Anda di halaman 1dari 13

Nama: LEE SAY LING

PENGENALAN

Dalam usaha ke arah mencapai status Negara maju, pelbagai masalah sosial
dialami oleh pelajar. Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang
sentiasa memaparkan berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah
sosial seperti vandalism, ponteng sekolah, pergaduhan, pembunuhan diri dan
sebagainya. Ini amat menakutkan dan dibimbang oleh masyarakat kini. Para pelajar
terdedah kepada berbagai-bagai pengaruh seperti media massa, internet, rakan
dan sebagainya.

Jadi, dalam tugasan ini akan menerangkan masalah-masalah perkembangan murid.


Disebabkan masalah-masalah perkembangan murid yang yang dinytakan di atas
maka perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah telah direka khas supaya
kaunselor atau guru bimbingan dapat membantu murid-murid yang menghadapi
masalah menyelasaikan masalah yang dihadapi. Jadi, sebagai seorang guru
bimbingan atau kaunselor haruslah mempunyai pemahaman yang medalam dalam
konsep bimbingan dan kaunseling

Oleh itu, dalam tugasan saya telah menerangkan konsep kaunseling dan
bimbingan, kajian-kajian lalu menngenai khidmat bimbingan, perbezaan bimbingan
dan kaunseling, matlamat bimbingan dan kaunseling, kepentingan bimbingan dan
kaunseling, prinsip-prinsip bimbingan dan kaunseling serta konsep, model dan teoriteori.

2.0

KONSEP KAUNSELING

Dalam usaha ke arah mencapai status Negara maju, pelbagai masalah sosial
dialami oleh pelajar. Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang
sentiasa memaparkan berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah
sosial seperti vandalism, ponteng sekolah, pergaduhan, pembunuhan diri dan

sebagainya. Ini amat menakutkan dan dibimbang oleh masyarakat kini. Para pelajar
terdedah kepada berbagai-bagai pengaruh seperti media massa, internet, rakan
dan sebagainya.

Jadi dalam scenario seperti ini, khidmat bimbingan dan kaunseling seharusnya
diadakan dan diwujudkan untuk membantu pelajar menangani cabaran-cabaran
baru yan dihadapi oleh mereka. Bimbingan dan kaunseling memainkan peranan
yang penting dalam kehidupan harian seseorang. Kaunseling merupakan satu
proses perhubungan atau pertemuan secara bersemuka antara kaunselor dengan
klien yang manghadapi masalah peribadi atau masalah akademik dengan tujuan
menolong dan membawa perubahan tingkah laku pelajar untuk menyelesaikan
masalah. Selain itu, sebagai seorang kaunselor yang professional dia akan
menolong dengan sistemataik berasaskan prinsip psikologi. Dalam sesi kaunseling,
ia akan dijalankan oleh seorang kaunselor professional iaitu kaunselor yang
berlesen dan pernah menghadiri kursus bimbingan dan kaunseling.

Di samping itu kaunseling bukan bererti nasihat atau membuat keputusan untuk
kliennya. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua
persoalan klien. Ini adalah kerana setiap pelajar di sekolah berasal dari latar
belakang yang berlainan dan mempunyai kebolehan, minat dan bakat yang
berbeza. Jadi keistimewaan kaunseling adalah membantu dan membimbing pelajar
atau klien menyedari dan mencari kekuatan dan kelemahan diri mereka. Melalui
cara ini berharaplah pelajar dapat mengubah tingkah laku mereka dan dapat
mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum.

Dengan mempunyai kaunseling sebagai pengerak untuk klien memahami


kelemahan diri dan masalah yang dihadapi. Maka kaunselor akan membantu
mereka semasa membuat keputusan supaya mereka akan menentukan matlamat
sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna atau membawa perubahan
tingkah laku. Ini dapat disokong oleh Arbucle (1965) yang juga mengatakan bahawa
kaunseling ialah proses membantu pelajar melihat siapa sebenar dirinya, kesukaran
yang dihadapi dan perubahna yang boleh buat.

Sebagai rumusan, kaunseling adalah pertolongan yang professional yang bertujuan


membantu individu memhami diri sendiri dan alam sekelilingnya.

3.0

KONSEP BIMBINGAN

Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses pendidikan yang berlanjutan,


tersusun dan sistematik. Dalam usaha bimbingan ia bertujuan membantu
seseorang individu melalui daya usahanya untuk mengembangkan kebolehannya
serta membuat penyesuaian diri dengan kehendak masyarakat. Selain itu,
bimbingan juga merupakan proses menolong individu-individu untuk memahami diri
dan dunia mereka ini adalah kerana seperti yang kita fahami para pelajar di sebuah
sekolah berasal dari latar belakang yang berlainana dan mempuntai kebolehan,
minat ,bakat dan sahsiah yang berbeza. Sebagai contohnya, ada pelajar bersifar
periang dan ada pelajar yang bersifat pendiam. Sesentengah pelajar yang berasal
dari keluarga yang bahagia dan pula yang berasal dari keluarga yang porak
peranda. Jadi memandangkan senario di atas maka perkhidamatan bimbingan amat
diperlukan untuk membantu pelajar menikmati perkembangan yang menyeluruh
dan sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Selain itu, bimbingan juga boleh ditakrifkan sebagai suatu faktor yang disedari dan
disusun dalam persekitaran sekolah untuk membantu pelajar menyesuaikan diri
dalam semua aspek hidup. Ini adalah kerana melalui bimbingan maka ia dapat
menolong pelajar memahami maklumat tentang pendidikan, pekerjaan dan sosial
semasa mereka membuat pemilihan keputusan. Jadi , secara tidak langsung dengan
bimbingan dari guru maka pelajar dapat memilih dan merancang hidup mereka
dengan berkesan dan berkebolehan berfikir secara rasional. Ini dapat disokong
oleh Crow dan Crow (1983) , yang mengatakan bimbingan merujuk kepada bantuan
atau pertolongan yang diberikan oleh pelajar untuk membantunya menyelesaikan
masalah. Bagi Shertzer dab Stone ( 1971 ) mendefinisikan bimbingan sebagai satu
proses menolong individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Di sini
memahami diri dimaksudkan sebagai memhami diri sebagai individu, identiti
peribadi, kebolehan dan kelemahannya.

Dalam melaksanakan aktiviti bimbingan bukan sahaja guru dan pihak sekolah yang
memainkan peranan yang penting bahkan juga dengan ibu bapa dan masyarakat
juga harus saling bekerjasama dan saling berunding untuk menolong pelajar-pelajar
yang mengalami masalah mendapat panduan atau nasihat untuk menyelesaikan
masalah. Ini adalah kerana bimbingan merupakan tanggungjawab bersama bukan
hanya satu pihak sahaja.

Bimbingan mempunyai beberapa sifat iaitu bimbingan merupakan proses yang


terus-menerus ia bykanlah berlaku secara kebetulan, tiba-tiba manakala ia adalah
suatu kegiatan yang tersusun, mempunyai arah kepada tujuan sehingga individu
mencapai tujuan dan penyesuaian diri. Bimbingan merupakan proses membantu
individu atau kumpulan dan tidak memaksa seseorang mengikut arah yang
tertentumelainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai.

Sebagai kesimpulan, bimbingan wujud untuk menolong individu memahami


kepelbagaian, kedalaman , pengalaman-pengalaman peribadi, peluang-peluang
adaserta pilihan-pilihan lain bagi mereka mengenal bertindak berdasarkan
kekuatan-kekuatan dan sumber-sumber peribadi mereka.

4.0

PERBEZAAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Setelah memahami konsep bimbingan dan kaunseling maka apakah perbezaan


kedua-dua ini. Semasa bimbingan dijalankan bilangan pelajar yang dibimbing boleh
ramai dan di mana-mana tempat sebaliknya dalam aspek kaunseling ia merupakan
pertemuan secara bersemuka antara kaunselor dengan pelajar sahaja dan hanya
dijalankan dalam sebuah bilik yang khas. Selain itu, masa bimbingan dijalankan
adalah tidak ada limit masa manakala dalam aspek kaunseling tidak terlalu lama
kemungkinna satu atau dua jam sahaja. Tujuan bimbingan menyediakan khidmat
pencegahan seperti menghindarkan pelajar-pelajar daripada terlibat masalah
disiplin manakala dalam kaunseling adalah membaiki diri pelajar contohnya
membantu pelajar yang baru terlibat dalam penyalahgunaan dadah supaya
memperoleh keinsafan tentang bahayanya amalan mereka erta mempelajari cara
untuk memberhentikan amalan mereka. Dari aspek bimbingan semua orang boleh
memberi bimbingan sedangkan dalam aspek kaunseling hanya kaunselor yang
berlesen atau yang menghadiri kursus bimbingan dan kaunseling boleh memberi
kaunseling.

5.0

PERBEZAAN KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI

Psikoterapi adalah usaha penyembuhan untuk masalah yang berkaitan dengan


fikiran, perasaan dan perilaku. Psikoterapi (Psychotherapy) berasal dari dua kata,
yaitu "Psyche" yang artinya jiwa, fikiran atau mental dan "Therapy" yang ertinya

penyembuhan, pengobatan atau perawatan,Manakala kaunseling menekankan


perancangan yang rasional, penyelesaian masalah pertolongan yang professional
yang bertujuan membantu individu memhami diri sendiri dan alam sekelilingnya.

Penerima kaunseling selalunya normal manakala dalam psikoterapi ' pesakit'


mengalami psikologikal. Kaunseling menolong individu mengatasi kekecewaan dan
halangan yang mengganggu perkembangannya manakala psikoterapi adalah
menolong orang yang mengalami konflik fikiran, perasaan dan perilaku.
Pendekatan kaunseling lebih menekankan masa kini dan bahan-bahan yang sedar
atau nyata sedangkan psikoterapi adalah mengutamakan bahan-bahan yang
bersifat sejarah.

Di samping itu, kaunseling menekankan membantu seseorang memahami diri dan


identitinya dan menggunakan kebolehannya secara maksimum manakala
psikoterapi adalah menggunakan cara penyembuhan untuk membantu seseorang
melupakan peristiwa yang pahit .

.
6.0

MATLAMAT UTAMA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Berdasarkan pemahaman dan objektif-objektif Bimbingan dan Kaunseling yang


dihuraikan, maka matlamat utmanya ialah memberi bimbingan dan cara
penyelesaian supaya pelajar dapat menggunakan nasihat dan hasil sarana
perbincangan dengan guru atau kaunselor untuk menyelesaikan masalah peribadi,
pembelajaran atau kerjaya yang dihadapi oleh mereka.

Kedua, semasa bimbingan dan kaunseling dijalankan, guru atau kaunselor hanya
perlu mendengar dan memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar dan
membimbingnya memikir masalah dari pelbagai sudut, demi membolehkannya
memahami pelbagai cara yang boleh dipilih untuk menyelesaikan masalah peribadi,
pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya.

Secara kesimpulannya, matlamat Bimbingan dan Kaunseling ialah memupuk


kebolehannya menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu pelajar menguasai

pelbagai kemahiran asas untuk menyesuaikan diri serta menggunakan pelbagai


sumber yang sedi ada untuk mencapai kesejahteraan hiduo.

LIMA MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kaunseling bermatlamat untuk;


1

Memudahkan perubahan individu.

2
Meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan
perhubungan.
3

Membantu keberkesanan klien mengurus diri.

Menggalak proses membuat keputusan.

Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien.

Memudahkan perubahan tingkah laku klien


-Matlamat kaunseling adalah untuk membantu klien membuat sesuatu perubahan
tingkah laku yang membolehkan pelajar menjalani kehidupan yang lebih produktif
dan memuaskan. Contoh: Ahmad selalu memberi respond yang negatif kepada guru
semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jadi ini akan menimbulkan
masalah dan menganggu keberkesanan pengajaran. Semasa sesi kaunseling
kaunselor mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh Ahmad dan selepas itu
kaunselor akan membantu Ahamad mengubah tingkah lakunya supaya tidak
menganggu keberkesanan pengajaran.

Meningkatkan keupyaan klien memula dan meneruskan perhubungan.


-Dalam kehidupan kini, terdapat juga pelajar yang bersifat pendiam disebabkan
latar belakang keluarga jadi kadang-kala akan menghadapi masalah komunikasi .
Jadi matlamat kaunselor ialah mencari jalan supaya pelajar tersebut dapat
meningkatkan kemahiran komunikasi. Sebagai contohnya: Mei Ling berasal dari
keluarga yang porak peranda maka dia setiasa mendiamkan diri dan jauhkan diri

daripada bergaul dengan kawan. Maka sebagai sorang kaunselor akan meluangkan
masa berbual dengan dia supaya dia dapat bergaul edngan rakan yang lain.

Membantu klien mengurus diri


-Tingkah laku negatif yang dipelajari masa kecil akan memberi kesan yang tidak
dijangka dan secara tidak langsung akan menimbulkan masalah padanya. Jadi
dalam keadaan yang demikian, kaunselor akan melatih pelajar mengurus diri
dengan berkesan terutama apabilan menghadapi masalah atau situasi baru.

Menggalakkan proses membuat keputusan


-Dalam kehidupan harian setiap orang juga akan membuat sesuatu keputusan yang
penting dan amat menyukarkan. Jadi matlamat dalam kaunseling adalah untuk
membantunya membuat sesuatu keputusan yang penting dalam hidupnya. Ini tidak
bermaksud bahawa kaunselor akan membuat keputusan untuk pelajar tersebut .
Keputusan muktamad diambil oleh pelajar sendiri.

Membantu perkembangan dan pencapaian potensi pelajar


-Matlamat ini adalah memberi peluang dan mengembangkan potensi yang sedia
ada pada pelajar ke tahap yang maksimum. Selain itu, ia mengurangkan atau
mengatasi apa sahaja yang menyekat perkembangan potensi kebolehan dan minat
seseorag.

7.0

KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang sentiasa memaparkan
berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial seperti
vandalism, ponteng sekolah, pergaduhan, pembunuhan diri dan sebagainya. Ini
amat menakutkan dan dibimbang oleh masyarakat kini. Dari situ, kita dapat
lihatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat diperlukan dan memainkan
peranan yang penting.

Melalui bimbingan dan kaunseling ia dapat menolong seseorang lebih memahami


diri dan situasinya. Ini adalah kerana semua murid berasal dari latar belakang yang
berbeza maka pemikiran mereka akan berbeza oleh itu semasa manghadapi
masalah mereka hanya melihat dari satu sudut jadi sengan ada bantuan bimbingan
dan kaunseling ia akan menolong pelajar memahami , melihat dari pelbagai sudut
dan membentuk tingkah laku yang sesuai semasa menyelesaikan masalah .

Selain itu, melalui bimbingan dan kaunseling kaunselor akan memberikan khidmat
pencegahan iaitu menghindarkan pelajar terlibat dalam perbuatan salah laku
seperti tingkah laku tidak ber disiplin, merokok, vandalisme dan tingkah laku sosial
yang lain. Tujuan ini adalah menolong individu memahami tentang dunia jenayah
dan memberi pandaun atau nasihat kepada mereka supaya mereka dapat
menjauhkan diri daripada kegiatan sosial yang tidak baik.

Di samping itu, melalui bimbingan dan kaunseling ia akan membantu pelajar


melihat siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan menolong individu-individu
memahami diri agar menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri.
Melalui cara ini, individu dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang
maksimum serta memperoleh kesejahteraan hidup. Jadi, kaunselor dan guru
bimbingan menggunakan data pshikologi dan sosiologi untuk memahami setiap
pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri .

8.0

PRINSIP-PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang menjadi panduan


pelaksanaan perkhidmatan di sekolah

(i) Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan
berterusan.
(ii) Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua pelajar.

(iii) Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka
memerlukannya.
(iv) Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya
dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan hidupnya, dan menolong
memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.
(vi) Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahannya dan
memberi fokus kepada kekuatannya supaya dapat mengembangkan kekuatannya
ke tahap maksimum.
(vii) Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama iaitu membawa
maksud kerjasama dan hubungan erat bukan sahaja antara kaunselor dan pelajar
yang memerlukan bimbingan tetapi juga dengan pihak sekolah, ibu bapa dan
masyarakat.
(viii) Bimbingan dan kaunseling memerlukan pemahaman yang mendalam dan
menyeluruh mengenai pelajar. Ini adalah untuk memudahkan berinteraksi antara
kaunselor dengan pelajar lalu baru dapat mencari satu penyelesaian yang baik dan
berkesan untuk mereka.

9.0

KONSEP, MODEL DAN TEORI-TEORI YANG PERLU DIKETAHUI


UNTUK MEMAHAMI TOPIK YANG DIKAJI DENGAN LEBIH TERPERINCI

1.

Memahami Perbezaan Individu

Dalam psikologi perkembangan kajian terhadap perbezaan individu adalah amat


penting dilakukan oleh kalangan guru dan kaunselor. Ini adalah kerana melalui
kajian perbezaan individu ia dapat membantu pendidik memahami perlakuan murid
yang pelbagai, seterusnya akan menyelesaikan masalah dengan menggunakan cara
penyelesaian yang sesuai.
Menurut Ramlah Jantan dan Mahami Razali ( 2002 ) telah membahagikan aspekaspek perbezaan individu kepada sebelas aspek yang berlainan, iaitu fizikal, emosi,
kecerdasan, sosial, budaya , personaliti, bakat, minat, latar belakang dan lain-lain.
Jadi sebagai kaunselor atau guru haruslah sentiasa memberi perhatian terhadap
perkembangan murid-murid ini adalah kerana perbezaan-perbezaan ini akan
memberi implikasi besar dalam pengajaran dan pembelajaran serta kehidupan
harian. kefahaman personaliti dan perbezaan individu adalah dua konsep yang
berkaitan maka sebagais eorang kaunselor haruslah mempunyai pengetahuan
dalam perbezaan individu.

2.

Teori Abraham Maslow

Menurut Abraham Maslow ( 1970 ), berpendapat bahawa seorang individu akan


memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan skunder.
Dalam keperluan manusia kepada lima peringkat dan menyusun dalam satu
hierarki

Jadi dari situ, kita tahu keperluan asas dan keperluan keselamatan, kasih sayang
dan penghargaan kendiri manusia hendaklah dipenuhi sebelum manusia bersedia
menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik. Jadi
sebagai guru bimbingan atau guru harus memahami setakat mana keperluankeperluan pelajar telah berada barulah dapat membimbing dan memberi nasihat
kepada pelajar. Sebagai contohnya sebagai seorang guru dan kaunselor dia harus
sentiasa bersifat penyayang dan memupuk nilai motivasi pelajar melalui kem
motivasi supaya mereka lebih memahami diri, menerima diri dan seterusnya
menentukan arah hidup untuk diri sendiri.
Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya
apabila mereka memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh diberi
dalam pelbagai bentuk seperti pujian, senyuman atau hadiah. Secara tidak
langsung dapat mempertingkatkan lagi aras motivasi serta meningkatkan prestasi
murid-muridnya. Dari situ, secara tidak langsung ia akan meningkatkan keyakinan
mereka dan seterusnya apabila menghadapi cabaran akan menggunakan pelbagai
sudut untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

3.

Kemahiran Komunikasi dalam Hubungan Interpersonal

Hubungan interpersonal bermaksud hubungan antara perseorangan. Di dalam


proses interaksi sosial, hubungan interpersonal biasanya dijalin melalui komunikasi.
Tujuan utama komunikasi antara orang ialah menyampai khabar, berita pendapat
kepada pendengar.
Di dalam sesi kaunseling yang kerap ialah komunikasi lisan dan komunikasi bukan
lisan. Jadi, sebagai kaunselor dikehendaki menguasai kemahiran komunikasi. Oleh
itu, sebagai kaunselor yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan
iaitu sebagai kaunselor harus bertutur dengan jelas, tepat serta berperasaan
empati.

Komunikasi secara lisan iaitu melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea
secar lisan daripada seorang individu kepada seorang individu atau berkumpulan.
Sebagai contohnya; Dalam bilik kaunseling, murid memainkan peranan sebagai
penyampai maklumat dan kaunselor sebagai pendengar. Jadi sebagai kaunselor
penyampaian yang hendak disampaikan mesti jelas dan mudah difahami. Manakala
komunikasi secara tidak lisan ialah melelui penyampaian mesej melalui gerak
isyarat seperti gerak kepala, mendiamkan diri, mengangguk kepala, menggeleng
kepala dan lain-lain. Sebagai contohnya; mengangguk kepala boleh diertikan
sebagai tanda persetujuandan menggeleng kepala boleh diertikan sebagai tidak
mahu menerima.
Jadi sebagai kaunselor ia harus menguasai kemahiran komunikasi secara lisan dan
bukan lisan untuk mencapai objektif kaunseling. Selain itu, kaunselor hendaklah
menggunakan pelbagai tindakan yang sesuai seperti tugur sapa, menerima
pandangan, gaya duduk, air muka, pergerakan tangan dan nada suara.
Kemahiran penyelesaian masalah murid amat penting untuk seorang kaunselor
maka sebagai seorang kaunselor harus memahami topik ini supaya dapat
menjalankankan sesi kaunseling dengan baik. Dengan penguasaan kemahiran ini
maka sebagai seorang kaunselor akan mengenal pasti punca masalah setelah murid
mencurahkan masalah. Selepas itu, kaunselor akan membantu murid mencari
alternatif untuk menyelesaikan masalahnya. Jadi dari situ, kita dapat nampak
kemahiran komunikasi amat penting untuk seorang kaunselor dan guru.

4.

Teori Kecerdasan Emosi

Teori ini amat penting untuk guru membantu murid menyelesaikan masalah
mereka. Emosi seseorang akan berlaku dalam 3 faktor iaitu situasi persekitaran,
keadaan fisiologikan dan proses kognitif. Menurut S. Schacter&J. Singer ( 1962 )
emosi dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:
a) Sitimuli timbul perubahan kognitif dan fisiologikal seseorang individu
b) Pentafsiran individu perubahan perasaan diri
Melalui pemahaman teori ini maka sebagai guru bimbingan atau guru kaunselling ia
dapat membantu dalam aspek memahami emosi murid-murid, kebolehan mengurus
emosi, kebolehan memotivasi, mengurus perhubungan dan lain-lain. Kesemua ini
amat berguna untuk seorang guru. Dalam pengalaman harian terdapat pelbagai
cabaran yang dihadapi seperti, peperiksaan,pencapaian, keluaraga yang porak
keranda dan lain-lain maka kesemu cabaran dan tekanan ini akan menyebabkan
seseorang berasa kekecewaan, konflik, tekanan, kesedihan dan lain-lain.
Jadi sebagai seorang guru kaunseling untuk membantu murid dalam mengurus
emosi diri dia harus berbuat demikian iaitu;

Mengelolakan aktiviti kumpulan

Menggunakan percakapan yg sesuai

Mewujudkan suasana interaksi yang kondusif dalam bilik

sikap penyayang

galakan & motivasi pembelajaran

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebagai guru kaunselor, guru bimbingan dan guru-guru perlu


memiliki tahap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan tugas mereka.
Oleh itu, peningkatan ilmu pengetahuan dalam profesionalisme keguruan dalam
kalangan guru-guru amat penting. Peningkatan profesionalisme keguruan dapat
dilakukan dalam tiga kaedah, yakni peningkatan Kendiri, penyertaan Kursus
peningkatan Profesionalisme keguruan dan kerjasama profesional. Sebagai guru
yang berprofesionalisme, kita sentiasa harus mengetahui kemahiran-kemahiran
asas seperti kaunseling dan bimbingan. Ini adalah kerana melalui kaunseling ialah
bantuan yang diberi kepada murid-murid biasa yang sedang dalam perkembangan
dan pertumbuhan mental, sosial, intelek , fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian.

RUJUKAN

Crow L.D. dan Crow. A., ( 1960 ). An Introduction to Guidance, New York: American
Book Co

Ee Ah Meng ( 2003 ). Bimbingan dan Kunseling. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Jantan dan Mahani Razali ( 2002 ). Psikologi Pendidikan. Pendekatan Kontempoarri,


McGraw Hill, Malaysia.

Shertzer, B. dan Sone, S.C., ( 1980 ). Fundamentals Of Counseling. Boston: Hughton


Mifflin Company.

Tang Chee Yee. ( 1996 ). Bimbingan dan Kaunseling. Kumpulan Budiman Sdn .

Zulkifli Yusuf, ( 1990 ). Panduan Khidmat Bimbingan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa


dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai