Anda di halaman 1dari 18

Taksonomi Bloom

Benjamin Bloom merupakan pengasas kepada teori Taksonomi Bloom pada


tahun 1956 . Beliau telah memperkenalkan satu heirarki kognitif dalam Taxonomy
Of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive Domain (New York: David McKay)
yang dipetik dari laman sesawang, cikguwandhia.blogspot.com. Teori ini disusun
dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif
atau pengetahuan seperti fakta, teori dan hukum yang dapat membantu guru
membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Tujuan teori
Taksonomi Bloom adalah membina kebolehan, pemikiran, dan pemahaman seperti
mencari isi penting daripada petikan yang dibaca.

Menurut Dr Abu Bakar Nordin, Asas Penilaian Pendidikan, kebaikan teori ini
adalah perkembangan pemikiran adalah satu daripada objekitf di dalam pelajaran.
Dengan adanya penekanan kepada perkembangan ini, sudah tentu terdapat
panduan – panduan kepada semua pihak ke arah mana perkembangan itu berlalu.
Hal ini bermakna bahawa guru perlu mengetahui permulaan dan pengakhirannya
supaya satu rancangan dan kegiatan sistematik dibuat bagi mencapai
perkembangan yang setinggi-tingginya. Terdapat enam peringkat dalam hirarki
domain kognitif iaitu :

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian


Menurut Aqilah B. Huddin, W.M. Diyana W. Zaki, Aini Hussain Hafizah
Husain dan Nor Fadzilah Abdullah dalam penulisan jurnal mereka yang bertajuk
Perlaksanaan Penggunaan Taksonomi Bloom bagi Mengukur Kesesuaian Tahap
dan Menjamin Keberkesanan Outcome Kursus, terdapat juga pelbagai pecahan
dalam domain kognitif taksonomi Bloom. Antaranya matriks spesifikasi yang
digunakan dalam pecahan domain kognitif adalah dengan menyusun setiap aras
secara bertingkat atau menggabungkan 3 aras tertinggi dalam satu tingkat, seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Aras
tinggi

Aras
sederhana

Aras rendah

Rajah 1 : Pecahan Domain Kognitif Taksonomi Bloom

(Sumber Anderson & Krathwohl,2001).


Hirarki Kognitif Taksonomi Bloom

Terdapat enam peringkat yang bermula dari aras rendah hingga aras yang
lebih tinggi iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis,sintesis dan penilaian.
Menurut Dr Abu Bakar Nordin, Buku Asas Penilaian Pendidikan,teori yang
dikemukakan ini dipertingkatkan dengan menegaskan sebelum yang tingginya itu
dapat dicapai yang rendah mesti dicapai terlebih dahulu.

Pengetahuan

Menurut Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir dalam buku Pentaksiran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah, pengetahuan bermaksud mengingat kembali
perkara-perkara khusus, universal, proses dan juga struktur pada pembelajaran
yang lepas. Menurut Dr Abu Bakar Nordin, Asas Penilaian Pendidikan pula
pengetahuan ialah meliputi semua tingkah laku yang menekankan pengenalan dan
pengingatan idea,pendapat,prinsip,bahan, prosedur dan peristiwa yang berlaku.
Tingkahlaku ini ditunjukkan dalam bentuk asalnya. Walaupun terdapat perubahan –
perubahan tetapi tidak memberi sebarang pengiraan. Pengetahuan juga disusun dari
konkrit kepada yang luas dan abstrak.

Pengetahuan tentang perkara khusus dapat dibahagikan kepada dua jenis


iaitu pertama adalah berkait dengan istilah yang berbentuk perkataan dan juga
simbol. Istilah-istilah ini memberi makna yang tepat dan dapat mengelakkan
keraguan. Contohnya, istilah-istilah yang digunakan dalam geografi mahupun dalam
bahasa. Kedua adalah pengetahuan yang berkait rapat dengan perkara-perkara
tertentu seperti tokoh, peristiwa dan tarikh bersejarah yang patut diingat.

Domain pengetahuan juga mempunyai kaitan dengan cara


mengkritik,mempertimbangkan, mengkaji dan mengolah. Oleh itu, murid-murid
sepatutnya mampu untuk memahami peristiwa, mengklasifikasikan, menyusun
kriteria dan mempunyai pengetahuan dalam kaedah serta metodologi.
Dalam penggubalan soalan, istilah yang digunakan bagi aras ini adalah
nyatakan,terangkan,namakan,labelkan.

Contoh Soalan Aras Pengetahuan

Soalan 1
Melalui soalan ini,pelajar akan tahu bila terbentuknya Malaysia.
Bilakah terbentuknya Malaysia?
- Malaysia telah terbentuk pada  16 September 1963. Ia dianggotai oleh Tanah
Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Soalan 2
Apakah maksud perkataan culas ?

A Rajin

B Lalai

C Malas

D Cergas

Kefahaman

Menurut Aqilah B. Huddin, W.M. Diyana W. Zaki, Aini Hussain Hafizah


Husain dan Nor Fadzilah Abdullah dalam penulisan jurnal mereka yang bertajuk
Perlaksanaan Penggunaan Taksonomi Bloom bagi Mengukur Kesesuaian Tahap
dan Menjamin Keberkesanan Outcome Kursus, kefahaman ialah mengubah
kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-
idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep,
menterjemah draf. Kefahaman juga merujuk kepada kemahiran memahami sesuatu
perkara yang juga merupakan unsur penting objektif tingkah laku. Oleh itu, untuk
memhami sesuatu perkara, proses mengingat adalah diutamakan.
Kefahaman dapat dikategorikan kepada tiga jenis iaitu menterjemah,
interpretasi dan ekstrapolasi. Menterjemah adalah apabila bentuk komunikasi
diterjemah kepada bentuk yang lain tanpa mengubah makna asalnya. Interpretasi
pula ialah melibatkan berbagai-bagai bentuk komunikasi. Setelah bentuk-bentuk ini
difahami, unsur – unsur di dalam komunikasi terpaksa di susun semula supaya
dapat memberi penerangan yang bermakna. Ketiga ialah ekstrapolasi ialah
membuat anggaran yang timbul daripada komunikasi yangt ditunjukkan. Melalui
anggaran, inferens boleh dibuat tentang kesan dan implikasi yang berkaitan.

Dalam penggubalan soalan, istilah yang digunakan bagi aras ini adalah pilih,
terangkan dan tulis semula.

Contoh Soalan Aras Pemahaman

Soalan 1

1. Melalui soalan ini,pelajar akan dapat mengetahui mengenai jenis-jenis sumber


yang boleh dijadikan rujukan untuk mengkaji mengenai Malaysia.

2 . Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembentukan Malaysia,banyak


sumber-sumber yang boleh dirujuk untuk tujuan tersebut. Apakah antara sumber-
sumber tersebut?

Antara sumber-sumber yang boleh dirujuk untuk mengetahui mengenai


sejarah pembentukan Malaysia ialah Dokumen-dokumen yang masih tersimpan di
Arkib,Muzium dan juga pihak persendirian. Dokumen seperti dokumen pengistiharan
Malaysia boleh dirujuk untuk mengetahui mengenai sejarah Malaysia. Selain itu
ialah catatan-catatan yang dilakukan oleh ahli sejarah yang terlibat dengan peristiwa
terbabit. Selain itu, sumber lisan daripada mereka yang pernah terlibat dalam
peristiwa kemerdekaan tersebut juga boleh diambil untuk mengetahui mengenai
pembentukan Malaysia. Selain itu,surat rasmi kerajaan,surat peribadi tokoh terlibat
juga boleh menjadi dalil untuk mengetahui peristiwa pembentukan Malaysia. Selain
itu,akhbar-akhbar yang terbit pada zaman itu juga boleh dijadikan rujukan oleh
pengkaji sejarah Malaysia untuk mengetahui dengan lebih lanjut peristiwa
pembentukan Malaysia.

Soalan 2

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi penyataan di bawah.


Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari pekerjaan.
A. Ada ubi ada batas
B. Ada gula ada semut
C. Ada udang di sebalik batu
D. Banyak udang banyak ragam

Aras Aplikasi

Aras ini merupakan aras yang ketiga dalam Taksonomi Bloom. Menurut
laman sesawang Wadah Pelajar IPG, aras ini menguji keupayaan pelajar
menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan
murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan
masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi
mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Aras ini juga menggunakan
maklumat dalam situasi yang baru termasuk menyelesaikan masalah. Perkataan
yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan,
tunjukkan dan susunkan.

Contoh soalan Aras Aplikasi

Soalan 1

Pada soalan ini,pelajar akan dapat mengetahui kenapa Singapura di singkirkan


daripada Malaysia.

