Anda di halaman 1dari 19

SEJARAH TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi berasal dari dua kata dalam Bahasa Yunani iaitu tassein bererti

mengklasifikasi dan nomos yang bererti aturan. Dengan ini, Taksonomi bererti klasifikasi

hierarki atas prinsip dasar atau aturan. Istilah ini kemudian digunakan oleh Benjamin Samuel

Bloom, seorang psikologi bidang pendidikan yang melakukan penelitian dan pengembangan

mengenai kemampuan berfikir dalam proses pembelajaran. Bloom, lahir pada 21 Februari

1913 di Lansford, Pennsylvania dan berhasil meraih Ijazah Kedoktoron dalam bidang

Pendidikan dari ‘The University of Chicago’ pada tahun 1942. Beliau dikenali sebagai

penasihat dan aktivis antarabangsa dalam bidang Pendidikan dan berhasil membuat

perubahan besar dalam sistem pendidikan di India. Beliau mendirikan The International

Association for the Evaluation of Educational Achievement, the IEA dan mengembangkan

the Measurement, Evaluation and Statistical Analysis (MESA) program pada University of

Chicago. Di akhir hayatnya, Bloom memegang jawatan sebagai ‘Chairman of Research and

Development Committees of the College Entrance Examination Board’ dan ‘The President of

the American Educational Research Association’. Beliau meninggal dunia pada 13

September 1999.

Sejarah Taksonomi Bloom bermula pada awal tahun 1950-an, di ‘American

Phychological Association Conference’, Bloom dan kawan-kawan mengemukakan bahawa

dari penilaian hasil pembelajaran dari sekolah, ternyata peratus soalan terbanyak yang

diajukan hanya meminta pelajar untuk menyatakan hafalan mereka. Persidangan tersebut

merupakan lanjutan dari persidangan yang dilakukan pada tahun 1948. Menurut Bloom,

hafalan sebenarnya merupakan aras terendah dalam kemampuan berfikir (thinking

behaviours). Masih banyak aras lain yang lebih tinggi yang harus dicapai agar proses

pembelajaran dapat menghasilkan pelajar yang berpengetahuan luas dalam bidang masing-

masing.
Akhirnya pada tahun 1956, Bloom beserta kawan-kawanya Englehart, Furst, Hill dan

Krathwohl berhasil mengembangkan konsep kemampuan berfikir yang dinamakan

‘Taxonomy Bloom’. Pada tahun 1956 juga, terbitlah karya ‘Taxonomy Of Educational

Objective Cognitive Domain’, dan pada tahun 1964 terbitlah karya ‘Taxonomy Of

Educational Objectives, Affective Domain’, dan karyanya yang berjudul ‘Handbook on

Formative and Summatie Evaluation of Student Learning’ pada tahun 1971 serta karyanya

yang lain ‘Developing Talent in Young People’ (1985). Taksonomi Bloom adalah struktur

hierarki yang mengenalpasti kemahiran bermula dari aras yang rendah hingga ke tinggi.

Untuk mencapai matlamat aras yang lebih tinggi, aras yang lebih rendah harus dipenuhi

terlebih dahulu.

Taksonomi Bloom mengkasifikasikan sasaran atau tujuan Pendidikan menjadi tiga

domain (ranah kawasan) iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Ranah Kognitif (Cognitif

Domain) mengandungi tingkah laku yang menekankan aspek intelektual, seperti

pengetahuan, dan kemahiran berfikir. Bloom membahagikan ranah kognitif pada enam

tingkat atau kategori iaitu pengetahuan (knowledge), pemahaman (comprehension),

penerapan (application), analisis (analysis), sintesis (synthesis) dan evaluasi (evaluation).

Ranah Afektif (Affective Domain) merupakan tingkah laku berkaitan dengan emosi

seperti perasaan, nilai, minat, motivasi, dan sikap. Pembahagian ranah afektif ini disusun oleh

Bloom Bersama dengan David Krathwol, iaitu penerimaan (receiving), menanggapi

(responding), penilaian atau penentuan sikap (valuing), organisasi (organization) dan

pembentukan pola hidup (characterization by a value).

Ranah Psikomotor mengandungi tingkah laku yang menekankan keterampilan/

kebolehan fizikal. Pembahagian dalam ranah ini tidak dibuat oleh Bloom, sebaliknya dibuat

oleh ahli lain berdasarkan ranah yang dibuat oleh Bloom. Ranah ini terdiri daripada persepsi

(perception), kesiapan (set), gerakan terbimbing (guided response), gerakan yang terbiasa
(mechanical response), gerakan yang kompleks (complex response), penyesuaian pola

gerakan (adjustment), dan kreativiti (creativity). Biasanya ketiga ranah ini dikaitkan dengan

‘Knowledge, Skill and Attitude’ (KSA). Kognitif menekankan pada ‘Knowledge’, Afektif

pada ‘Attitude’ dan Psikomotor pada ‘Skill’. Aras ranah kognitif ini dapat digambarkan

dalam bentuk pyramid seperti di bawah:


Tiga aras pertama (terbawah) merupakan ‘Lower Order Thinking Skill’, manakala tiga aras

berikutnya ‘Higher Order Thinking Skill’.

ARAS SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi Bloom digunakan dalam penghasilan soalan peperiksaan bagi tujuan

akademik, pihak kementerian dan guru-guru pakar juga membentuk dan membina soalan

menggunakan konsep ini sebagai satu penanda aras atau kayu ukur sebelum soalan dibuat.

1) Aras: Pengetahuan

 Ciri Soalan : Memerlukan pelajar mengingat semula. Jawapan pelajar menggunakan

bahasa asal

 Contoh Kata Kerja : Labelkan, Senaraikan, Nyatakan, Manakah, Apakah, Berikan,

dan lain-lain.

Soalan berasaskan pengetahuan

Apakah maksud perkataan ‘culas’

A. rajin C. lalai

B. malas D. cergas

2) Aras: Kefahaman

 Ciri Soalan : Memerlukan pelajar memahami fakta dan menghuraikannya, memberi

contoh atau illutrasi dalam bahasanya sendiri.

 Contoh Kata Kerja : Terangkan, Jelaskan, Huraikan, Tukarkan, Mengapakah dan

lain-lain.
Soalan berasaskan kefahaman

Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai mencari kerja.


Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan tersebut
A. Ada ubi ada batas
B. Ada gula ada semut
C. Ada udang disebalik batu
D. Banyak udang banyak ragam

(LENAKA A/P VADIVALU)

3) Aras : Aplikasi

 Ciri Soalan : Memerlukan pelajar menyelesaikan masalah ‘non-routine’ atau masalah

baru. Ciri soalan adalah ‘problem-solving’. Masalah diselesaikan dengan cara

tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah

penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.

 Contoh Kata Kerja : Selesaikan, Binakan, Carikan, Tunjukkan, Kirakan,

Demostrasikan dan lain-lain.

Soalan berasaskan aplikasi

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

i. ‘Radio ini ada kelasnya yang tersendiri,’ kata Adib.

ii. ‘Jangan makan di dalam kelas!’ kata pegawas itu.

iii. Mereka masyarakat kelas menengah

iv. Kulitnya kelas kerana terkena api

A. i, ii dan iv sahaja

B. ii, iii dan iv sahaja

C. I, ii, dan iii sahaja


4) Aras : Analisis

 Ciri Soalan : Memerlukan pelajar menganalisis, memecah/ mecerakinkan fakta untuk

mengkaji unsur-unsurnya secara mendalam termasuk membanding, membeza,

mengupas dan membukti.

 Contoh Kata Kerja : Bandingkan, Bezakan, Buktikan, Beri sebab, Buat analisis,

Cerakinkan, Tafsirkan dan lain-lain.

Soalan berasaskan analisis

Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan berikut

Tiba-tiba aku tersedar,

Lamunan yang merugikan terlepas kini,

Sejarah hempedu pahit ku lupakan,

Kini, ku semaikan benih-benih harapan,

Bersama jutaan impian,

Aku kan tempuh segala cabaran.

Ku semai benih-benih harapan bermaksud.

A. Pemuisi menanamkan cita-cita untuk berjaya

B. Pemuisi belajar dengan bersungguh-sungguh

C. Pemuisi menanam benih-benih baru di ladangnya

D. Pemuisi mengharapkan dirinya tidak dilupakan

(SUNTHARAVALLI A/P VADIVALU)

5) Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid

untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras
sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi

dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada

orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik

untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu

rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu

hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set

hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena

atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi berdasarkan

maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor
Soalan pada aras penilaian ini menggalakkan pelajar menggunakan
kriteria untuk menilai atau mengadili sesuatu.

Contoh ayat bagi aras ini ialah Adakah kesimpulan yang dibuat oleh
kumpulan itu sejajar dengan data yang diidapati dari kajian tersebut?

yang diberi.

6) Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid

menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu

membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan,

sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti

tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian

ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea,
kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana

sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian

juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu

menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain.

Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu

hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari

segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang

dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama,

generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.

Soalan pada aras sistesis ini melihat tentang kreativiti pelajar dalam
melahirkan ciptaan yang baru.

Contoh ayat bagi aras ini seperti Apakah cara yang anda fikirkan baik
untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan dalam situasi
tersebut  ?

(GOH SOO LING)


SEMAKAN SEMULA TAKSONOMI BLOOM

Pada tahun 1994, salah seorang murid Bloom, Lorin Anderson Keathwohl dan para

ahli psikologi aliran kognitif memperbaiki taksonomi bloom agar sesuai dengan kemajuan

zaman. Hasil perbaikan tersebut diterbitkan pada tahun 2001 dengan nama Revisi Taksonomi

Bloom. Revisi hanya dilakukan pada ranah kognitif. Revisi tersebut meliputi:

1. Perubahan kata kunci dari kata benda menjadi kata kerja untuk setiap aras taksonomi.

2. Perubahan hampir terjadi pada semua aras hierarki, tetapi urutan aras masih sama iaitu dari

urutan rerendah hingga tertinggi. Perubahan asas terletak pada aras 5 dan aras 6.

Perubahan-

perubahan tersebut dapat dijelaskan seperti berikut:

Pada aras 1, ‘knowledge’ diubah menjadi ‘remembering’ (menghafal)

 Menghafal (Remembering): menarik kembali informasi yang tersimpan dalam memori

jangka panjang. Mengingat merupakan proses kognitif yang paling rendah

tingkatannya. Untuk mengkondisikan agar “mengingat” bisa menjadi bahagian belajar

bermakna, tugas mengingat hendaknya selalu dikaitkan dengan aspek pengetahuan

yang lebih luas dan bukan sebagai suatu yang lepas dan terisolasi. Kategori ini

mencakup dua macam proses kognitif: mengenali (recognizing) dan mengingat

(recalling).

 Mengenali (Recognizing): mencakup proses kognitif untuk menarik kembali


informasi yang tersimpan dalam memori jangka panjang agar dapat

membandingkan dengan informasi yang baru. Contoh: Menyebutkan urutan alat

pencernaan makanan dari mulut hingga anus.

 Mengingat (Recalling): menarik kembali informasi yang tersimpan dalam memori

jangka panjang dengan menggunakan petunjuk yang ada. Contoh: Pada saat

ditunjukkan sejumlah tumbuhan siswa dapat mengingat nama-nama ilmiah

tumbuhan tersebut.

Pada aras 2, ‘comprehension’ diubah menjadi ‘understanding’ ( memahami)

 Memahami (Understanding): mengkonstruk makna atau pengertian berdasarkan

pengetahuan awal yang dimiliki, atau mengintegrasikan pengetahuan yang baru ke

dalam skema yang telah ada dalam pemikiran siswa. Kategori memahami mencakup

tujuh proses kognitif: menafsirkan (interpreting), memberikan contoh (exemplifying),

mengkelasifikasikan (classifying), meringkas (summarizing), menarik inferensi

(inferring), membandingkan (comparing), dan menjelaskan (explaining).

 Menafsirkan (interpreting): mengubah dari satu bentuk informasi ke bentuk

informasi yang lainnya, misalnya dari tulisan ke grafik atau gambar atau

sebaliknya dari tulisan ke angka atau sebaliknya, maupun dari kata-kata ke

kata-kata, misalnya meringkas atau membuat parafrase.

 Memberikan contoh (exemplifying): memberikan contoh dari suatu konsep atau

prinsip yang bersifat umum. Memberikan contoh menuntuk kemampuan

mengidentifikasi ciri khas suatu konsep dan selanjutnya menggunakan ciri

tersebut untuk membuat contoh.

 Mengkelasifikasikan (classifying): Mengenali bahawa sesuatu (benda atau

fenomena) masuk dalam kategori tertentu. Termasuk dalam kemampuan

mengkelasifikasikan adalah mengenali ciri-ciri yang dimiliki suatu benda atau


fenomena.

 Meringkas (summarising): membuat suatu pernyataan yang mewakili seluruh

informasi atau membuat suatu abstrak dari sebuat tulisan. Meringkas menuntut

siswa untuk memilih inti dari suatu informasi dan meringkasnya. C

 Menarik inferensi (inferring): menemukan suatu pola dari sederetan contoh atau

fakta.

 Membandingkan (comparing): mendeteksi persamaan dan perbedaan yang

dimiliki dua obyek atau lebih.

 Menjelaskan (explaining): mengkonstruk dan menggunakan model sebab-akibat

dalam suatu system.

Pada aras 3, ‘application’ diubah menjadi ‘applying’ (mengaplikasikan)

 Mengaplikasikan (Applying): mencakup penggunaan suatu prosedur guna

menyelesaikan masalah atau mengerjakan tugas. Oleh karena itu mengaplikasikan

berkaitan erat dengan pengetahuan prosedural. Namun tidak berarti bahwa kategori

ini hanya sesuai untuk pengetahuan prosedural saja. Kategori ini mencakup dua

macam proses kognitif: menjalankan (executing) dan mengimplementasikan

(implementing).

 Menjalankan (executing): menjalankan suatu prosedur rutin yang telah dipelajari

sebelumnya. Langkah-langkah yang diperlukan sudah tertentu dan juga dalam

urutan tertentu. Apabila langkah-langkah tersebut benar, maka hasilnya sudah

tertentu pula. Contoh: menghitung jumlah gamet dengan 2, 6, dan 17 sifat beda.

 Mengimplementasikan (implementing): memilih dan menggunakan prosedur yang

sesuai untuk menyelesaikan tugas yang baru. Contoh: Setelah melakukan

percobaan fotosintesis “Ingenhouz”, siswa merancang percobaan serupa untuk

tumbuhan darat.
Pada aras 4, ‘analysis’ diubah menjadi ‘ analyzing’ (menganalisis)

 Menganalisis (Analyzing): menguraikan suatu permasalahan atau objek ke unsur-

unsurnya dan menentukan bagaimana saling keterkaitan antara unsur-unsur tersebut.

Terdapat tiga proses kognitif yang tercakup dalam menganalisis: menguraikan

(differentiating), mengorganisir (organizing) dan menemukan pesan tersirat

(attributting).

 Menguraikan (differentiating): menguraikan suatu struktur berdasarkan relevansi,

fungsi dan kepentingannya.

 Mengorganisir (organizing): mengidentifikasi unsur-unsur suatu keadaan dan

mengenali bagaimana unsur-unsur tersebut terkait satu sama lain untuk membentuk

suatu struktur yang padu.

 Menemukan pesan tersirat (attributting): menemukan sudut pandang, bias, dan

tujuan dari suatu bentuk komunikasi.

Pada aras 5, ‘synthesis’ dinaikkan aras menjadi aras 6 dengan perubahan mendasar, iaitu

‘creating’ (mencipta). Pada aras 5 ialah ‘Evaluating’ (Menilai).

 Menilai(Evaluating): membuat suatu pertimbangan berdasarkan kriteria dan standar

yang ada. Ada dua macam proses kognitif yang tercakup dalam kategori ini:

memeriksa (checking) dan mengritik (critiquing).

 Memeriksa (Checking): Menguji konsistensi atau kekurangan suatu karya berdasarkan

kriteria internal (kriteria yang melekat dengan sifat produk tersebut).

 Mengritik (Critiquing): menilai suatu karya baik kelebihan maupun kekurangannya,

berdasarkan kriteria eksternal.

Pada aras 6, ‘evaluation’ diturunkan ke aras 5, menjadi ‘evaluating’ (menilai). Pada aras 6

ialah ‘Creating’ (Mencipta).


 Mencipta (creating): menggabungkan beberapa unsur menjadi suatu bentuk kesatuan.

Ada tiga macam proses kognitif yang tergolong dalam kategori ini, iaitu: membuat

(generating), merencanakan (planning), dan memproduksi (producing).

 Membuat (generating): menguraikan suatu masalah sehingga dapat dirumuskan

berbagai kemungkinan hipotesis yang mengarah pada pemecahan masalah

tersebut.

 Merencanakan (planning): merancang suatu metode atau strategi untuk

memecahkan masalah.

 Memproduksi (producing): membuat suatu rancangan atau menjalankan suatu

rencana untuk memecahkan masalah.

Perubahan istilah dan pola aras taksonomi bloom dapat digambarkan seperti di bawah:
(SUNTHARAVALLI A/P VADIVALU & GOH SOO LING)

PENDAPAT PENYELIDIK/PARA SARJANA MENGENAI TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi Bloom telah banyak memberi impak positif kepada pengamal serta kumpulan

sasar mereka terutama dalam bidang pendidikan. Taksonomi Bloom mempunyai tiga

taksonomi di dalamnya, iaitu matlamat berasaskan pengetahuan, matlamat berasaskan

kemahiran serta matlamat berpengaruh (lebih kepada keperibadian seseorang) (Susan White,

2010). Walaupun Taksonomi Bloom rata-ratanya difahami sebagai sebuah kaedah khas untuk

pendidikan, penggunaannya selain bidang pendidikan masih wujud. Sarjana M. Francis

Reeves (1990) beranggapan bahawa Taksonomi Bloom dapat mengasah matlamat pengajaran

dan ujian dalam lain-lain bidang. Antara bidang yang dimaksudkan oleh Sarjana M. Francis

Reeves (1990) adalah pengajian alam sekitar, perubatan, komputer dan etika undang-undang.

Beliau menegaskan bahawa dengan pengaplikasian Taksonomi Bloom dalam pelbagai bidang
menyebabkan teknik penialaian untuk mengukur tahap kejayaan menjadi lebih jelas. Jelaslah

bahawa tahap kejayaan yang jelas adalah kerana Taksonomi Bloom menyenangkan tugasan

dalam merancang kurikulum dan pengalaman pembelajaran.

