Anda di halaman 1dari 9

PEMBENTUKAN

IONIK
GENG KAMI : • Qiela
• Jieya • Faris
• Fadh • Alyaa
IKATAN ION
• Sebatian ion ( sebatian elektrovalen ) terbentuk apabila suatu logam berpadu
dengan suatu bukan logam.

• Logam berasal dari kumpulan 1, 2 dan 13 Jadual Berkala atau dari unsur-unsur
peralihan, manakala bukan logam berasal dari kumpulan 15, 16 dan 17 Jadual
Berkala.

• Dalam pembentukan sebatian ion, atom logam melepaskan semua elektron


valensnya untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil. Maka, ion positif
( kation ) terbentuk.

• Elektron-elektron yang dilepaskan itu akan berpindah ke petala terluar atom


bukan logam supaya atom bukan logam itu juga mencapai susunan elektron gas
adi yang stabil. Oleh itu, ion negatif ( anion ) terbentuk.

• Ion-ion positif ( kation ) dan ion-ion negatif ( anion ) yang terbentuk tertarik
antara satu sama lain oleh tarikan elektrostatik yang kuat dalam kekisi hablur.
• Tarikan antara ion ini dikenal sebagai ikatan ion atau ikatan elektronvalen.

• Sebatian yang terbentuk dikenal sebagai sebatian ion atau sebatian


elektrovalen.
Contoh : Ikatan Ion di Antara Unsur
Kumpulan 1 dengan Kumpulan 17
• Rajah di atas menunjukkan pembentukan ikatan ion di antara natrium
(logam kumpulan 1) dan klorin (bukan logam dari kumpulan 17).

• Susunan elektron atom natrium ialah 2.8.1, iaitu bukan oktet (tidak
stabil).

• Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom natrium


menderma/melepaskan satu elektron dan membentuk ion natrium yang
bercas +1.

• Bagi atom klorin pula, susunan elektronnya ialah 2.8.7, juga bukan oktet
dan tidak stabil.

• Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom korin


menerima satu elektron daripada natrium dan membentuk ion klorida
yang bercas -1.

• Ion natrium dan ion klorida mempunyai cas yang bertentangan. Oleh itu
mereka menarik antara satu sama lain dan membentuk ikatan ion.
Contoh: Ikatan Ion di Antara Logam
Kumpulan 2 dan Unsur Kumpulan 17
• Rajah di atas menunjukkan pembentukan ikatan ion di antara
kalium (logam kumpulan 1) dan oksigen (bukan logam dari
kumpulan 16).
• Susunan elektron atom kalium ialah 2.8.8.1, iaitu bukan oktet
(tidak stabil).

• Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom kalium


menderma/melepaskan satu elektron dan membentuk ion kalium
yang bercas +1.

• Bagi atom oksigen pula, susunan elektronnya ialah 2.6, juga bukan
oktet.

• Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom oksigen


menerima dua elektron daripada kalium dan membentuk ion
oksida yang bercas -2.

• Ion kalium dan ion oksida mempunyai cas yang bertentangan.


Oleh itu mereka menarik antara satu sama lain dan membentuk
ikatan ion.
Contoh: Ikatan Ion di Antara Logam
Kumpulan 2 dan Unsur Kumpulan 16
• Rajah di atas menunjukkan pembentukan ikatan ion di antara kalsium
(logam kumpulan 2) dan atom oksigen (bukan logam dari kumpulan 16).

• Susunan elektron atom kalsium ialah 2.8.8.2, iaitu bukan oktet (tidak
stabil).

• Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom kalsium


menderma/melepaskan dua elektron dan membentuk ion kalsium yang
bercas +2.

• Bagi atom oksigen pula, susunan elektronnya ialah 2.6, juga bukan oktet.

• Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom oksigen


menerima dua elektron daripada kalsium dan membentuk ion oksida
yang bercas -2.

• Ion kalsium dan ion oksida mempunyai cas yang bertentangan. Oleh itu
mereka menarik antara satu sama lain dan membentuk ikatan ion.
ITU SAHAJA DARIPADA KAMI
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai