Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENGENALAN

Tokoh-tokoh Tamadun

Islam merupakan seseorang yang menjadi inspirasi

kepada kita pada masa kini. Dengan lahirnya tokoh-tokoh atau sarjana-sarjana Islam, menunjukkan bahawa Islam menitikberatkan umatnya tentang pentingnya menimba ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan, ia menunjukkan bahawa umat Islam merupakan umat yang sentiasa maju ke hadapan. Lahirnya tokoh-tokoh Islam seperti al-khawarizmi, Ibnu Sina, al-Farabi, al-ghazali dan Ibnu Rusyd membuktikan Islam pada zaman dahulu telah menerokai dunia ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam.

Selain ddaripada itu, tokoh-tokoh Tamadun Islam juga telah melahirkan sarjana-sarjana dalam bidang perubatan, kimia, astronomi, matematik atau ilmu hisab dan banyak lagi bidang yang telah diterokai. Ini sudah cukup membuktikan Islam merupakan satu kuasa besar yang menguasai ilmu pengetahuan. Kita sebagai generasi zaman yang serba canggih ini perlu berusaha menguasai ilmu pengetahuan dalam segala bidang yang diceburi. Seterusnya, marilah kita bersama-sama mengkaji definisi tamadun, ciri-ciri Tamadun Islam dan juga membincangkan tokoh-tokoh Tamadun Islam.

Anda mungkin juga menyukai