Anda di halaman 1dari 3

Taksonomi Bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956.

Taksonomi Bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh
pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.
Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga
lawatan teknikal. Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan
untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun
dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian.Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh
Benjamin S. Bloom untuk tujuan pendidikan.
Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam
aras. Namun, sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan
secara berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan
terminologi. Sebagai contoh, tema pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis,
sintesis dan penilaian ditukarkan kepada mengingat, memahami, mengaplikasi,
menganalis, menilai dan membina.

Semakan semula tersebut meliputi perubahan kata kunci dari kata benda
menjadi kata kerja untuk setiap tahap taksonomi dan perubahan hampir terjadi pada
semua tahap hierarki, namun urutan tahap masih sama iaitu dari peringkat yang
terendah hingga tertinggi. Perubahan pada tahap 5 dan 6. Perubahan- perubahan
tersebut dapat dijelaskan sebagai berikut

*Pada tahap 1, knowledge diubah menjadi remembering (mengingat).

*Pada tahap 2, comprehension menjadi understanding (memahami).

*Pada tahap 3, application diubah menjadi applying (menerapkan).

*Pada tahap 4, analysis menjadi analyze (menganalisis).

*Pada tahap 5, synthesis menjadi level 6 tetapi dengan perubahan mendasar, iaitu
creating (mencipta).

*Pada tahap 6, Evaluation menjadi level 5, dengan sebutan evaluating (menilai).


Jadi, Taksonomi Bloom baru versi Kreathwohl pada domain kognitif terdiri dari
enam tahap: remembering (mengingat), understanding (memahami), applying
(menerapkan), analyze (menganalisis, mengurai), evaluating (menilai) dan creating
(mencipta). Dapat dilihat dalam Rajah di bawah.

Taksonomi Bloom amat penting kepada sistem pembelajaran dan


pengajaran kerana ia menerapkan
pemahaman,pengetahuan,konsep,kaedah,aplikasi dan sebagainya. Aras
Pengetahuan ialah aras yang paling ringkas dalam domain kognitif. Soalan
aras ini memerlukan pelajar untuk mengingat setiap mata pelajaran yang
diajar

Oleh guru. Perkataan yang biasa digunakan untuk merujuk kepada soalan
aras ini ialah siapa,apa,dimana,bila dan beri definisi. Aras Pemahaman
Objektif aras ini ialah kefahaman yang bermaksud pelajar perlu menjelaskan
pengetahuan secara bermakna. Soalan ini memerlukan proses mentel berkait
dengan kefahaman misalnya terjemahan,tafsiran. Perkataan yang kerap
digunakan untuk soalan jenis ini ialah huraikan,bandingkan,nyatakan,bezakan
dan nyatakan dalam perkataan anda sendiri. Aras Aplikasi Pada peringkat
ini,pelajar perlu memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan
kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Soalan ini
melibatkan 3 frasa iaitu prinsip,menyelesaikan masalah dan dalam situasi
baru. Perkataan ang sering digunakan ialah pilih,buat,kira,selesaikan. Aras
Analisis Peringkat analisis menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal
pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi
sesuatu dokumen / kes yang diberikan. Situasi mestilah baru,tidak biasa atau
berbeza dengan situasi semasa. Soalan ini memerlukan pemikiran kritik
tetapi bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari. Perkataan yang kerap
digunakan untuk soalan ini ialah mengapa,kenapa,apakah faktor,buatkan
rumusan dan buktikan. Aras Sintesis bermaksud keupayaan menggabungkan
unsur- unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi
lebih teratur dan berstruktur. Soalan dalam aras ini tidak perlu teliti kerana
akan membataskan kreativiti. Perkataan yang kerap digunakan ialah
ramalkan,hasilkan,tuliskan dan cadangkan apa yang akan berlaku. Aras
Penilaian dalam aras ini,pelajar perlu membuat pertimbangan untuk sesuatu
soalan. Situasi yang hendak dinilai mestilah baharu dan tidak pernah
disentuh. Perkataan yang sering digunakan ialah
pertimbangkan,tafsirkan,tentukan dan pertahankan.

Anda mungkin juga menyukai