Selain itu, sarjana Susan White (2010) menyatakan bagaimana Taksonomi-taksonomi

yang diperkenalkan oleh Bloom boleh dimasukkan dalam kurikulum pembelajaran dan dinilai

keberkesanannya. Beliau menegaskan salah satu cara adalah dengan memperkenalkan

pemikiran kritis dalam kajian kes, simulasi, aplikasi komputer dan kerja kumpulan. Susan

White juga menyatakan bahawa Taksonomi Bloom boleh digunakan dalam kursus Etika

Perniagaan. Selain itu, Susan White (2010) juga ada membincangkan bahawa Taksonomi ini

boleh digunakan dalam kelas perakaunan yang beliau anggap boleh menggalakkan

pembelajaran tahap tinggi. Beliau menjelaskan lagi situasi ini dengan menyatakan

penggunaannya dalam isu semasa, penghasilan carta alir, penghasilan rancangan perniagaan

dan dalam menghasilkan kajian berilmiah.

(SATIS A/L RAMASAMY)

Antara kajian yang telah dikemukakan oleh Bloom adalah mengenai perubahan

dalam etika manusia (Bloom, 1964). Beliau mendapati bahawa ia dapat diramalkan

daripada pencapaian individu daripada data yang diperoleh tahun sebelumnya. Oleh itu,

kedudukan akademik pelajar apabila mereka mencapai usia awal boleh diramalkan

daripada kestabilan manifestasi determinasi genetic, apa yang disimpulkan oleh Bloom

ialah determinasi sedemikian akan melemahkan pengajaran yang berkesan.

Kokurikulum digunakan sebagai salah satu cara untuk membantu mencapai matlamat

pendidikan. Pandangan Bloom mengenai pembelajaran ialah iconoclastic. Pada asasnya

mesej Bloom kepada dunia pendidikan ialah untuk memberi tumpuan kepada

pencapaian sasaran dan untuk mengingkari matlamat sekolah-sekolah yang hanya ingin

mengenal pasti mereka yang paling cepat.


Selain itu, Bloom juga menekankan bahawa kecekapan bukanla isu tetapi

pencapaian atau penguasaan adalah penting dan ia adalah model yang sepatutnya

digunakan dalam usaha membangun program pendidikan untuk golongan muda. Bloom

juga percaya bahawa pembelajaran kendiri adalah pendekatan optimis untuk

merealisasikan matlamat pendidikan. Selain itu, kanak-kanak yang menikmati faedah

tabiat, sikap, kemahiran lingustik dan kebolehan kognitif boleh berjaya dalam hidup.

Alam sekitar juga memainkan peranan penting dalam memberi peluang kepada mereka

yang sedia ada. Oleh itu sokongan jua perlu diberikan kepada mereka yang tidak

miliki supaya ada perubahan positif dalam diri mereka. Selain itu, Bloom juga

menekankan bagaimana pemikiran tinggi dapat dipromosikan. Bloom juga menekankan

bahawa dalam pembelajaran pelajar tidak patut dibandingkan tetapi perlu membantu

mereka mendapat pencapaian cemerlang dalam akademik. Proses pengajaran perlu

ditujukan kepada mereka secara progresif dan intelektual untuk realisasi objektif yang

menentukan matlamat kokurikulum. Bloom telah memilih pembelajaran ilmu

pengetahuan untuk mencapai matlamat pembelajaran. Bagi Bloom untuk mencapai

matlamat ini ia memerlukan banyak masa. Setiap pelajar mempunyai masa yang

berbeza untuk mencapai matlamat pembelajaran. Pendidikan bukan satu perlumbaan

dan pelajar perlu membantu antara satu sama lain. Untuk memberikan keistimewaan

kepada mereka yang sudah mempunyai permulaan yang baik adalah untuk mencipta

pelbagai ketidaksamaan yang akan memberi kesan sosial yang luar biasa. Proses

pengajaran perlu ditujukan kepada mereka secara progresif dan intelektual untuk

realisasi objektif yang menentukan matlamat kokurikulum. Setiap pelajar mempunyai

masa yang berbeza untuk mencapai matlamat pembelajaran.

Secara am Ben Bloom telah memberi pendidikan secara rasional bagi mencapai

matlamat pendidikan. Beliau percaya bahawa pendekatan seperti kokurikulum


pengajaran dan penilaian membantu pelajar mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Keyakinannya tentang kuasa persekitaran mempengaruhi prestasi manusia mungkin tidak

digambarkan lebih baik daripada dalam bukunya Membangunkan bakat di kalangan

remaja (Bloom et al, 1985). Di dalam buku tersebut beliau menunjukkan bahawa orang

dewasa yang terkenal di dunia seperti pemain tenis juara, ahli matematik dan saintis,

penulis yang memenangi anugerah jarang dianggap sebagai prodigies kanak-kanak.

Bloom menemui bahawa perhatian dan sokongan individu yang diterima di rumah

daripada ibu bapa mereka adalah penting dalam membantu pencapaian cemerlang

dalam akademik. Pencapaian adalah hasil daripada pembelajaran, dan pembelajaran

dipengaruhi oleh peluang dan usaha. Pada pandangan Bloom terhadap realisasi

keupayaan manusia membentangkan satu peranan yang optimistik untuk pendidikan.

Ramai pelajarnya juga mempelajari kesan persekitaran terhadap prestasi pelajar.

Sebagai contoh, Dave (Dave, 1963) mengkaji persekitaran pendidikan di rumah

dan melihat perbezaan pencapaian antara adik-beradik yang menemui yang satu itu

perlu dibincangkan tidak semata-mata tentang persekitaran pendidikan rumah, tetapi

sebaliknya persekitaran pendidikan untuk orang tertentu di rumah. Beliau mendapati ibu

bapa sering menyediakan peluang dan sokongan yang berlainan kerana jangkaan yang

berlainan bagi setiap anak-anak mereka. Apa yang disediakan dan kesannya tidak dapat

dipelajari oleh pelajar, bukan sahaja di sekolah tetapi juga dalam kehidupan di luar

sekolah. Kesimpulannya, banyak faktor yang mempengaruhi dalam pencapaian

pendidikan.

(JAYASEGARI A/P KULASEKARAN)


BIBLIOGRAFI

Anderson, Lorin W. and David R. Krathwohl. ‘A Taxonomy for Learning, Teaching, and

Assessing’. New York: Longman, 2001.

Azmawati, Azman Azwan & Zainal, Azlena (2008). Pengaplikasian Teknik Berfikir. Pulau

Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Bloom, B.S., (Ed.). Taxonomy of Educational Objectives: ‘The Classification of Educational

Goals: Handbook I, Cognitive Domain’. New York: Longman, 1956. pp.7-8.


Hj. Abdullah, Abdul Rahman (2005). “Perbandingan Pemikiran Barat dan Pemikiran Islam

Dalam Menyelesaikan Masalah-Masalah Manusia,” Falsafah dan Kaedah Pemikiran. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Krathwohl,D.R (2002). ‘A Revision of Bloom’s Taxanomy: An Overview.’ Theoryy into

Practice,41(4): pp.212-218.

Krathwohl,D., Bloom, B., & Masia, B. (1956). Taxonomy of educational Objectives.

Handbook II: Affective Domain. New York: David Mckay.

Lok, Chong Hoe, Peter Gan, Chong Beng & Ab Razak, Ratna Roshida (2009). Pemikiran

Kritis.Shah Alam: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Reeves, M. Francis (1990). “An Application of Bloom’s Taxonomy to The Teaching of

Business Ethics,” Journal of Business Ethics, hlm 609-610.

Simpson E. (1972). The classification of educational objectives in the psychomotor domain.

Washington, DC: Gryphon House.

White, Susan (2010). Bloom’s Taxonomy: Progression In The Finance Lab, Maryland:

University of Maryland, hlm 2-3.

Anda mungkin juga menyukai