Anda di halaman 1dari 77

Topik 4 : Struktur Pengetahuan (Taksonomi Objektif Pendidikan) Pendidikan) & Sekolah Bestari

Disediakan Oleh :
MALINA BINTI A. RASHID (L20092004823) MOHD RAZIHAN CHE HUSSEIN (L20092004829) HASRYYATI BINTI HASBULLAH (L20092004832) SUHANAH BINTI HAMZAH (L20092004866)

Pengenalan
Pelajar mempunyai tahap motivasi yang berbeza, berbeza sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran, memberi respon yang berbeza kepada persekitaran bilik darjah dan amalan pengajaran. Pelajar belajar dalam berbagai cara dengan melihat dan mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara logik dan intuitif, dan menghafal, mengingat dan menggambarkan.

samb
Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan pengetahuan di samping membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses maklumat. Kaedah tersendiri individu mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995). Oleh itu untuk berjaya, individu pelajar perlu memiliki sifat belajar dan menguasai kaedah belajar untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.

samb
Menurut Selmes (1987), kemahiran belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran belajar merupakan keupayaan atau kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.

Persoalan
Adakah pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza atau adakah mereka mengamalkan gaya pembelajaran yang sama? Apakah gaya pembelajaran yang menonjol (atau dominan) yang diamalkan oleh mereka? Di samping itu, adakah mereka mempunyai tahap amalan kemahiran belajar yang betul atau sebaliknya? Apakah sikap mereka terhadap kemahiran belajar dan aspek kemahiran belajar yang manakah yang kurang ditekankan oleh pelajar?

Aspek-aspek Perbezaan Individu


1. Jantina 2. Fizikal 3. Kecerdasan otak 4. Bangsa dan bahasa 5. Personaliti/sahsiah 6. Kesihatan 7. Sosial 8. Emosi 9. Kesihatan/penyakit 10. Lokasi tempat tinggal 11. Kecerdasan 12. Aspirasi/motivasi 13. Status sosio-ekonomi 14. Sistem nilai/norma 15. Gaya kognitif atau gaya belajar 16. Budaya dan world view

Taksonomi Bloom
Dalam tahun 1956, Profesor Benjamin Bloom, daripada University of Chicago, memperkenalkan Taksonomi Objektif Pendidikan (Taxonomy of Educational Objectives) yang termasyhur itu.Taksonomi Objektif Pendidikan menyediakan satu kerangka untuk keseluruhan panorama objektif pendidikan. Taksonomi ini menyediakan satu skema kemahiran yang bertingkat-tingkat(hierarki). Keseluruhan Objektif Pendidikan ini terbahagi kepada tiga domain yang besar iaitu: 1. Kognitif, 2. Afektif, dan 3. Psikomotor.

Domain pengajaran
Domain kognitif- berkait dengan perkembangan dan aktiviti mental. Mengambilkira tingkahlaku berkaitan pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis,sintesis, dan penilaian. Contoh: Pada akhir kelas pelajar dapat menamakan ibu negara Malaysia dengan tepat

samb
Domain psikomotor - berkait perkembangan dan aktiviti kemahiran motor atau pergerakan fizikal. Mengambilkira tingkahlaku berkaitan kemahiran manipulatif yang menekankan pergerakan seperti membaca, menulis, menjahit, melompat, menggunting dll. Contoh: Pada akhir kelas pelajar dapat melukis peta Malaysia dengan baik.

samb
Domain afektif- menekankan tentang perasaan, emosi, sikap, dan nilai individu. Contoh: Selepas mengikuti ceramah tentang sejarah kemerdekaan negara, pelajar dapat menunjukkan perasaan cintakan negara dengan ikhlas

Aras aras dalam domain kognitif:Taksonomi Bloom


1. Aras pengetahuan 2. Aras kefahaman 3. Aras aplikasi 4. Aras analisis 5. Aras sintesis 6. Aras penilaian

Aras Pengetahuan
Aras pengetahuan-membolehkan pelajar mengingat fakta dan maklumat seperti definisi, maksud, istilah dll. Pengingatan semula tentang yang khusus (spesifik) dan yang umum (universal),pengingatan semula kaedah dan proses, atau pengingatan semula pola, struktur,atau kedudukan dan sekitaran. Pengingatan semula hanya melibatkan menerbitkan kembali kepada fikiran kita perkara atau benda yang disoal itu. Kemahiran mental yang ditekan di sini hanyalah proses mengingat semula

Samb
1. Pengetahuan peraka spesifik 2 .Pengetahuan tentang cara dan kaedah mengendalikan perkara spesifik 3 .Pengetahuan umum (universal) dan abstrak dalam sesuatu bidang Contoh soalan pada aras pengetahuan Contoh 1 Definisi pecutan ialah A. jisim/daya B. perubahan halaju/masa C. jisim/halaju D. jarak/masa E. rintangan/daya

Kefahaman
Pada aras ini, pengetahuan tentang fakta,teori, kaedah dsb adalah dianggap telah dikuasai, dan seseorang diuji sama ada dia memahaminya atau tidak pengetahuan itu. Kefahaman merupakan tahap faham yang terendah. Ia merujuk kepada proses pemahaman atau tanggapan dalam minda yang membolehkan seseorang individu mengetahui apa yang telah disampaikan dan boleh mengguna bahan atau idea tersebut tanpa bantuan maklumat lain. 1. Terjemahan 2. Pentafsiran 3 .Ekstrapolasi

samb
Contoh soalan pada aras pemahaman (terjemahan) Contoh 2 Milton! Thou should be living at this hour: England hath need of thee: she is a fen of stagnant waters Wordsworth. The metaphor, she is a fen of stagnant waters indicates that Wordsworth felt that England was A. largely swampy land B. in a state of turmoil and unrest C. making no progress D. in a generally corrupt condition

Aras Aplikasi
Pada aras ini, seseorang diperlukan mengaplikasikan pengetahuan dan pemahamannya kepada situasi yang baru Penggunaan idea-idea umum, peraturanperaturan, atau kaedah-kaedah umum pada situasi yang baru. Ia boleh melibatkan prinsip-prinsip yang teknikal, idea-idea, dan teori-teori yang mesti diingat, difahami dan diguna semula pada situasi yang baru.

Samb
Contoh soalan pada aras aplikasi Contoh 3 Tangga yang masuk ke dalam kolam mandi kelihatan bengkok di tempat ia memasuki air. Yang manakah di antara berikut baik sekali menerangkan fenomena ini? A. Biasan cahaya oleh permukaan air B. Serakan cahaya ketika cahaya memasuki air C. Biasan cahaya disebabkan oleh perbezaan halaju cahaya di dalam udara dengan halaju cahaya di dalam air D. Cahaya tidak bergerak lurus dalam air

Aras Analisis
Analisis memerlukan seseorang itu memecah-mecahkan fakta yang diberi kepada bahagian bahagian atau elemenelemen supaya pertalian di antara mereka dapat diperjelaskan. Contoh: Jika anda adalah seorang pegawai polis yang ditugaskan untuk menyelidik suatu kejadian kemalangan jalan raya, apakah maklumat yang anda sepatutnya kumpulkan untuk membuat laporan?

Samb
Analisis mencerakinkan bahan yang disampaikan kepada bahagian-bahagian atau elemen-elemen supaya hierarki bahagian-bahagian itu dan pertalian di antara mereka dapat diperjelas atau menjadi nyata. Pencerakinan begini adalah bertujuan untuk memperjelaskan lagi apa yang hendak disampaikan, dan untuk menyatakan bagaimana maklumat yang disampaikan itu telah disusun, dan juga untuk menunjukkan bagaimana ia diatur untuk memberi kesan yang dikehendaki, dan menerangkan asas bagi penyusunan tersebut. 1. Analisis elemen 2. Analisis pertalian 3 .Analisis prinsip organisasi

Samb
Contoh 4 Contoh soalan pada aras analisis

Cahaya mempunyai ciri-ciri gelombang. Yang manakah di antara berikut merupakan bukti eksperimen yang terbaik kepada penyataan di atas. A. Cahaya dipantulkan oleh cermin. B. Satu alur cahaya tersebar apabila ia melalui satu bukaan kecil. C. Satu alur cahaya dipecahkan kepada tujuh warna apabila ia melalui satu prisma. D. Cahaya menyebabkan arus elektrik mengalir dalam litar sel foto elektrik

Aras sintesis
Pada peringkat ini, anda dikehendaki untuk menggunakan fakta, maklumat dan pengalaman yang ada untuk menyatukannya menjadi satu laporan, alasan, pelan, atau penghujahan yang teratur dan sistematik. Contoh: Sebagai seorang pegawai polis, anda telah mengumpul maklumat tentang suatu kejadian kemalangan jalan raya. Sediakan satu laporan tentang kejadian tersebut untuk dibawa ke mahkamah.

Samb
Sintesis mencantumkan semula elemen-elemen atau bahagian-bahagian supaya menjadi satu tubuh kembali. Ini melibatkan proses bekerja dengan bahagian-bahagian, elemen-elemen atau unsur-unsur dan proses mengatur, menyusun dan mencantum supaya ia membentuk satu pola atau struktur yang dahulunya tidak jelas kelihatan. 1. Pembinaan suatu bahan komunikasi yang unggul 2. Penghasilan pelan atau cadangan operasi 3. Mendeduksikan satu set pertalian abstrak Contoh soalan pada aras sintesis Contoh 5 Gubah satu sajak bertajuk Guru.

Aras Penilaian
Memerlukan kepada penulisan yang logik dan sistematik, kaedah penyelidikan yang sah, interpretasi data yang logik, dan pertimbangan yang adil. Contoh: Anda sekarang seorang hakim. Berdasarkan maklumat yang telah di sampaikan oleh pihak polis, tentukan siapakah yang bersalah di dalam kejadian kemalangan jalan raya tersebut.

Samb
Penilaian ialah pertimbangan yang dibuat tentang nilai sesuatu bahan atau nilai sesuatu kaedah bagi sesuatu tujuan. Ia termasuk pertimbangan kualitatif dan kuantitatif tentang sejauh mana bahan atau kaedah itu memenuhi satu set kriteria. Kriteria pula boleh yang telah ditetapkan atau yang dibina sendiri. 1. Pertimbangan yang merujuk kepada kriteria dalaman 2. Pertimbangan yang merujuk kepada kriteria luaran Contoh soalan pada aras penilaian Contoh Kritik puisi Nelayan karangan Usman Awang

Abdul Aziz Abdul Talib (1993), taksonomi digunakan oleh guru untuk memilih dan mengatur objektif P&P dalam kandungan mata pelajaran Digunakan oleh pengkaji untuk menguji dan mengukur keberkesanan P&P Dlm bidang kajian bahasa, pengkaji mengubahsuai taksonomi untuk menjadikan lebih tepat dan berupaya mengukur keupayaan pemahaman membaca pelajar

Sanders (1966)
7 tahap pengelasan soalan kefahaman berdasarkan taksonomi Bloom :
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Tahap ingatan Tahap terjemahan Tahap interpretasi Tahap aplikasi Tahap analisis Tahap sintesis Tahap penilaian

Santoz (1976)
Berasaskan taksonomi yang diasaskan oleh Bloom dan Sanders 6 peringkat aras pemahaman
1. Peringkat mengecam dan mengingat butiran
o o Mengingat semula maklumat yg terdapat dalam petikan Aktiviti memberi tindak balas terhadap fakta, senarai maklumat, ingat nama, tempat tarikh dan sebagainya

Samb
2. Peringkat terjemahan
o Kebolehan menulis semula maklumat yang diperolehi dengan menggunakan perkataan sendiri tanpa menghilangkan maksud asal Aktiviti menulis semula masalah, menceritakan semula, menukar bahasa dan sebagainya

3. Peringkat aplikasi
o Mengingat semula pengalaman dan kemahiran untuk digunakan bagi menerangkan dan menyelesaikan masalah dalam situasi yang berlainan aktiviti membuat perbandingan, pemerhatian, teori untuk menyelesaikan masalah dan mengunakan kemahiran untuk menguasai sesuatu bidang dan mencipta sesuatu

Samb
4. Tahap analisis
o Mencerakin dan mengenal bahagian2 tertentu seperti komponen o Aktiviti mengesan ciri2 sesuatu, menyenaraikan butiran, tentukan objektif

5. Tahap sintesis
o Kebolehan untuk merumus teks/bahan o Menggunakan pengalaman @ pengetahuan sedia ada untuk mencipta sesuatu yang baru o Aktiviti membina konsep, menentukan tajuk kajian dan membuat konklusi

Samb
6. Tahap penilaian
Membuat pengadilan, justifikasi @ mengukur keupayaan Berdasarkan kriteria tertentu Aktiviti menilai perkaitan sesuatu, mengkritik bahan, menilai kekuatan dan kelemahan dan lain-lain

Barrett (1972)
Dibahagikan kepada 6 peringkat
1. Peringkat pemahaman literal
Tahap kebolehan yang paling rendah dan mudah Memproses idea2 dan pengatahuan yang dinyatakan secara terus-terang Mencari maklumat dan mengingati fakta yang terkandung dalam teks Proses mengeluarkan apa yang ada dalam memori ingatan selepas pembelajaran Melibatkan jenis soalan mudah dan ringkas

Samb
2. Peringkat pemahaman terjemahan (reorganization)
Memahami dan menulis semula maklumat yang dibaca tanpa mengubah maksud asal Memerlukan daya intelek yang kuat bg menginterpretasikan secara ilmiah Masih pada tahap peringkat rendah

3. Peringkat pemahaman aplikasi


Melibatkan mengingat semula pengalaman dan kemahiran; mengetahui apa dan bila suatu prinsip dapat dilakukan dan menggunakan dengan berjaya Melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang ada dan diaplikasikan dalam konteks yang baru

Samb
4. Peringkat pemahaman analisis
Dapat menganalisis maklumat yang terdapat dalam teks Dapat mengaitkan dengan maklumat lain Keupayaan membandingkan sesuatu

5. Peringkat pemahamah inferens


Melibatkan memahamkan teks, menginterpretasi, kenalpasti perkaitan dan dapat membuat telahan Dapat berfikir scr logik dan tepat suatu maklumat Tahap benar2 faham dan dapat membuat rumusan dengan logik dan tepat (Safiah Osman, 1990)

Samb
6. Peringkat pemahaman penilaian
Tahap pemahaman yang tertinggi Boleh mengadili sesuatu dengan tepat; betul @ salah suatu maklumat Pembaca akan mempertimbangkan kewajaran isi, kekuatan dan kelemahan suatu bahan Pembacaan yang kritis dan dilihat dalam pelbagai aspek

Suatu pernyataan yang telah ditentukan yang perlu dicapai oleh pelajar mengikut tahap2 tertentu Meliputi pengetahuan, kemahiran, perubahan tingkah laku, sikap perangai dll Boleh diukur dengan mengambil kira syarat2 yang telah ditetapkan

Kepentingan objektif pengajaran


3 perspektif
Pelajar
Memberikan maklumat jangkaan terhadap apa yang telah dapat dipelajari oleh pelajar Memberikan rangka tindakan untuk proses P&P Untuk menyemak proses P&P yang dijalankan oleh guru mengikut sukatan pelajaran

Guru

Pentadbir

Samb
Membantu guru menjalankan P&P dgn sistematik dan berkesan Menentukan strategi mengajar Mengenalpasti bahan2 pengajaran Menentukan tugasan @ aktiviti yang hendak dijalankan dll

Bentuk Objektif Pengajaran


1. Objektif Am (objektif umum/objektif implisit)
 Untuk melihat pencapaian bagi keseluruhan program pembelajaran atau pendidikan.  Contoh penulisan objektif am: i. Setelah mengikuti beberapa siri pembelajaran, pelajar dapat memahami apa yang diterangkan oleh guru. ii. Pelajar dapat menghayati beberapa perkara berkaitan peristiwa sejarah. iii. Pada akhir pembelajaran pelajar dapat mengetahui cara-cara untuk meningkatkan prestasi sendiri.

Samb
2. Objektif Khusus (objektif khas/objektif eksplisit)
 Adalah objektif tingkah laku. Ia dinyatakan untuk mengesan pencapaian pelajar sebaik-baik sahaja sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu berakhir.  Contoh penulisan objektif khusus: i. Berdasarkan kepada contoh yang diberikan, pada akhir pembelajaran, pelajar dapat memberikan penjelasan dengan sempurna terhadap cara-cara berfikir gaya induktif. ii. Melalui tayangan klip video, pelajar dapat mengingati perjalanan rentetan peristiwa dengan jelas. iii. Pelajar dapat menyatakan dengan jelas dan berkesan.

SYARAT-SYARAT MENULIS OBJEKTIF


Objektif Pengajaran yang lengkap melibatkan beberapa elemen : 1) Tingkahlaku, kebolehan atau kemahiran. Pernyataan objektif harus melibatkan kata kerja yang eksplisit iaitu action verb seperti menganalisis, mengenalpasti, mengukir, membancuh dan lain-lain. contoh: a) Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat menerangkan sifatsifat seorang budak yang baik. b) Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat menyatakan caracara membentuk konsep dalam minda kita. c) Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat membandingkan dua jenis permainan yang telah dipelajarinya dengan baik.

Samb
2) Situasi, keadaan atau had-had dimana sesuatu tingkah laku akan dilakukan. Bahagian ini menerangkan apakah bahan atau peralatan yang diberikan kepada pelajar untuk melakukan tingkahlaku berkenaan. contoh : a) Dengan menggunakan bahan petikan yang telah dikaji, pada akhir pelajaran pelajardapat membina satu alat tertentu daripada bahan-bahan yang disediakan. b) Dengan berpandukan gambarajah yang diberi, pada akhir pembelajaran, pelajar dapat menghuraikan keadaan muka bumi di negeri Kelantan dengan berkesan. c) Melalui maklumat yang diberi, pelajar dapat membina satu peta konsep dengan sempurna.

Samb.
3) Kriteria atau piawai yang menerangkan paras penguasaan atau kecekapan yang perlu dicapai oleh pelajar untuk menunjukkan pencapaian objektif. contoh : a) Berdasarkan petikan yang dikaji, pada akhir pelajaran, pelajar dapat menjawab 8 daripada 10 soalan dengan tepat. b) Berdasarkan fakta-fakta yang diberi, pada akhir pelajaran pelajar dapat menyusun semua maklumat mengikut kategori masing-masing dengan sempurna. c) Berdasarkan petikan yang diberi pada akhir pelajaran, pelajar dapat merumuskan isi karangan tersebut dalam masa lima minit.

Samb.
4) Lazim juga sesuatu objektif itu memerlukan si pembuatnya, iaitu siapakah yang diharapkan dapat menghasilkan produk sesuatu pembelajaran itu. contoh : a) Berdasarkan data yang disediakan, pada akhir pelajaran, pelajar dapat menciptakan satu carta pai yang sempurna. b) Berdasarkan ransangan yang diberi, pada akhir pelajaran, pelajar dapat menyelesaikan enam daripada lapan masalah dengan tepat.

ARAS PENGETAHUAN ARAS KEFAHAMAN

ARAS TAKSONOMI

ARAS APLIKASI

ARAS ANALISIS ARAS SINTESIS ARAS PENILAIAN

Penulisan Objektif Berdasarkan Aras Taksonomi ARAS PENGETAHUAN


I. Berdasarkan penerangan yang diberi, pada akhir pembelajaran, pelajar dapat mengenalpasti lima sebab seseorang itu boleh gagal dalam peperiksaan. II. Berdasarkan cerita yang dibincangkan, pada akhir pelajaran, pelajar dapat menyebutkan lima watak jahat dan dua watak baik dalam cerpen tersebut. Soalan-soalan aras pengetahuan : I. Nyatakan lima sebab mengapa seseorang itu boleh gagal dalam peperiksaan. II. Nyatakan lima watak jahat dan dua watak baik dalam cerpen tersebut.

Samb
Perkataan action verb yang sesuai digunakan untuk aras ini : - Mengulangkan - Merakamkan - Menyenaraikan - Memberitahu - Menyatakan - Mengenalpasti - mendefinisikan

ARAS KEFAHAMAN
I. Berdasarkan gerak kerja yang dilakukan, pada akhir pelajaran, pelajar dapat menerangkan proses menyediakan oksigen dengan sempurna. II. Berdasarkan petikan yang dibaca, pada akhir pelajaran pelajar dapat menjelaskan enam idea utama dalam petikan tersebut. Soalan-soalan aras kefahaman : I. Terangkan bagaimanakah proses menyediakan gas oksigen? II. Jelaskan enam idea utama dalam petikan tersebut?

Samb
Perkataan action verb yang sesuai digunakan untuk aras ini : - Menyatakan - Menjelaskan - Melaporkan - Merumus - Mengulas - Memberitahu - Mentafsir - Menceritakan - Menerangkan - Memberi maksud - Mengenalpasti

ARAS APLIKASI
I. Berdasarkan perbincangan guru, pada akhir pelajaran, pelajar dapat menulis karangan berformat dengan sempurna. II. Berdasarkan penerangan yang diberi, pada akhir pelajaran, pelajar dpat menulis sepucuk surat kiriman rasmi dengan betul. Soalan-soalan aras ini : I. Tuliskan sebuah karangan berformat dengan dengan sempurna. II. Tuliskan sepucuk surat rasmi dengan sempurna.

Samb
Perkataan action verb yang sesuai digunakan untuk aras ini : - Menterjemahkan - mengilustrasi - Mentafsirkan - menjangkakan - Mengaplikasikan - mempraktikkan - Menggunakan - mengira - Menunjukkan cara - menunjukkan - Menyusun - mendramatisasikan - Menjadualkan - melakar - Melukis

ARAS ANALISIS
I. Berdasarkan penerangan guru, pada akhir pengajaran, pelajar dapat membezakan dua pendekatan mengajar dengan tepat. II. Berdasarkan petikan yang dibaca, pada akhir pelajaran, pelajar dapat menyatakan sebab-sebab berlakunya penyakit denggi. Soalan-soalan aras ini : I. Bezakan dua pendekatan mengajar dengan tepat. II. Nyatakan apakah sebab-sebab berlakunya penyakit denggi.

Samb
Perkataan action verb yang sesuai digunakan untuk aras ini : - Mencerakin - memeriksa - Membezakan - mengkaji - Membandingkan - membahaskan - Mengira - mengkritik - Mencirikan - mengulas - Menganalisis - mengkategorikan

ARAS SINTESIS
I. Berdasarkan penerangan yang disampaikan, pada akhir pengajaran, pelajar dapat mereka bentuk satu cadangan pengajaran untuk pelajar yang kurang bernasib baik. II. Berdasarkan isu ysng dikaji, pada akhir pengajaran, pelajar dapat menyelesaikan masalah dan membuat keputusan secara bijaksana terhadap isu yang dihadapi oleh penduduk setempat. Soalan-soalan aras ini : I. Reka bentuk satu rancangan pengajaran untuk pelajar yang kurang bernasib baik. II. Selesaikan masalah dan buat satu keputusan yang bijaksana terhadap isu yang dihadapi oleh penduduk setempat.

Samb
Perkataan action verb yang sesuai digunakan untuk aras ini : - Membezakan - Menyusun atur - Merancang - Memasang - Mencadangkan - memungut - Mereka bentuk - mengurus - Mencipta - mencerakin - Merumuskan - menyediakan - Membina - menggubah - menghasilkan

ARAS PENILAIAN
I. Berdasarkan petikan yang dibaca, pada akhir pengajaran, pelajar dapat memberikan lapan kekuatan dan empat kelemahan yang terdapat pada sisitem pendidikan di negara ini. II. Berdasarkan rencana yang dibaca, pada akhir pengajaran pelajar dapat menyatakan empat pendapatterhadap keruntuhan akhlak muda mudi kini. Soalan-soalan aras ini : I. Beri lapan kekuatan dan empat kelemahan yang terdapat pada sistem pendidikan negara ini. II. Nyatakan empat pendapat terhadap keruntuhan akhlak muda mudi kini.

Samb
Perkataan action verb yang sesuai digunakan untuk aras ini : - Mengadili - mentaksir - Memuji - mengkritik - Menilai - menganggarkan - Memberi kadar - merumus - Mengukur - menghakimkan

Taksonomi Objektif (Domain Afektif)


- Domain afektif melibatkan aspek kerohanian dan memberi penekanan kepada pertumbuhandan perkembangan sikap, perasaan, emosi dan nilai yang wujud pada diri seseorang khususnya pelajar. - Krathwohl Bloom, Masia (1964) telah mengklasifikasikan domain afektif ini kepada empat kategori, iaitu peringkat penerimaan, peringkat memberi gerak balas, peringkat rasa bernilai dan peringkat mengorganisasi.

Samb
1. Aras Penerimaan - Ada hubungan dengan kemahuan pelajar-pelajar memberi perhatian. - Menekankan kepada kebolehan mendengar dengan penuh minat atau pendapat, menanyakan soalansoalan dan menjawab dengan lengkap. - Contoh : pada akhir pengajaran, pelajar sedar tentang tiga jenis kepercayaan agama utama bagi penduduk Malaysia. - Ada 3 perkara yang perlu diberi perhatian a) Tahap kesedaran b) Kesudian untuk menerima c) Perhatian yang terkawal atau terpilih

Samb
2. Gerak Balas - Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. - Pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi. - Contoh : pelajar dapat membezakan antara tingkah laku yang baik dengan tingkah laku yang buruk. - Proses gerak balas berakhir dengan tahap kepuasan selepas melibatkan diri dengan memberi gerak balas terhadap rangsangan : a) Persetujuan untuk bertindak balas. b) Kesudian untuk bertindak balas. c) Kepuasan dalam bertindak balas.

Samb
3. Rasa Bernilai - Ia menekankan penilaian dan penghargaan pelajar terhadap sesuatu ransangan. - Pelajar berupaya membuat pertimbangan sesuatu aktiviti berasaskan nilainya kepada diri sendiri. - Contoh : pelajar berupaya menunjukkan tingkah laku yang baik sebagaimana yang dituntut oleh agama. a) Penerimaan sesuatu nilai b) Kecenderungan terhadap sesuatu nilai c) Penglibatan

Samb
4. Organisasi - Membentuk sesuatu sistem nilai. - Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dengan keutamaan antara nilai-nilainya. a) Penanggapan sesuatu nilai - pelajar mengenali ciri-ciri asas nilai itu. b) Organisasi sesuatu sistem nilai beberapa nilai dipertimbangkan secara serentak dan dibina dalam satu hubungan yang teratur. Contoh : seorang pelajar terpaksa merancang aktiviti-aktiviti kelasnya berdasarkan kepada penilaiannya terhadap pertandingan, kerjasama dan gred.

Samb
5. Perwatakan - Ia menekankan ketekalan tingkah laku dengan sistem nilai yang dianuti oleh sesorang. - pelajar mempunyai falsafah tersendiri dan falsafah hidup ini dapat dizahirkan secara automatik apabila perlu. - Terdapat 2 peringkat aras perwatakan : a) Set penyamarataan- melibatkan pembentukan set umum di mana individu menggarap, memproses dan bertindak terhadap sesuatu keadaan mengikut sistem nilai yang dianuti. b) Perwatakan- pada peringkat ini individu bertindak berdasarkan falsafah kehidupan atau world view

Taksonomi Objektif (domain psikomotor)


- Ia memberi penekanan kepada perkembangan pergerakan anggota seseorang pelajar secara sistematik. - Bidang ini melibatkan semua bentuk pergerakan anggota seperti bercakap, menulis, makan, melompat, membaling, menangkap, berlari dan berjalan. - Ia mempunyai 5 aras :

Samb
1. Persepsi - Ia adalah proses menjadikan seseorang individu itu mengetahui atau sedar tentang objek, kualiti dan hubungan-hubungan melalui alat-alat deria. - Ia melibatkan 3 perkara : a) Ransangan deria ia melibatkan satu atau lebih alat-alat deria seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan kinestetik. b) Pemilihan tanda saran memutuskan apakah tanda saran yang harus dipilih untuk memenuhi keperluan perlaksanaan tugas. c) Terjemahan menghubungkan persepsi kepada tindakan dalam melaksanakan satu tindakan motor. Ia merupakan proses mental bagi menentukan makna tanda saran yang diterima untuk tindakan. Ia melibatkan maklumbalas iaitu pengetahuan daripada kesan proses.

Samb
2. Set - Ialah satu kesediaan untuk sesuatu jenis aksi atau pengalaman. a) Set mental kesediaan untuk melaksanakan satu tindakan motor yang tertentu. Diskriminasi iaitu menggunakan pertimbangan dalam membuat perbezaan adalah sesuatu aspek. b) Set fizikal kesediaan menjadikan penyesuaian anatomis( berhubung dengan tubuh).ia melibatkan set penerima iaitu penyertaan deria. c) Set emosional kesediaan dipandang dari segi sikap, sesuai untuk tindakan motor berlaku.

Samb
3. Gerakan Terbimbing - Adalah tindakan perlakuan seseorang individu yang nyata bawah bimbingan seorang tenaga pelajar. - Ada terdapat 2 kategori : a) Meniru adalah perlaksanaan satu tindakan yang merupakan satu tindak balas secara terus terhadap persepsi seorang lain yang memerlukan tindakan itu. b) Cuba dan ralat pembelajaran tindak balas berlipat ganda yang membolehkan satu tindakbalas yang tepat dipilih daripada pelbagai perlakuan, mungkin melalui pengaruh hadiah atau hukuman.

Samb
4. Mekanisme - Pada peringkat ini pelajar telah mencapai satu keyakinan dan kemahiran. Tindakan ini mungkin lebih kompleks daripada peringkat permulaan. Kebolehan digabungkan untuk mendapatkan kemahiran itu. 5. Gerak balas nyata yang kompleks. - Pada peringkat ini, satu kadar kemahiran yang tinggi telah dicapai. - Terdapat dua kategori : a) Ketepatan tidak kepastian tindakan itu dilakukan tanpa ragu-ragu untuk mendapatkan satu gambaran rangkaian tugas. b) Perlakuan automatik sesorang itu boleh melakukan satu kordinasi kemahiran motor dengan kawalan ototdan mengerjakannya dengan mudah sekali.

TAKSANOMI OBJEKTIF (DOMAIN PSIKOMOTOR)


Kemahiran / kebolehan Penekanan perkembangan pergerakan anggota seseorang pelajar secara sistematik. Kebolehan otak menerima & memproses bahasa alat artikulasi. Terdapat 5 aras.

5 Aras Psikomotor
Persepsi Set Gerakan Terbimbing Mekanisme Gerak Balas Nyata yang Kompleks

Persepsi
Proses menjadikan seseorang individu mengetahui / sedar tentang objek kualiti dan hubungan melalui alat deria.  Rangsangan Deria  Pemilihan Tanda Saran  Terjemahan

Set
Adalah kesediaan untuk sesuatu jenis aksi atau pengalaman Set Mental - Libatkan aras Persepsi. Wujud diskriminasi untuk membuat perbezaan dan pertimbanagan. Set Fizikal Kesediaan penyesuaian anatomis (tubuh) Set Emosional Kesediaan dari segi sikap sesuai tindakan motor berlaku. Kerelaan untuk bertindak balas.

Gerakan Terbimbing
Langkah permulaan membentuk kemahiran. Di bawah bimbingan tenaga pelajar Kesediaan dari segi SET untuk menghasilkan tindak balas.

Meniru Satu tindak balas secara terus terhadap persepsi orang lain yang melakukan tindakan itu.

Cuba Dan Ralat Mencuba pelbagai tindak balas sehingga mencapai tindak balas yang tepat.

Mekanisme
Tindak balas yang dipelajari menjadi habitat Telah ada keyakinan dan kemahiran Kebolehan-kebolehan digabungkan untuk mendapatkan kemahiran.

Gerak Balas Nyata yang Kompleks


Individu boleh melakukan tindakan motor yang kompleks. Kadar kemahiran yang tinggi Menggunakan kuasa dan tenaga yang minimum.

Ketetapan ketidakpastian
Tindakan dilakukan tanpa ragu-ragu untuk mendapatkan 1 rangkaian tugas. Maju dengan keyakinannya.

Pelakuan Automatik
Seseorang itu boleh melakukan 1 kordinasi kemahiran motor dengan kawalan otot dan melaksanakan dengan mudah.

Konsep Sekolah Bestari


Pengajaran-Pembelajaran Pengurusan & Pentadbiran Sumber Manusia, Kemahiran & Tanggungjawab Proses Teknologi Dasar

Objektif Sekolah Bestari


Hasilkan tenaga kerja yang berpemikiran & celik teknologi Mendemokrasikan pendidikan Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan Memupuk perkembangan menyeluruh individu.

Sekian

Anda mungkin juga menyukai