Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PERASMIAN

PELANCARAN BULAN AKADEMIK

YANG BERUSAHA,
PUAN AMALINA @ JULIZAWANA BINTI ABDUL
RAZAK

PENGETUA SMK BANDAR BANDAR TASIK


SELATAN

Terima kasih puan pengerusi majlis,

Yang Berusaha, Puan Norainon binti Ramli,


Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Siti Zainab binti Ramnoon, Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid,
Puan Norhara binti Yusoff, Penolong Kanan
Kokurikulum,
Puan Illy Syafiah Mak binti Abdullah, Penolong
Kanan Pendidikan Khas,
Barisan guru-guru kanan, guru-guru kaunselor,
guru-guru SMK Bandar Tasik Selatan serta murid-
murid yang saya kasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita
memanjatkan kesyukuran ke hadrat llahi kerana
dengan limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat
sama-sama kita menyempurnakan Majlis
Perasmian Bulan Akademik peringkat sekolah SMK
Bandar Tasik Selatan bagi tahun 2022 pada pagi

1
ini.Untuk pengetahuan guru-guru dan murid-murid,
Bulan Akademik akan bermula pada hari ini 20 Jun
sehingga 17 Julai 2022.

Guru-guru dan pelajar sekalian,

Bulan Akademik adalah gabungan empat


bidang. Terdiri daripada Bidang Bahasa, Bidang
Teknik dan Vokasional, Bidang Sains dan
Matematik serta Bidang Kemanusiaan. Ke empat–
empat bidang tersebut adalah amat penting dalam
sistem pendidikan yang sedia ada. Berdasarkan
kecenderungan dalam bentuk kebolehan,
kemahiran, keupayaan dan kelebihan yang ada
pada seseorang pelajar membolehkan mereka
memilih jurusan kerjaya dalam pelbagai bidang
pada masa akan datang. Akademik merupakan ilmu
sejagat wajar diberi perhatian oleh semua pihak
bagi menjamin kejayaan pelajar baik dalam bidang
akademik mahupun dalam kehidupan seharian.

Antara objektif utama bulan akademik


diadakan. Pertama, untuk meningkatkan
pemahaman dalam semua mata pelajaran melalui
pelbagai aktiviti pembelajaran yang menarik.
Kedua, memberi peluang kepada murid-murid
menyertai aktiviti atau pertandingan. Ketiga,
mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan dan pada
masa yang sama mampu mencetuskan kreativiti
dan reka cipta murid melalui pertandingan-
pertandingan yang dianjurkan. Kemudian, murid-
murid dapat mengembangkan dan meningkatkan

2
daya intelek serta pemikiran rasional kritis dan
kreatif.

Oleh itu, pihak sekolah melalui usaha gigih


para guru bertanggungjawab untuk mencungkil
bakat para pelajar mengikut keupayaan pelajar
tersebut. Menjadi hasrat para guru, ibu bapa dan
masyarakat untuk melahirkan pelajar yang unggul
dalam pelbagai bidang di samping keutamaan
pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam
bidang akademik dengan ilmu yang diperolehi.

Sesungguhnya, ilmu itu umpama seribu


permata berharga yang mampu mengubah
kehidupan seseorang di samping meningkatkan
minda dan memajukan bangsa. Ilmu juga mampu
mempamerkan keupayaan generasi hari ini untuk
menjadi pemimpin yang disegani dan dihormati di
masa akan datang.

Semasa Bulan Akademik, pelbagai aktiviti akan


dijalankan dalam bulan Jun dan Julai. Antaranya
pertandingan kuiz, tarsia, reka cipta dan inovasi dan
lain-lain lagi. Jadi, besarlah harapan saya semoga
semua murid-murid dapat memanfaatkan
sepenuhnya program dengan menyertai semua
aktiviti yang telah disusun dan disediakan oleh
guru-guru bagi melestarikan dan meningkatkan
kemahiran dan ilmu yang perlu dipelajari.

Sebelum saya sudahi ucapan, saya sekali lagi


mengucapkan ribuan terima kasih kepada para
guru yang terlibat secara langsung atau tidak

3
lansung dalam pelancaran Bulan Akademik pada
kali ini.

Dengan ini, saya dengan lafaz Bismillahhir-


rahmannirahim merasmikan Program Bulan
Akademik SMK Bandar Tasik Selatan tahun 2022.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah


wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai