Anda di halaman 1dari 3

Masalah-Masalah

Sebagai kaunselor seharusnya mengambil tahu masalah-masalah yang mungkin


dihadapi yang menghalang perlaksanaan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
menengah. Walaupun dipercayai guru yang dipertanggungjawabkan sebagai guru
bimbingan atau kaunselor mampu menjalankan tugas dengan baik, tidaklah dapat
dinafikan kaunselor akan menghadapi pelbagai rintangan dalam melaksanakan
tugasnya.
Mengenalpasti masalah yang bakal dihadapi dapat membantu saya sebagai kaunselor
menghadapi rintangan dengan mudah supaya segala perancangan yang dicadangkan
dapat berjalan dengan lancar.
Antara masalah yang dihadapi bagi menjalankan program kaunseling di sekolah
menengah:

Proses perlantikan.Pada peringkat awal dahulu kuasa melantik guru bimbingan


adalah di tangan pengetua sepenuhnya. Sekarang ini kaunselor adalah terdiri
dari guru-guru terlatih dalam bidang kaunseling. Ia merupakan jawatan pangkat
yang dibayar elaun. Namun demikian jawatan kaunselor sepenuh masa ini,
tidak dapat dipenuhi di semua sekolah menengah. Jadi kaunselor terlantik atas
budi bicara pengetua. Adakalanya terdapat guru yang tidak berminat dengan
jawatan kaunselor dan menganggap ia sebagai satu bebanan. Ini menjadikan
proses bimbingan dan kanseling tidak dapat berfungsi dengan baik.
Guru-guru bimbingan yang membantu kaunselor juga terdiri dari guru yang
tidak terlatih untuk memainkan peranan sebagai kanselor. Jadi mereka
menganggap ia merupakan beban tugas kepada mereka, menjadikan tugas yang
sepatutnya membantu tidak dilakukan.

Guru Berpengalaman. Holden (1971) mencadangkan pengalaman mengajar


harus diambil kira apabila seseorang guru itu hendak dilantik sebagai
kaunselor. Lima tahun pengalaman mengajar merupakan satu cadangan yang
baik, kecuali guru itu menunjukkan ciri-ciri personaliti yang istimewa dan
mempunyai kualiti yang jelas boleh menjadi guru bimbingan yang baik.
Masalahnya terdapat sekolah yang memberi tugas guru bimbingan yang
membantu kaunselor adalah guru-guru baru. Jadi kaunselor agak bermasalah
untuk melantik guru-guru pembantu menyelesaikan masalah pelajar.

Latihan Profesional. Latihan profesional yang berkaitan seperti latihan dalam


bimbingan dan kaunseling, komunikasi atau psikologi adalah merupakan asas

yang penting untuk memilih guru bimbingan. Ada antara pengetua yang
percaya bahawa guru-guru yang berminat boleh dilantik dahulu, kemudian
barulah diberi latihan, tetapi latihan mesti ada (Mizan 1987). Jadi guru
bimbingan atau pembantu kaunselor sepatutnya mendapat latihan juga.
Kaunselor hanya mampu memberi kursus dalaman, ini tidak mencukupi kepada
guru-guru pembantu untuk bertindak memberi perkhidmatan kaunseling.
Umur Kaunselor. Ada berbagai-bagai pendapat tentang umur yang sesuai untuk
menjadi kaunselor. Mizan (1987) mendapati pengetua sekolah bandar
merasakan guru-guru muda dan cergas adalah lebih sesuai untuk menjadi
kaunselor. Ini adalah kerana kurangnya jarak umur antara kaunselor dengan
pelajar. Keadaan ini membolehkan kaunselor memahami pelajar dengan lebih
baik dan mengurangkan jurang antara generasi. Hal ini akan lebih
menimbulkan rasa empati, jika jarak umur jauh guru hilang rasa empati kerana
rasa ketinggalan dengan dunia remaja ini.

Pengetua sekolah menengah luar bandar pula merasakan guru dewasa adalah
lebih baik dilantik menjadi kaunselor kerana ia dapat mengganti bapa atau
ibu yang diprlukan oleh pelajar. Masalahnya pula akan menjadi penghalang
bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dengan ibu bapa mereka sendiri.
Keadaan persamaan lingkungan umur antara kaunselor dengan ibu bapa
menjadikan berlaku satu reaksi emosi pelajar seolah-olah terasa kaunselor
sebagai ibu bapa yang sedang mereka tentang, timbulkan perasaan menolak
kaunselor itu.

Etnik. Kumpulan etnik juga harus diambil kira. Walaupun kita telah merdeka
lebih 40 tahun, keutuhan budaya bagi setiap etnik itu masih kekal. Banyak
perkara yang berlaku dalam kumpulan etnik itu tidak difahami oleh kumpulan
etnik yang lain. Oleh itu bagi sekolah-sekolah yang mempunyai pelbagai
kaum/etnik, guru-guru pembantu kaunselor yang dilantik haruslah dari ketigatiga kumpulan etnik yang besar ini. Perbezaan etnik antara kaunselor dengan
pelajar akan menimbulkan masalah perbezaan ruang rujuk yang akan
menjejaskan kefahaman dan kurangnya rasa empati di kalangan kaunselor dan
pelajar.

Jantina. Walaupun bagi kebanyakan pelajar, jantina guru jarang dipersoalkan.


Tetapi, dalam budaya kita, faktor ini harus diambil kira juga. Contohnya, bagi
pelajar perempuan terdapat perkara yang agak sulit yang hanya selesa
dibincangkan dengan guru perempuan sahaja; begitu juga sebaliknya dengan
pelajar lelaki.

Pelajar tidak mengunjungi kaunselor. Pelajar menganggap kaunselor seperti


guru-guru lain. Pelajar sering menganggap guru sering mencari kesalahan atau
orang yang perlu dihormati. Jadi mereka tidak mahu pergi ke bilik kaunseling
atau berjumpa dengan kaunselor. Kaunselor semestinya mempunyai sikap yang
mesra dengan pelajar dan sering mengambil peluang menjelaskan kepada
pelajar semasa perhimpunan mingguan mengenai perkhidmatan yang
disediakan oleh kaunselor. Kaunselor semestinya merancangkan supaya dirinya
dan bilik kaunsleng suatu tempat yang mesra dan mudah bagi pelajar. Jika tidak
pelajar tetap tidak melayani perkhimatan yang diberikan.
Itulah antara masalah yang dihadapi oleh kaunselor di sekolah menengah. Masalah
lain seperti tempat, pengurusan bimbingan dan kanseling di sekolah tidak harus wujud
jika kaunselor benar-benar memainkan peranannya di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai