Anda di halaman 1dari 21

Ikatan kimia

Kestabilan Gas Adi

Kestabilan Gas Adi

1. Gas adi wujud sebagai zarah monoatom di dalam alam sekitar.


2. Ia merupakan unsur yang paling stabil dan tidak reaktif secara kimia.
3. Gas adi mempunyai susunan duplet ( helium ) dan susunan oktet yang sangat stabil.

Susunan Elektron Duplet dan Oktet

1. Rajah di atas menunjukkan struktur atom bagi 4 unsur gas adi yang pertama dalam Jadual
Berkala.
2. Susunan duplet (2 elektron valens) bagi helium dan susunan oktet (8 elektron valens)
bagi gas adi yang lain adalah paling stabil dan sangat susah diganggu oleh daya-daya
kimia.
3. Oleh itu atom-atom unsur gas adi tidak bergabung sesama sendiri untuk membentuk
molekul dan atom-atom itu juga tidak bergabung dengan atom unsur lain untuk
membentuk sebatian.
4. Akibatnya, semau gas adi adalah lengai secara kimia dan wujud sebagai gas monoatom
sahaja.
Hukum Oktet

1. Atom-atom daripada kumpulan yang tidak mempunyai susunan elektron oktet cenderung
mencapai susunan oktet.
2. Kecenderungan suatu atom untuk mencapai susunan duplet atau oktet digelar sebagai
hhukum oktet.

Bagaimana Atom Mencapai Susunan Elektron Oktet?

1. Atom-atom boleh mencapai susunan elektron duplet atau oktet melalui 3 cara:
a. melepaskan elektron yang berlebihan
b. menerima elektron daripada atom lain jika ia adalah kekurangan elektron.
c. berkongsi elektron

(Atom natrium melepaskan satu elektron untuk mencapai susunan elektron oktet)

(Atom fluorin menerima satu elektron untuk mencapai susunan elektron oktet)
(Dua atom fluorin berkongsi elektron untuk mencapai susunan elektron oktet)

Ikatan Kimia

Atom-atom unsur bukan kumpulan 18 boleh berpadu melalui dua jenis ikatan kimia, iaitu
1. ikatan ionik ( ikatan elektrovalen ), --logam dengan bukan logam.
2. ikatan kovalen — bukan logam dengan bukan logam.

Ikatan Ion (Elektrovalen)

(Ikatan Ion)
1. Dengan melepaskan elektron atau menerima elektron, atom-atom akan membentuk ion-
ion.
2. Ion-ion yang bertentangan cas akan menarik antara satu sama lain dan membentuk ikatan
ion atau ikatan elektrovalen).
3. Ikatan ion terbentuk di antara logan dengan bukan logam.
4. Contohnya, natrium bertindak dengan klorin membentuk ikatan ion di antara ion natrium
dan ion klorin.
5. Sebatian yang terbentuk dinamakan sebagai sebatian ion atau sebatian elektrovalen.

Ikatan Kovalen

(Ikatan Kovalen
1. Dengan berkongsi elektron di antara atom-atom, atom-atom boleh terikat bersama dan
jenis ikatan kimia yang terbentuk dinamakan sebagai ikatan kovalen.
2. Ikatan kovalen terbentuk di antara bukan logam dengan bukan logam.
3. Sebatian yang terbentuk dinamakan sebagai sebatian kovalen.

Pembentukan Ion

1. Ion ialah zarah-zarah yang membawa cas positif atau cas negatif. Contohnya Ca2+, O2-,
SO42- .
2. Semua unsur kumpulan 1, 2, dan 13 mempunyai 1, 2 dan 3 elektron valens masing
masing.
3. Dalam tindak balas kimia, atom-atom unsur ini cenderung untuk melapaskan semua
elektron valens untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil.
4. Selepas melepaskan elektron, bilangan protonnya melebihi bilangan elektron, maka atom
itu akan membentuk ion positif.
5. Atom-atom bukan logam daripada Kumpulan 15. 16, dan 17 Jadual Berkala masing-
masing mempunyai 5, 6, dan 7 elektron valens.
6. Dalam tindak balas kimia, atom-atom bukan logam ini cenderung untuk menerima
elektron ke dalam petala terluar untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil.
Jadi, ion negatif ( anion ) terbentuk.

Pembentukan Ion Positif

1. Usually, the atom of metals consist of 1, 2 or 3 valence electrons.


2. In order to achieve octet electrons arrangement, the atoms will release the valence
electrons.
3. After releasing the valence electrons, the protons in the nucleus will out number the
electrons. As a result, positive ions formed.
4. Ion positif biasanya terbentuk daripada atom logam.
5.  Atom-atom logam biasanya mempunyai 1, 2, dan 3 elektron valens.
6. Dalam tindak balas kimia, atom-atom logam ini cenderung untuk melepaskan semua
elektron valens (lama ada satu, dua, atau tiga elektron) untuk mencapai susunan elektron
gas adi yang stabil.
7. Selepas melepasi elektron, bilangan proton lebih banyak daripada bilangan elektron, iaitu
jumlah cas positif melebihi jumlah cas negatif.
8. Maka ion bercas positif (kation) terbentuk.

Contoh: Pembentukan Ion Bercas +1

(Atom natrium melepaskan satu elektron membentuk ion bercas +1)

Contoh: Pembentukan Ion Bercas +2

(Atom magnesium melepaskan dua elektron membentuk ion bercas +2)

Contoh: Pembentukan Ion Bercas +3


(Atom aluminium melepaskan tiga elektron membentuk ion bercas +3)

Pembentukan Ion Negatif

1. Atom-atom bukan logam daripada. Kumpulan 15, 16, dan 17 Jadual Berkala masing-
masing mempunyai 5, 6, dan 7 elektron valens.
2. Dalam tindak balas kimia, atom-atom bukan logam ini cenderung untuk menerima
elektron ke dalam petala terluar untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil.
3. Akibatnya, bilangan elektron melebihi bilangan potron di dalam zarah dan ion negatif
(anion) terbentuk.

Pembentukan Ion Negatif Bercas -1

(Atom fluorin menerima satu elektron membentuk ion fluorida yang bercas -1)

Pembentukan Ion Negatif Bercas -2


(Atom oksigen menerima dua elektron membentuk ion oksida yang bercas
-2)

Perbezaan di Antara Ion Fluorida dan Atom Neon

1. Selepas pembentukan ion, susunan elektron ion itu adalah sama seperti susunan elektron
gas adi.
2. Contohnya, susunan elektron ion fluorida ialah 2.8, iaiitu sama seperti susunan elektron
neon, 2.8.
3. Kedua-dua ion fluorida dan atom neon mempunyai susunan elektron yang sama.
4. Ion fluorida membawa cas manakala atom neon adalah neutral. Oleh itu, mereka adalah
berbeza secara kimia.

(Susunan elektron ion fluorida adalah sama dengan susunan elektrom atom neon. Bagaimanapun,
mereka adalah berbeza secara kimia.)

Ikatan Ion
1. Sebatian ion ( sebatian elektrovalen ) terbentuk apabila suatu logam berpadu dengan
suatu bukan logam.
2. Logam berasal dari kumpulan 1, 2 dan 13 Jadual Berkala atau dari unsur-unsur peralihan,
manakala bukan logam berasal dari kumpulan 15, 16 dan 17 Jadual Berkala.
3. Dalam pembentukan sebatian ion, atom logam melepaskan semua elektron valensnya
untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil. Maka, ion positif ( kation )
terbentuk.
4. Elektron-elektron yang dilepaskan itu akan berpindah ke petala terluar atom bukan logam
supaya atom bukan logam itu juga mencapai susunan elektron gas adi yang stabil. Oleh
itu, ion negatif ( anion ) terbentuk.
5. Ion-ion positif ( kation ) dan ion-ion negatif ( anion ) yang terbentuk tertarik antara satu
sama lain oleh tarikan elektrostatik yang kuat dalam kekisi hablur.
6. Tarikan antara ion ini dikenal sebagai ikatan ion atau ikatan elektronvalen.
7. Sebatian yang terbentuk dikenal sebagai sebatian ion atau  sebatian elektrovalen.

