sedara yang jauh sebenarnya, macam bau-bau bacang je
Saya :Oh ok..Adam, dalam perjalanan hidup Adam yang dah 17 Tahun ni,
mungkin ada kenangan kea tau apa-apa moment yang paling Adam ingat,
ustazah tak kisah moment tu happy ke sedih ke, positif ke atau negatif ke tapi
yang paling Adam ingat, yang mungkin kat mana Adam pergi pun Adam
akan bawa benda tu
Responden :Ada…Apa yang saya ingat pasal nak pilih kawan la..saya ada
cerita..mmm..saya cerita la ( sambil senyum ). Macam ayah saya, waktu saya
darjah 6, dia waktu tu tiba-tiba kena heart attack kat tempat kerja, dia koma.
Masa tu ayah saya ada buka sayaarikat QS ni dengan sorang partner, lepas tu
kawan ayah saya ni tahu ayah saya sakit, tak sedar diri,pahtu dia bawak lari
duit sayaarikat. Bila ayah saya sedar, ayah saya baru tahu yang dia bawak lari
duit sayaarikat dan tak dapat contact kawannya tu. Macam sebelum-sebelum
ni banyak je ayah saya kena tipu tapi masa tu memang susah sikit.Nasib baik
mak saya yang 1st tu dia kerja ok jugak, dia kerja di PMB bahagian
hartanah.Dia yang banyak support keluarga. Waktu tu ayah saya start balik
daripada bawah.Ayah saya memang percaya sangat kawan dia tu sampai
semua rahsia semua ayah saya bagitahu kat dia. Waktu ayah saya jatuh tu

31
semua pekerja ayah saya lari, memang waktu tu takde duit langsung, ada
cukup-cukup je. Sampai sekarang ayah saya tak dapat kesan kawan dia tu
Saya :Oh macam tu…jadi awak rasa pengalaman tu beri kesan pada awak ye?
Responden :Ye, sangat beri kesan pada saya sebab saya nampak apa berlaku pada ayah
saya waktu dia down sangat akibat yang kawan dia buat. Sebab tu dengan
kawan-kawan saya, saya tak share sangat dari A sampai Z.Macam ada
setengah kawan-kawan saya, dorang cerita A sampai Z kat kawan-
kawan.Kawan-kawan saya ada je share dengan saya benda-benda teruk yang
pernah diorang buat. Tapi kalau saya, saya takkan cerita.
Saya :Maksudnya kawan-kawan ada percaya pada Adam la kan..kalau tak,
mustahil mereka boleh share macam tu pada Adam la kan. Jadi apa yang
Adam lihat yang berlaku pada ayah Adam tu memberi kesan kepada cara
Adam melihat orang lain, melihat sekeliling Adam?
Responden :Yang saya Nampak, benda macam ni bagi effect pada keluarga, personal
sendiri.Contohnya waktu tu kewangan berterabur sikit la, waktu tu ada 1
kereta kena jual, terpaksa jual, kereta Mercedes putih, lepas tu pakai kereta
biasa je.Apa yang saya tengok memang sangat effect keluarga. Saya nampak
kemurungan ayah saya tu.Sampai sekarang ayah saya 2 tahun sekali kena
bedah sebab masalah injap dia sebab heart attack tu.Kalau tengok dada dia
pun memang ada kesan belah sebab dia kena tukar injap dia.
Saya :Ooooo..ustazah faham, sabar ye Adam…mmm..Adam, sori untuk ustazah
tanya, tapi at this moment, apa biggest problem mungkin yang awak tengah
hadapi, tengah facing?Mungkin kalau awak tak keberatan untuk share dengan
ustazah.
Responden :Biggest problem?..mmm…sekarang ni masalahnya.. ustazah nak berkaitan
dengan apa?
Saya :Ustazah tak kisah..apa-apa je yang Adam sudi nak share dengan ustazah
yang mungkin bila Adam duduk, Adam duduk, Adam akan terfikirkan benda
tu sebab kita ni manusia, kadang-kadang kita tengok orang happy je kat luar,
tapi hakikatnya mungkin ada sesuatu yang orang tu tengah tanggung.
Responden :Tu r.. macam saya, saya hafal Quran kan tapi macam saya punya keluarga,
Islamnya macam tak kuat sangat, macam mak saya dulu awal-awal kahwin
dengan ayah saya, dia tak pakai tudung pun, dia start pakai tudung pun dalam
saya darjah 4, darjah 5 macam tu la, tak baru sangat. Cuma macam saya hafal
Quran sendiri tapi macam mak saya suka dengar ceramah tapi saya tak
pernah tengok dia baca Quran, saya nak ajar dia tapi dia macam tak nak jer.
Saya nak ajar tapi dia cakap mama baca Quran tapi saya tak pernah nampak.
Kalau kat rumah tu, macam subuh, kalau saya tak bangun, tak bangun la
semua (sambil ketawa). Subuh tu memang biasa terlepas, biasa memang saya
akan suruh dorang qada’.Paling ketara contoh time puasa,time terawih biasa
saya jadi imam kat surau, memang Jemaah akan tanya mana mak saya. Mak

32
saya memang tak pernah datang. Saya tanya mak saya, dia terawih tak, dia
cakap dia buat tapi saya tak pernah nampak dia.
Saya :Mak awak tahu tak awak mashi Quran?.. adik Adam macam mana pulak?
Responden :Mak saya tak tahu pun saya mashi Quran tapi dia tahulah saya masuk
pertandingan ( sambil sengih) .Adik saya pulak dia macam sekolah harian
biasa, kalau solat Subuh tu memang macam tinggal lah, cincai…keluarga
saya agama cincai sikit. Macam ayah saya pun sama. Saya kalau kat rumah,
saya boleh kira berapa kali saya solat Jemaah kat rumah dengan mak ayah
saya. Saya selalu pergi masjid je.Saya yang jadi imam kat masjid.Kalau saya
gi masjid, saya pergi sorang sorang. Kadang ayah saya ada kat rumah kan,
adik saya pun tak ikut. Kalau saya pergi masjid memang orang akan tanya
mak saya, saya cakap la mak tak sihat ke
Responden :Mmm.. mungkin ustazah boleh katakana itu cabaran untuk Adam kalau
Adam tak kisah untuk bagitahu ustazah, kalau macam tu, macam mana Adam
boleh masuk sekolah ni
Saya :Pakcik saya tu la
Responden :Oh pakcik awak yang masukkan awak ke sini? Pakcik tu belah mak awak
atau ayah awak?
Saya :Dia bukan adik beradik mak atau ayah, dia sedara je, sedara jauh. Pakcik
saya tu yang uruskan saya dari Form 1 sampai Form 5. Dia macam ayah
angkat saya .Darjah 1 hingga 5 saya tak pernah sekolah agama langsung, so
darjah 6 ni pakcik saya paksa mak ayah saya untuk hantar saya masuk
sekolah agama.Mak ayah saya tak nak. So dia cakap biar dia uruskan. Waktu
darjah 6 ni saya struggle. Masa ni pakcik saya nampak potensi saya. Waktu
tu saya memang bersaing, saya takde dalam calon mumtaz time tu sebab saya
masuk lambat, banyak nak catch up balik. Tapi bila dapat keputusan, saya
punya result dapat 97.4%, pecah rekod sekolah tu dan markah saya paling
tinggi markah hafazan, dapat 94%. Pahtu pakcik saya ni suggest mak saya
hantar saya sekolah yang hafal Quran sebab pakcik saya ni pun hafal quran.
Mak ayah saya cakap kalau dia nak uruskan, uruskan lah.Cari sekolah
mana.Pakcik saya suruh saya mohon MRSM dan masa interview dia yang
bawakkan. Waktu tu mak saya ikut. Interview saya ok waktu tu, jadi dapatlah
masuk sini.So dari saya form 1 dia yang jaga.Masa masuk sini saya dah ada
modal 15 muka surat, memang tasmik dengan dia la.Biasa saya akan pergi
rumah dia untuk murajaah. Dia memang masa saya Form 1 sampai Form 3
memang saya jaga betul-betul hafazan saya, masa form 4, form 5 ni dia tahu
saya dah pandai jaga hafazan saya. Sekarang dia bagi kelonggaran nak
datang untuk murajaah, datang je.Dia tak paksa. Cuma setiap kali balik, saya
memang akan pergi rumah dia la.Bond saya dengan dia kuat r.
Responden :Jadi pakcik awak ni la yang banyak bantu awak masuk pertandingan hafazan
ye?Biasa awak masuk berapa juzuk?

33
Saya :Macam tahun ni saya masuk kategori 1-10 juzuk. Saya dah ingat sampai 20
lebih dah tapi tahun ni saya nak relaks je, tak nak push sangat. Tahun lepas
pun saya masuk jugak. Baru ni saya masuk MTAQ yang hafazan peringkat
kebangsaan. Pakcik saya memang jaga quran saya betul.
Responden :Jadi ustazah boleh katakana awak ingat Quran sebab pakcik awak ni la kan
dan mungkin ustazah boleh katakan dia lah penggerak untuk Adam ingat
Quran
Saya :Ye, dia memang jaga Quran dan hafalan saya betul-betul. Dia memang guna
kaedah ustaz Firdaus Bakrin la. Dia suruh kalau nak hafal Quran ni, bagi
bawah kuat dulu, Kalau bawah terabur macam mana nak jaga yang atas.
Responden :Mmmm.. betul la tu apa yang Adam bagitahu ustazah ni..Daripada apa yang
Adam share pada ustazah, Adam rasa Adam mampu ke membantu untuk
mengubah family macam acuan Adam nak atau overcome tentang ini sebab
ustazah faham, Adam nak jadi anak yang soleh, sebaiknya tak nak kecilkan
hati mak ayah Adam kan tapi dalam masa yang sama mungkin ustazah
bolehkatakan yang Adam bergelora dengan perasaan Adam.
Saya :Memang saya ada fikir tentang tu, saya impikan nanti bila saya dah
berkahwin, contoh saya hafal Quran time ni tapi anak saya nanti saya nak dia
kecik kecik lagi dah hafal Quran
Responden :Jadi ustazah boleh katakan jika Adam tak mampu nak ubah family Adam,
Adam nak satu hari nanti Adam dapat membentuk keluarga Adam sendiri
dengan acuan yang Adam nak kan. Macam tu ke?
Saya :Ye, macam tu ( dengan nada dan muka yang agak sugul )
Responden :Ok Adam, harini Adam ada program kan dari pagi tadi? So harini Adam rasa
macam mana…kea da rasa geram ke, sedih ke, terlalu happy ke , rasa tenang
sangat ke atau rasa letih kea tau tak rasa apa-apa ( sambil ketawa)
Saya :Mmm… rasa macam biasa je...Cuma…ntah la..makin hari makin saya rasa
otak saya kosong..macam tak fikir pape( sambil tersenyum)..macam semua
orang stress SPM kan tapi saya rasa macam just lalui je lah SPM
Responden :Oh Adam top 10 kan?
Saya :Takde la top 10 tapi saya tak pernah miss naik pentas la
Responden :Maksudnya Adam maintain 3.5 ke atas la ye
Saya :Saya ni jenis tak study malam, memang kalau balik dorm je, terus tidur.
Kalau waktu prep tu pun saya study sikit-sikit je cuma saya tak push sangat
study, kalau exam tu apa yang jawab, saya jawab je Cuma yang ok result
saya tak teruk sangat.
Responden :Jadi rutin harian Adam macam mana kat asrama?
Saya :Saya ni jenis kalau dulu suka turun padang, tapi sekarang ni macam lama
dah tak turun, sebulan dah tak turun. Saya dok asrama je

34
Responden :Ustazah nak tanya juga Adam, macam mana Adam aturkan jadual Adam
sebab Adam boleh ingat Quran sedangkan kawan-kawan Adam ramai yang
kurang dan tak ingat. Mungkin Adam boleh share macam mana Adam
mengatur kehidupan harian Adam sebab kawan-kawan main, awak pun main
Saya :(tersenyum)…,mmm..macam waktu time murajaah, contoh time subuh kan,
kalau kat surau tu, Saya memang akan turun awal, saya akan sampai sebelum
azan lagi. Saya cerita ea macam saya masa Form 1 dulu waktu maghrib saya
akan cari modal la dalam setengah jam, bila dah dapat 1 tu, saya takkan
lancarkan, tapi saya akan ulang yang belakang, tak kisah la yang mana tapi
saya akan mengulang sebab dalam waktu subuh tu saya akan lancarkan
modal. Contoh dah lancar, saya akan ulang balik.lepas dah siap rocall, saya
akan bawak Quran dan lancarkan betul-betul. Bila habis rocall saya akan
cepat-cepat gi tasmik terus sebab lepas tu saya nak murajaah. Macam
sekarang ni dah Form 5, dah khatam, saya akan murajaah paling kurang 5
mukasurat setiap hari.Memang saya guna formula tu dari form 1 sampai form
3.Group saya yang khatam waktu form 3 dalam 4 orang sebab kami kan
asing group ikut ranking. Sebab tu batch kitaorang laju-laju. Saya takkan
miss benda tu, memang saya akan datang surau awal.Kalau maghrib dalam
6.15 petang saya dah ke surau lepas makan.
Responden :Oh, jadi awak tak pergi main ke?
Saya :Tengok keadaan, kalau saya nak turun, saya akan turun la sebab kalau saya
turun padang, malam tu memang penat sangat lagipun saya bukan jenis orang
yang cepat stress.
Responden :Alhamdulilah, mungkin sayaafaat awak sebagai penghafal, sentiasa tenang
( sambil tersenyum)..ok Adam, sebelum dah nak last, mungkin ustazah boleh
nak tau apa awak punya goals atau apa yang awak nak capai dalam pelajaran
awak ?
Saya :Untuk SPM ni, saya nak buat yang mana mampu, saya tak nak push sangat.
Responden :Awak target berapa?
Saya :Insayaallah, memang saya target 11 A, so kalau dapat alhamdulilah, sebab
saya tak suka sangat nak kejar akademik sebab saya nak jadi Boss ke.Saya
tak suka berada di bawah..kalau boleh saya sentiasa nak di atas.
Responden :Ok ustazah faham (sambil tersenyum), awak ni jenis minat leadership kan
Saya :Ye saya minat benda-benda macam tu ( sambil tersenyum ), dalam kepala
saya macam-macam impian saya. Macam pakcik saya , saya Nampak dia
bukak tadika Islam banyak-banyak sebab tadika tu pun bukan dia sorang, dia
lantik penyelia untuk uruskan, Cuma dia Bos . Nanti kalau saya jadi pilot
pun, saya nak jadi pendakwah, macam saya minat nasayaidkan, saya nak
bukak studio ( sambil tersenyum)
Responden :Wah…macam ust Hafiz yang pilot tu la kan

35
Saya :Yup..kalau boleh saya nak menyumbang sebanyak mungkin pada agama.
Konsep saya ,saya akan buat benda yang saya suka
Responden :Alhamdulillah, ustazah kira sekarang pun banyak dah Adam sumbang untuk
sekolah kan ( sambil tersenyum), ye kita akan buat yang terbaik jika benda tu
kita suka kan
Saya :Ye macam tu la, sebab tu suka group Ustaz Yusman, ustaz tak paksa saya
time murajaah.
Responden :Ok last soalan ustazah, siapa sumber inspirasi awak atau macam mana awak
sentiasa memotivasikan diri awak?
Saya :Satu,pakcik saya.sebab saya tengok macam mana dia seimbangkan dunia
dan akhirat dia, dia stylo, dia suka berbelanja untuk diri dia, saya suka
tengok. Kalau barang dia semua mahal-mahal.Saya pernah tengok dia baca
khutbah jumaat.memang saya adore dengan dia.Saya masuk sini pun dari tak
reti, pernah saya tengok orang masbuk, saya ikut-ikut je, memang tak tahu
apa apa. Memang saya masuk sini dari zero to hero la , saya Nampak biasa
orang yang keluarga kuat agama, bila kat maktab mereka agak nakal, tak
hargai.Beza dengan dengan orang yang background longgar agama, mereka
akan kutip dan betul-betul belajar hargai agama di sini.
Responden :(sambil tersenyum) ok Adam, terima kasih untuk perkongsian Adam ni,
ustazah sangat hargai dan ustazah doakan urusan Adam dimudahkan dan
SPM Adam akan mendapat flying colours dan semoga Adam Berjaya dunia
dan akhirat..kalau ada apa-apa Adam nak share ke lepas ni, ustazah sedia
untuk mendengar
Saya :Sama-sama ustazah

36
Disediakan Oleh : Nur Aisyah @ Nik Rahmah bt Ismail
Wawancara telah dijalankan ke atas Safura Balqis Pelajar Tingkatan Lima pada 21
September 2019 Jam 7.40 malam

Saya :Assalamualaikum Safura, macam mana harini?


Responden :Waalaikumussalam,Alhamdulilah sihat ustazah ( sambil senyum)
Saya :Ok Safura, macam yang sebelum ni ustazah ada bagitahu awak tentang tujuan
perjumpaan kita malam ni masa ustazah call awak, jadi insayaaallah malam ni
ustazah nak ajak sembang-sembang sikit ( sambil senyum )
Responden :(sambil senyum) ok ustazah, boleh insayaallah
Saya :Ok Safura, nanti apa pun soalan yang ustazah ajukan pada Safura dan apa jua
yang Safura nak sharekan pada ustazah , jangan risau sebab ustazah tak kan
hakimi apa-apa terhadap awak dan ustazah personally tiada hak untuk judge
awak, ustazah natural je. Boleh? Cuma andai kata masa ustazah interview
nanti katakanlah awak rasa tak selesa, contohnya “ Ustazah, saya tak selesa
lah”, juz bagitahu ustazah je, mungkin kita boleh sambung hari lain ( sambil
senyum sama-sama). Andai kata awak tak nak jawab pun persoalan ustazah
pun takpe, awak ada hak untuk tak menjawab ok.
Responden :Ok ustazah
Saya :Ok Safura, First soalan ustazah,ini kita bercakap pasal diri ye. Katakanlah di
hadapan awak ada cermin, dan ustazah minta awak tengok diri awak dalam
cermin tersebut, siapa atau apa yang awak boleh gambarkan tentang diri
awak?
Responden :Positif ke negative ustazah?
Saya :Ustazah tak kisah, kalau awak nak jawab positif pun boleh, negatif pun takpe,
yang awak rasa ada pada diri awak.
Responden :Saya dari dulu memang rasa rendah diri la sebab Allah kurniakan wajah saya
ni ada resdung, jadi rasa macam kalau kena panas je, dia akan naik. Lepastu
bila saya tengok diri saya, bukan saya tak bersayaukur tapi saya rasa macam
kadang-kadang terfikir kenapalah muka aku tak cantik macam orang lain
sebab saya, jujur la kadang-kadang confident saya hilang sebab muka saya

37
sebab saya tengok penampilan diri kita ni orang lain pandang sebab apa yang
Nampak la kat maktab ni contohnya bukan saya nak judge tapi PRS mesti
orang-orang yang handsome yang cantik, lepas tu orang akan first impression
kita , contoh la orang tak kenal kita tapi orang tu cantik, mesti orang akan undi
tu banyak macam apa yang saya tau untuk pemilihan satu organisasi ni
sebenranya ada yang lagi layak tapi sebab orang tu cantik jadi dia dipilih
sebab orang tak kenal orang yang lagi layak tu.Tapi kalau saya tengok diri
saya, saya rasa rendah diri la, saya rasa macam …,mmmm…macam tu la
( sambil buat memek muka sedih )
Saya :Jadi kat sini awak rasa awak takde rupa?dan awak rasa kalau awak ada rupa
awak akan dapat benda-benda yang awak nak ke..
Responden :Tak la semua tapi mungkin saya akan lebih confident. Dari sekolah rendah
lagi, cikgu-cikgu selalu cakap, Safura ni dah ada semua Cuma kurang
confident. Tapi Alhamdulilah, bila saya masuk sini (maktab, macam ok sikit
la. Tapi sekarang ni saya malas nak fikir pasal benda tu saya cuba yang terbaik
je. (sambil gelak)
Saya :Don’t worry Safura, awak boleh percaya kan ustazah (sambil senyum) so,
dalam hidup awak, apa pengalaman awak yang paling awak ingat, tak kisah la
pengalaman tu positif ke negatif ke, yang paling awak sayang ke, yang paling
awak geram ke, ustazah tak kisah.
Responden :Kalau saya, pengalaman pahit tu alhamdulilah tak pernah lagi la. Pernah tapi
macam tak lah pahit sangat (sambil gelak) tapi saya lagi ingat pengalaman
manis saya masa duduk kat maktab ni, ,masa saya Form 2, saya baru hafal 7
juzuk, lepas tu ingat tu lagi la kurangkan, 4-5 juzuk je kot sebab kebetulan
waktu tu Ustaz Alifuddin dia tengah cari. Ustazah bayangkan tahun tu je kita
ada 10 guru tasmik tukar-tukar. Start dari Ustaz Taufiq pindah je, bulan 6 saya
ingat lagi, lepas tu kita orang dari bulan 7 sampai lah bulan 10 asayaik tukar-
tukar guru tasmik, macam penat nya dah jemu tapi Alhamdulillah dengan
Ustazah Hani ok la ngam alhamdulilah. Ustazah Hani pun dia tegas, dia
pentingkan murajaah jugak. Saya ingat waktu saya masuk musabaqah tu,
Ustaz suruh tulis nama tau, saya macam….orang cadangkan nama saya tapi
saya tak tahulah kenapa, waktu tu saya dah nak menangis sebab saya tak
nak..saya tak nak.Tapi kawan cakap tulis je. Malam tu saya buat istikharah,
mak saya kata “ Pergi je kak, bukan nak menang pun “. Saya pun pergi.
Lepastu dia Tanya 3 soalan, saya dapat jawab 1 je tapi memang lancer la saya
jawab.Dia Tanya juzuk 2 lepas tu saya tak expect pun..lepas tu dia umumkan 7
peserta terbaik, sekali nama saya dipanggil masa peserta yang ke-7. Terkejut
lah. Sebab orang yang ke-7, memang orang last la.
Saya :Maksudnya 7 orang terpilih ni akan pergi ke final ke
Responden :Aah, 7 orang ni dapat pergi ke final, pergi negeri ( peringkat ) maksudnya,
kawan-kawan semua macam “ Bapak ar Safura,dah la baru…”. Tapi
Alhamdulilah la, rasa macam happy tapi tipu la kalau kata takde riak, memang
gembira lah waktu tu, lawan lawan lawan tiba-tiba dapat nombor 3.

38
Saya :Peringkat ?
Responden :Negeri waktu tu. Sejak tu lah orang mula kenal saya …mmm.. macam orang
kenal saya mashi padahal itu rezeki dari Allah je. Dia tanya soalan yang
memang saya baru murajaah. Lepas tu tahun depan tu saya rasa tercabar sebab
“ alamak, ramainya batch aku ni, takpe aku boleh menang jugak, aku kena
lepas negeri jugak sebab aku dah ingat 10 juzuk “ tapi saringan saya tu Tanya
soalan saya waktu negeri ( peringkat) juzuk 1 sampai juzuk 7 tapi saya tak
dapat jawab, memang Allah blankkan saya kot, waktu tu saya tak lepas. Saya
pun menangis teruk.Lepas tu bila saya fikir balik sebenarnya benda yang Allah
bagi ni untuk ingatkan kita, banyak la saya belajar. So bila saya masuk
pertandingan ni je, mak saya cakap “kalau pertandingan Al –Quran ni jangan
pernah rasa rugi, pergi je, menang tak menang akak akan dapat manfaat”.
Saya banyak belajar banyak benda.
Saya :So, kesan daripada pengalaman tu apa yang awak dapat daripada pengalaman
tu, awak kata awak belajar macam mana Allah bagi kenangan dan pengajaran
tersebut, jadi macam mana pengalaman tu memberi atau memberi gambaran
pada awak untuk melihat hidup awak, melihat kawan-kawan contohnya.
Responden :Oh ok. Kita…tak tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita macam contoh la
orang pandang orang yang masuk musabaqah tu mashi kan. Tapi hakikatnya
tak..Hakikatnya…
Saya :(mencelah )Sebab kita je tahu kita macam mana kan sebab kebetulan Allah
takdirkan soalan tu yang kita dah mengulang ( sambil senyum )
Responden :Betul tu ustazah.Bayangkan ustazah masa saya tak lepas tu memang dia tanya
saya juz 1 dengan 7, saya ingat lagi mukasurat7 dengan 130, memang dia
Tanya waktu negeri tapi saya tak dapat jawab padahal masa saya tak ingat lagi
penuh tapi saya boleh jawab lancar peringat negeri tahun lepas bila saya ikhlas
tapi bila saya desperate nak menang, fikir pasal tanggapan orang, saya
macam…
Saya :Tanggapan maksunya….
Responden :Maksudnya “ aku tak boleh kalah,aku tak boleh dapat nombor 3, malu akak
nanti kalau tak menang”. Sebab waktu form 3 tu ramai la nak masuk
(pertandingan) sebab nak ikut macam saya. Ada Fadlina, ada Nurin Alifah,
ada Auni Nasuha. Saya rasa macam dorang tak boleh kalah kan saya..mmm..
biasalah sayaaitan kan. Tapi bila saya tak lepas tu saya macam sedih la.Safura
kan boleh tahun lepas, kenapa tahun ni tak lepas. Orang ramai pertikaikan
.Sebab tu saya macam kalah pun takpe, masuk je niat kerana Allah.Benda ni
banyak mengajar saya yang aturan Allah tu cantik( sambil gelak )
Saya :Mmmm.. apa yang ceritakan pada ustazah ni ada tak ianya bagi kesan dalam
hidup awak ,maksudnya, cara awak melihat sesuatu benda atau ianya memberi
kesan cara awak melihat orang lain sebab biasanya apa yang berlaku , yang
kita sangat ingat sangat memberi impak dan kesan dalam hidup kita.
Contohnya , pandangan awak terhadap orang lain ke?

39
Responden :Ye, persepsi maktab ni bila budak-budak masuk musabaqah je mesti famous
giler. Waktu form 2 tu memang saya tak fikir pandangan orang, lantak la aku
masuk atleast aku masuk tapi masa form 3 tu saya fikir kalau aku tak masuk
malu la aku nanti, saya fikir pandangan orang lain. Waktu form 4 tu saya dah
ikhlas kan diri la
Saya :Adakah awak cara ini cara untuk awak build up confident awak?Sebab
awalnya tadi awak ada rasa agak rendah diri pada mulanya dalam diri
awak.Adakah awak rasa bila awak masuk musabaqah ni ianya satu bonus
untuk awak, maksudnya awak dah jumpa kunci untuk awak nampakkan diri di
mata orang
Responden :Waktu mulanya tu saya tak fikir lagi benda tu, rasa masuk sebab memang
saya nak masuk, sebab saya rasa memang saya minat benda ni, benda hafazan
tu, saya rasa saya tak fikir lagi pasal tu waktu tu tapi form 5 ni kot baru fikir
nampak ooo bidang hafazan ni bidang aku kot, so at least ada la benda yang
kita boleh tonjolkan diri kita. Macam “ooo budak safura yang mashi tu eeaa” (
sambil gelak) , orang akan kenal macam tu. Masa first yang saya masuk tu
memang suka-suka kot, tak terfikir pasal tu.
Saya :Jadi awak masuk musabaqah, awak masuk pertandingan ni,ada tak memberi
impak dalam kehidupan awak, family awak ke?
Responden :Ye, tahap confident saya.Waktu saya masuk musabaqah ni, mak ayah saya
macam happy sangat sampai family besar saya pun pandang tinggi sangat kat
saya, family kat kampung semua tahu saya hafal al-Quran, saya malu sebab
contohnya “ Safura, kat MRSM Gemencheh ada orang mencuri ke, makcik
dengar ada kes mencuri” makcik saya Tanya macam tu. Kadang-kadang
makcik dok Tanya “Dah khatam? Ingat 30 juzuk tak “. Bila orang pandang
tinggi sampai ada orang cakap “Safura ni masuk musabaqah 1-10 juzuk, mesti
baikkan “macam orang pandang tinggi, so bila orang pandang kita macam tu,
contohnya la ada event apa-apa yang melibatkan perempuan je mesti diorang
macam minta saya walaupun saya muda lagi, contoh macam minta saya ketuai
Yasin,orang pandang la hormat kat saya even keluarga saya bukan dari
background agama, kalau balik kampung tu, dorang akan malu kalau nampak
saya. Dorang ada Tanya susah tak nak hafal Quran.ada satu soalan tu “ Mesti
budak sana baik-baik kan” saya jawab la “ Sebenarnya kita semua
manusia biasa, orang memang pandang tinggi dekat kita yang hafal quran
sebab tu la bila saya masuk maktab ni saya mempunyai pandangan yang
berbeza. Kadang-kadang saya rasa budak maktab ni..bukan saya nak judge,
termasuk diri saya jugak sebenarnya lagi teruk daripada orang tak berilmu
sebab diorang buat benda tu sebab diorang tak tahu.
Saya :Mungkin ustazah boleh katakan orang yang hafal quran berbeza dengan orang
yang hafal quran even ustaz ustazah sekalipun pada ustazah, dia mungkin akan
judge orang tu mesti sempurna tapi bagi kita yang menhafal al Quran , kita
dah jumpa orang yang pelbagai, ada yang beramal dan ada yang tidak beramal,
ada yang baik dan ada yang sebaliknya, sebab iman kita turun naik tapi
sekurangnya al –Quran tu jadi benteng untuk kita betul tak..

40
Responden :Betul ustazah, untuk kita yang hafal Quran ni sayaaitan lagi besar kan ustazah
( sambil gelak )
Saya :Ok Safura, buat masa ni ada tak Safura sedang berhadapan dengan apa-apa
ujian atau problem ke..yang mungkin Safura rasa besar bagi Safura?
Responden :Tak tau la nak cakap tapi bagi saya ini masalah besar, tapi tidaklah besar
sangat sebab saya takde fikir masalah lain.Masalah saya sekarang ni pasal
belajar je.Alhamdulilah saya takde masalah yang rumit sangat. Family saya
jenis yang tak memaksa, mak saya cakap kalau kakak dapat berapa pun (SPM)
takpe. Ada kawan saya tu ada yang mak dia, dia cerita kat saya la,sebab bila
dia stress dia tak tahu nak cerita kat siapa, jadi dia cerita kat saya, dia budak
top 10, dia talented tau bagi saya, dia pandai bercakap, berdebat, dia memang
fluent tapi disebabkan mak dia, batasan dia benda yang boleh dia join jadi tak
boleh, pastu saya cakap la kat dia, bagi saya baik dia ikut je cakap mak dia,
InsayaaAllah akan berjaya.Kakak dia semua belajar kat Ireland, jadi dia
pressure sebab parents nya akan membandingkan dia dengan kakak-kakak dia,
Mak dia memang jenis yang pandang A semata mata.Kadang-kadang kita
tengok besnya orang yang pandai ni, tapi kita tak tahu sebenarnya apa yang
dia lalui.Macam ada kawan saya sorang ni, budak pandai juga, mak ayah dia
bercerai dan berebut hak penjagaan anak.Kawan saya ni cakap dia perlu
belajar betul-betul supaya boleh tolong parents dia selesai isu ni. Bila saya
tengok kawan kawan saya, saya rasa bersayaukur Alhamdulillah family saya
yang bagus yang tak memaksa. Cuma masalah saya, saya lemah la dalam
pelajaran.
Saya :Kenapa awak rasa awak lemah sebab awak dalam kalangan kelas paling elit,
macam mana awak ukur dan rasa awak lemah atau kalau awak duduk tempat
pertama baru awak rasa awak pandai( sambil gelak sama-sama)
Responden :(sambil gelak) saya memang macam tu ustazah, saya jenis yang macam… ini
kelemahan saya, saya jenis suka banding-bandingkan saya dengan orang lain,
ini selalu mak saya marah, mak saya cakap saya suka bandingkan diri dengan
orang lain sedangkan mak saya cakap saya dapat masuk kelas elit pun mak
saya dah bersayaukur, bukan senang nak masuk kelas elit. Saya memang
macam ni , selalu rasa saya lemah
Saya :Apa yang buat awak selalu rasa macam tu?
Responden :Mungkin yang pertama sebab saya suka bandingkan diri dengan orang lain.
Kemudian saya ni seorang yang jenis cepat down dan saya akui saya
dikelilingi orang yang 3.8 ke atas. macam orang lain, macam Nurin Adriana,
berjawatan, mashi lagi tapi result hebat. Saya rasa kenapa saya tak macam
diorang.Saya rasa sedih, saya rasa malu. Bila saya belajar, saya fikir
tanggapan orang lain terhadap saya sampai result saya teruk sebab terlalu fikir
tentang orang lain.Jadi sekarang ni saya cuba belajar dan latih untuk belajar
ikhlas kerana Allah. Benda ni masalah saya sebenarnya, saya yang perlu
belajar untuk tangani benda-benda ni.

41
Saya :Ok Safura, lupa ustazah nak tanya awak ok tak hari ni? ( sambil gelak)Rasa
geram ke? Tenang ke? Biasa ke? Atau apa-apa yang Safura rasa dan macam
mana kehidupan Safura di asrama
Responden :(sambil gelak sambil seloroh ) Harini saya rasa penat sangat ustazah sebab
kitaorang ada program arini under kaunseling start dari pagi tadi lagi. Pagi tadi
ok lagi sebab kami kat kelas.Kalau hari biasa, saya memang akan bangun awal
untuk ke surau, kemudian cepat-cepat pergi makan. Macam form 5 boleh skip
rocall, kami akan ke sekolah awal sebab kadang-kadang cikgu Faizi buat kelas
tambahan pagi dan kami akan join. Sebenarnya saya perasan, bila form 5 ni
kita dah malas fikir pasal orang lain dah, kita akan fikir live kita sahaja.kita
seolah tak perasan sekeliling kita, lantak la orang lainAntara kelas kami
memang rapat la sebab memasing fokus dengan SPM, ada mentor mentee
kelas.Tengah hari saya akan cuba tidur sekejap dalam 10 minit macam
tu.petang plak biasa saya akan stay kt sekolah sampai 5.15petang untuk study
sikit.Biasa riadhah dah tak sangat sebab form 5 kan, jadual padat sangat.
Saya :Maknanya dari rutin yang awak share dengan ustazah, maknanya sekarang ni
fokus awak untuk SPM, untuk Quran kan, Jadi pada awak, awak dah rasa
kepuasan ke belum dari apa yang awak capai dalam pelajaran akademik atau
al-Quran setakat harini?
Responden :Sebenarnya kalau dalam akademik, saya tak pernah puas (sambil gelak), saya
masih perlu belajar lagi.Waktu saat-saat terakhir macam ni saya akan cuba
yang terbaik, saya dah tak kisah dah benda lain even pasal penampilan diri
saya sekarang pun saya dah tak kisah, kalau dulu awning senget sikit dah betul
kan, sekarang lantak la, saya nak belajar je.Kadang-kadang rehat pagi pun dah
tak rehat, buat kerja je.Saya akui form 5 ni akademik jadi utama untuk
saya.Saya bersayaukur saya masuk MRSM ni, sebab bila semua ada biah nak
belajar, kita akan ikut sekali walau terpaksa, kalau masuk kelas, tengok orang
belajar, saya pun automatic akan nak pergi belajar.saya ingat mak saya cakap
sebulan ni je yang akan menentukan masa depan saya, jadi memang saya akan
belajar betul-betul.sangat struggle. Kalau hafazan, saya bersayaukur. Saya
sebenarnya kesian kat kawan-kawan saya yang belum khatam, yang tengah
nak khatam, try hard nak belajar lagi.Saya akan bagi semangat kat dorang.
Saya :Ok, last soalan ustazah, awak rasa apa sumber kekuatan, atau booster untuk
awak untuk capai apa goals awak,sebab setiap orang mesti ada motivasi atau
idola untuk dia rasa bangkit setiap hari ( sambil senyum)
Responden :Bagi saya mak saya, sebab mak saya pakai tudung labuh tau ustazah,mak saya
ajar sains dengan chemistry tapi dia still tudung labuh, dia pernah pesan kat
saya “kakak, orang yang asing ni, orang baik tu memang asing”.Bayangkan
masa dia kat UPM, orang mana pakai tudung labuh, tapi mak saya still dengan
tudung labuh dia. Biasalah orang pandang pelik, tapi mak saya dengan
pendiriannya.tapi mak saya pandai pilih kawan, join usrah. Saya memang
jadikan mak saya model. Mak saya cakap biar tak pandai belajar tapi pandai
baca al-Quran. Family kami bukan dari background agama,tapi dari didikan
mak ayah saya. Saya cepat down ustazah, bila saya down saya akan cepat-

42
cepat cakap kat mak saya.saya tak cakap kat kaunselor, kat kawan. Bukan saya
tak percaya,tapi saya lagi selesa dengan mak saya.
Saya :Ok Safura, seronok berborak dengan Safura malam ni.Terima kasih sebab
sudi untuk ditemubual ustazah ye.
Responden :Sama-sama ustazah

Disediakan oleh: Nurul Khadijah Fatimah binti Kamarulzaman

Wawancara telah dijalankan ke atas responden 1 iaitu Nur Amirah binti Roslan dan
responden 2 iaitu Nas Affie bin Mohd Salleh pada 27 September 2019, jam 9 malam dan
10 pagi.

Saya :Kalau diberikan satu cermin di hadapan anda, anda berada di hadapan
cermin tersebut, apakah yang anda lihat? Bagaimana anda melihat diri
anda? Anda seorang yang bagaimana?

Responden 1 :Saya melihat diri saya sndiri.. Saya melihat diri saya sebagai seorang
anak, seorang isteri, seorang ibu, seorang guru...boleh jadi seorang
penyayang, yang tgas, berdisiplin,mudah terasa hati,pemarah.

Responden 2 :Saya melihat…. Saya seorang yang mempunyai motivasi diri yang tinggi,
tidak mudah mengalah, gagah dan mudah mesra kepada semua orang.
seorang yang asertif di mana lebih percaya pada situasi “win-win” yang
membawa kepada keharmonian.

Saya :Apakah pengalaman yang paling menyentuh hati anda sebagai guru?

Responden 1 :5 tahun pengalaman mngjar, dan satu-satunya perkara yang paling


mnyentuh hati saya ialah apabila berhadapan seorang murid yang tersgt
tidak beradab terhadap gurunya dalam mnuntut ilmu..bacaan al quran
yang salah apabila ditegur, murid itu membunyikn perkataan yang tidak
sepatut dikeluarkn dr mlutnya..Tersgt sedih melihatkn adab dan akhlak
murid pda masa sekarang..

Responden 2 :Dua situasi yang menyentuh hati saya adalah:


Situasi positif: pelajar menghargai saya sebagai seorang dengan
mengucapkan terima kasih dan memberi hadiah sebagai tanda ingatan.
Situasi negatif : dimana pelajar cuba memburuk-burukkan saya dengan
menjaja cerita yang tidak baik

43
Saya :Apakah pengalaman yang mengubah cara anda berfikir mengenai murid
yang lemah?

Responden 1 :Murid yang lmah ini sepatutnya dibantu bukan dipulaukn atau tidak
dipedulikan.kunci utama dlm mnddik murid yang lmh adalah SABAR..

Responden 2 :Apabila terlihat pelajar yang lemah, saya banyak memikirkan kelemahan
diri sendiri, setiap pelajar mempunyai keistimewaan tersendiri. walaupun
tidak pandai dalam pelajaran berkemungkinan pelajar tersebut mahir
dalam kemahiran atau perniagaan.

Saya :Apakah pengalaman anda yang mengubah cara hidup anda?

Responden 1 :Mendapat anak autism. Memang mengubah kehidupan saya. Banyak


benda yang perlu saya belajar.

Responden 2 :Perkahwinan banyak merubah cara hidup saya

Saya :Bagaimanakah anda bergaul dengan orang sekeliling anda? Adakah


mereka menjadi penyebab anda berubah fikiran?

Responden 1 :Saya bergaul dengan baik bersama orang sekelilling.. Ada masa mereka
menjadi penyebab saya berubah fikiran.. Ada kalanya tidak.

Responden 2 :Saya lebih suka bergaul secara asertif, tiada yang salah, semuanya betul.
hanya isteri saya sahaja yang mampu merubah fikiran saya .

Saya :Apakah cabaran paling besar dalam hidup anda? Andakah cabaran itu
dapat diselesaikan? Bagaimanakah cara anda menyelesaikan cabaran itu?

Responden 1 :Cabaran pling bsar saya ialah dikurniakn anak yang


istimewa(autisme)...apabila disahkn anak oleh doktor pelbgai perkara²
yang perlu saya tau utk menjaga anak ini. Antaranya kepelrluan kshtnnya,
pendidikannya,cara atasi utk kurangkn tingkh laku yang hyper..cara
pnyelesaiannya, saya berbincang bersma ahli kluarga dan berjmpa pda
ahli yang pkar dlm bidang msing2..

Responden 2 :Cabaran paling besar dalam hidup saya adalah gemuruh apabila berdepan
dengan orang ramai seperti memberi ceramah atau sepatah dua kata.
belum ada jalan penyelesaian

Saya :Adakah anda merokok?

Responden 1 :Saya tidak merokok.

Responden 2 :Ya, saya merokok.

Saya :Adakah anda memilih makanan yang sihat?

44
Responden 1 :Kadang-kadang saya makan makanan yang sihat, kadang-kadang saya
juga makan makanan segera.

Responden 2 :Ya, saya lebih memilih untuk makan makanan yang sihat.

Saya :Anda lebih memilih untuk habiskan masa bersama keluarga atau rakan?

Responden 1 :Keluarga

Responden 2 :Keluarga

Saya :Adakah anda selalu mengalami tekanan?

Responden 1 :Tidak kerana saya boleh menangani stress saya.

Responden 2 :Tidak kerana saya selalu berbincang dan selesaikan masalah dengan
keluarga

Saya :Adakah anda selalu berasa risau akan masalah yang anda hadapi?

Responden 1 :Sangat risau kerana kadang-kadang saya juga beremosi.

Responden 2 :Tidak kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Saya :Adakah masalah yang anda hadapi itu mengganggu seluruh kehidupan
anda?

Responden 1 :Kadang-kadang kerana saya terbawa-bawa juga masalah pulang ke


rumah. Tapi setelah melihat anak-anak hati saya menjadi tenang.

Responden 2 :Ya kerana saya akan selalu memikirkan masalah tersebut.

Saya :Adakah anda seorang yang boleh mengawal emosi apabila berhadapan
dengan pelajar yang nakal dan tidak menyiapkan kerja rumah?

Responden 1 :Ya saya boleh mengawal emosi apabila berhadapan dengan pelajar-
pelajar ini.

Responden 2 :Ya saya boleh kawal emosi kerana pelajar ini boleh berubah.

Saya :Apakah kepuasan anda dalam kerja?

Responden 1 :Kepuasan yang saya dapat ialah dapat mendidik murid yang btul2 lemah
mnjadi seorang yang berpngtahuan

Responden 2 :Pelajar memberi tumpuan & memahami apa yang ingin disampaikan.
pelajar menghargai saya sebagai seorang guru

Saya :Apakah motivasi hidup anda?

45
Responden 1 :Setiap manusia tidak boleh lari daripada masalah. Jadi lalui dengan
tenang. Allah sayang kita. (Sangat positif)

Responden 2 :“Jangan runsing akan masalah, kerana masalah adalah kehidupan”

Disediakan Oleh: Ahmad Khairul Ikhwan Bin Md Ramli

Wawancara telah dijalankan ke atas Mohamad Haziman Bin Mat Zaid, guru MRSM
Gemencheh pada 14 Oktober 2019 jam 11.56 am

Saya :Assalamualaikum

Responden :Waalaikumussalam

Saya :Terima kasih kerana sudi hadir untuk sesi temuramah ni.

Responden :Sama-sama

Saya :Ok, kita minta perkenalkan nama.

Responden :Saya Ustaz Mohd Haziman bin Mat Zaid. Saya mengajar di tingkatan 4,
subjek Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, dan saya mengajar di MRSM
lebih kurang 10 tahun.

Saya :Ok, man, macam mana anda melihat diri sendiri?

Responden :Dari sudut diri sendiri, saya melihat perspektif diri sendiri ni, ok, kadang
kadang kita ada kebolehan yang kita boleh buat, contohnya, kita ada
kemahiran-kemahiran yang kitab oleh buat dekat diri sendiri lah. Contohnya
waktu kita mengajar ni atau waktu kita bekerja ni kita cuba berusaha untuk
buat yang terbaik, tadi macam ustaz Ikhwan cakap kompetitif. Kalau saya ni
lebih kepada mencuba perkara yang kita boleh usahakan, walaupun kadang-
kadang tak berjaya, tapi kita boleh usahakan sampai boleh jadi berjaya.

Saya :Maksudnya anda ni seorang yang boleh menerima challenge lah? Menerima
cabaran?

Responden :Kita terima cabaran,tapi kadang-kadang dalam satu masa kita tak boleh buat
semua, tapi kita cuba apa yang boleh,daripada situ kita nampak kalau kita
tengok step step step, kalau kita usaha step step by step, maknanya ada benda

46
kita akan dapat.tak semestinya kita akan dapat semua, maksud saya kita tak
boleh nak buat semua sekali harung Cuma kita tengok step step step apa yang
boleh kita usahakan.

Saya :Ok, macam baju keje kan, baju datang sekolah, ada berapa set dalam
wardrobe?

Responden :Ok, kalau saya ni jenis suka tukar-tukar, maksud saya, baju kemeja dekat
almari tu memang banyak lah, lebih kurang 7 ke 8 helai, ataupun 9, belum lagi
dengan baju batik, baju batik rasanya ada 6, baju melayu tu sebab setiap tahun
kita beli baju raya, jadi hampir keseluruhan baju ni saya rasa baju melayu yang
kita boleh buat raya dan kerja tu lebih kurang ada 10 helai lah. Sebenarnya
saya ni suka bila pelajar ni lihat kita ada berbeza-beza, jadi dia nampak kita ni
ok (elok,kemas), sebenarnya warna tu main peranan jugak, dia akan pandang
hari ni tukar, hari ni tukar, jadi ada variasi lah.

Saya :Ok, man. Ada tak pengalaman yang memberi kesan kepada kehidupan kau?
Tak kisahlah dari segi positif ke, negatif ke.

Responden :Pengalaman, macam mana nak cakap eh. Kau nak pengalaman macam mana
tu Ikhwan?

Saya :Tak kisah pengalaman yang macam mana, tetapi sesuatu yang mungkin
mengubah cara kau berfikir, cara kau melihat sesuatu.

Responden :Ok eh,1st skali saya cerita dalam perkerjaan eh, nak cerita banyak, banyaklah
kalau nak cerita pengalaman tu, cuma saya masukkan dalam skop pekerjaan
lah. 1st sekali saya posting memang rasa taku nak mengajar, kita ni macam nak
naikkan keyakinan berhadapan dengan pelajar , lepastu kita nak ada kita punya
link dengan rakan-rakan kita. 1s tpengalaman yang banyak memberi kesan
kepada pengajaran saya, atau dalam hidup saya ialah waktu 1 st posting di
mrsm pontian.kat sana dia ada guru cemerlang, lepastu dia ada guru yang
banyak memberi kreativiti kepada pelajar. Jadi benda tu kita lihat diorang
kerja dengan sungguh2 sebabnya berbanding dengan mrsm yang ulul albab,
mungkin jumlah gurunya lebih ramai berbanding mrsm biasa, cumanya mrsm
biasa ni kadang2 guru untuk Pendidikan islam ni dia ada 6 orang je. Jadi
semua benda dia 6 orang akan pulun untuk buat, jadi daripada situ kita akan
tengok macam mana pengalamn diorang tu kita boleh belajar supaya dapat
naikkan diri kita. Nak tengok diorang ni, diorang takde nak suruh buat ini,
buat ni, kita tengok perhatikan satu satu satu step diorang buat, jadi lepasni
nak mengajar kita ada idea nak buat macam mana kemudian daripada situ saya
nampak perkara yang baik yang berlaku kat sekolah tu, perkara yang berlaku
kat unit tu, membawa seseorang lebih kuat untuk berkerja dengan bersungguh-
sungguh dan ikhlas.

Saya :Kalau pengalaman sebagai pelajar peringkat sarjana?

47
Responden :1st sekali saya cerita waktu saya belajar di peringkat sarjana, 1 st sekali
pembelajaran di timur tengah agak berbeza dengan di Malaysia, 1st sekali saya
masuk belajar, saya tak reti nak menulis, tak reti nak apa semua, dan bila
keputusan keluar, kita tengok keputusan kita,berbanding dengan rakan-rakan
yang belajar di Malaysia, keputusan mereka lebih baik, jadi daripada situ, ia
dah ubah mindset saya, macam mana kawan ni boleh dapat yang baik, tapi aku
tak dapat, apa kesilapan2 yang perlu dibaiki. Dari situ saya cuba, saya ni jenis
suka bertanya, kita tanya kawan yang rapat, macam mana nak buat ni. Jadi
kawan tu ajar kita. Ok, kau kalau nak maacm ni, kena buat macam ni, macam
ni sampai masa di semester kedua,saya rasa satu benda yang agak luar biasa
masa kita belajar tu, maksudnya kita tahu nak buat macam ni, macam ni, sebab
1st sekali masuk register kita tak tahu nak buat apa. Dari situ kita nampak
pengalaman daripada saya rasa macam sebab, selama saya ambil peperiksaan
awam kat Malaysia ni daripada spm, daripada diploma, daripada stam tak
tahulah nak cakap, saya sukar untuk dapat, macam mana nak cakap eh, saya
sentiasa dapat keputusan yang baik. Tapi masa masuk sarjana tu saya tak
boleh 1st sem dapat yang baik. Jadi kat situ ada benda yang saya kene ubah
dalam diri saya untuk dapat yang lebih baik terutamanya pembacaan lah,
macam mana nak cari artikel, macam mana nak cari artikel dalam buku yang
betul-betul ilmiah, macam mana nak cari artikel dalam internet yang betul-
betul ilmiah. Jadi kat situlah satu benda disiplin yang kita boleh belajar dalam
pembelajaran, wallahua’lam.

Saya :Ok man, soalan ni mungkin agak peribadi sikit. Apa masalah terbesar yang
dihadapi dalam hidup sekarang?

Responden :Secara jujurnya, 1st sekali, dengan keluarga saya tak ada masalah, maknanya
isteri saya selalu support saya, tak ada masalah. Cumanya mungkin dalam
waktu belajar ni Allah uji saya dengan anak yang umur 3 tahun tapi masih lagi
belum boleh bercakap. Maknanya dia hanya boleh beberapa patah perkataan.
Sikit patah perkataan, jadi saya masa masih dalam belajar, saya cuba juga
handle masalah anak saya bawak dia dengan kekangan waktu, bawak dia pergi
terapi, hampir 2 minggu sekali . Terapi pertuturan. Sebelum terapi pertuturan,
saya bawak dia terapi private terapi cara kerja. Tapi doktor masih lagi belum
sahkan samada dia autism atau sebagainya. Jadi saya dalam masa ni saya cuba
untuk, saya dan isteri saya belajar, isteri saya buat kursus Pendidikan pasca
ijazah dan saya juga sambung ke peringkat master jadi saya cuba jugak ada
masa untuk anak saya supaya dia tak lari. Walaupun kat situ mungkin tuhan
uji saya, tapi saya cuba terima dengan positif supaya bila satu hari nanti
mudah-mudahan anak saya akan baiklah, dapat bertutur seperti biasa,
walaupun pada asalnya abang2 ipar, abang saya semua dah tolong bawak anak
saya yang sorang ni pergi jumpa dengan doktor pakar kanak2, dan dia tengok
masih lagi MILD,maksudnya masih ada sikit symptom tu kene dengan anak
saya. Kalau nak fikirkan dia, anak tu lahir secara normal, maksudnya isteri

48
saya bersalin, dia bersalin dengan scissor, tapi dia keluar tu cukup sifat lah
tetapi saya pun tak tahu apa yang menyebabkan anak saya tu ada waktu2
pattern tu dia lost, contoh macam eye contact tu dia kurang, dari segi lain
patah perkataan tu tak berapa banyak, tapi takpelah, saya usahakan yang
terbaik, mudah-mudahan Allah taala permudahkan. Wallahua’lam.

Saya :Macam mana dari segi pemakanan? Jaga tak?

Responden :Dari segi pemakanan, saya rasa sekarang ni saya rasa, bukan cakap makan tak
teratur, cumanya makan macam biasa. Setiap hari sarapan macam biasa,makan
tengahari saya berada di tempat kerja, dan waktu pulang isteri saya akan
masaklah. Kalau dah terlampau lewat, pukul 9, pukul 10 tu saya tak makan
lah. Cumanya kalau terlampau lapar, saya akan makanlah. Tetapi aturan
makan tu kadang-kadang sejak akhir-akhir ni kurang konsisten, dari segi
pengurusan. Main makan jelah

Saya :Apa yang menyebabkan berlakunya perkara macam ni?

Responden :Saya rasa, kadang2 bukan sebab stress, tapi sebab kita kadang2 jenis suka cari
makan, kita pergi mana2 suka cuba benda baru, jadi bukan sebab stress. Bukan
sebab aku stress, aku nak makan. Tapi lebih kepada nak cuba tempat makan
yang baru.

Saya :Adakah anda mengamalkan pemakanan yang sihat?

Responden :Setakat ni alhamdulillah lah, pemakanan yang sihat, Cuma exercise kurang
buat masa sekarang. dalam masa setahun ni saya kurang exercise. Kalau dulu
saya selalu jogging, setiap hari saya jogging. Ni dah kurang, mungkin kerja
kot dan tugasan di university. Jadi kita, kekangan masa lah.

Saya :Macam fast food, junk food ni ada ambik tak?

Responden :Ambik ,ambik, tapi jarang lah. Maknanya kalau pegi jalan, dan nak pilih
tempat makan pun, ken pilih tempa yang sesuai, kalau rasa nak cepat dan perut
tak isi lagi, jadi fast food lah. Tapi tak kerap sangatlah. Dalam sebulan tu
adalah sekali @ 2 kali.

Saya :Apa pandangan anda tentang kualiti kehidupan anda apabila suami & isteri
bekerja

Responden :Pandangan saya kalau suami & isteri bekerja, kalau dalam islam, lelaki itu
lebih utama mencari nafkah lah. Tapi apabila suami & isteri bekerja, ada
bantuan daripada isteri, mungkin isteri boleh bantu lah, yang paling besar
kewangan lah. Jadi kalau nak ikuitkan, isteri saya baru bekerja dalam kerajaan
baru dua tahun. Saya dah bekerja dalam MARA dah 10 tahun. Jadi 8 tahun,
saya berkahwin dengan isteri saya 2014, jadi hamper 4 tahun dia tak bekerja.
Jadi saya tahulah macam mana orang tak bekerja ni. Masa dia dengan family

49
lebih fokus, Cuma bila dah bekerja, kene ada satu setting kat mindset kita kene
lbih kurang lah, maksudnya seimbang lah. Kadang-kadang kita faham yang
dia pun terlebih kerja, dan kita pun terlebih kerja. Jadi kat situ kene seimbang.
Kalau kita tengok dia penat, kita cubalah buat kerja walaupun dia sebagai
isteri, maksudnya kita bantulah kerja2 rumah. Memang kalau dua-dua bekerja
ni, isnin sampai jumaat memang penat lah. Malam-malam mungkin dua-dua
penat. Mungikin sorang penat, sorang tak penat.jadi kene cuba seimbang lah.
Jadi kalau dua-dua penat tu, lama-lama tu, kita sama sekali lah hanyut. Kita
cakap terus-teranglah. Takdelah cakap family tu terabai kan, tapi kita faham
dua-dua penat kan, so kena lebih kurang lah.

Saya :Apakah preference anda sebenarnya, sebab membenarkan isteri keluar


bekeja)

Responden :Buat masa sekarang, saya cenderung untuk isteri saya bekerja. Lagi satu ilmu
dia, mungkin dia boleh sebarkan ilmu yang dia belajar kat peringkat universiti.
Kemudian yang kedua, bila ada benda-benda yang dia nak beli, dia boleh beli.
Kadang kadang bukan apa, kita boleh beli keperluan asas tu, cumanya benda
yang dia minat, kadang2 kita tak boleh penuhi semuanya, daripada duit dia,
dia boleh pakai untuk beli, contoh kalau kadang2 handset rosak ke, kalau suri
rumah, mungkin kalau kita keje sorang, kita boleh kata, kita tungu dulu lah
sebulan. Tunggu cukup duit dulu lah baru beli. Kalau dia kerja, mungkin dia
boleh terus direct beli. Dan dari satu sudut dia boleh bantu keluarga lah.
Contoh macam anak saya terapi kan, jadi sekali sesi tu satu jam lebih kurang
RM130. Kira seimbanglah, maknanya mungkin minggu ni suami yang bayar,
minggu depan mungkin dia pula yang tolong bayar, tolongkan sekali kan.
Saya sekarang ni dari segi ilmu, dia punya bidang, saya prefer supaya dia
bekerja. Lagi satu, bila dia bekerja, dia akan ramai kawan. Bukan saya cakap
orang yang tak bekerja tu tak ramai kawan, tapi ramai kawan yang dia boleh
develop diri dia sampai satu tahap yang satu hari nanti ada perkara yang dia
boleh sumbangkan kepada negara. Walaupun ye, dari satu sudut, anak tu
memang develop dari rumah, akan dibangunkan dari rumah. Tapi satu sudut
ada juga sumbangan kepada orang kat luar, masyarakat kat luar lah.
Wallahua’lam.

Saya :Ok man, nak tanya, kenapa sambung belajar walaupun dah kerja? Adakah
ianya akan menyumbang kepada kenaikan gaji ke macam mana?

Responden :Bagi saya, kalau saya punya skim ni kalau sambung belajar pun takkan dapat
apa-apa. Tak ada kenaikan gaji, tak ada kenaikan pangkat, berbanding dengan
skim yang pada tahun yang diperkenalkan siapa ada sarjana, skim gaji dia
akan naik lah. 1st skali saya memang minat belajar lah. Dan kenapa saya pilih
dalam bidang Pendidikan? Bidang Pendidikan ni saya nampak kita dah ada
dalam sekolah, maknanya ianya satu ilmu yang kita boleh sampaikan kepada
pelajar dan kita tahu macam mana pendidikan di negara sekarang. Macam

50
mana Pendidikan dalam negara, ditambah lagi dengan revolusi perindustrian
ke-4, macam mana nak gabungjalinkan pendidikan dengan revolusi
perindustrian yang ke 4, kemudian yang paling saya nak ialah kita dapat
perbaiki amalan pengajaran kita, amalan pengajaran saya yang paling utama
dan amalan pendidikan kita. Itu sebab saya belajar tu di samping mendapatkan
ilmu.

Saya :Apa kepuasan anda sebagai seorang guru?

Responden :Saya tidaklah mengharap pelajar dapat semua A, tapi yang paling utama mesti
akhlak. Kita nak bangunkan dia dari segi jasmani, emosi, semua. Maknanya
yang A ni sebabkan diorang ni pelajar MRSM kita sayang, yang banyak A
masa sekolah rendah tu, kita nak dia pun dapat A jugak ketika sekolah
menengah ni. Tapi kalau 1 sudut tak dapat pun, saya tak ada masalah sebab
saya pernah mengajar kelas paling hujung, tapi tak dapat kita tak ada masalah
sebab itu semua atas kuasa tuhan dan diorang pun dah berusaha yang terbaik.
Kita tak boleh menafikan semua. Kita rasa bila pelajar tu pun tahu hormat kita
dan setiap kali kita menghargai apa yang diorang buat, itu pun dah cukup baik
sebenarnya. Dan bila kita dekat luar, dia pun boleh tegur kita dalam keadaan
yang tidak membenci, itu adalah satu yang paling bagus sebenarnya dalam
pelajaran.

Saya :Kenapa transfer ke MRSM Gemencheh?

Responden :1st sekali sebab dekat dengan ayah, nak cakap ayah saya memang sakit lah,
boleh tengok ayah saya, senang nak tengok ayah, tetapi saya nak tukar ke ulul
albab, bila ke ulul albab ni sebab bidang kita dari saya diploma, saya ijazah
dalam bidang quran. Dan bila kita ambil quran pun kita pun sama menghafaz.
Dari satu sudut saya nak membantu pelajar ni supaya diorang dapat tune
(sesuaikan) macam mana kita dulu yang susah nak menghafaz ni , susa nak
menghafaz dan mengingat quran supaya pelajar di sini tak ambil mudah,
maknanya kita nak bakti lah kepada pelajar ulul albab. Saya rasa sayang
kepada ilmu saya yang kita dah belajar dari tingkatan satu sampai saya habis
diploma tahfiz, teruskan lagi dengan degree dalam bidang quran. Jadi kita rasa
sayang kalau, ilmu quran tu kita boleh ajar kat mrsm biasa, takde masalah,
boleh ajar hafaz. Cuma kat sini memang selected memang pelajar untuk hafaz
full 30 juzu’, jadi kita nak ada perkembangan ilmu kat situ. Antara target saya
juga ialah saya nak pelajar ni dapat ulang hafazan sebanyak 3 juzu’ sehari
secara berturutan.

Saya :Ok man. Apa yang memberi motivasi kepada ustaz haziman?

Responden :First sekali adalah pencapaian pelajar. Bila tengok secara on paper, bila
pelajar dapat baik, dapat bagus, itu adalah motivasi.

51
Bila pelajar usaha dan kita bimbing dia, dan dia dapat benda tu, itu adalah
motivasi.

Maknanya kita datang kerja, diorang dah usaha sungguh2, kita tengok
pencapaian keseluruhan, bila keputusan SPM keluar, dapat keputusan yang
baik, ada peningkatan, itu adalah motivasi lah.

Lepastu teruskan dengan aktiviti lain, bila diorang dapat buat, dapat berjaya,
itu adalah motivasi bagi saya.

Saya sebenarnya tak berkira bab kerja, sebab bila saya tengok orang kat
MRSM lain yang lebih teruk (keadaan) macam-macam dia boleh buat, kat situ
macam-macam dia boleh buat, macam-macam kerja dia buat untuk mencari
rezeki yang halal, itu pun motivasi kat saya.

Saya melihat kawan-kawan juga sebagai motivasi, saya pernah lihat, ada
seorang ustazah yang suami dia kerja swasta, ada satu ketika lepas PMR,
ustazah tu datang tiap-tiap malam tengok budak waktu program MIGHTY,
dan dia duduk dekat luar, setiap hari saya tengok dia datang bawak anak 4,5
orang. Masha Allah, sampai tahap macam tu.

Dan saya sendiri melihat isteri sebagai motivasi, bila dia buat kerja, saya
cakap terus teranglah, isteri saya setiap minggu dia hantar Rancangan
Pengajaran Harian dan RPH dia itu disemak sendiri oleh pengetua dia, bukan
timbalan-timbalan pengetua, dan isteri saya pernah menerima anugerah
Rancangan Pengajaran Harian terbaik. Jadi kat situ saya salute lah dan saya
respek bila dia boleh seimbangkan dan habiskan kerja, sebab saya pun tak
boleh buat macam tu.

Saya :Oooh. Ok ustaz Haziman, sampai sini saja temubual kita. Terima kasih sebab
memberi kerjasama yang sangat baik.

Responden :Sama-sama Ikhwan. Minta maaf kalau ada yang terkurang.

52
Disediakan Oleh: Ahmad Khairul Ikhwan Bin Md Ramli

Wawancara telah dijalankan ke atas Zuraida Binti Sapiee, guru MRSM Gemencheh pada 12
September 2019 jam 12.36 pm

Saya :Assalamualaikum

Responden :Waalaikumussalam

Saya :Terima kasih kerana sudi hadir untuk sesi temuramah ni.

Responden :Sama-sama

Saya :Ok, kita minta perkenalkan nama.

Responden :Ok, nama akak Zuraida binti Sapiee. Umur dalam 41 tahun. eh 42 tahun.
Telah berkhidmat dalam MARA selama 18 tahun, 17 tahun. Sebab akak mula
berkhidmat pada tahun 2002. Permulaan perkhidmatan adalah di MRSM YT
Besut sehinggalah ke MRSM Serting dan sekarang di sini lah, MRSM
Gemencheh.

Saya :Macam mana akak melihat diri sebagai seorang guru?

Responden :Pengalaman dah banyakla, tak kisah dari segi apa pun. Sebagai guru, akak
boleh membangunkan subjek. Dari segi jawatankuasa yang lain, akak dah
matang untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan tidak bertindak atas emosi
dan sudah tahu langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan sesuatu

53
urusan.Walaupun tidak keseluruhan dalam urusan pentadbiran, tapi secara
tidak langsung akak faham bahagian-bahagian jawatan yang dipegang dan
dengan siapa perlu berurusan untuk menyelesaikan sesuatu. Kiranya akak ada
belajar jugalah walaupun tidak terlibat secara langsung dalam pentadbiran.

Saya :Macam mana akak melihat diri untuk guru-guru baru?Contoh macam akak
melihat diri sendiri untuk guru macam saya, yang baru 2,3 tahun serve dalam
perkhidmatan.

Responden :Sesetengah pendapat mengatakan bahawa senior sentiasa betul, tapi akak
tidak menerima pendapat tu. Kita generasi yang berumur ni, maksudnya adik-
adik ni dia banyak ada idea baru, perlu ada kerjasaama dengan guru-guru baru
walaupun beza umur jauh. Maksudnya idea adik adik tu, contohnya dari segi
teknologi, dari segi Teknik-teknik pengajaran contohnya, tidak semestinya kita
guru yang lama ni rasa kita ni bagus. Kadang-kadang adik-adik yang baru ni
dia bagi kita Teknik pengajaran yang bagus, dia bagi idea-idea yang bagus,
contoh dalam jawatankuasa, adik-adik bagi pandangan macam ni macam ni,
maksudnya kita saling bertukar pendapat dan idea. Bagi akak takde masalah
pun sebenarnya dan bagi akak lebih seronok untuk bekerja dalam pelbagai
peringkat umur seab kita dapat menyumbang idea, tenaga. Kadangkala bila
dalam peringkat umur yang sama kita punya idea setakat tu jelah, maksudnya
kita tak nampak yang lain-lain tu. Maksudnya dari segi sosial, dari segi kerja
akak tak kisah kalau akak seorang yang senior yang lain-lain tu adik-adik pun
takpe.

Saya :Apa kekuatan akak?Sebagai seorang guru?

Responden :Satu, dari segi teknik bersama pelajar. Maksudnya tarikan dari segi teknik
bagaimana nak buat supaya pelajar tu minat dengan subjek kita, tambah-
tambah subjek sejarah, kita pun faham lah subjek sejarah tu macam mana.
Maksudnya teknik tu, bukan setakat menguasai content. Bukan setakat teknik
cara mengajar, tapi kita ada teknik berkasih sayang, bukan berkasih sayang
sebenarnya, tapi untuk menarik minat pelajar dari teknik kendiri. Maksunya
kena faham dari segi emosi diorang, maksudnya kene ada kasih sayang jugak
la sebenarnya, bukan melayan sebenarnya. Selain dari memberi penekanan
kepada konten PDP.

Satu lagi teknik menjawab soalan. Yang itu yang paling penting, dalam
keadaan kita berubah-ubah sebab tu, satulah, kita ni cikgu ni kena sentiasa cari
ilmu, contohnya dari segi penandaan. Kita tahulah perubahan soalan macam
mana semua. Dan dari segi pergaulan, kita tidak terbatas dalam satu kelompok
sahaja. Kalau kat MARA, kelompok MARA je. Kena bergaul semua lah.

Saya :Secara individu, apakah kelebihan akak?

54
Responden :Dalam diri akak , akak selalu pegang satu je. Akak memang ada keyakinan
diri, maksudnya bila orang bagi sesuatu, in sya allah aku akan buat yang
terbaik, maksudnya akak takkan mudah putus asa walaupun kadang-kadang
sesuatu tu bagi akak rasa berat jugak lah. Contoh macam baru-baru ni MQS,
bagi akak berat jugaklah tapi akak akan fikir positif balik. Akak akan
bertindak atas dasar positif balik. Takpe, mungkin aku ada kelemahan macam
ni, aku kene buat macam ni balik. Takdelah kata Allah, tak laratnya, tak
naklah buat. Maksudnya akak tak akan cepat putus asa, maksudnya kene
berusaha keras. Nak kata keyakinan tinggi tu, ya lah kita berkeyakinan lah,
bila sesuatu benda tu sampai kat akak, akak akan kata “takpe, aku boleh buat.
Macam mana cara pun, aku boleh buat”

Saya :Akak ada tak peristiwa yang betul-betul bagi kesan kepada diri akak?
maksudnya cara akak berfikir ke, atau pengalaman yang mengubah hidup ke?)

Responden :Kalau dari ruang peribadi, akak ada satu peristiwa kehilangan ayah dalam
keadaan tragis. Bila dalam situasi tu akak rasa down sangat, bila akak down
akak kata, aku takde ni (kehilangan), dengan ayah meninggal dalam keadaan
mengejut dan kebetulan masa tu ayah akak dia dalam pasukan beruniform,
lepastu ada lah kes-kes lain sampai melibatkan isu yang besar, tapi akak yakin,
akak kata ok,takpe,kita positiflah. Apa yang berlaku ni Allah nak duga, aku
boleh hadap benda ni. Lepastu alhamdulilah, dengan izin Allah, kita yakinlah,
akak positif lah, akak kata takkan aku nak sedih macam ni, sampai bila-bila
aku nak sedih. Akak kuatkan keyakinan. Masa tu akak tahun 1 kat university,
tengah belajar, masa tu dapat result yang agak rendah jugak lah. Akak cuba
lah juga bangun sendiri, akak cakap aku boleh aku boleh. Secara tak langsung
sebenarnya bila akak berjaya berhadapan dengan peristiwa tu dan bila
dibuktikan pula arwah ayah akak ni tak ada masalah apa semua, arwah
meninggal ni dah la eksiden, lepastu ade lah juga (tuduhan) kes-kes lain. Jadi
dari situ akak rasa takde sape nak dorong kita (kalau bukan diri sendiri).

Saya :Adakah kejadian ni mengubah diri akak?

Responden :Sebelum tu akak tak independent sampai macam tu. Sebenarnya akak terlalu
bergantuing, maksudnya mengharap. Kita tak pernah diuji dengan ujian yang
hebat (berat) sebelum tu. Kita rasa semua benda ada je orang tolong kita. Jadi
masa tu akak ni macam lemah jugak lah, macam manja sikit. Macam semua
benda ada orang boleh tolong buat. Ayah boleh tolog buat, adik boleh tolong
buat. Masa tu akak tak sekuat seperti yang hari nil ah. Jadi bila selepas
peristiwa akak ayah meninggal eksiden tu, akak cakap kat diri sendiri “sape
nak tolong aku kalua bukan diri sendiri, sapa nak berjaya kalau bukan diri aku
yang nak berjaya diri sendiri”. Orang kata dah takde terlalu nak bergantung
lah, ada orang lain tolong buat ni, buat ni. Dari situ akak belajar independent
dan cara-cara menyelesaikan masalah sendiri. Sebelum tu sampai satu tahap,
agaknya sebab terlalu manja, ayah akak ni sampai tak bagi lah akak nak ambik

55
lessen kereta, dia nampak akak walaupun anak sulung, tapi anak sulung yang
manja. nak pergi mana-mana ayah akan hantar dan ambil. Tapi bila selepas
kejadian tu, akak boleh berfikir mana yang elok dan mana yang tak elok.Masa
tu dah boleh bertindak menyelesaikan masalah.

Saya :Masa tu umur berapa kak

Responden :20 tahun.

Saya :Buat masa sekarang, apa cabaran atau masalah yang akak sedang hadapi? Tak
kisahlah dari segi apa pun.

Responden :Kalau ikutkan dari segi pengurusan masa kot. Maksudnya dari segi kerjaya
dan kehidupan peribadi. Maksudnya nak amanage masa tu supaya menjadikan
sesuatu yang kita nak tu terancang, teratur dna siap dalam masa yang
ditetapkan. Contoh dari segi kerjaya, dari segi penaandaan contohnya. Kita
kena uruskan masa tu supaya siapkan pada masa yang ditetapkan, Bila kita
letih, balik rumahkadang-kadang kita tak dapat nak commit pengurusan
mmasa tu untukl urusan-urusan rumah lah. Sebagai ibu, urusan rumah pun kita
nak ang terbaik.. Pengurusanmasa tu kadang2 tak mampou nak buat satu
perkara tu, dan kita akan tangguhkan dia, dan kita tak dpat nak tunaikan dalam
masa yang ditetapkan.

Saya :Boleh setel tak problem ni?

Responden :Boleh, tapi makan masa lah.

Saya :Macam mana tu?

Responden :Selalunya kalau nak selesaikan masalah tu, contohnya akak akan ambik masa,
contohnya kalau ada peluang di hujung minggu. Sebab kita nak selesaikan
perkara tu, tiada ruang untuk kita rilek lah. Masa dah kedepan bila dah bawa
ke depan sesuatu perkara tu, contohnya hujung minggu sepatutnya kita
berehat, tetapi kita terpaksaa selesaikan perkara itu. Sebab tu bagi akak
pengurusan masa tu penting sebenarnya.

Saya :Adakah akak mengamalkan pemakanan yang sihat?

Responden :Memandangkan pada peringkat umur yang macam ni, 42 tahun, sepatiutnya
memang ada amalan pemakanan sihiat, tapi buat masa ni, takdelah semuanya
akak control, maksudnya Dari segi makanan manis-manis tu, akak kontrollah.
Tapi makanan lain tu memang tak lah. Ada tu ada, tapi tak komited
sepenuhnya lah pada makanan sihat. Buat masa ni tidak sepenuhnya lah.

Saya :So, makanan macam fast food, junk food ni ada ambik tak?

56
Responden :Ye, tapi tak serancak zaman muda-muda dulu lah. Zaman muda dulu memang
benda tu ok je. Ta bila dah peringkat macam ni, ada masa-masa kita taknak.
Kadang-kadang tengok tu pun rasa nak muntah.

Saya :Pada pendapat akak, macam mana kualiti kehidupan akak sekarang?

Responden :Kualiti kehidupan ni, bagi akak, merangkumi semua benda. Bukan setakat
pada kepuasan diri sahaja. Kualiti ni maksudnya dari segi kita ni dengan
keluarga, dengan rakan-rakan, dengan kerjaya kita sebenarnya. Walaupun
akak nak semua benda tu perfect, tapi tak sesempurna seperti yang kita
harapkan. Masih ada lagi kelemahan contoh dari segi keluarga. Ada masa tu
terlalu tertumpu sangat dengan kerjaya. Ada masa tu rasa macam terabai jugak
keluarga. Akak rasa macam kualiti hidup akak tu, ok setakat ni, tapi masih ada
kekurangan yang perlu akak topup, maksudnya dari segi kerjaya ataupun dari
segi keluarga.

Saya :Adakah dengan sebab bekerja ni, adakah akak bersetuju sekiranya dikatakan
bahawa akak terpaksa mengorbankan sebahagian kualiti hidup terutamanya
masa dengan keluarga?

Responden :Nak kata bersetuju 100% tu tidak juga lah, sebab kita bekerja pun ada
kepuasan. Kalau dari keluarga tu mestilah sepenuhnya. Tapi kalau dari segi
kerjaya juga, sekiranya kita mampu untuk manage sebaik mungkin sebenarnya
tak mengganggu kehidupan kita. Walaupun kita perlu ada masa tambahan
bukan setakat di dalam organisasi, maksudnya kerja tu kita perlu buat waktu di
luar organisasi tapi maksudnya, pengurusan masa yang cekap tu penting, kita
akan ada juga masa dengan keluarga, tapi kadang-kadang kita nak capai tu tak
tercapai. Biasalah, kadang-kadang bila dah balik tu kita nak buat benda ni
benda ni, tapi kita tak mampu sebab bila dah balik tu kita letih, ataupun kita
ada bawak balik sesuatu (kerja) jadi kita terpaksa anjak masuik dalam waktu
peribadi, jadi itu yang akak kata kualiti masa dengan keluarga tu kadang-kala,
kadang kala tersekat juga lah.

Saya :Jadi kena ada give and take lah ye?

Responden :Ye, kena ada give and take sebenarnya, sebab tu persefahaman dalam family
tu bagi akak sangat penting. Ye lah, bila anak-anak tengok mak ni macam ni,
dia terima kita, takpe, takde masalah pun sebenarnya kan, tapi kita sibuk
kadang-kadang, bila anak tanya, mula lah kita termenung, macam ni macam
ni, nak fokus yang ni. Itu yang kata kualiti (kurang) tu.

Saya :Apa yang anda nak capai secara spesifik sebagai seorang guru? Kira macam
matlamat akak lah.

Responden :Sebenarnya akak dah capai, tapi pada peringkat kecil. Sebenarnya masa akak
pegang SPM, akak nak kelas akak mesti 100% SPM A untuk sejarah, dan
alhamdulillah akak dah 3 kali capai. Sekarang ni akak nak capai sasaran

57
semua pelahar MRSM Gemencheh, semua untuk sejarah takkan ada yang
dapat B. Kat situ kepuasan akak belum capai lagi.

Saya :Adakah kerja jadi cikgu ni menyebabkan akak menjadi stress?)

Responden :Sebenarnya kerja cikgu ni tak stress pun. Bagi akak ianya menyeronokkan.
Cuma kadang kala itulah, pengurusan dari segi masa tu yang penting,
kadangkala kita nak uruskan macam ni macam ni macam ni, kita nak
menanda, mas ani kita nak ni, tu lah yang penting,pengurusan tu yang kita nak
kualitikan. Kalau kita nak siap setakat siap, tapi takde kualiti, susah la jugak
kan. Setakat ni akak rasa, kita sebagai cikgu ni tak stress pun, tak seperti stress
kerja pejabat.

Saya :Apa yang mendorong akak untuk bekerja?

Responden :Yang mendorong akak untuk bekerja Kalau nak diikutkan, sebab ilmu lah kot.
Bila keluar dari universiti kita memang nak menyumbangkan ilmu kita kepada
orang lain. Bagi akak ilmu dan, ye lah zaman hari ni kan, kalau kita belajar
tinggi-tinggi kene pergi kerja lah kot. Sebelum nikaka pernah kerja sebagai
juru audit di butterwoth selama dalam 4 bulan masa lepas SPM, yang tu
cannot go kot, tak boleh pergi. Akak tak rasa itu boleh motivate akak. Tapi
masa akak pernah kerja dekat sekolah agama integrasi, walaupun bukan dalam
bidang akak, maksudnya akak kene ajar math dan BI, JAIS bagi tawaran,
walaupun bukan dalam bidang spesifik kita sendiri, akak terima. Mungkin
sebab akak suka suasana persekolahan kot. Bagi akak kalau yang selain dari
tu, tak motivate kot. Kalau kerja pun, sebab terpaksa kerja lah. Sebab nak cari
duit.

Saya :Sekiranya diberi pilihan untuk kembali ke zaman awal perkahwinan, dan
suami akak mampu menanggung segala keperluan hidup tanpa bantuan akak,
adakah akak akan memilih untuk bekerja juga

Responden :Sebenarnya kalau jiwa akak, akak lebih nak stay kat rumah dan membesarkan
anak-anak. Sebab akak ni suka kepada urusan rumah tangga. Akak suka
memasak, mengemas ke. Kalaulah suami akak bagi tawaran macam tu lah,
akak akan stay kat rumah walaupun akak ada akademik sebab bagi akak,
walaupun kita ada akademik, ada pendidikan, tak semestinya kita akan stop
kat situ, kita boleh sampaikan ilmu yang lain kan. Tapi akak memang akan
pilih yang tu lah.

Saya :Apa yang akak nak capai dalam hidup?

Responden :Mestilah nak jadi yang terbaik. Kalau kakitangan MARA, kakitangan yang
terbaik. Yang boleh bagi sumbangan secara langsung dan tak langsung. Akak
sentiasa pegang, apa yang aku nak buat hari ni, aku akan buat yang terbaik.
Contohnya bila masuk kelas, akak akan rasa puas bila dapat buat yang terbaik
untuk pelajar. Sama juga dengan family, nak jadi ibu yang terbaik untuk anak-

58
anak, maksudnya semua segi, nak jadikan kita kawan pun boleh, nak jadikan
kita mak pun boleh, nak jadikan kita pendengar yang baik pun boleh, tapi
belum sampai lagi lah (sambil ketawa), sibuk dengan benda-benda lain kan.
Begitu jugak sebagai isteri kan, nak jadi isteri yang terbaik, taat pada suami,
tapi tu lah, nak jadi yang terbaik tu memang susahlah, baru sampai 95%, ada
5% lagi. Kena usaha lagi ke arah tu.

Saya :Apa yang menjadi sumber motivasi akak

Responden :Dari segi ketokohan, akak ada 2 orang idola. Yang pertama Profesor Emeritus
Dato. Dr. Nik Safiah Karim dan seorang lagi Dato’ Prof. Dr. Muhaya
Mohamad. Akak rasa macam idola tau, macam mana diorang boleh berjaya
sampai tahap macam ni. Yang Prof Nik Safiah Karim tu akak jadikan dia idola
masa akak dari tingkatan 4 lagi sampailah sekarang. Akak pun suka juga
bahagian kaunseling, tak tahu lah, dalam banyak banyak banyak tu, akak suka
prof Muhaya. Mungkin cara dia bercakap tu lembut, banyaklah. Itu
pendoronglah kot. Kita tengok orang lain berjaya, kita pun nak berjaya.

Saya :Baik lah kak. Saya rasa sampai sini saje interview kita. Ni pun dah cukup
panjang ni.

Responden :Tu lah. Sama-sama. Takpe, yang mana kak boleh tolong, akak tolong.

59
60

Anda mungkin juga menyukai