Anda di halaman 1dari 19

3.

4 Pergerakan Bahan
Merentasi
Membran Plasma dalam
Kehidupan Harian
a) Pengawetan Makanan
• Kaedah pengawetan makanan yang diaplikasikan dalam industri
pembuatan makanan adalah berdasarkan konsep resapan ringkas dan
osmosis.
• Pengawetan makanan dengan garam atau gula:
• Ikan masin dihasilkan dengan merendam ikan dalam larutan garam berkepekatan tinggi
• Buah-buahan seperti laici dan nanas diawet dengan cara merendam dalam larutan gula
pekat
• Pengawetan makanan dengan cuka
i) Pengawetan makanan dengan garam atau
gula
• Ikan masin dihasilkan dengan merendam ikan dalam larutan garam
berkepekatan tinggi
• Buah-buahan seperti laici dan nanas diawet dengan cara merendam
dalam larutan gula pekat
• Larutan garam atau gula pekat adalah hipertonik
terhadap sel ikan atau sel buah yang diawet
• Air meresap keluar secara osmosis dari tisu ikan
dan buah
• Sel ikan mengalami krenasi manakala tisu buah
mengalami plasmolisis
• Tanpa air, bakteria dan kulat pengurai tidak dapat
tumbuh
• Keadaan hipertonik menyebabkan bakteria
kehilangan air ke persekitaran dan akhirnya mati
• Ikan dan buah yang telah diawet tidak mudah
mereput dan dapt disimpan untuk tempoh yang
lama
ii) Pengawetan
dengan cuka
• Mangga atau sayur direndam
dalam larutan cuka yang
mempunyai pH yang rendah
• Cuka meresap masuk ke dalam
sel mangga atau sayur
• pH rendah (keadaan berasid)
menghalang pertumbuhan
bakteria dalam manga dan
sayur. Mangga dan sayur dapat
tahan lebih lama
b) Fenomena kelayuan tumbuhan
• Berlaku akibat pembajaan berlebihan
• Baja larut dalam air tanah menyebabkan
air tanah menjadi hipertonik terhadap
sap sel akar.
• air akan meresap keluar secara osmosis
dari sap sel akar ke dalam tanah dan sel
akan mengalami plasmolisis.
• Sel dalam tumbuhan akan pulih semula
apabila disiram air.
• Akan tetapi, sekiranya tempoh
plasmolysis adalah panjang, tumbuhan
yang layu akhirnya akan mati.
• Konsep pergerakan bahan merentasi
membran plasma mempunyai pelbagai
aplikasi dalam kehidupan harian kita seperti:
a) Minuman isotonic
b) Minuman penghidratan semula
c) Larutan saline
d) Liposom
a) Minuman
penghidratan semula
• Minuman penghidratan semula
seperti garam penghidratan oral
dapat mengembalikan kehilangan
air dan elektrolit dalam individu
yang mengalami cirit-birit.
b) Minuman isotonik
• Minuman isotonic bagi atlet
dapat mengganti bendalir serta
elektrolit seperti kalium dan
natrium badan yang hilang
melalui perpeluhan.
c)Larutan saline
• Larutan saline yang digunakan
dalam perubatan lazimnya
merupakan larutan isotonik
terhadap plasma darah. Larutan
saline mengandungi 0.85–0.90 g
natrium klorida per 100 ml.
d) Liposom
• Liposom ialah vesikel yang
mengandungi larutan akues
dikelilingi oleh membran
dwilapisan fosfolipid.
• Liposom digunakan untuk
melindungi ubatan atau
bahan aktif yang dimakan
secara oral daripada
dimusnahkan oleh jus gaster.
• Dengan cara ini, ubat dapat
sampai ke sel sasaran.
e) Osmosis berbalik

• Osmosis berbalik ialah teknologi yang


biasa digunakan untuk memperoleh air
tawar daripada air laut melalui proses
penyahgaraman
• Dalam peralatan osmosis berbalik,
tekanan dikenakan ke atas air laut
melalui membran telap memilih
• Membran ini membenarkan molekul air
melaluinya manakala zarah bendasing,
garam dan mikroorganisma dihalang
• Maka air yang keluar ialah air tawar yang
tulen
LATIHAN
F1: cuka mempunyai pH rendah / berasid
E1: cuka meresap masuk ke dalam (tisu) petai
E2: (tisu) petai menjadi berasid
E3: pH rendah menghalang pertumbuhan mikroorganisma dalam petai
E4: petai boleh diawet / tahan lebih lama
F: tumbuhan layu
E1: sel menjadi flasid / plasmolysis // vakuol dan sitoplasma mengecut // membran plasma
sel akar rambut tertarik daripada dinding sel
E2: molekul air meresap keluar daripada (sap sel) akar rambut secara osmosis
E3: air tanah menjadi hipertonik terhadap (sap sel) akar rambut sehingga tanah mengering
P1 - Saline water contains 0.9% of sodium chloride/salt
P2 - The concentration of saline water is isotonic to the cells
P3 - Water molecules move in and out (of cells) at same rate
P1 Larutan garam pekat bersifat hipertonik terhadap sel ikan// sel ikan adalah bersifat
hipotonik terhapat larutan garam pekat.
P2 air meresap keluar dari sel
P3 secara osmosis
P4 Mikrooragnisma tidak dapat membiak/ hidup
F1 – telur rasa masin
P1 – larutan garam tepu mempunyai kepekatan ion sodium yang lebih tinggi berbanding di dalm telur
P2 – ion sodium akan meresap masuk ke dalam telur
F2 – telur akan terapung
P3 – larutan garam adalah larutan hipertonik terhadap telur
P4 – air meresap masuk ke dalam telur
P5 – secara osmosis
F1: cuka mempunyai pH rendah / berasid
E1: cuka meresap masuk ke dalam (tisu) mangga
E2: (tisu) mangga menjadi berasid
E3: pH rendah menghalang pertumbuhan mikroorganisma dalam mangga
E4: mangga boleh diawet / tahan lebih lama

Anda mungkin juga menyukai