Anda di halaman 1dari 6

1.

0 DEFINISI TAKSONOMI
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, taksonomi merupakan kajian tentang
prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan
dan perbezaaan sifat organisma itu. Taksonomi bertindak sebagai model yang sangat
penting dalam bidang pendidikan, di mana ianya bertindak bagi membuat analisis
tentang bidang-bidang pembelajaran. Pada masa yang sama, Taksonomi juga berkaitan
dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti
pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain iaitu domain kognitif, psikomotor
dan afektif. Domain kognitif melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek
intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir. Domain afektif
pula melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti
minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri. Manakala domain psikomotor
mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan
tangan, berenang, dan mengoperasi mesin.
2.0 TAKSONOMI BLOOM
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan
organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. ( kamis Dewan
Edisi Keempat, (2005)). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang
biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan
objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan,
kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama
domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek
intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. domain afektif
yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat,
sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Dan seterusnya adalah domain psikomotor
yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai
elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom
pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu
elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.
2.1 Domain Taksonomi Bloom
Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan.
Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.
Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen
elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu
pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Dalam taksonomi ini, kita akan
mengkaji kesemua aspek taksonomi dari terendah hingga lah yang tertinggi.
Berikut adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan
oleh Benjamin S Bloom.

Rajah 1 : Hierarki Taksonomi Bloom


2.2 Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom
Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling
rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat
kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat
dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus
berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua
adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik
atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga
adalan pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam
sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri
khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses
mental untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta,
prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di
dalam kelas.
Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan
murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini
terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan
murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal.
Yang kedua adalah mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan
menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang
ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan berlaku
pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi
aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan
bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah

kepada bentuk yang baru. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi
aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah,
bezakan, nyatakan dan kelaskan.
Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar
menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan
murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan
masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses
aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang
sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan
dan susunkan.
Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid
untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan
memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan
pelajar mengenalpasti unsur unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis
adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan
unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia
ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan
hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu
mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan
sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan
aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan
memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada
komponen dan melihat perkaitan antara komponen.
Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid
untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi
aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu
komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau
pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan
dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua
adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah
kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan
membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori,
hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta.
Contohya kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan
dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi.
Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid
menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu
membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian
bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian
tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri
khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas
sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan
pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu

kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu


pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu,
menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan
menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang
dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi
kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang
dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama,
generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.
2.3 Rumusan
Taksonomi dalam pendidikan dibahagikan kepada 3 domain. Takonomi Bloom
menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan
perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan,
pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini mengandungi enam
elemen yang terdiri dariapda dua aras iaitu aras pemikiran mudah dan aras
pemikiran tinggi. Elemen tersebut adalah pengetahuan, pemahaman, aplikasi,
analisis, sistesis dan penilaian. Elemen ini disusun secara menaik mengikut aras
pemikiran iaitu dari aras mudah kepada aras pemikiran tinggi.
TAHAP
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta
asas, definisi teori, hukum, tarikh,
peristiwa dll daripada pembelajaran
yang lepas.

ISTILAH
Nyatakan,
terangkan,
namakan,
labelkan.

Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu
bentuk kepada satu bentuk yang lain,
menyatakan idea-idea utama dalam ayat
sendiri, menterjemah, memberi contoh
kepada konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan,
tulis semula.

Penggunaan
Menggunakan maklumat dalam situasi
yang baru, termasuk menyelesaikan
masalah menggunakan prinsip, kaedah,
hukum, teori, formula. Bina graf
daripada data, dll.

selesaikan,
ramalkan, cari,
kesilapan, bina
alat.

Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan
kepada yang kecil, bezakan fakta
daripada pendapat, kaitan kenal di
antara bahagian, kenali struktur
organisasi.
Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi
satu, usaha tersendiri, menyelesaikan
masalah, membuat ramalan, membuat
klasifikasi.

Bezakan, pasti,
pilih.

Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk
memberi rasional atas alasan dalaman
atau luaran, menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan
alasan, kritikan,
buktikan.

Bina, hasilkan,
susun,
kembangkan.

Rajah 2 : Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

3.0 DOMAIN KRATHWOHL


Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali
menggunakan terminologi afektif (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain
penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di
samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh
Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan domain afektif
sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai
(valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan
sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex).

Dalam model teori Domain Krathwohl pula, ianya telah dibahagikan kepada 5
peringkat, iaitu penerimaan (receiving), respon (responding), menilai (valuing),

organisasi (organization) dan perwatakan melalui penilaian (characterization by value


set).
Untuk peringkat penerimaan (receiving), murid akan sedar tentang idea mahupun
bahan serta fenomena dan bersetuju untuk bersikap sabar. Contohnya, murid boleh
menerima mahupun mendengar pendapat atau penjelasan daripada rakan sebaya.
Dalam peringkat seterusnya, iaitu peringkat respon (responding), murid akan
memberikan respon mahupun gerak balas terhadap idea, bahan atau fenomena
dengan memberi respon yang aktif. Sebagai contoh, murid dapat menerima atau
menurut sahaja pendapat ataupun idea yang dicadang / diusulkan oleh rakannya.
Peringkat ketiga dalam Domain Krathowhl pula ialah menilai (valuing), untuk dilihat
oleh orang lain sebagai penilaian idea, bahan atau fenomena, dengan memberikan
sokongan atau bantahan terhadap pendapat atau idea yang dikemukan oleh
seseorang individu.
Peringkat keempat ialah organisasi (organization) yang meliputi penilaian secara
harmoni. Sebagai contoh, penerimaan idea atau pendapat individu dapat dinilai
dengan harmoni apabila perbincangan diadakan untuk menilai semula idea atau
pendapat individu berkenaan.
Perwatakan melalui penilaian (characterization by value set), peringkat kelima dalam
Domain Krathwohl. Pada peringkat ini, murid memberikan respon / meluahkan
perasaan yang terpendam terhadap idea/ pendapat yang diberikan.

Anda mungkin juga menyukai