Anda di halaman 1dari 58

TAKSONOMI KOGNITIF

TAKSONOMI BLOOM (1956) VS


ANDERSON & KRATHWORL (2001)
PERBEZAAN TAKSONOMI BLOOM (1956) DGN
ANDERSON & KRATHWOHL (2001)
• DLM BLOOM ARAS TAKSONOMI DITULIS
DALAM BENTUK KATA NAMA MANAKALA
DLM ANDERSON & KRATHWORL DITULIS
DALAM BENTUK KATA KERJA;
• PENYUSUNAN SEMULA ARAS 5 & 6 DLM
BLOOM MENJADI ARAS 6 & 5 DLM ANDERSON
DAN KRATHWORL;
• FUNGSI TAKSONOMI TERHADAP
PENGETAHUAN (FAKTA, KONSEP, PROSEDUR,
METAKOGNITIF) LEBIH JELAS. GURU LEBIH
MUDAH MENGGUNAKAN TAKSONOMI INI
KETIKA MENGAJARKAN TAHAP
PEMPROSESAN “ILMU DAN KOGNITIF”;
• TAKSONOMI INI DISUSUN DARIPADA MUDAH
KEPADA SUKAR DAN MENCABAR PEMIKIRAN.
KAITAN TAKSONOMI DENGAN
ARAS PENGETAHUAN
ARAS TAKSONOMI ARAS PENGETAHUAN
MENGINGAT FAKTA.
MEMAHAMI FAKTA DAN KONSEP.
MENGAPLIKASIKAN FAKTA, KONSEP, DAN PROSEDUR.
MENGANALISIS FAKTA, KONSEP, DAN PROSEDUR.
MENILAI FAKTA, KONSEP, PROSEDUR, DAN
METAKOGNITIF.
MENCIPTA FAKTA, KONSEP, PROSEDUR, DAN
METAKOGNITIF.
ARAS MENGINGAT
• Tujuan
Mengenal pasti atau mengingati pengetahuan
daripada ingatan (memory). Mengingat itu
terjadi apabila ingatan digunakan untuk
mengingat semula definisi, fakta, atau
senarai, atau mengingat pengetahuan yang
telah dipelajari.
• Objektif Pendidikan Am
– mengingat istilah biasa
– mengingat fakta spesifik
– mengingat kaedah dan prosedur
– mengingat konsep asas
– mengingat prinsip
• Objektif Pendidikan Spesifik
(Hasil Pembelajaran Spesifik)
– menakrifkan/mentakrif
– mengenal pasti
– melabelkan
– menyenaraikan
– menggalurkan
– menulis semula
– menyatakan
• Contoh Soalan Esei

1. Siapakah isteri Lahuma dalam novel


Ranjau Sepanjang Jalan?
2. Di manakah pertarungan antara Hang
Tuah dengan Hang Jebat berlaku?
3. Apakah definisi Melayu dalam
Perlembagaan Malaysia?
• Contoh Soalan Objektif
Dia sangat sayang akan anaknya.

Perkataan yang bergaris di atas tergolong


dalam
A. kata kerja
B. kata tugas
C. kata nama
D. kata adjektif
• Ciri soalan berasaskan mengingat

a. Soalan menggunakan proses mental


pengetahuan.

b. Perkataan yang kerap digunakan ialah siapa, apa,


di mana, bila, definisi, mengingat semula,
namakan, mengenali dan lain-lain.

c. Soalan memerlukan maklumat atau isi


kandungan yang serupa dengan pengajaran guru
dan buku teks.
d. Soalan tidak memerlukan penjawab mengatur
isi dalam bentuk yang baharu.

e. Jawapan boleh ditentukan dengan mudah sama


ada betul atau salah.

f. Soalan itu bertujuan mendapatkan maklumat


biasa seperti pertanyaan siapa, apa dan di mana.

g. Jawapan soalan ringkas.


ARAS MEMAHAMI
• Tujuan

– Membina makna daripada jenis fungsi yang


berbeza sama ada dari bahan bertulis, grafik atau
aktiviti seperti membuat interpretasi, menjadikan
mesej itu mudah, mengklasifikasi, meringkaskan,
mentaabir (inferring), membuat perbandingan
atau menjelaskan sesuatu.
(taabir = membuat kesimpulan daripada taakulan)
– Keadaan ini berlaku ketika menterjemah,
menghurai dan menjangkakan apa yang mungkin
berlaku berdasarkan sumber. Hasil pembelajaran
melangkaui aras mengingat semula.

– Menolong penjawab mengatur fakta (ayat


sendiri) supaya boleh difahami. Memerlukan
penjawab memilih fakta berkaitan bagi tujuan
menjelaskan, menghurai dan membandingkan.
• Objektif Pendidikan Am
– memahami fakta dan prinsip
– menghuraikan bahan verbal
– menghuraikan carta dan graf
– menterjemah graf kepada bentuk lain
– mentaabir kesan (berdasarkan sumber)
– menjelaskan kaedah dan prosedur
• Objektif Pendidikan Spesifik
- menghuraikan
- menukarkan
- mempertahankan
- membezakan
- menerangkan
- melanjutkan
– merumuskan
– memberi contoh yang mudah
– menulis semula dalam bentuk lain
– menelah
– meramal
• Contoh Soalan Esei
1. Apakah maksud gambar ini?
2. Beri purata hujan tahunan untuk negeri ini
berdasarkan graf di atas,.
3. Huraikan masalah-masalah yang dihadapi
pelarian Iraq.
4. Apakah yang mungkin akan terjadi…………?
• Contoh Soalan Objektif

Yang manakah pernyataan berikut serasi


dengan maksud watak?

A. Saya guru.
B. Dia Abdullah b. Hamidun.
C. Orang itu samseng Kampung Hulu.
D. Pak Abu suka bersedekah kepada anak yatim.
• Ciri Soalan Beraras Memahami

a. Soalan memerlukan penggunaan proses mental


kefahaman. Terdapat tiga langkah proses
kefahaman

i. Terjemahan
Konsep atau mesej yang diketahui ditukarkan
dalam bentuk lain seperti perkataan kepada
lambang atau sebaliknya.
ii. Tafsiran
Yang merangkumi terjemahan pada satu-satu
bahagian daripada komunikasi; memperlihatkan
perhubungan antara bahagian-bahagian dan
dengan kehidupan sebenar; membezakan
bahagian-bahagian penting yang terdapat pada
sesuatu mesej (komunikasi).

iii. Melanjutkan (extrapolasi)


Yang melangkaui komunikasi dengan membuat
inferens tentang kesan (consequences) atau
fahaman menjangkau masa, sampel dan topik.
b. Perkataan yang kerap digunakan (berasaskan
situasi tertentu):
Jelaskan, huraikan, bandingkan, bezakan,
nyatakan dalam perkataan anda sendiri, dan
sebagainya.

c. Maklumat asas telah diberi kepada pelajar.


d. Memerlukan material atau alat komunikasi
untuk diterjemahkan, ditafsirkan dan
dilanjutkan. Komunikasi ini hendaklah baharu,
belum diajarkan lagi tetapi terdapat asas
persamaan.

e. Penjawab menyatakan kefahamannya dalam


perkataan dan bentuknya sendiri atau
membuat pilihan jawapan berdasarkan
kefahamannya sendiri.
ARAS MENGAPLIKASIKAN
• Tujuan

Menggunakan pengetahuan mujarad (abstrak)


untuk menyelesaikan sesuatu situasi maujud
(konkrit). Pengetahuan mujarad ini mungkin
dalam bentuk fikiran am, peraturan, prosedur,
generalisasi, prinsip, dan teori.
Situasi maujud mungkin dalam bentuk model,
persembahan, temu duga atau simulasi.
• Objektif Am
– menggunakan konsep dan prinsip dalam situasi
baharu;
– menggunakan peraturan dan teori secara praktik;
– menyelesaikan masalah dengan formula seperti
masalah Matematik;
– membentuk carta dan graf;
– menunjukkan penggunaan kaedah yang betul.
• Objektif Spesifik
– mengubah
– mengira
– menunjukkan
– menemui
– meminda
– mengubahsuai
– mengendalikan
– menyediakan
– mempertalikan
– menyelesaikan
– menggunakan
• Contoh soalan esei

Anda berminat menjadi guru sementara di sebuah sekolah rendah.


Anda mempunyai pengalaman menjadi guru tadika selama satu
tahun. Sekarang anda menganggur. (Situasi/Rangsangan)

Tulis sepucuk surat permohonan kerja yang rasmi kepada pengarah


pendidikan negeri bagi menjelaskan latar belakang anda dan sebab
anda memohon kerja tersebut. (Masalah/Tugasan)

Surat anda akan dinilai berdasarkan kejelasan, kelancaran,


kekemasan dan penjelasan diri anda yang menarik. (Arahan
bertindak balas/kriteria)
• Contoh Soalan Objektif

Hasil pembelajaran yang mana sukar dinilai secara objektif?

1) Konsep
2) Penggunaan
3) Penikmatan
4) Tidak semua di atas

Perubahan yang paling baik dibuat pada soalan di atas ialah dengan cara

A. menukar 'bukan semua di atas' kepada "tafsiran"


B. mengubah pokok soalan kepada bentuk kenyataan
C. menggantikan perkataan "sukar" kepada huruf besar
D. menggunakan abjad bagi menggantikan huruf pada pilihan
• Ciri Soalan Aras Penggunaan

a. Soalan menggunakan proses mental penggunaan.

b. Objektif penggunaan perlu memasukkan 3 frasa, iaitu


kebolehan menggunakan, prinsip/generalisasi, dan
masalah/situasi baharu.

c. Perkataan yang kerap digunakan ialah menggunakan, memilih,


membuat, mengira dan selesaikan.

d. Situasi masalah hendaklah baharu, tidak serupa dengan


masalah yang diajar.
e. Masalah boleh diselesaikan dengan menggunakan prinsip dan
generalisasi selepas tindakan dan pilihan daripada pengetahuan
yang dipelajari.

f. Pelajar perlu melalui langkah berikut sebelum menjawab soalan


penggunaan:

i. Pernyataan masalah mestilah diubahsuai sebelum mula menjawab,


daripada segi apa yang diberi/diperlukan, mengetepikan unsur yang
tidak perlu, membentuk, mentafsir semula masalah.
ii. Letakkan pada satu paradigma (contoh yang konkrit) atau model.
iii. Cari prinsip dan generalisasi yang relevan.
iv. Gunakan prinsip menyelesaikan masalah.

g. Pastikan soalan penggunaan mengandungi situasi, masalah dan arahan
bertindak balas, lihat contoh:

Anda berminat menjadi guru sementara di sebuah sekolah rendah.


Anda telah mempunyai pengalaman menjadi guru tadika selama
satu tahun. Sekarang anda menganggur. (Situasi/Rangsangan)

Tulis sepucuk surat permohonan kerja yang rasmi kepada pengarah


pendidikan negeri bagi menjelaskan latar belakang anda dan sebab
anda memohon kerja tersebut. (Masalah/Tugasan)

Surat anda akan dinilai berdasarkan kejelasan, kelancaran,


kekemasan dan penjelasan diri anda yang menarik. (Arahan
bertindak balas/kriteria)
ARAS MENGANALISIS
• Tujuan

– Pelajar dikehendaki membuat analisis atas dasar menaakul


sebab dan akibat.

– Meleraikan sesuatu komunikasi (situasi)/konsep kepada


bahagian atau unsur supaya relatif hieraki fikiran diperjelas
atau perhubungan antara fikiran dieksplisitkan.

– Fungsi mental menjelaskan organisasi sesuatu komunikasi


dan cara aturannya yang berkesan, berasas dan tersusun
dengan cara membanding beza, mengorganisasi, dan
mencirikan.
• Objektif Am
– Mengenali andaian yang tidak dinyatakan (Apakah
di sebaliknya?)
– Mengenali kesilapan logik dalam taakulan
– Membezakan fakta dan inferens
– Menilai relevan data
– Menganalisis struktur (Apa?, Bagaimanakah
hubungannya?)
– Organisasi sesuatu hasil (seni)
Objektif Spesifik
• mencerakinkan • Memilih
• membezakan • Membahagikan
• Mengasingkan • menyediakan
• menjelaskan dengan gambar rajah
contoh • menunjukkan
• Contoh Soalan Esei

• Mengapakah kanak-kanak biasanya tidak bersetuju


dengan penjaganya?

• Huraikan empat sebab Hamlet tidak membunuh King


Claudius di peringkat awal walaupun ia bertujuan
demikian, ia hanya dibunuh pada akhir drama itu.
• Contoh Soalan Objektif

Pahlawan Melayu yang sebenarnya ialah Hang Jebat bukan


Hang Tuah.

Kenyataan manakah lebih memberi sokongan langsung


terhadap pendapat tersebut?

A. Beliau pahlawan yang gagah berani.


B. Beliau bertindak tanpa bantuan orang lain.
C. Sangat benci kepada pemimpin yang menzalimi rakyat.
D. Beliau terbunuh kerana tipu helah bukan kerana kekuatan
Hang Tuah.
• Ciri Soalan Aras Analisis

a. Soalan menggunakan proses mental analisis -


sama ada analisis unsur, analisis perhubungan
atau analisis prinsip organisasi.
b. Perkataan yang kerap digunakan ialah mengapa,
kenapa, faktor apa, buat rumusan, menentukan
bukti (menyokong, analisis).
c. Situasi masalah mestilah baharu, tidak biasa
atau berbeza daripada pengajaran.
d. Situasi, dokumen atau bahan yang hendak dianalisis
perlu ada pada pelajar.

e. Kecekapan analisis berdasarkan perbandingan dengan


analisis yang dibuat oleh pakar.

f. Memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang


pengetahuan yang dipelajari.

g. Cara membuat : ada bahagian situasi atau setting dan


arahan tindak balas tetapi tiada masalah.
Anda diberikan 2 jenis karangan, iaitu satu karangan jenis fakta dan satu
lagi karangan jenis gambaran (Situasi).

Dari segi apakah kedua-dua karangan itu berbeza atau sama?


Jelaskan. (Arahan tindak balas)

i. Situasi
Situasi hendaklah biasa, mengandungi unsur-unsur tertentu,
perhubungan dan prinsip organisasi yang perlu dianalisis.

ii. Arahan tindak balas


Meminta pelajar mengenal pasti unsur-unsur tertentu,
perhubungan dan prinsip organisasi, dilanjutkan dengan pertanyaan
bagaimana analisis itu dibuat atau meminta pelajar
membandingkan dan membezakan.
ARAS MENILAI
• Tujuan

– Membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu tujuan,


fikiran, tugasan, penyelesaian, kaedah, benda dan
sebagainya. Ia menggunakan kriteria dan
standard untuk ditaksir melalui semakan dan
kritik sama ada perkara tersebut tepat, berkesan,
memuaskan dan cermat. Kriteria itu boleh berupa
dalaman (internal) atau luaran (external).
• Objektif Am

– Menimbangkan ketekalan logik sesuatu tulisan;


– Menimbangkan kecukupan rumusan disokong
oleh data
– Menimbangkan nilai sesuatu kerja (seni) dengan
menggunakan kriteria dalaman/luaran.
Objektif Spesifik

• menilai • mengupas
• membandingkan • membezakan
• Menyimpulkan • membuat justifikasi
• menunjukkan • menaksirkan
perbezaan
• Contoh Soalan Subjektif

– Sejauh manakah pada fikiran anda masyarakat


sekarang bersedia membatasi kemudahan
bergerak dengan kereta bagi menjimatkan tenaga?

– Mungkinkah pernyataan ini dipertahankan atau


dilupakan sahaja? Mengapa?
• Contoh Soalan Objektif

1. Pernyataan terbaik untuk menjelaskan pendapat bahawa "Geologi


sebahagian besarnya adalah sains pemerhatian bukan sains cubaan“
ialah

A. Adalah sukar mengkaji fenomena geologi di bilik makmal.


B. Selagi proses geologi boleh dibuat adalah perlu menjalankan ujian percubaan.
C. Fenomena geologi berlaku dalam masa yang lama dan meluas, sukar hendak
dikawal.
D. Sesuatu fikiran terbuka boleh didapati semasa mengkaji secara semula jadi
berbanding dengan cara artifisial.
2. Baru-baru ini satu rencana popular telah menyatakan jika sebuah kapal
angkasa meluncur dengan sangat pantas dari muka bumi, kelajuannya
akan membuat tarikan graviti tidak berkuasa. Manusia di dalam kapal itu
merasa kehilangan berat.

Pernyataan ini boleh dinilaikan sebagai

A. Tepat, sebab dua kuasa terlibat dalam situasi itu boleh meniadakan kuasa antara satu
dengan lain.
B. Tidak tepat, kerana lantai ruang orang itu akan menekannya apabila roket semakin naik,
tekanan itu menimbulkan rasa bertambah berat dan bukan sebaliknya
C. Tidak tepat, kerana peluang tarikan oleh roket dan tarikan graviti bumi sama pada
orang itu adalah kecil.
D. Tepat, sebab berat sesuatu benda berkurangan dengan cepatnya apabila semakin
berkurangan jarak dari pusat bumi.
• Ciri Soalan Bearas Menilai

– Soalan hendaklah dalam proses mental penilaian.

– Situasi masalah yang hendak dinilai mestilah baharu, tidak


biasa atau berbeza daripada pengajaran.

– Perkataan yang selalu digunakan ialah menimbangkan,


menaksirkan, menentukan, dan mempertahankan.
– Lebih daripada satu kriteria (jika terdapat satu kriteria
sahaja ia digunakan untuk soalan aras penggunaan).

– Mutu penilaian boleh dibandingkan dengan penilaian


pakar.

– Soalan penilaian dibentuk berdasarkan tiga bahagian, iaitu


apa yang hendak dinilai, arahan tindak balas, dan kriteria
yang digunakan dalam penilaian itu.
• Langkah menulis soalan penilaian
a. Pelajar diberi sesuatu untuk dinilai seperti sebuah puisi, satu
organisasi atau litaran elektrik.
b. Sepatutnya ada kriteria yang menjadi asas penilaian seperti:
i. Mungkinkah sesuatu boleh digunakan?
ii. Adakah berjaya menegakkan keamanan?
iii. Adakah secocok dengan struktur dalaman yang diterima?
iv. Adakah kesannya positif?
c. Adakan tindak balas spesifik - iaitu panjang dan perincian
jawapan.
Peringatan untuk perincian dan mempertahankan buah fikiran
adalah perlu dibuat bagi membezakan cakap kosong dengan
penilaian bertanggungjawab.
ARAS MENCIPTA
• Tujuan
– Mencantumkan unsur atau bahagian supaya
koheren dan menyeluruh - melibatkan mengatur
dan menggabungkan unsur melalui penjanaan
idea, perancangan dan penghasilan corak/struktur
yang baharu.
– Hasil gabungan ini mungkin merupakan satu
komunikasi yang unik (novel), satu cadangan
operasi (mesin) atau satu set perhubungan
mujarad (teori).
– Menekankan pemikiran bercapah, bukan
bertumpu; penyelesaian satu-satu masalah tidak
boleh dibuat pada peringkat awal.
– Membuat telahan, hasilkan komunikasi asli atau
menyelesaikan masalah, - terdapat pelbagai
jawapan yang kreatif, tidak hanya satu jawapan
betul. (tidak terkawal).
– Pelajar perlu membuat sintesis dan menghasilkan
produk mengikut kaedah yang baharu.
• Objektif Am
– Menulis sesuatu tema
– Menyampaikan sesuatu ucapan
– Menulis kerja kreatif (tiada kaitan dengan apa yang diajar)
– Mencadangkan sesuatu pandangan
– Mencadangkan perancangan
– Menyelesaikan masalah
– Membentuk skema klasifikasi
Objektif Spesifik

• Menggabungkan • mereka
• Mengumpulkan • mengelolakan
• menggubah (bunga) • Merancangkan
• mencipta • merumuskan
• menuliskan
• Contoh Soalan Esei

1. Andaikan anda telah ditugaskan


bertanggungjawab mengutip derma bagi
membuat sebuah padang permainan di kawasan
perumahan anda.

Bincang dan rancangkan satu kempen untuk


mendapatkan derma dengan jayanya.
• Contoh Soalan Objektif

1. Anda syak satu sebatian mengandungi hidrogen.

Cara yang manakah anda boleh mengujinya?

A. Sediakan satu larutan sebatian dan dielektrolisiskan dengan alah Hoffman.


B. Letakkan sat sampel sebatian dalam penunu bunsen dan pastikan jika
terdapat wap air.
C. Panaskan sebatian sehingga mengeluarkan cahaya dan buat analisis dengan
menggunakan pyrometer.
D. Lalukan cahaya pada larutan sebatian dan analisis spektrum yang dihasilkan
dengan menggunakan spektroskop.
• Ciri Soalan Aras Mencipta
– Soalan sesuai dengan proses mental sintesis.

– Perkataan yang kerap digunakan ialah menelah,


menghasilkan, tuliskan, cadangkan, apa akan terjadi.

– Masalah, tugas atau situasi hendaklah baharu kepada


pelajar atau berbeza dengan pengajaran.

– Diberikan kebebasan kepada pelajar menjawab sama ada


dari segi isi atau masa.
– Hasilnya boleh dinilai oleh "pengguna" seperti pembaca atau
pemerhati.

– Soalan tidak perlu perinci kerana ia akan membataskan kreativiti.

– Bentuk soalan esei dan objektif beraras mencipta memerlukan


masalah untuk diselesaikan. Dalam aras mengaplikasikan, pelajar
menyelesaikan masalah dengan menggunakan pengetahuan tertentu
(abstrak) yang sudah dipelajari secara langsung. Dalam aras mencipta
pula pengetahuan yang digunakan melangkaui pelbagai pengetahuan
yang ada bagi menghasilkan perkara atau pemikiran yang unik.
Soalan aras mencipta juga memerlukan arahan tindak balas yang
boleh menghasilkan kerja kreatif seperti masa yang mencukupi dan
bidang masalah yang luas.
WASSALAM

Anda mungkin juga menyukai