Anda di halaman 1dari 2

Bahan-bahan-:

1. Sekilo santan (digunakan untuk mengisar bawang, ikan dan juga sebagai kuah)
2. Sekilo ikan direbus dengan sedikit garam
3. 10 ulas bawang merah
4. 5 ulas bawang putih
5. Halia
5. selabu bawang besar kuning
6. garam dan gula
7. asam keping mengikut citarasa anda
8. serbuk lada hitam
Cara memasak -:
1. Semua jenis bawang dan halia dihiris kasar dan diblender dengan santan.Kisar
hingga betul-betul lumat dan halus.
2. Ikan rebus dibuang tulang dan diambil isi sahaja. Kisar isi ikan dengan santan juga.
Kisar hingga betul-betul lumat dan halus.
3. Satukan semua bahan yang dikisar ke dalam periuk. Kemudian, masukkan lagi
lebihan santan baki dari yang dikisar tu. Kacau sekata tanpa dihidupkan api terlebih
dahulu.
4. Selepas sekata, barulah dipanaskan periuk tadi. Kacau dengan kerap. Jangan tak
kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul. Masukkan garam, asam gelugor / asam
keping, gula dan serbuk lada hitam.
5. Selepas rasa sebati dan kuah telah mendidih, matikanlah api dan sedia dihidangkan.
Jangan dibiarkan lama mendidih. Nanti pecah minyak tak best..

3. Sifir nak buat kuah laksa ni guna nisbah 1 kilo santan : 1 kilo ikan : 3 kilo laksa

4. Laksa lemak dimakan dengan -:
a) kacang panjang, daun kesum, daun serai dan bunga kantan dihiris halus digaul
bersama. Daun kesum dan bunga kantan kena sikit jer sebab nak baunya sahaja.
b) taugeh sekadar dibersihkan dan diletakkan dalam bekas berasingan.
c) timun batang yang dihiris halus dan diletakkan dalam bekas berasingan.
d) sambal jantan (iaitu lada burung kisar + gula + garam)
e) belacan yang dihiris kecil dan diletakkan dalam bekas berasingan.
f) limau nipis dan limau kasturi yang dibelah.
g) garam halus ( untuk mereka yang mahu rasa lebih masin) diletak dalam bekas
berasingan

Anda mungkin juga menyukai