Anda di halaman 1dari 5

LOMPAT JAUH

PENGENALAN
Di kesan seawal tahun 708 sebelum masihi iaitu dalam Sukan Olimpik Kuno di Greece.
Lompatan sejauh 7.05 meter telah di buat oleh Chionis, peserta Sparta.
Lompatan dalam bentuk multiple, double-triple atau quin-triple
Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh sebagai salah satu acara olahraga
GAYA LOMPAT JAUH
FASA LOMPAT JAUH
Fasa penujuan lari menuju ke papan lonjak
Fasa lonjakan melompat dari papan
Fasa layangan badan berada di udara
Fasa pendaratan ( termasuk pulihan ) sentuhan bahagian badan dengan tempat mendarat.
FASA PENUJUAN
Terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak.
Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah
pertama dari titik permulaan meestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza,
11-15 langkah untuk pelompat novis,17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat
lelaki pakar.
Penentuan titik mula
Pelompat bermula di papan lonjak, kira 11-15 langkah dan letakkan tanda. Ulang larian dari titik mula ke papan lonjak
untuk memastikan kaki lonjak adalah pada papan lonjak. Jika perlu ubahkan tanda untuk mendapatkan jarak yang
betul
FASA LONJAKAN
Setibanya di papan lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan
lonjak, badan di rendahkan sedikit untuk memberikan keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan di
tegakkan dengan mengangkat dada ke atas.
FASA LAYANGAN
Dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan. Pelompat mengerakkan kaki dan
tangan ke belakang. Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal
FASA PENDARATAN
Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki di rapatkan; tangan dan kaki di gerakkan ke hadapan. Bila tumit mula
mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian kehadapan.
PRINSIP ASAS LOMPAT JAUH
Lompat jauh memerlukan peserta berlari dengan pantas dan di susuli dengan lonjakan yang cukup kuat dan
tinggi bagi mencapai jarak lompatan yang maksimum.
Suatu kajian dalam bidang olahraga
(Gordon, 1975) telah membuktikan bahawa gaya tendang kayuh hanya berkesan dan sesuai bagi pelompat yang
mampu melompat jarak yang lebih daripada 5 meter.
LATIHAN ANSUR MAJU
1) Menentukan kaki lonjakan
Pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang
kuat untuk lonjakan.
2) Latihan lonjakan
berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi yang boleh
berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak .
berlari 3 dan 5 langkah dan melompat
berlari 3 langkah dan menanduk objek yang di gantungkan
3) Latihan mendarat
lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan
lompat( dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau Peti kayu) atau papan anjal dan mendarat ke
dalam kawasan mendarat.
Lompat berdiri melepasi tibunan pasir
(berbeza ketinggian)
4) Mengukur penujuan
Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjakan di atas papan lonjak (
hujung kaki sama) dengan sisi papan. Pelompat mula langkah pertama denan lonjakan dan mengira sehingga 7
langkah dan menandakan titik tersebut.
Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan lonjakan di atas tanda dan
mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan.
Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.
5) Latihan gaya lompatan berbeza
Berlari 9 langkah dan melompat mengunakan gaya bebas.
Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza ( layar, gantung ,tendang kayuh)
Berlari dan melompat dari papan anjal mengunakan
Gaya layar
Gaya tendang kayuh
Gaya gantung.
PERATURAN ACARA LOMPAT JAUH(PERATURAN 147)
Dalam pertandingan yang melibatkan 8 orang peserta, 3 percubaan di benarkan dahulu. Selepas ini 8 peserta
terbaik di pilih untuk membuat 3 lagi lompatan.
Sebaliknya jika bilangan peserta ialah 8 orang atau kurang, 6 percubaan di beri.
Pembatalan berlaku dalam keadaan berikut:
Kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak
Melonjak di luar kawasan papan lonjak
Semasa mendarat, menyentuh kawasan di luar kawasan mendarat yang lebih dekat dengan papan lonjakan
Selepas mendarat, berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan
PERATURAN ACARA LOMPAT JAUH
CARA MEGUKUR JARAK (PERATURAN 145)
Ukuran jarak terdekat dari kesan mendarat ke bahagian papan lonjakan yang terdekat dengan kawasan
Merekod kepada meter terdekat iaitu0.01 m di bawah ketinggian yang di ukur. Ini bererti bahagian kurang
daripada 1cm diabaikan
ke1.0-PENGENALAN

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet mencuba
mendaratsejauh yang boleh dari tempat yg dituju.Acara ini diminati walaupun tidak
ramai orang yangmempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh. Matlamat
utamabagi pelompat jauhadalah berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan
meletakkan kaki di papan lonjakdengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap
kelajuan awal.Perlu diingat, masalahutama pelompat jauh adalah mengekalkan
langkahan larian pada tigake empat langkahsebelum melonjak.Disamping itu pelompat
jauh harus meningkatkan komponen kelajuan,kekuatan otot dan kuasa eksplosif.
2
.0-ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH

Latihan ansur maju dalam lompat jauh akan menentukan kaki lonjakan. Pelompat
berlariperlahan dan melompat ke tempat mendarat secara berulang. Ini akan
menentukan kakiyang kuat untuk lonjakan.Rajah a di bawah menunjukkan Lintasan
Lari, Papan Tumpu danTempat Mendarat pelompat lompat jauh ketika melakukan
lompatan.
Rajah a
1) Ansur Maju Lari Landas
Berpasangan.A berlari dari tempat permulaan ke papan lonjakan.B berdiri berhampiran
papan lonjakan sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di papanlonjak.Sekiranya
A menapak lebih atau kurang di papan lonjakan, ubah suai jarak ukuran
di tempatpermulaan.Jika kaki lonjakan manapak melebihi papan lonjakan, anjakkan
tempat permulaan


Ansur maju 1 Larian menuju ke papan lonjak:
o

Dilakukan secara berpasangan.
o

A mula berlari dari tempat permulaan menuju ke papan lonjak manakala Bberdiri
berhampiran papan lonjak sambil memerhatikan kaki lonjak Amenapak di papan
lonjak.
o

Sekiranya A menapak lebih atau kurang pada papan lonjakan, ubahsuai jarak ukuran
di tempat permulaan.
o

Jika kaki lonjakan menapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempatpermulaan ke
belakang satu atau dua langkah.
o

Jika menapak sebelum papan lonjak, anjakkan tempat permulaan satu ataudua
langkah ke hadapan.
o

Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru.
o

Kawal kelajuan semasa berlari. Larian yang baik ialah lari pecut.
o

Menggunakan jarak langkah yang konsisten dalam setiap larian.
Ansur Maju Lonjakan
Ansur maju 1:
o
Lonjak dari papan lonjakan.
o
Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah.
o
Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.
o
Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan danmendarat
dengan tumit

Anda mungkin juga menyukai