Anda di halaman 1dari 19

Topik  Mukadimah

2 Perkahwinan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyenaraikan lima ciri pasangan hidup menurut pandangan Islam;
2. Menyatakan hukum melihat bakal isteri;
3. Menerangkan batas-batas melihat bakal isteri;
4. Menyatakan pengertian, dalil dan hikmah pertunangan;
5. Menerangkan hukum dan kesan pembatalan pertunangan; dan
6. Mengenal pasti batas-batas pergaulan semasa bertunang.

 PENGENALAN
Dalam topik yang lalu, kita telah membincangkan perkara-perkara berkaitan
konsep perkahwinan menurut pandangan Islam. Kita sudah pun menyentuh
soal-soal pembinaan rumah tangga yang bahagia dan merupakan tuntutan
dalam Islam demi kelangsungan zuriat dan umat Islam. Namun, adakah anda
sedar bahawa titik mula untuk pembinaan keluarga yang baik dan bahagia
sebenarnya berlaku semasa pemilihan calon pasangan suami isteri? Pemilihan
yang dilakukan mestilah berpandukan pada ajaran syariat. Sebarang pemilihan
yang berteraskan nafsu hendaklah dielakkan.

Selain itu, calon suami atau isteri perlulah mengambil beberapa langkah
mukadimah sebelum terjadinya sebarang ikatan atau akad perkahwinan. Antara
langkah mukadimah adalah dengan menganjurkan pertemuan dan peminangan
bakal pasangan hidup. Ini bagi memenuhi tuntutan dan matlamat perkahwinan
serta untuk mendapat keredaan daripada Allah s.w.t. Oleh itu, dalam topik ini
kita akan membicarakan tiga langkah mukadimah perkahwinan tersebut iaitu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 MUKADIMAH PERKAHWINAN

proses pemilihan pasangan, pertemuan untuk melihat bakal isteri dan proses
peminangan.

Layari laman web di http://www.perkahwinan.com.my. Terdapat banyak


artikel panduan dalam perkahwinan Islam, terutamanya perkara yang berkaitan
dengan melihat calon isteri dan meminang.

AKTIVITI 2.1

Yang mana satukah pilihan anda? Bincangkan.

2.1 PEMILIHAN PASANGAN


0B

Majlis akad nikah merupakan detik bermulanya tanggungjawab sebagai suami


atau isteri yang sah. Namun, majlis ini bukanlah titik mula untuk membina
rumah tangga. Malah, detik permulaannya berlaku lebih awal lagi iaitu ketika
proses pemilihan calon suami atau isteri.

Buah yang baik dan ranum datangnya daripada benih yang baik. Oleh itu,
pemilihan yang teliti penting demi mencapai rumah tangga yang baik dan
sejahtera. Oleh itu, perbincangan tajuk ini dimulakan dengan ciri-ciri yang
sepatutnya diberi perhatian dan pertimbangan semasa memilih bakal suami
ataupun isteri.

2.1.1
3B Pendahuluan
Islam ialah ad-din iaitu sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna. Islam
mengatur seluruh kehidupan bagi memberi kebaikan kepada semua manusia.
Dalam soal perkahwinan, Islam menggariskan beberapa peraturan secara
terperinci untuk membentuk keluarga bahagia. Rumah tangga yang dibina
mestilah atas dasar iman dan takwa. Ini bagi menjamin kebahagiaan sepanjang
hayat, memelihara kesucian keturunan dan mendapat zuriat yang soleh dan
solehah. Maka, soal pemilihan calon suami ataupun isteri amat dititikberatkan
dalam Islam. Ciri-ciri calon mestilah selari dengan apa yang disyorkan oleh
syarak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MUKADIMAH PERKAHWINAN  33

Walaupun kita diberi kebebasan untuk memilih calon pasangan hidup, namun
Islam menganjurkan kita agar memilih calon suami ataupun isteri yang
mempunyai sifat-sifat mahmudah (terpuji). Ini bagi menjamin kebahagiaan
rumah tangga di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Bertambah bahagialah
rumah tangga itu dengan memperoleh anak-anak yang soleh dan solehah yang
sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu bapa mereka. Rajah 2.1 menyenaraikan
kriteria calon suami ataupun isteri yang baik.

Rajah 2.1: Kriteria calon suami ataupun isteri yang baik


Sumber: Al-Khin, al-Bugha & al-Shurbaji (1987)

Selain ciri-ciri yang disebutkan oleh al-Khin, terdapat beberapa ciri dan sifat lain
untuk calon suami ataupun isteri iaitu:
(a) Bagi suami, sebaik-baiknya dipilih dalam kalangan mereka yang bertakwa,
bertanggungjawab, bertimbang rasa, rajin berusaha dan memiliki ilmu
agama yang baik supaya dapat membimbing isteri serta anak-anak kelak;
dan
(b) Calon isteri pula sebaik-baiknya wanita atau gadis yang masih dara, subur
dan memiliki harta serta rupa paras yang cantik.

Secara umumnya, kriteria yang terpenting dalam memilih calon pasangan hidup
bakal suami ataupun isteri adalah mereka yang mempunyai pengetahuan agama
yang luas dan berakhlak mulia. Ini digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam
sabdanya yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

„Wanita dikahwini kerana empat sifat iaitu kerana hartanya,


keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah yang beragama,
bahagialah kamu.‰

Hadis ini menunjukkan faktor utama pemilihan calon wanita adalah merujuk
kepada mereka yang mempunyai pengetahuan agama yang luas. Namun, ini
bukan bermakna ciri-ciri lain yang disebutkan tidak penting. Perkahwinan atas
dasar pangkat, kekayaan ataupun rupa semata-mata tidak bernilai, jika tidak
disertai dengan asas agama. Jika memilih pasangan hidup berdasarkan harta

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 MUKADIMAH PERKAHWINAN

benda atau kekayaan, rumah tangga akan mudah goyah dan runtuh apabila
kekayaan sudah tiada. Jika dipilih berdasarkan rupa paras pula, pastilah kasih
sayang akan lenyap apabila kulit semakin kedut dan usia semakin meningkat.
Namun, jika rumah tangga dibina atas dasar Islam dan takwa, kebahagiaan pasti
berkekalan sepanjang hayat seperti Islam yang terus hidup sepanjang zaman.
Itulah rahmat Allah s.w.t. yang terbaik untuk anda renungkan.

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Nyatakan persediaan awal mengikut hukum syarak yang perlu


dilakukan oleh seorang lelaki sebelum mengahwini seorang
perempuan.
2. Jelaskan empat ciri-ciri perempuan yang disebutkan dalam sabda
Rasulullah s.a.w. sebagai calon isteri yang baik.

2.1.2
4B Ciri-ciri Pasangan Menurut Islam
Seperti yang telah dinyatakan dalam tajuk sebelumnya, Islam menganjurkan kita
memilih calon pasangan yang mempunyai ciri-ciri yang baik. Ini berdasarkan
pada panduan hidup berkeluarga yang ada dalam Islam, terutama apa yang
ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Rajah 2.2 menyenaraikan ciri-ciri pasangan
yang baik menurut Islam.

Rajah 2.2: Ciri-ciri pasangan yang baik menurut Islam

Penjelasan ciri-ciri pasangan tersebut adalah seperti berikut:

(a) Beragama dan Berakhlak Mulia


Maksud beragama dan berakhlak yang dikupas oleh al-Khin, al-Bugha dan al-
Shurbaji (1987) adalah seseorang itu begitu taat dalam mengerjakan amal soleh
dan menjauhi perkara-perkara haram serta menunaikan tanggungjawab
dalam rumah tangga dengan sempurna. Ciri ini dititikberatkan dalam Islam
bagi menjamin keharmonian rumah tangga yang dibina serta mendapat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MUKADIMAH PERKAHWINAN  35

keredaan Allah s.w.t. Selain itu, suami dan isteri juga memperoleh
kebahagiaan hidup sepanjang hayat. Oleh itu, asas utama dalam pemilihan
calon suami isteri adalah seseorang yang mempunyai pengetahuan agama
yang luas dan memiliki akhlak yang tinggi. Ciri suami isteri soleh seperti
inilah yang sangat disukai oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya:

4 ª!$# xáÏym $yϑÎ/ É=ø‹tóù=Ïj9 ×M≈sàÏ≈ym ìM≈tGÏΖ≈s% ãàM≈ysÎ=≈¢Á9$$sù


Maksudnya:
„Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri
ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka).‰
(Surah an-NisaÊ, 4:34)

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

„Dunia adalah tempat kesenangan dan sebaik-baik tempat


kesenangan adalah wanita solehah.‰

Begitu juga jika kita merujuk kepada hadis yang menganjurkan empat ciri
terbaik calon isteri iaitu yang memiliki harta, lahir dalam keturunan yang
baik, memiliki rupa paras yang cantik dan mempunyai pengetahuan agama
yang luas. Daripada keempat-empat ciri yang disebut oleh Rasulullah
s.a.w., terdapat satu ciri yang disarankan oleh baginda seperti yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim iaitu di akhir hadis tersebut yang
bermaksud:

„Pilihlah yang beragama, bahagialah kamu.‰

Beragama dan berakhlak merupakan ciri asas dalam pemilihan, manakala


ciri-ciri lain yang disebut hanyalah sebagai ciri-ciri tambahan. Ciri-ciri lain
juga penting tetapi yang perlu diberi keutamaan adalah calon suami atau
isteri yang mempunyai ciri beragama dan mempraktikkan amalan agama
dalam hidupnya.

Malah, Rasulullah s.a.w. sendiri menganjurkan para ibu bapa supaya


mengutamakan calon suami anak perempuan mereka yang mempunyai
dua sifat tersebut seperti sabda Baginda s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-
Thirmidhi yang bermaksud:

„Jika datang kepada kamu orang yang engkau redai agama dan
akhlaknya, hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kamu tidak
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
36  TOPIK 2 MUKADIMAH PERKAHWINAN

lakukan akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di muka


bumi.‰

(b) Sekufu
Istilah sekufu berasal daripada perkataan bahasa Arab, kufuÊ atau kafaÊah
yang bermaksud setaraf, seimbang atau serasi. Maksud sekufu dalam
perkahwinan ialah keseimbangan dan keserasian antara calon suami dan
isteri hingga masing-masing tidak berasa berat untuk melangsungkan
perkahwinan. Sekufu diukur berdasarkan cara hidup secara berakhlak dan
bukannya merujuk kepada aspek-aspek lain seperti bangsa, keturunan,
pekerjaan atau kekayaan.

Namun, perlu diingatkan bahawa sekufu hanyalah kaedah pemilihan dan


bukannya syarat sah sesuatu perkahwinan. Sekufu dianjurkan oleh Islam
demi memelihara kebahagiaan suami isteri dan boleh mengelak daripada
keruntuhan rumah tangga akibat tidak sehaluan dalam sesuatu hal. Apa
yang lebih penting, setiap kita ada persamaan. Perkara yang membezakan
kita di sisi Allah s.w.t. adalah nilai takwa. Firman-Nya:

Ÿ≅Í←!$t7s%uρ $\/θãèä© öΝä3≈oΨù=yè_


y uρ 4©s\Ρé&uρ 9x.sŒ ⎯ÏiΒ /ä3≈oΨø)n=yz $¯ΡÎ) â¨$¨Ζ9$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩⊇⊂∪ ×Î7yz îΛ⎧Î=tã ©!$# ¨βÎ) 4 öΝä39s)ø?r& «!$# y‰ΨÏã ö/ä3tΒtò2r& ¨βÎ) 4 (#þθèùu‘$yètGÏ9
Maksudnya:
„Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada
seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa
dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya,
orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling
takwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mengenal.‰
(Surah al-Hujurat, 49:13)

(c) Keturunan yang Baik dan Bukan Kaum Kerabat Terdekat


Perkahwinan adalah cara yang halal untuk menyambung zuriat. Setiap
Muslim mahukan zuriat yang baik dan soleh. Oleh itu, proses memilih
pasangan hidup mestilah dilihat dari aspek nasab. Mereka yang lahir
daripada keturunan yang baik berkemungkinan besar mampu bergaul
dengan baik dan seterusnya, melahirkan zuriat yang baik. Oleh sebab
itulah, Rasulullah s.a.w. sendiri menyebut perihal keturunan merupakan
salah satu ciri pemilihan isteri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MUKADIMAH PERKAHWINAN  37

Tidak disyorkan memilih calon suami atau isteri daripada kaum kerabat
yang terdekat seperti sepupu dan anak sepupu. Ini kerana tujuan
perkahwinan adalah untuk menghubungkan ikatan persaudaraan Muslim,
sedangkan ikatan persaudaraan ini telah berlaku tanpa perlu kepada
perkahwinan. Malah, menurut al-Khin, al-Bugha dan al-Shurbaji (1987),
sarjana-sarjana Islam seperti Imam al-Syafie, al-Zanjani dan Khatib al-
Syirbini turut menyatakan perkara yang sama. Ubadah (1997) dalam
penulisannya memberitahu Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata,
„Sesungguhnya engkau lemah, maka kahwinilah perempuan yang jauh.‰
Hal ini mungkin kerana perkara tersebut telah dimaklumi oleh orang Arab
melalui amalan dan pengalaman.

Walaupun begitu, hakikatnya Islam tidak melarang perkahwinan dengan


kaum kerabat yang dekat. Ini dibuktikan melalui perkahwinan Saidina Ali
r.a. dengan anak sepupunya, Fatimah iaitu puteri Rasulullah s.a.w. sendiri.

(d) Perempuan yang Masih Dara


Perkahwinan kali pertama biasanya akan melahirkan hati yang lebih mesra
dan kasih yang setia. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. menggalakkan memilih
calon isteri yang masih dara iaitu yang belum pernah berkahwin. Sabda
baginda s.a.w. sebagai panduan kepada Jabir bin Abdullah r.a. yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

„Hendaklah engkau mengahwini gadis, engkau dapat bermain-


main dengannya dan dia dapat bermain-main dengan engkau.‰

Walaupun begitu, syor berkahwin dengan seorang dara dikecualikan


dalam kes-kes tertentu seperti mempunyai kepentingan lain untuk
berkahwin dengan seorang janda. Malah, isteri Rasulullah s.a.w. sendiri
iaitu Hafsah, anak kepada Saidina Umar al-Khattab r.a. adalah seorang
janda ketika dikahwini oleh Baginda s.a.w.

(e) Perempuan yang Pengasih dan Subur


Rasulullah s.a.w. menganjurkan perkahwinan dengan perempuan yang al-
wadud (pengasih) dan al-walud (keturunan anak ramai). Perempuan yang
pengasih dapat memberikan kasih sayang kepada suami dan anak-anak.
Sebaliknya, perempuan yang kasar dan pemarah pula, tidak boleh menjadi
teman hidup yang baik dan tidak dapat menjadi ibu yang mampu
mendidik anak dengan sempurna.

Begitu juga matlamat penting dalam perkahwinan adalah untuk


mendapatkan zuriat. Selain meramaikan umat Muhammad s.a.w., zuriat
yang ramai dan soleh juga memberi manfaat kepada kedua ibu bapa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 MUKADIMAH PERKAHWINAN

terutamanya ketika sudah tua ataupun setelah meninggal dunia. Oleh itu,
adalah menjadi aspek penting memilih perempuan yang subur untuk
mendapatkan zuriat.

Kesuburan perempuan biasanya boleh diketahui dengan melihat kepada


keluarganya iaitu ibu, adik-beradik atau ibu saudaranya. Anjuran ini
terdapat dalam hadis berkaitan iaitu pertanyaan seorang lelaki tentang
wanita cantik tetapi tidak boleh mengandung, lalu baginda s.a.w.
melarangnya sebanyak tiga kali yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, al-
NasaÊi dan Ahmad yang bermaksud:

„Kahwinilah perempuan pengasih yang subur melahirkan ramai


anak, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai
pada hari kiamat.‰

Dalam riwayat lain oleh Ibn al-Hubban, sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud:

„Perempuan hitam yang beranak ramai lebih baik (dipilih) daripada


perempuan cantik yang mandul.‰

AKTIVITI 2.2

1. Bagi yang sudah berkahwin, apakah asas dan sifat pasangan anda
yang membuatkan anda jatuh hati kepadanya? Berikan beberapa
contoh bagi menyokong jawapan anda.
2. Bagi yang masih bujang, apakah pandangan anda mengenai calon
suami atau isteri yang merupakan pilihan keluarga? Bincangkan
kebaikan dan keburukannya.

2.2 MELIHAT BAKAL ISTERI


1B

Setelah kita membicarakan dan mengetahui ciri-ciri calon untuk dijadikan


pasangan hidup, pastinya kita ingin melihat rupa dan fizikal calon tersebut.
Adakah ini dibenarkan dalam Islam? Jika dibenarkan, sejauh manakah batasan
untuk melihatnya? Oleh itu, perbincangan kita seterusnya akan melihat
persoalan ini sebelum kita pergi ke langkah seterusnya iaitu peminangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MUKADIMAH PERKAHWINAN  39

2.2.1
5B Hukum Melihat Bakal Isteri
Islam menekankan batas dan adab pergaulan antara lelaki dengan perempuan
yang bukan mahram. Namun, pada masa yang sama, Islam mengharuskan
seseorang lelaki yang berniat mengahwini seseorang perempuan supaya melihat
perempuan itu sendiri. Oleh itu, lelaki tersebut boleh melihat seseorang
perempuan sebelum meminangnya. Ini dilakukan bagi mengelakkan sebarang
kekecewaan dan pada masa yang sama, dapat memupuk kasih sayang selepas
perkahwinan. Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mughirah bin SyuÊbah ketika
beliau hendak meminang seorang perempuan yang diriwayatkan oleh al-
Tirmidhi, al-Nasaie dan Ibn Majah yang bermaksud:

„Pergi dan lihatlah kepadanya (perempuan), ini akan mengekalkan kasih


sayang antara kamu berdua.‰

Menurut al-Khust (t.t.), sesetengah ulama meletakkan hukum melihat tunangnya


bukan sahaja suatu keharusan, malah dianggap sebagai sesesuatu yang sunat
dilakukan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Ini termasuk dalam unsur
yang digalakkan kerana setiap pasangan perlu mengetahui secara jelas rupa dan
perilaku bakal suami atau isteri yang akan menjadi teman hidup mereka.

Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang
diriwayatkan oleh Abu Dawud yang bermaksud:

„Jika meminang seseorang kamu terhadap seorang perempuan, jika


mampu melihat apa yang boleh menarik untuk menikahnya, maka
kerjakanlah. Lalu aku (Jabir) meminang seorang perempuan, maka aku
lakukan secara sembunyi hingga aku nampak apa yang menarik untuk
menikahinya, lalu aku menikahinya.‰

Perempuan yang ingin dinikahi boleh dilihat beberapa kali dan Islam
membenarkannya. Malah, lelaki tersebut disarankan agar tidak memberitahu
perempuan yang ingin dinikahinya itu dengan tujuan bagi mengelakkan
perempuan tersebut berhias terlebih dahulu. Jika sudah berhias, tentulah tujuan
asal melihat perempuan yang ingin dinikahinya tidak tercapai. Abu Humaid r.a.
meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang diriwayatkan semula
oleh Ahmad yang bermaksud:

„Jika sesiapa antara kamu meminang seorang perempuan, dia tidaklah


berdosa jika melihat kepadanya (perempuan) untuk meminangnya,
sekalipun perempuan itu tidak mengetahui (hal itu) .‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 MUKADIMAH PERKAHWINAN

Muhammad Maslamah r.a. berkata, „Aku meminang seorang wanita, lalu aku
bersembunyi dan mengintip perempuan tersebut sehingga aku dapat
melihatnya.‰ Kemudian sahabat lain bertanya, „Bagaimana engkau lakukan
perkara ini sedangkan engkau adalah sahabat Rasulullah s.a.w.?‰ Muhammad
menjawab, „Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang diriwayatkan
oleh Ibn Majah yang bermaksud:

„Jika Allah mencampakkan perasaan seseorang untuk meminang seorang


perempuan, maka tidak mengapa jika dia melihat kepadanya.‰

Perlu diingatkan bahawa keharusan melihat calon pasangan hidup bukan sahaja
untuk kaum lelaki tetapi keharusannya juga kepada kaum perempuan untuk
melihat bakal suaminya. Ini kerana kelangsungan kasih sayang antara suami isteri
bukan terletak di bahu lelaki sahaja tetapi kedua-dua pihak bertanggungjawab ke
atasnya. Riwayat hadis yang dibincangkan sebentar tadi memang menjurus
kepada melihat bakal isteri. Ini kerana realitinya, kaum lelaki pada zaman awal
Islam memang selalu berada di tempat terbuka seperti pasar dan masjid
berbanding kaum perempuan. Oleh itu, kaum lelaki dan perempuan sama-sama
mempunyai hak untuk melihat calon teman hidup masing-masing.

2.2.2
6B Batas-batas Melihat Bakal Isteri
Walaupun Islam membenarkan kaum lelaki melihat perempuan yang ingin
dikahwininya, namun keharusan yang kita telah bincangkan masih mempunyai
batasannya. Kebanyakan ulama berpendapat, waktu keharusan tersebut adalah
ketika lelaki itu berkemampuan dan berkeinginan kuat untuk meminang atau
mengahwini perempuan yang ingin dilihatnya. Ini jelas dalam riwayat hadis
yang kita telah bincangkan sebelumnya.

Dari aspek anggota tubuh, lelaki hanya dibenarkan melihat muka dan tapak
tangan calon isteri yang hendak dipinangnya sahaja. Anggota lain dalam kawasan
aurat perempuan adalah haram dilihat. Ini berasaskan firman Allah s.w.t.:

š⎥⎪ωö7ムŸωuρ £⎯ßγy_ρãèù z⎯ôàxøts†uρ £⎯ÏδÌ≈|Áö/r& ô⎯ÏΒ z⎯ôÒàÒøótƒ ÏM≈uΖÏΒ÷σßϑù=Ïj9 ≅è%uρ

š⎥⎪ωö7ムŸωuρ ( £⎯ÍκÍ5θãŠã_ 4’n?tã £⎯ÏδÌßϑ胿2 t⎦ø⌠ÎôØ‹u ø9uρ ( $yγ÷ΨÏΒ tyγsß $tΒ ωÎ) £⎯ßγtFt⊥ƒÎ—

 ∅ÎγÍ←!$t/#u™ ÷ρr&  ∅ÎγÏFs9θãèç7Ï9 ωÎ) £⎯ßγtFt⊥ƒÎ—

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MUKADIMAH PERKAHWINAN  41

Maksudnya:
„Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan
memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.‰
(Surah an-Nur, 24:31)

Ibn Abbas r.a. mentafsirkan kalimat „yang zahir‰ bermaksud muka dan dua
telapak tangan. Rajah 2.3 menunjukkan perlambangan muka dan telapak tangan
wanita.

Rajah 2.3: Perlambangan muka dan telapak tangan wanita


Sumber: Al-Khin, al-Bugha & al-Shurbaji (1987)

Pihak lelaki juga diharuskan untuk menghantar wakil perempuan daripada


keluarganya untuk mengetahui keadaan perempuan yang hendak dipinangnya
secara lebih dekat. Ini pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang menghantar
Ummu Sulaiman sambil berpesan kepadanya yang bermaksud dan diriwayatkan
oleh al-Hakim:

„Lihatlah urat-urat betisnya dan hidulah baunya.‰

Walaupun perjumpaan itu diharuskan, kaum lelaki tidak boleh melihat calon
isterinya di tempat yang sunyi dan perlu ditemani oleh mahram. Ini bagi
mengelakkan fitnah, curiga dan syak wasangka dengan tujuan memelihara
kehormatan kedua-duanya daripada perkara maksiat. Perkara ini jelas dalam
riwayat al-Tirmidhi dan Ahmad iaitu larangan umum Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud:

„Tidak boleh bersunyi-sunyian seorang lelaki dengan seorang


perempuan yang tidak halal baginya, sesungguhnya yang ketiga adalah
syaitan.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 2 MUKADIMAH PERKAHWINAN

SEMAK KENDIRI 2.2

1. Apakah hukum melihat seorang perempuan untuk dijadikan isteri?


2. Berikan dalil yang mengizinkan perjumpaan dengan bakal isteri.
3. Jelaskan batasan yang ditetapkan oleh Islam untuk melihat bakal
isteri.
4. Nyatakan dua hikmah yang boleh diperoleh selepas melihat
pasangan masing-masing.

2.3 PEMINANGAN
2B

Sebagai persetujuan yang menandakan kepunyaan sudah dimiliki, pemberian


tanda pengikat menjadi amalan. Pemberian tanda yang selalu dihadiahkan ialah
sebentuk cincin. Rajah 2.4 menunjukkan pelbagai bentuk cincin yang menjadi
pilihan dijadikan hadiah peminangan sebagai tanda persetujuan pertunangan.

Rajah 2.4: Pelbagai bentuk cincin yang dipilih sebagai cincin pertunangan
Sumber: http://love-is-sayang.blogspot.com

Kita telah mengetahui hukum melihat bakal suami atau isteri adalah harus
dengan beberapa batasan tertentu. Namun, adakah anda sedar bahawa
keharusan ini digalakkan jika kita ingin meminang seseorang? Jika „ya‰, adakah
anda faham inti pati peminangan atau istilah lain yang selalu disebut dalam
masyarakat kita iaitu pertunangan? Untuk menjawab persoalan ini, kita akan
meneruskan perbincangan kita tentang mukadimah perkahwinan dengan
melihat konsep pertunangan seperti pengertian, dalil, hikmah dan hukum serta
batas-batas pergaulan semasa bertunang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MUKADIMAH PERKAHWINAN  43

2.3.1
7B Pengertian, Dalil dan Hikmah Pertunangan
Sekarang, kita akan melihat pengertian pertunangan. Istilah meminang dalam
bahasa Arab disebut khitbah bermaksud lamaran daripada seorang lelaki kepada
seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Menurut al-Khin, al-Bugha dan al-
Shurbaji (1987), istilah ini merujuk kepada lelaki yang menyatakan keinginannya
untuk berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwininya. Oleh itu,
meminang merupakan tanda persetujuan terhadap perempuan yang disukai
untuk dijadikan isteri.

Peminangan boleh berlaku dengan lafaz yang terang (soreh) seperti perkataan
„meminang‰ atau „melamar‰. Lafaz juga boleh berlaku dengan perkataan kiasan
(kinayah) seperti „menyunting‰. Menurut Sabiq (1983), lafaz biasanya dilakukan
dengan secara umum yang berlaku dalam masyarakat.

Walaupun sebutan peminangan sebagai lamaran kepada perempuan, namun ini


hanya bentuk kebiasaan dalam masyarakat. Menurut Islam, lamaran daripada
perempuan kepada lelaki juga boleh dilakukan. Malah, Rasulullah s.a.w. sendiri
dilamar oleh isterinya, Khadijah.

Calon suami yang meminang dan calon isteri yang telah dipinang dipanggil
tunang dan mereka berada di alam pertunangan. Menurut Noresah (2007),
Kamus Dewan mendefinisikan pertunangan sebagai perihal bertunang iaitu
mengikat janji untuk menjadi suami isteri (berkahwin).

Peminangan dan pertunangan harus mengikut ajaran Islam dan merupakan


ikatan janji awal sebelum ikatan sebenar melalui akad nikah yang akan
dilangsungkan. Keharusan ini berasaskan dalil firman Allah s.w.t.:

óΟçF⊥oΨò2r& ÷ρr& Ï™!$|¡ÏiΨ9$# Ïπt7ôÜÅz ô⎯ÏΒ ⎯ÏμÎ/ ΟçGôʧtã $yϑŠÏù öΝä3ø‹n=tæ yy$oΨã_ Ÿωuρ

4 öΝä3Å¡àΡr& þ’Îû
Maksudnya:
„Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara
sindiran) untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam
idah) atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan
mereka).‰
(Surah al-Baqarah, 2:235)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 2 MUKADIMAH PERKAHWINAN

Begitu juga keharusan ini berdasarkan dalil sirah Rasulullah s.a.w. yang pernah
dipinang dan meminang untuk dirinya dan untuk orang lain. Malah, hadis
berkaitan peminangan Mughirah SyuÊbah r.a., Jabir Abdulllah r.a. dan
Muhammad Maslamah r.a. yang dinyatakan sebelum ini juga jelas menunjukkan
peminangan digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.

Namun, tidak semua perempuan boleh dan harus dipinang. Terdapat beberapa
perempuan yang haram dipinang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.5.

Rajah 2.5: Perempuan yang haram dipinang

Peminangan mempunyai hikmah dengan memberi kebaikan kepada kedua-dua


bakal pasangan hidup sebagai pendahuluan kepada perkahwinan. Semasa
bertunang, setiap calon suami atau isteri akan cuba menyesuaikan diri dan
mencari titik persamaan antara mereka. Oleh itu, mereka boleh mengetahui
secara jelas perwatakan, akhlak dan tutur kata pasangan masing-masing. Maka,
secara langsung peminangan menjadi begitu berguna kepada mereka untuk
membuat keputusan muktamad sebelum berlakunya akad nikah. Jika sesuatu
ikatan diteruskan dengan akad nikah, mereka tidak boleh berpatah balik kerana
akad mempunyai implikasi dari aspek hukum sebagai suami isteri.

SEMAK KENDIRI 2.3

1. Berikan definisi yang dimaksudkan dengan peminangan.


2. Adakah menjadi suatu tuntutan syariat dalam Islam untuk
bertunang terlebih dahulu sebelum akad nikah?
3. Nyatakan dalil yang berkaitan dengan peminangan.
4. Nyatakan empat kategori perempuan yang haram dipinang.
5. Jelaskan dua hikmah peminangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MUKADIMAH PERKAHWINAN  45

2.3.2
8B Hukum dan Kesan Membatalkan Pertunangan
Pertunangan adalah janji untuk berkahwin. Sebaiknya, janji untuk berkahwin
hendaklah ditunaikan. Allah s.w.t. melarang kita daripada memungkiri janji
seperti firman-Nya:

4 ÏŠθà)ãèø9$$Î/ (#θèù÷ρr& (#þθãΨtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ


Maksudnya:
„Wahai orang-orang yang beriman, tepatilah segala janji‰
(Surah al-Maidah, 5:1)

Dalam konteks perkahwinan, Allah s.w.t. melarang mana-mana pihak untuk


memutuskan pertunangan dengan pasangan masing-masing melainkan ada
sebab yang tidak dapat dielakkan. Walaupun pertunangan merupakan hanya
janji untuk mengadakan perkahwinan, menurut Zulkifli (2005), mungkir janji
tanpa bersebab ini dianggap satu perilaku keji yang dibenci oleh Allah s.w.t. Ini
jelas melalui peringatan al-Quran dalam firman Allah s.w.t.:

∩⊂∪ šχθè=yèøs? Ÿω $tΒ (#θä9θà)s? βr& «!$# y‰ΨÏã $ºFø)tΒ uã9Ÿ2


Maksudnya:
„Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang
kamu tidak melakukannya‰
(Surah as-Saff, 61:3)

Bak kata pepatah Melayu „Ku kira panas hingga ke petang, rupanya hujan di
tengah hari‰. Kadangkala, proses pertunangan tidak sampai ke destinasinya.
Oleh kerana pertunangan tidak mempunyai pengaruh seperti akad, setiap
pasangan berhak untuk menggunakan hak masing-masing untuk membuat
pilihan. Mereka harus menerima dan meneruskan pertunangan hingga ke jinjang
pelamin atau memutuskannya sebelum akad nikah. Malah, sesiapa pun
termasuk hakim, tidak boleh memerintahkan penerusan atau memaksa sesuatu
ikatan pertunangan. Hal ini tidak termasuk dalam soal perlanggaran hukum.
Oleh sebab pertunangan bukannya akad, pertunangan tidak memberi kesan
seperti akad nikah yang melibatkan talak, idah, rujuk atau nafkah.

Bagaimana pula dengan cincin, barangan hantaran ataupun mahar yang


kadangkala telah diserahkan semasa meminang? Berkenaan mahar, menurut
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
46  TOPIK 2 MUKADIMAH PERKAHWINAN

Abdul Ghani (1994), jika telah diserahkan hendaklah dipulangkan semula tanpa
mengira siapa pun yang memutuskannya. Ini kerana mahar adalah sebahagian
daripada hukum akad nikah. Justeru, mahar tidak boleh dimiliki kecuali melalui
dengan adanya akad. Selagi akad belum dilaksanakan, mahar hendaklah
diserahkan semula atau boleh diminta untuk dikembalikan.

Mengenai hadiah atau lebih sinonim digelar barangan hantaran dalam


masyarakat kita, sebaiknya hendaklah diserahkan semula seperti sediakala atau
dikembalikan nilai harga barangan tersebut. Namun, kebanyakan ulama fiqh
lebih cenderung untuk memberikan hak menerima penyerahan ini kepada pihak
yang tidak membatalkan pertunangan, sementara pihak yang membatalkannya
adalah tidak berhak menuntut semula pemberiannya. Walaupun begitu, semua
perkara ini boleh dirunding antara pihak lelaki dan perempuan sama ada perlu
diserahkan atau tidak. Hadiah dan pemberian bukanlah wajib dalam majlis
pertunangan atau perkahwinan. Pemberian ini hanyalah adat dalam masyarakat
yang boleh atau tidak dilaksanakan.

AKTIVITI 2.3

Merujuk keratan akhbar Utusan Malaysia pada tarikh 28 Ogos 2008,


sebutan kes semula mengenai pembatalan janji untuk berkahwin oleh
Wan Johari terhadap Maria Tunku Sabri.

Berdasarkan kes di atas, bincangkan apakah kesan daripada aspek


hukum jika sesuatu janji untuk berkahwin itu dibatalkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MUKADIMAH PERKAHWINAN  47

2.3.3
9B Batas-batas Pergaulan Semasa Bertunang
Akhir sekali, kita akan melihat apakah batas-batas pergaulan semasa bertunang.
Pertunangan bukannya akad nikah. Oleh itu, lelaki dan perempuan yang telah
bertunang masih lagi belum menjadi suami isteri yang sah. Perhubungan dan
pergaulan mereka masih sebagai ajnabi (orang asing). Mereka haram bersetubuh,
bergaul bebas dan berdua-duaan tanpa mahram. Malah, mereka mesti menjaga
aurat dan tidak boleh melihat aurat pasangan masing-masing. Walaupun begitu,
mereka boleh bertemu dengan ditemani oleh mahram. Ibn Abbas r.a.
meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan semula oleh al-
Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

„Janganlah seseorang kamu berkhalwat dengan seorang wanita


melainkan bersama-sama mahram.‰

Larangan ini bagi mengelakkan pasangan yang bertunang terjebak dengan


hasutan syaitan untuk melakukan maksiat dan perbuatan zina. Ini kerana
mereka bukannya pasangan suami isteri. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad yang bermaksud:

„Tidak boleh bersunyi-sunyian seorang lelaki dengan seorang


perempuan yang tidak halal baginya, sesungguhnya yang ketiga adalah
syaitan.‰

Batas-batas pergaulan ini juga bagi menjaga kehormatan dan kemuliaan seorang
perempuan dan akhlak seorang lelaki. Bayangkan apakah yang akan berlaku jika
mereka bebas untuk berdua-duaan dan kemudian ikatan pertunangan mereka
dibatalkan? Lebih parah lagi kalau ikatan tersebut dibatalkan sedangkan
tunangan perempuannya sudah berbadan dua! Mudah-mudahan Allah s.w.t.
menjaga kita dan anak-anak kita daripada hawa nafsu semasa tempoh
pertunangan. Biarlah pertunangan diakhiri dengan perkahwinan. Selepas
berkahwin, masing-masing bebas melihat dan berdua-duaan sepanjang masa.

SEMAK KENDIRI 2.4

1. Jelaskan batasan pergaulan semasa bertunang.


2. Nyatakan dua hadis yang menggariskan secara jelas mengenai
batasan pergaulan yang digariskan oleh Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 2 MUKADIMAH PERKAHWINAN

 Ciri-ciri utama calon pasangan suami dan isteri menurut Islam adalah dalam
kalangan yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.

 Ciri-ciri tambahan calon pasangan suami dan isteri adalah sekufu,


berketurunan yang baik dan bukan kerabat terdekat, perempuan yang masih
dara, perempuan yang pengasih dan subur.

 Lelaki diharuskan melihat muka dan tapak tangan bakal isterinya sebelum
bertunang dan berkahwin.

 Meminang adalah lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang


perempuan untuk dijadikan isterinya dan boleh berlaku sebaliknya.

 Pertunangan mempunyai hikmah seperti pasangan tunang boleh cuba


menyesuaikan diri antara mereka sebelum akad nikah.

 Pertunangan boleh dibatalkan dan tidak mempunyai pengaruh hukum


seperti akad nikah.

 Lelaki dan perempuan yang bertunang mempunyai batasan aurat dan


pergaulan seperti orang lain yang ajnabi.

Ajnabi Lamaran
al-Wadud (pengasih) Mahar
al-Walud (keturunan anak ramai) Peminangan
Calon isteri Pertunangan
Calon suami Sekufu
Cincin pertunangan Tunang
Dara

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MUKADIMAH PERKAHWINAN  49

Abdul Ghani Azmi Idris. (1994). Hukum-hukum perkahwinan dan kekeluargaan


dalam Islam: Pandangan daripada pelbagai mazhab. Kuala Lumpur: Dinie.
Abu Bakar al-Jazairi. (1994). Minhaj al-Muslim. Madinah: Maktabah al-Ulum wa
al-Hikam.
Haron Din et al. (1988). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan.
Muhammad Anis Ubadah. (1997). Nidzam al-usrah fi al-syariah al-Islamiah.
Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah.
Muhammad Uthman al-Khusht. (t.t.). Fatawa al-MarÊah al-Muslimah. Kaherah:
Maktabat al-Quran.
Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, & ÂAli al-Shurbaji. (1987). Al-Fiqh al-manhaji.
Damsyik: MatbaÊah al-Sobah.
Al-Sayyid Sabiq. (1983). Fiqh al-Sunnah. Beirut: Dar al-Fikr.
Taqiuddin al-Husaini. (1992). Kifayah al-akhyar fi hal ghayah al-ikhtisar. Beirut:
Dar al-Khair.
Wahbah al-Zuhayli. (1989). Al-Fiqh al-Islami wa adillatuh. Beirut: Dar al-Fikr.
Zulkifli Hasan. (2005). Hak-hak wanita Islam dalam kes mungkir janji untuk
berkahwin di Malaysia. Jurnal Hukum. Kuala Lumpur: Jabatan Kehakiman
Syariah Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai