Anda di halaman 1dari 2

Releksi matematik

Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan


yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu merancang
dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis
maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti
pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau
prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan
dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga
adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan
yang dijalankan.

Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat
pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik
pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut.
Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak
akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang
bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.

Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat
untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan.
Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya,
yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar.
Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi
menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis analisis ini
akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item,
Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis - analisis ini perlu dilakukan
supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, saya telah ditugaskan untuk membentuk
satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang meliputi salah satu sukatan pelajaran sekolah rendah,
di mana melalui JPU berkenaan kami perlu menggubal satu set instrument ujian objektif
sebanyak 20 soalan dan mentadbirkannya kepada sebuah kelas. Kemudiannya saya perlu
menentukan indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan menghuraikan keberkesanan item yang
telah dipilih.

Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah memilih tajuk NOMBOR
DAN OPERASI bagi OPERASI TAMBAH yang diambil daripada huraian sukatan matapelajaran
Matematik KSSR Tahun 4. Berdasarkan tajuk inisaya telah membina satu unit JPU bagi
memudahkan saya untuk menggubal satu set soalan ujian objektif yang terdiri dari 10 beraneka
pilihan dan 10 objektif respon bebas yang akan saya tadbirkan di sekolah nanti. Setelah soalan
ini siap dibina, saya telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar tahun 4 yang terdiri
daripada 26 orang pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Padang Piol, Jerantut iaitu
sekolah saya sendiri.

Ketika pertama kali saya menerima tugasan ini, saya merasakan tugasan ini amat berat
dan sukar untuk dilaksanakan, terutamanya dalam menyediakan Jadual Penentu Ujian ( JPU ).
Ini kerana, saya berasa agak keliru untuk membina soalan/item yang bersesuaian mengikut
aras taksonomi Bloom seperti mana yang dikehendaki di dalam JPU tersebut. Di samping itu,
kami turut mengalami masalah dan keliru dalam membahagikan soalan mengikut kemahiran
dan aras kognitif berdasarkan sukatan pelajaran yang telah saya pilih. Mujurlah, melalui
perbincngan dengan ketua panitia Matematik sekolah Encik Zainol banyak membantu saya
dalam menyediakan Jadual Penentu Ujian ( JPU ) serta dalam membina soalan yang
bersesuaian agar saya tidak akan menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan yang
seterusnya. Di sini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah
Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, di atas kerjasama yang telah diberikan ketika kami
mentadbirkan soalan ini kepada murid murid tahun 5 di sekolah tersebut.

Oleh yang demikian, saya merasakan tugasan yang telah diberikan ini banyak memberi
pengetahuan dan manfaat yang berguna kepada saya yang bagi memantapkan lagi kaedah
membina soalan pada masa akan datang. Di samping itu juga, melalui tugasan ini, ia
memberikan pengalaman yang baru kepada saya terutamanya ketika saya mentadbirkan
soalan ini kepada pelajar di mana saya perlu mengawal suasana kelas agar tugasan ini dapat
dijalankan dengan lancar dan berkesan serta tidak menghadapi sebarang masalah. Akhir kata,
saya berharap agar tugasan ini dapat dikekalkan pada tahun tahun yang berikutnya kerana ia
banyak memberi manfaat kepada para pelajar sebagai panduan di masa hadapan sebagai guru
pada zaman penuh siber ini.

Anda mungkin juga menyukai