1 . Singapura telah bersetuju untuk menjadi salah sebuah Negara yang terlibat
dengan pembentukan Malaysia. Namun selepas hanya 2 tahun, Singapura telah
dikeluarkan oleh Tunku Abdul Rahman daripada Malaysia. Kenapakah Tunku
bertindak demikian?

- Antara sebab kenapa Tunku Abdul Rahman berbuat demikian kerana merasakan
PAP mungkir janji dan cuba menyebarkan pengaruhnya kedalam Tanah Melayu
sekaligus melanggar perjanjian yang telah disepakati selama ini. Dalam perjanjian
tersebut,PAP tidak akan menyebarkan pengaruhnya kedalam Tanah Melayu dan
begitu juga MCA tidak akan menyebarkan pengaruhnya di Singapura. Malangnya,
PAP telah melanggar persetujuan tersebut dengan menyebarkan pengaruhnya di
Tanah Melayu. Hal ini telah menyebabkan pengaruh MCA dalam kalangan kaum
Cina telah tersebut. Untuk mengatasi masalah yang berlaku ini, Tunku Abdul
Rahman telah memberikan kemerdekaan yang berasingan kepada Singapura.

Soalan 2

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris


dengan betul.
i. “Radio ini ada kelasnya yang tersendiri,” kata Adib.
ii. “Jangan makan di dalam kelas!” kata pengawas itu.
iii. Mereka masyarakat kelas menengah.
iv. Kulitnya kelas kerana terkena api.
A. I, ii dan iv sahaja
B. Ii, iii dan iv sahaja
C. I,ii dan iii sahaja
D. I ,ii ,iii dan iv sahaja

Aras Analisis

Analisis merupakan aras keempat dalam Taksonomi Bloom. Aras ini


mengkehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur
kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan
keupayaan pelajar mengenalpasti unsur – unsur dan struktur. Jenis-jenis aras
analisis adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid
menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur
yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti
dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu
mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan
sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras
analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan
pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan
melihat perkaitan antara komponen.

Istilah yang digunakan bagi aras analisis ialah bandingkan, bezakan,


buktikan, beri sebab, buat analisis, cerakinkan, pilih, dan tafsirkan,

Contoh soalan bagi aras analisis

Soalan 1

Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan


di bawah.
Tiba-tiba aku tersedar
Lamunan yang merugikan terlepas kini
Sejarah hempedu pahit ku lupakan
Kini, ku semaikan benih-benih harapan
Bersama jutaan impian
Aku kan tempuh segala cabaran

Ku semai benih-benih harapan bermaksud


A. Pemuisi menanamkan cita-cita untuk berjaya
B. Pemuisi belajar dengan bersungguh-sungguh
C. Pemuisi menanam benih-benih baru di ladangnya
D. Pemuisi mengharapkan dirinya tidak dilupakan
Aras Sintesis

Aras sintesis merupakan aras yang kelima dalam Taksonomi Bloom. Aras ini
memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih
jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu
pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea,
perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis
dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori
yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang
ketiga adalah kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan
kebolehan membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori,
hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta.
Contohya kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan
dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi.

Istilah yang digunakan dalam aras sintesis ialah rancangkan, rumuskan,


sediakan, cadangkan, karangkan, gubahkan,susunkan, hasilkan,kembangkan dan
binakan.

Contoh soalan sintesis

Soalan 1

Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi pantun yang lengkap.
Budi yang baik dikenang juga,
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Hancur badan dikandung tanah,
Gunung Daik bercabang tiga
___________________________,
___________________________;
___________________________,
___________________________.
Aras Penilaian

Aras penilaian merupakan aras yang paling tertinggi dalam Taksonomi


Bloom. Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan
kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai
sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya.
Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan,
baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu
membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu
tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau
kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga
dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai
ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh
kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah
yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi
kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang
dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama,
generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.

Istilah yang digunakan dalam aras penilaian ialah bincangkan, nilaikan, beri
pendapat, beri justifikasi, pertimbangkan,pilih,berikan alasan, kritikan dan buktikan.

Contoh soalan aras penilaian

Soalan 1

Pencerobohan tentera Amerika dan Britain terhadap Iraq merupakan satu tindakan
yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Rakyat Iraq sanggup mempertahankan
segenap inci tanah tumpah darah mereka. Mereka sanggup berputih tulang
daripada berputih mata.

Apakah yang anda faham mengenai ungkapan “Biar berputih tulang jangan berputih
mata”?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
____________________________

Rumusan dari Taksonomi Bloom

Taksonomi dalam pendidikan dibahagikan kepada 3 domain. Takonomi


Bloom menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan
perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan,
pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini mengandungi enam elemen
yang terdiri dariapda dua aras iaitu aras pemikiran mudah dan aras pemikiran tinggi.
Elemen tersebut adalah pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sistesis dan
penilaian.

Elemen ini disusun secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras
mudah kepada aras pemikiran tinggi. 

TAHAP ISTILAH
Pengetahuan

Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, Nyatakan,


definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll terangkan,
daripada pembelajaran yang lepas.
namakan,
labelkan.
Pemahaman  

Mengubah kefahaman daripada satu Pilih, terangkan,


bentuk kepada satu bentuk yang lain,
menyatakan idea-idea utama dalam ayat tulis semula.
sendiri, menterjemah, memberi contoh
kepada konsep, menterjemah draf.

Aplikasi

Menggunakan maklumat dalam situasi selesaikan,


yang baru, termasuk menyelesaikan ramalkan, cari,
masalah menggunakan prinsip, kaedah, kesilapan, bina
hukum, teori, formula. Bina graf daripada alat.
data.

Analisis

Sesuatu yang kompleks dipecahkan Bezakan, pasti,


kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pilih.
pendapat, kaitan kenal di antara bahagian,
kenali struktur organisasi.

Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi Bina, hasilkan,


satu, usaha tersendiri, menyelesaikan susun,
masalah, membuat ramalan, membuat kembangkan.
klasifikasi.

Penilaian

Membuat pertimbangan termasuk memberi Pilih, berikan


rasional atas alasan dalaman atau luaran, alasan, kritikan,
mentafsir dan mengkritik buktikan.

DOMAIN OBJEKTIF AFEKTIF KRATHWOHL


Domain Afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai murid-murid. Ia
melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan emosi seperti
minat,sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Domain afektif ini diasaskan oleh
David R Krathwohl yang melibatkan aspek-aspek , kerohanian dan penekan kepada
pertumbuhan dan perkembangan sikap , perasaan, emosi dan nilai murid-murid
.Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu
suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan
dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
Menurut penulis blog, Voon Chui Mui Krathwahl dalam penulisannya Konsep
Pentaksiran ,Pengujian dan Penilaian, Bloom dan Masia(1964) telah
mengklasifikasikan domain afektif ini kepada empat kategori. Domain ini boleh
dikelaskan mengikut peringkat penghayatan yang paling rendah kepada yang paling
tinggi iaitu

1.Peringkat penerimaan (receiving/attending)


2.Peringkat memberi gerak balas (responding)
3.Peringkat penilaian ( Valuing)
4. Peringkat mengorganisasi. (organization)
5. Peringkat perwatakan (characterization)
Perwatakan

Mengorganisasi

Penilaian

balas
aantindak
Memberi
im
ner
Pe

Hirarki Domain Afektif Krathwohl

Tujuan domain afektif ini adalah untuk digunakan sebagai satu lagi objektif
pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif. Menurut
Morgan dan Saxton (1991) yang dipetik dari laman sesawang Elle Fatal dalam
blognya mentakrifkan soalan-soalan domain afektif sebagai ‘questions of feelings’
iaitu soalan berasaskan perasaan. Pendapat ini adalah serasi dengan apa yang
dinyatakan oleh Bolton (1973) ‘learning needs to be felt for it to be effective…’
(pembelajaran melalui perasaan sahaja yang akan lebih afektif).

Domain ‘afektif’ dan ‘emosi’ adalah dua istilah yang berbeza tapi sama dari
segi makna dan penekanan. Kedua-dua istilah adalah menegaskan tentang
kepentingan elemen perasaan, sistem nilai sistem kepercayaan, keyakinan dalam
proses membuat keputusan, memberikan pendapat, pembentukkan personaliti dan
pegangan hidup seseorang.

Peringkat Penerimaan
Menurut laman sesawang yang ditulis oleh Atiqah Azizan dalam blognya,
ilmu.blogspot.com, peringkat penerimaan ialah berhubung dengan kemahuan pelajar
untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau
perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung
dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan
mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab
dengan lengkap. Terdapat tiga elemen dalam peringkat penerimaan iaitu :

1. Kesedaran : Pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika


berlaku semasa kehadiran mereka.
2. Kesudian : Kesudian untuk menerima. Pelajar sudi menerima sesuatu
pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang
bermakna dan menarik.
3. Perhatian yang terkawal atau terpilih .Pelajar membezakan keseluruhan
keadaan kepada dua bahagian atau kepada bahagian-bahagian
komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus
memberi perhatian.

Peringkat Memberi Gerak Balas

Peringkat memberi gerak balas ialah peringkat yang kedua dalam Domain
Afektif Krathwohl. Peringkat ini membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai
digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara
nilai-nilainya. Pada peringkat ini murid-murid melibatkan diri secara aktif terhadap
sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada aras ini, murid-murid bersedia
dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

Peringkat Penilaian

Peringkat ini merupakan peringkat yang ketiga dalam Domain Afektif


Krathwohl. Menurut Buku Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah oleh Tuan
Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir, penilaian ialah bermaksud murid-murid
memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai
tersebut berupaya menjadi motivasi luaran dan seterusnya menjadi landasan
kepada setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Terdapat tiga jenis nilai
iaitu :

Penerimaan semua nilai Pemilihan nilai tertentu Komitmen

Menerima semua nilai memilih nilai tertentu Memegang teguh kepada


yang terdedah kepada daripada nilai-nilai yang sesuatu kepercayaan
individu yang menjadi didedahkan kepada yang menjadi landasan
landasan kepada individu tersebut yang kepada perlakuannya
perlakuannya. menjadi landasan kepada dan sanggup
perlakuannya. mempertahankan
kepercayaan ini dari
sebarang cabaran.

Peringkat Organisasi

Peringkat ini merupakan peringkat yang keempat tertinggi dalam domain ini.
Peringkat organisasi membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila
lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai
digunakan.Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara
nilai-nilainya. Bidang ini melibatkan aspek-aspek kerohanian dan penekan kepada
pertumbuhan dan perkembangan sikap, perasaan, emosi dan nilai yang wujud pada
diri seseorang terutamanya murid-murid. Jika proses pembelajaran berasaskan
domain afektif ialah murid-murid menerima input yang berupa nilai-nilai murni dan
pengembangan dari segi perasaan, emosi,sikap serta elemen kerohanian lain yang
menjadi sebahagian daripada pertumbuhan diri seseorang murid.

Peringkat Perwatakan

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam domain afektif. Peringkat


perwatakan ialah peringkat kesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan
nilai yang dipegang.Perubahan tingkah laku selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Mengekalkan nilai-nilai dalam


pengajaran dan pembelajran

Objektif am

Disiplin dalam mengekalkan nilai.

objektif khusus

Menurut artikel dari mengenai Domain Krathwohl yang dipetik dari laman
sesawang Abdul Manan, characterization by a value or value set. The individual has
a value system that has controlled his or her behavior for a sufficiently long time for
him or her to develop a characteristic “life-style.” Thus the behavior is pervasive,
consistent, and predictable. Learning outcomes at this level cover a broad range of
activities, but the major emphasis is on the fact that the behavior is typical or
characteristic of the student. Instructional objectives that are concerned with the
student's general patterns of adjustment (personal, social, emotional) would be
appropriate here.

Pada peringkat ini murid-murid akan memperlihatkan perwatakan


berlandaskan nilai tertentu seperti membuat keputusan mengikut keadaan tanpa
dipengaruhi oleh perasaan dan sistem nilai tersendiri iaitu mempunyai falsafah atau
prinsip hidup tersendiri. Contohnya, seorang murid yang akan dimarahi oleh guru
kerana tidak menyiapkan kerja rumah akan segera membetulkan kesalahannya
dengan menyiapkan semua kerja rumahnya. Oleh itu, murid ini akan menunjukkan
prinsip hidup tersendiri tanpa dipengaruhi oleh perasaan.
Rumusan dari Domain Afektif Krathwohl

Domain Krathwohl merujuk kepada domain afektif iaitu yang melibatkan


perkembangan sikap dan nilai murid. Sehubungan itu, domain ini mempunyai
kesinambungan kepada domain efektif dalam Taksonomi Bloom yang memberi
tumpuan khusus kepada pemikiran dan kefahaman murid-murid. Oleh itu, terdapat
lima peringkat dalam domain ini iaitu penerimaan, gerak balas, menghargai
nilai,organisasi dan perwatakan.

Anda mungkin juga menyukai