Contoh: Ikatan Ion di Antara Unsur Kumpulan 1 dengan Kumpulan 17

1. Rajah di atas menunjukkan pembentukan ikatan ion di antara natrium (logam kumpulan
1) dan klorin (bukan logam dari kumpulan 17).
2. Susunan elektron atom natrium ialah 2.8.1, iaitu bukan oktet (tidak stabil).
3. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom natrium menderma/melepaskan
satu elektron dan membentuk ion natrium yang bercas +1.
4. Bagi atom klorin pula, susunan elektronnya ialah 2.8.7, juga bukan oktet dan tidak stabil.
5. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom korin menerima satu elektron
daripada natrium dan membentuk ion klorida yang bercas -1.
6. Ion natrium dan ion klorida mempunyai cas yang bertentangan. Oleh itu mereka menarik
antara satu sama lain dan membentuk ikatan ion.

Contoh: Ikatan Ion di Antara Logam Kumpulan 2 dan Unsur Kumpulan 17

1. Rajah di atas menunjukkan pembentukan ikatan ion di antara kalium (logam kumpulan 1)
dan oksigen (bukan logam dari kumpulan 16).
2. Susunan elektron atom kalium ialah 2.8.8.1, iaitu bukan oktet (tidak stabil).
3. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom kalium menderma/melepaskan
satu elektron dan membentuk ion kalium yang bercas +1.
4. Bagi atom oksigen pula, susunan elektronnya ialah 2.6, juga bukan oktet.
5. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom oksigen menerima dua elektron
daripada kalium dan membentuk ion oksida yang bercas -2.
6. Ion kalium dan ion oksida mempunyai cas yang bertentangan. Oleh itu mereka menarik
antara satu sama lain dan membentuk ikatan ion.

Contoh: Ikatan Ion di Antara Logam Kumpulan 2 dan Unsur Kumpulan 16


1. Rajah di atas menunjukkan pembentukan ikatan ion di antara kalsium (logam kumpulan
2) dan atom oksigen (bukan logam dari kumpulan 16).
2. Susunan elektron atom kalsium ialah 2.8.8.2, iaitu bukan oktet (tidak stabil).
3. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom kalsium menderma/melepaskan
dua elektron dan membentuk ion kalsium yang bercas +2.
4. Bagi atom oksigen pula, susunan elektronnya ialah 2.6, juga bukan oktet.
5. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom oksigen menerima dua elektron
daripada kalsium dan membentuk ion oksida yang bercas -2.
6. Ion kalsium dan ion oksida mempunyai cas yang bertentangan. Oleh itu mereka menarik
antara satu sama lain dan membentuk ikatan ion.

Meramalkan Formula Sebatian Ion

1. Kita boleh meramalkan cas bagi sesuatu ion dengan merujuk kepada kumpulannya.
2. Jadual di bawah menunjukkan cas ion terbentuk dengan kumpulannya.

Kumpulan Cas Ion

1 +1

2 +2

13 +3

15 -3
16 -2

17 -1
3. Seterusnya, daripada cas ion, kita boleh meramalkan formula sebatian ionik dengan
mengimbangi cas positif dan negatif.
4. Jadual di bawah menunjukkan formula sebatian yang terbentuk daripada kumpulan-
kumpulan yang berlainan.

Unsur-unsur Formula Sebatian Ion Contoh


Atom Logam, M Atom Bukan
Logam, N
Kumpulan 1 Kumpulan 15  M3N Na3N
Kumpulan 1 Kumpulan 16 M2N K2O
Kumpulan 1 Kumpulan 17 MN LiCl
Kumpulan 2 Kumpulan 15 M3N2 Ca3N2
Kumpulan 2 Kumpulan 16 MN MgO
Kumpulan 2 Kumpulan 17 MN2 BaBr2
Kumpulan 13 Kumpulan 15 MN AlN
Kumpulan 13 Kumpulan 16 M2N3 Al2O3
Kumpulan 13 Kumpulan 17 MN3 AlI3

Ikatan Kovalen - Bilangan Ikatan

Bilangan Ikatan

1. Terdapat 3 jenis ikatan kovalen:


a. Ikatan tunggal – Atom-atom membahagi 1 pasang elektron

b. Ikatan ganda dua – Atom-atom membahagi 2 pasang elektron

c. Ikatan ganda tiga – Atom-atom membahagi 3 pasang elektron

Contoh
Bilagan Elektron Contoh dan Jenis Ikatan Kovalen

1 pasang Jenis ikatan kovalen: Ikatan tunggal

2 pasang Jenis ikatan kovalen: Ikatan ganda dua

3 pasang Jenis ikatan kovalen: Ikatan ganda tiga

Pembentukan Ikatan Tunggal (Molekul Hidrogen)


Pembentukan Ikatan Ganda Dua (Molekul Oksigen)
Pembentukan Ikatan Ganda Tiga (Molekul Nitrogen)

Meramalkan Formula Molekul Sebatian Kovalen

1. Sama seperti sebatian ion, formula molekul sebatian kovalen dapat diramalkan dengan
merujuk kepada kumpulannya dalam Jadual Berkala.
2. Kita dapat meramalkan formula sebatian kovalen dengan merujuk kepada valensi atom-
atom dalam molekul.
3. Valensi suatu atom adalah sama dengan bilangan elektron yang diterima atau dilepaskan
untuk mencapai susuan elektron oktet.
4. Contohnya, susunan elektron bagi oksigen ialah 2.6. Untuk mencapai susunan elektron
oktet, atom oksigen perlu menerima 2 elektron daripada atom lain. Maka valensi oksigen
ialah 2.
5. Jadual di bawah menunjukkan valensi bagi atom-atom daripada kumpulan yang berlainan
serta formula sebatian yang terbentuk.

Unsur-unsur yang Bergabung Formula Sebatian Kovalen


Unsur X daripada Valensi Unsur Y daripada Valensi
Kumpulan 15 3 Kumpulan 15 3  XY
Kumpulan 15 3 Kumpulan 16 2  X2Y3
Kumpulan 15 3 Kumpulan 17 1  XY3
Kumpulan 16 2 Kumpulan 16 2  XY
Kumpulan 16 2 Kumpulan 17 1  XY2
Kumpulan 17 1 Kumpulan 17 1  XY

Sifat-sifat Fizik Sebatian Ion dan Sebatian Kovalen

Sifat-sifat Fizik - Sebatian Ion

Structure Ionic Compound

1. Sebatian ion ( elektrovalen ) terdiri daripada ion-ion ( kation dan anion ) yang disusun
dengan teratur dan padat pada kedudukan tetap seperti ditunjukkan dalam rajah di sebelah
kanan.
2. Ion-ion ini boleh membentuk satu struktur kekisi raksasa dengan ikatan ion di antara ion-
ion yang bertentangan cas.
3. Ikatan ion yang terbentuk ialah daya tarikan elektrostatik yang sangat kuat.
(Struktur kekisi raksasa)

(Strong Electrostatic Force formed between the positive and negative ions)

Sifat-sifat Sebatian Ion

1. Terdiri daripada ion-ion positif dan negatif dalam struktur kekisi raksasa.
2. Mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi.
3. Tidak meruap.
4. Biasanya larut dalam air.
5. Biasanya tidak larut dalam pelarut organik.
6. Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan lebur atau larutan akueus.

Sebatian Kovalen

Sifat-sifat Fizik Sebatian Kovalen - Molekul Ringkas

Sebatian kovalen boleh dibahagi kepada 2 jenis


1. Sebatian molekul ringkas
2. Sebatian molekul raksasa
Molekul Ringkas

1. Kebanyakan sebatian kovalen terdiri daripada unit-unit molekul yang ringkas dan
berasingan seperti ditunjukkan di dalam rajah di atas.
2. Daya-daya di antara molekul-mulekul merupakan daya Van der Waals yang lemah.

Sifat-sifat Fizik Sebatian Kovalen Bermolekul Ringkas

1. Terdiri daripada molekul-molekul kecil dan ringkas.


2. Mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah.
3. Mudah meruap.
4. Biasanya tidak larut dalam air.
5. Biasanya larut dalam pelarut organik.
6. Tidak mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal atau lebur.

Sifat-sifat Fizik Sebatian Kovalen - Struktur Raksasa

Sebatian Molekul Raksasa

1. Sebatian kovalen bermolekul raksasamempunyai ikatan-ikatan kovalen yang kuat


menggabungkan semua atom bersama dalam strutur kekisi tiga dimensi.
2. Oleh kerana atom-atom terikat antara satu sama lain oleh ikatan kovalen yang kuat, maka
banyak tenaga diperlukan untuk memecahkan ikatan-ikatan itu semasa leburan/pendidihan.
Jadi, sebatian kovalen bermolekul raksasa mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi.

3. Berikut adalah sifat-sifat fizik molekul raksasa

a. Mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi.

b. Tidak meruap.

c. Biasanya tidak larut dalam air.

d. Biasanya tidak larut dalam pelarut organik.

e. Tidak mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal atau lebur.

4. Contoh-contoh struktur raksasa ialah berlian, silika dan grafit.

Berlian dan Silika (Pasir)

(Struktur 3 Dimensi Sebatian Raksasa - Berlian)

1. Berlian ialah salah satu alotrop kepada karbon.


2. Alotrop merujuk kepada sifat yang berbeza yang dimiliki oleh suatu bahan (unsur kimia) dalam
keadaan yang sama. Biasanya sifat fizik alotrop adalah berlainan manakala sifat kimianya boleh
sama.

3. Seperti ditunjukkan di dalam rajah di atas, dalam berlian, setiap atom karbon diikat oleh 4 ikatan
kovalen yang kuat. Oleh itu, berlian mempunyai takat lebur dan takat didih yang sangat kuat.

4. Sebatian kovalen bermolekul raksasa tidak mempunyai ion-ion bergerak. maka sebatian itu tidak
boleh mengkonduksikan elektrik.

5. Sebatian kovalen bermolekul raksasa juga tidak boleh larut dalam air atau pelarut organik.
Grafit

1. Grafit juga merupakan alotrop bagi karbon.


2. Grafit merupakan sejenis unsur berikatan kovalen yang berstruktur lapis.

3. Dalam hablur grafit, atom-atom karbon diikat bersama oleh ikatan kovalen dalam lapisan-
lapisan leper.

4. Dalam tiap-tiap lapisan leper, setiap atom karbon diikat oleh tiga ikatan kovalen tunggal yang
kuat kepada tiga atom yang lain dan disusun dalam bentuk gelang heksagon.

5. Lapisan-lapisan leper itu ditarik antara satu sama lain oleh daya Van der Waals yang lemah dan
berlanjut ke seluruh tiga dimensi kekisi hablur.

6. Jarak antara dua lapisan berjiran adalah  lebih besar daripada jarak di antara dua atom karbon
dalam lapis.

7. Oleh kerana lapisan yang leper itu dipegang oleh daya yang lemah, maka lapisan-lapisan itu
senang tergelincir atas satu sama lain. Ini menyebabkan grafit bersifat lembut dan licin.

8. Oleh kerana jarak antara lapisan adalah besar, jadi susunan yang lebih terbuka itu menyebabkan
grafit mempunyai ketumpatan yang lebih rendah.

9. Atom karbon mempunyai kondigurasi elektron 2.4. oleh kerana hanya tiga daripada empat
elektron valens dari petala terluar setiap atom karbon terlibat dalam pengikatan kovalen dalam
setiap lapisan leper itu, oleh itu masih terdapat satu elektron valens dari setiap atom karbon
yang tedak terlibat dalam pengikatan kovalen dan boleh bergerak bebas pada lapisan itu.
Dengan demikian, grafit boleh mengkonduksikan elektrik.

10. Rajah di bawah menunjukkan molekul raksasa karbon berstruktur lapis.


(3 dimensional layer structure: graphite)

Hydrogen is the only element whose isotopes have different names that are in common use today. The
2
H (or hydrogen-2) isotope is usually called deuterium, while the 3H (or hydrogen-3) isotope is usually
called tritium. The symbols D and T (instead of 2H and 3H) are sometimes used for deuterium and tritium.

The symbols D and T (instead of 2H and 3H) are sometimes used for deuterium and tritium. The IUPAC
states in the 2005 Red Book that while the use of D and T is common, it is not preferred because it can
cause problems in the alphabetic sorting of chemical formulae. The ordinary isotope of hydrogen, with
no neutrons, is sometimes called "protium". (During the early study of radioactivity, some other heavy
radioactive isotopes were given names, but such names are rarely used today.)

Anda mungkin juga menyukai