Anda di halaman 1dari 23

Topik  Akad dan

Pembentukan-
6 nya II
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan tentang dua jenis kehendak;
2. Menghuraikan hukum perbezaan antara kehendak dalaman dan
kehendak luaran;
3. Menjelaskan tentang syarat-syarat subjek akad;
4. Menjelaskan maksud al-ahliyyah dan jenis-jenisnya;
5. Menghuraikan tentang konsep al-wilayah; dan
6. Menghuraikan tentang konsep al-wakalah dan al-fadalah;

 PENGENALAN
Para pelajar sekalian, topik ini adalah sambungan kepada Topik 5. Dalam
Topik 5 yang lalu, kita memperkatakan tentang rukun akad yang pertama iaitu
ijab dan qabul. Kali ini kita akan sambung sedikit lagi tentang rukun pertama
tetapi yang berkaitan dengan kehendak dalaman dan kehendak luaran. Selepas
itu kita akan memperkatakan pula tentang rukun yang kedua dan ketiga iaitu
tentang subjek akad dan juga pihak yang berakad. Perbincangan tentang pihak
yang berakad akan melibatkan juga penjelasan tentang konsep al-ahliyyah,
al-wilayah, al- wakalah dan al-fadalah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II  93

6.1 KEHENDAK DAN HUKUM PERBEZAAN


KEHENDAK DALAMAN DAN LUARAN
Seperti yang telah disentuh dalam Topik 5 berkaitan sighah akad, kita
memahami bahawa kehendak seseorang itu boleh dizahirkan melalui pelbagai
cara seperti perkataan, perbuatan dan juga berdiam diri. Ini bermakna kehendak
seseorang perlu diketahui oleh seorang yang lain bagi membentuk akad. Jika
kehendak itu hanya tersimpan di hati, maka adalah mustahil kehendak itu
diketahui oleh orang lain. Daripada apa yang saya sebutkan sebentar tadi,
dapatkah anda keluarkan dua bentuk kehendak yang ada pada seseorang? Sila
lakukan Aktiviti 6.1 sebelum anda meneruskan pembacaan.

AKTIVITI 6.1

Cuba berbincang dengan rakan anda dua bentuk kehendak yang ada
pada seseorang apabila mereka melakukan sesuatu akad.

6.1.1 Jenis-jenis Kehendak


Kehendak atau kemahuan seseorang adalah suatu yang amat diperlukan ketika
akad. Jika kehendak ini tidak ada, tentu sekali akad tidak akan berlaku.
Kehendak untuk berakad ini boleh dibahagikan kepada dua jenis (Zaydan, 1969;
Faizah, 1995) iaitu:

(a) Kehendak dalaman (batin)


Apa yang dimaksudkan dengan kehendak dalaman ini ialah niat yang ada
dalam hati seseorang untuk melakukan akad berkenaan. Niat ini adalah
suatu yang tidak mungkin boleh diketahui oleh orang lain tanpa
menzahirkannya dalam bentuk perkataan, perbuatan dan apa jua bentuk
yang diakui Syarak.

(b) Kehendak luaran (zahir)


Kehendak luaran atau kehendak zahir pula ialah sesuatu yang lahir sama
ada dalam bentuk perkataan, perbuatan atau lain-lain cara seperti yang
telah kita bincang dalam sighah akad.

Daripada penjelasan tentang kehendak dalaman dan kehendak luaran tadi,


jelas kepada kita bahawa kedua-dua kehendak ini mempunyai perkaitan
yang rapat antara satu sama lain. Ini kerana, kehendak luaran secara
umumnya memainkan peranan sebagai penjelas kepada maksud kehendak

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II

dalaman yang tersirat di hati. Ini bermakna, akad tidak sah kalau hanya
ada kehendak dalaman atau hanya ada niat semata-mata tetapi ia tidak
dizahirkan. Begitu juga akad, tidak sah jika kata-kata yang dikeluarkan
tidak diiringi dengan niat untuk berakad seperti kata-kata seorang yang
hilang akal dan seumpamanya.

Bagi membantu anda mengingati apa yang telah saya ajar sebentar tadi, sila
perhatikan Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Jenis-jenis kehendak

6.1.2 Hukum Perbezaan Kehendak Dalaman dan


Luaran
Seperti yang telah saya sebut sebelum ini, jika hanya niat sahaja yang ada tetapi
tidak dizahirkan, bermakna akad tidak akan berlaku. Begitu juga akad, tidak
akan berlaku sekiranya kata-kata atau perbuatan dan sebagainya hanya
dilakukan tanpa diiringi dengan niat. Ini bermakna, perlu ada persamaan atau
keselarasan antara kehendak dalaman dan luaran.

Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu, kehendak luaran tidak boleh


menggambarkan kehendak dalaman yang sebenar. Dengan lain perkataan,
terdapat keadaan tertentu di mana kehendak luaran tidak selari dengan
kehendak dalaman. Jika berlaku keadaan ini, kita tidak boleh mengambil kira
kehendak luaran berkenaan walaupun sebelum ini kita katakan bahawa secara
umum kehendak luaran merupakan bukti kepada kehendak dalaman.

Oleh itu, perbincangan seterusnya akan merangkumi keadaan-keadaan di mana


kehendak luaran berbeza dengan kehendak dalaman. Kita juga akan
membicarakan juga tentang hukum yang berkaitan dengan setiap keadaan
tersebut. Keadaan-keadaan tersebut boleh dibahagikan kepada lapan (Zaydan,
1969) iaitu:
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II  95

(a) Keadaan pertama


Mengeluarkan perkataan atau perbuatan tanpa menyedarinya seperti
ungkapan orang gila, kanak-kanak yang belum mumayyiz dan orang yang
sedang tidur.

Hukum:
Dari segi hukum, ungkapan mereka ini tidak boleh diambil kira dan akad
mereka tidak sah.

Adakah ungkapan orang mabuk boleh diambil kira?


Seseorang itu boleh menjadi mabuk sama ada tanpa sengaja atau dengan
sengaja. Contoh orang yang mabuk tanpa sengaja ialah seseorang yang
meminum sesuatu seperti ubat dan tiba-tiba dia mabuk dan tidak
mengetahui bahawa ubat tersebut boleh menyebabkannya mabuk. Orang
yang mabuk dengan sengaja pula ialah orang yang tahu sesuatu itu
memabukkan seperti arak dan sengaja meminumnya.

Para fuqahaÊ sepakat mengatakan bahawa jika seseorang itu mabuk tanpa
disengajakan olehnya maka setiap tindakannya tidak boleh diambil kira.
Ini bermakna, akad yang dilakukannya tidak sah.

Walau bagaimanapun, jika seseorang itu mabuk dengan sengaja, para


fuqahaÊ mempunyai dua pandangan seperti berikut:

(i) Pandangan pertama


Ungkapannya tidak boleh diambil kira dan akad yang dilakukan
olehnya tidak sah. Ini kerana orang yang mabuk tidak berakal waras
ketika melakukan sesuatu tindakan, tidak kira sama ada dia mabuk
dengan sengaja atau tidak sengaja.

(ii) Pandangan kedua


Ungkapannya diambil kira dan akad adalah sah.

Pandangan kedua ini menyatakan bahawa kita perlu mengambil kira


ungkapan orang yang mabuk dengan sengaja dan mengiktiraf akad
yang dilakukannya kerana ia merupakan satu hukuman ke atasnya.

(b) Keadaan kedua


Mengeluarkan perkataan atau perbuatan tanpa memahami maksud
sebenar perkataan atau perbuatan tersebut. Misalnya seorang yang
menggunakan bahasa Arab seperti mengucap perkataan „qabiltu (saya
terima)‰ padahal dia sebenarnya tidak memahami maksud perkataan
tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II

Hukum:
Perkataan dan perbuatannya tidak diambil kira. Ini bermakna akad yang
dilakukannya tidak sah.

(c) Keadaan ketiga


Mengeluarkan perkataan atau perbuatan dalam keadaan memahami apa
yang dilakukan tetapi tidak bertujuan melakukan akad. Sebagai contoh,
ungkapan yang dikeluarkan oleh seorang guru semasa dia sedang
mengajar pelajarnya. Contohnya semasa mengajar, guru berkata: „Saya
jualkan buku ini kepada awak dengan harga RM10.‰ Lalu pelajarnya
menjawab: „Saya setuju.‰

Hukum:
Perkataan atau perbuatan orang yang tiada niat berakad tidak diambil kira.
Oleh itu akad tidak sah.

(d) Keadaan keempat


Mengeluarkan perkataan tanpa sengaja seperti orang yang tersilap cakap
atau terlupa.

Hukum:
Para fuqahaÊ berbeza pandangan sama ada sah atau tidak akad yang
dilakukan oleh mereka yang tersilap atau lupa. Dalam hal ini, ada dua
pandangan:

(i) Pandangan pertama


Akad yang dilakukan oleh orang yang tersilap atau lupa adalah sah.
Ini kerana tindakannya yang berbentuk perkataan atau perbuatan
dilakukan dengan pilihan dan kemahuannya. Dakwaan tersilap atau
terlupa tidak boleh dijadikan alasan untuk membatalkan akad yang
dilakukan. Ini kerana ia membuka peluang kepada pihak tertentu
untuk membatalkan akad mengikut sesuka hatinya dengan alasan
terlupa atau tersilap. Ini akan menjadikan muamalat Islam tidak stabil
kerana sesuatu akad boleh dibatalkan pada bila-bila masa walaupun
dengan alasan yang lemah.

(ii) Pandangan kedua


Tindakan yang dilakukan oleh orang yang terlupa atau tersilap tidak
diambil kira. Ini bermakna, jika seseorang tersilap atau terlupa ketika
melakukan akad, maka akad tersebut tidak sah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II  97

Pandangan ini berdasarkan firman Allah:

⎯Å3≈s9uρ ⎯ÏμÎ/ Οè?ù'sÜ÷zr& !$yϑ‹Ïù Óy$uΖã_ öΝà6ø‹n=tæ }§øŠs9uρ...

... öΝä3ç/θè=è% ôNy‰£ϑyès? $¨Β


Maksudnya: „...dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam
perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira
berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati
kamu untuk melakukannya...‰

(Surah al-Ahzab 33:5)

Pandangan ini juga menjadikan hadis Rasulullah s.a.w yang


berikut sebagai sandaran:

: ‫ أن رﺳﻮل اﷲ ﺻﻠﻰ اﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﻗﺎل‬: ‫ﻋﻦ اﺑﻦ ﻋﺒﺎس رﺿﻲ اﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ‬
( ‫) إن اﷲ ﺗﺠﺎوز ﻋﻦ أﻣﺘﻲ اﻟﺨﻄﺄ واﻟﻨﺴﻴﺎن وﻣﺎ اﺳﺘُﻜﺮهﻮا ﻋﻠﻴﻪ‬

‫رﻓﻊ ﻋﻦ أﻣﺘﻲ اﻟﺨﻄﺄ واﻟﻨﺴﻴﺎن وﻣﺎ اﺳﺘﻜﺮهﻮا ﻋﻠﻴﻪ‬


Maksudnya: „Diangkat daripada umatku apa yang
dilakukan secara tersilap atau lupa atau secara paksaan.‰

(Hadis Hasan Riwayat Ibn Majah, al-Baihaqiy dan lain-lain)

(e) Keadaan kelima


Mengeluarkan perkataan secara bergurau.

Hukum:
Para fuqahaÊ tidak sependapat tentang akad yang dilakukan secara
bergurau sama ada ianya sah atau tidak. Dalam masalah ini, terdapat dua
pandangan berbeza:

(i) Pandangan pertama


Tindakan yang dibuat secara bergurau hanya diambil kira dan boleh
menyebabkan berlakunya akad jika ia berkaitan dengan empat
perkara iaitu nikah, talak (perceraian), rujuk dan memerdekakan
hamba. Selain daripada empat perkara tersebut, kata-kata yang
dikeluarkan secara main-main adalah tidak diambil kira dan tidak
boleh membentuk akad.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II

Pandangan ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w:

‫ اﻟﻨﻜﺎح واﻟﻄﻼق واﻟﺮﺟﻌﻲ‬،‫ﺛﻼث ﺟﺪهﻦ ﺟﺪ وهﺰﻟﻬﻦ ﺟﺪ‬


.‫ اﻟﻌﺘﺎق‬- ‫ وﻓﻲ رواﻳﺔ‬-
Maksudnya: „Tiga perkara, sekiranya dilakukan secara
bersungguh-sungguh akan jadi dan jika bergurau pun akan jadi
iaitu nikah, talak dan rujuk.‰

Dalam satu riwayat lain, termasuk juga memerdekakan hamba.

(ii) Pandangan kedua


Tindakan yang dilakukan secara bergurau tetap diambil kira. Oleh itu
akad yang dilakukan secara bergurau sekalipun tetap sah.

(f) Keadaan keenam


Tindakan yang dilakukan kerana dipaksa.

Hukum:
Para fuqahaÊ mempunyai pandangan yang berbeza berhubung perkataan
atau perbuatan yang dilakukan secara paksaan. Pandangan mereka dalam
masalah ini adalah seperti berikut:

(i) Pandangan pertama


Tindakan yang dibuat secara paksaan hanya diambil kira dan boleh
menyebabkan berlakunya akad jika ia berkaitan dengan empat
perkara iaitu nikah, talak (perceraian), rujuk dan memerdekakan
hamba.

Selain daripada empat perkara tersebut, kata-kata yang dikeluarkan


secara paksaan adalah tidak diambil kira dan tidak boleh membentuk
akad. Walau bagaimanapun, setelah paksaan tidak wujud lagi dan
orang berkenaan menyatakan bahawa dia bersetuju meneruskan apa
yang diungkapnya sebelum ini, maka akad berkenaan dikira sah.

(ii) Pandangan kedua


Tindakan yang dilakukan secara paksaan tidak diambil kira. Oleh itu
akad yang dilakukan secara paksaan adalah tidak sah.

(g) Keadaan ketujuh


Menggunakan suatu perkataan yang mempunyai maknanya yang
tersendiri bagi maksud lain seperti menggunakan perkataan hibah (hadiah)
dalam akad jual beli. Contohnya, A berkata kepada B : „Saya hadiahkan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II  99

buku ini kepada awak dengan harga RM20.‰ Lalu B menjawab: „Saya
setuju.‰

Hukum:
Akad yang berlaku adalah akad sebenar yang dimaksudkan oleh orang
yang melafazkannya dan bukan sekadar merujuk kepada perkataan yang
diguna selagi mana ada bukti (qarinah) yang menunjukkan maksudnya
yang sebenar. Dalam contoh yang dinyatakan sebelum ini, akad yang
berlaku adalah akad jual beli dan bukannya hibah. Ini kerana dengan
meletakkan harga buku berkenaan, sudah terbukti bahawa A bermaksud
untuk menjual buku berkenaan kepada B.

(h) Keadaan kelapan


Melafazkan perkataan tertentu dengan tujuan membuat akad tetapi disertai
matlamat atau niat lain yang bertentangan dengan Syarak. Contohnya,
seseorang yang menjual anggur kepada pembuat arak, atau menjual senjata
kepada pengganas.

Hukum:
Para fuqahaÊ tidak sependapat dalam masalah ini. Pandangan mereka
adalah seperti berikut:

(i) Pandangan pertama


Akad tersebut tetap sah kerana apa yang diambil kira ialah ungkapan
zahirnya sahaja dan bukannya niat yang tersimpan di hati. Ini kerana
niat seseorang tidak mampu diketahui dengan jelas kalau ia tidak
dizahirkan. Oleh itu, jika kehendak zahir secara jelas menunjukkan
dia ingin berakad dan ia dilakukan dengan cara yang betul, maka
memadai dengan melihat kepada kehendak zahirnya sahaja.

(ii) Pandangan kedua


Akad berkenaan tidak sah, walaupun cara dan pelaksanaan zahirnya
adalah betul. Mengikut pandangan ini, dalam menentukan kesahihan
sesuatu akad, apa yang perlu diambil kira adalah niat.

Antara hujah yang diterima pakai bagi menyokong pandangan


mereka ini ialah hadis Rasulullah s.a.w yang berikut:

‫إﻧﻤﺎ اﻷﻋﻤﺎل ﺑﺎﻟﻨﻴﺎت وإﻧﻤﺎ ﻟﻜﻞ اﻣﺮئ ﻣﺎ ﻧﻮى‬


Maksudnya: „Sesungguhnya segala amalan yang dilakukan adalah
dengan niat. Dan sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang
diniatkan.‰

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II

Kita telah pun mempelajari kesemua lapan keadaan di mana kehendak dalaman
tidak selari dengan kehendak luaran. Tentu anda merasai kesukaran untuk
mengingati kesemua kedaaan berkenaan berserta dengan hukumnya sekali,
bukan? Bagi membantu anda untuk mengingati kelapan-lapan keadaan tersebut,
mari kita lihat Jadual 6.1.

Jadual 6.1: Keadaan Perbezaan Kehendak Dalaman dan Luaran serta Hukumnya

Keadaan Perbezaan Kehendak Dalaman


Bil Hukum
dengan Kehendak Luaran
1. Tindakan yang dibuat tanpa sedar seperti Tindakannya tidak diambil kira.
tindakan orang gila. Oleh itu akad yang dilakukannya
tidak sah.
2. Tidak memahami maksud sebenar Tindakannya tidak diambil kira.
perkataan yang diguna seperti orang Oleh itu akad yang dilakukannya
Melayu yang meniru percakapan orang tidak sah.
Arab tanpa memahaminya.
3. Memahami apa yang diungkap tetapi tidak Tindakannya tidak diambil kira.
bermaksud untuk berakad seperti Oleh itu akad yang dilakukannya
ungkapan guru yang bertujuan memberi tidak sah.
kefahaman kepada pelajarnya.
4. Mengeluarkan perkataan secara tersilap Dua pandangan:
atau terlupa. (a) Perkataannya diambil kira
(b) Perkataannya tidak diambil
kira.
5. Mengeluarkan perkataan secara bergurau. Dua pandangan:
(a) Perkataannya hanya diambil
kira jika berkaitan dengan
nikah, talak, rujuk dan
memerdekakan hamba
(b) Perkataannya diambil kira.
6. Mengeluarkan perkataan kerana paksaan. Dua pandangan:
(a) Perkataannya diambil kira
jika berkaitan dengan nikah,
talak, rujuk dan
memerdekakan hamba
(b) Perkataannya tidak diambil
kira.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II  101

7. Menggunakan perkataan yang zahirnya Akad yang berlaku adalah yang


memberi maksud berbeza dengan dimaksudkan oleh orang yang
kehendak sebenar orang yang mengeluarkan perkataan tersebut
mengeluarkan perkataan tersebut seperti dan bukannya apa yang difahami
mengguna lafaz hibah dalam akad jual beli. dari perkataan yang diguna jika
ada bukti yang menjelaskan
maksud sebenar orang
berkenaan.
8. Melakukan akad dengan niat yang Dua pandangan:
berlawanan dengan Syarak seperti menjual (a) Akad sah
senjata kepada pengganas.
(b) Akad tidak sah.

SEMAK KENDIRI 6.1


1. Sebutkan lapan keadaan di mana berlaku perbezaan antara
1. kehendak dalaman
Sebutkan dan kehendak
lapan keadaan luaran.
di mana berlaku perbezaan antara
2.kehendak
Jelaskan hukum bagi kelapan-lapan keadaan
dalaman dan kehendak luaran. tersebut.
2. Jelaskan hukum bagi kelapan-lapan keadaan tersebut.

6.2 RUKUN AKAD KEDUA (SUBJEK AKAD)


Apabila melakukan akad, seseorang itu perlu mengetahui apakah subjek akad
yang terlibat. Subjek akad memainkan peranan yang penting dalam urusan
tersebut.

6.2.1 Definisi Subjek Akad


Subjek akad ialah sesuatu yang berlaku akad ke atasnya atau yang menjadi
sasaran utama dalam akad berkenaan (Abdul Halim, 2001; Syibir, 2004).

Dalam akad jual beli misalnya, subjek akad ialah barang jualan dan harga jualan.
Dalam akad ijarah (sewaan) pula, manfaat dan bayaran sewa adalah subjek
akadnya (Syibir,2004). Dengan kata lain, suatu yang dijadikan sebagai subjek
akad berbeza sifatnya mengikut jenis akad. Ia mungkin berbentuk material
seperti buku, rumah dan seumpamanya yang dijadikan subjek akad jual beli. Di
samping itu, ia juga boleh berbentuk manfaat semata-mata seperti manfaat
rumah dalam akad sewaan. Subjek akad juga boleh jadi dalam bentuk kerja atau
khidmat seperti dalam akad wakalah (Faizah,1995).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II

6.2.2 Syarat-syarat Subjek Akad


Syarat-syarat subjek akad adalah seperti berikut (Zaydan, 1969; Faizah,1995):

(a) Subjek akad hendaklah suatu yang tidak berlawanan dengan kehendak
akad itu sendiri dan juga hukum Syarak
Syarat ini perlu dipenuhi kerana setiap akad mempunyai kehendak atau
tuntutannya yang tersendiri yang berkait langsung dengan subjek akad
berkenaan. Suatu akad dikira tidak sah sekiranya subjek akad berkenaan
tidak selaras dengan kehendak akad.

Percanggahan subjek akad dengan kehendak akad boleh berlaku dalam


dua keadaan iaitu:
(i) Benda berkenaan termasuk dalam benda yang diharamkan dalam
Islam seperti arak, babi dan seumpamanya; dan
(ii) Sifat benda berkenaan tidak sesuai dengan hukum akad tertentu
seperti benda yang cepat rosak tidak boleh digadai.

(b) Benda berkenaan ada semasa akad dilakukan


Syarat kedua ini bukanlah syarat mutlak dalam semua akad dan masih
menjadi pertikaian di kalangan para fuqahaÊ. Walau bagaimanapun,
Zaydan (1969) menyatakan bahawa para fuqahaÊ sepakat mengatakan
bahawa sesuatu yang mustahil akan wujud tidak boleh dijadikan subjek
akad.

Jika subjek akad berbentuk manfaat, syarat ini tidak perlu dipenuhi. Ini
kerana tabiat manfaat itu sendiri tidak akan wujud sekali gus tetapi akan
ada dari semasa ke semasa.

Walau bagaimanapun, jika subjek akad berbentuk material, para fuqahaÊ


mempunyai pelbagai pandangan iaitu seperti berikut:
(i) Sebahagian besar fuqahaÊ mewajibkan subjek akad ada semasa akad
dilakukan, tidak kira sama ada akad berkenaan akad yang ada
balasan (muÊawadat) seperti jual beli atau akad tabarruÊ (sukarela)
seperti hibah (pemberian).
(ii) Sebahagian fuqahaÊ seperti Maliki mengatakan bahawa akad boleh
dilakukan ke atas suatu benda yang belum ada. Apa yang penting
ialah benda tersebut akan wujud pada masa akan datang dan akad
berkenaan berbentuk akad tabarruÊ.
(iii) FuqahaÊ Hanbali mengatakan suatu yang tidak ada boleh dijadikan
subjek akad dengan syarat ia bebas daripada unsur gharar

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II  103

(ketidakpastian). Pada pandangan mereka, jika subjek akad mampu


diserahkan pada pihak yang berkenaan selepas akad dilakukan, maka
akad dikira sah kerana ketiadaan unsur gharar. Pandangan Hanbali
ini menunjukkan bahawa mereka lebih menekankan soal sama ada
serahan mampu dilakukan atau tidak selepas akad. Dengan kata lain,
kalau sesuatu itu belum wujud pada masa akad dilakukan tetapi ia
akan wujud pada masa penyerahan kepada pihak berkenaan, maka
akad tersebut adalah sah.

(c) Kedua-dua pihak mempunyai maklumat lengkap mengenai subjek akad


Syarat ini membawa maksud bahawa jika pihak yang berakad tidak
mengetahui apa yang dijadikan sebagai subjek akad, maka akad berkenaan
tidak sah. Maklumat tentang subjek akad boleh diketahui sama ada dengan
melihat sendiri atau meneliti segala keterangan berkaitan dengannya atau
mengetahui spesifikasi subjek akad.

(d) Subjek akad boleh diserahkan kepada pihak yang berkenaan pada masa
yang dipersetujui
Syarat ini dipersetujui oleh semua fuqahaÊ jika ia melibatkan akad yang ada
balasan. Walau bagaimanapun, jika melibatkan akad tabarruÊ, sebahagian
fuqahaÊ tidak meletakkan syarat ini.

Sebenarnya syarat ini penting dalam akad yang ada balasan. Ini kerana
penyerahan subjek akad memang menjadi salah satu tuntutan akad itu
sendiri. Dalam akad jual beli misalnya, penjual mesti menyerahkan barang
jualannya kepada pembeli. Begitu juga pembeli hendaklah menyerahkan
harga jualan.

SEMAK KENDIRI 6.2

Berikan penjelasan tentang syarat empat subjek akad berserta dengan


contoh.

6.3 RUKUN AKAD KETIGA (PIHAK YANG


BERAKAD)
Pihak yang berakad ialah mereka yang membuat tawaran (ijab) dan penerimaan
(qabul). Orang yang boleh melakukan akad adalah mereka yang mempunyai
kelayakan (al-ahliyyah) sahaja.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II

Dalam perbincangan seterusnya saya akan membincangkan tentang al-ahliyyah


(kelayakan), al-wilayah (kuasa), al-wakalah (perwakilan) dan al-fadalah
(bertindak tanpa izin). Perbincangan tentang perkaitan ini penting kerana ia
berkait rapat dengan pihak yang berakad.

6.3.1 Al-Ahliyyah
Al-ahliyyah bererti kelayakan atau keupayaan. Apabila dikatakan seseorang itu
mempunyai al-ahliyyah untuk berakad, ini bermakna dia layak dan boleh
melakukan akad pada pandangan Syarak.

(a) Jenis-jenis kelayakan


Kelayakan boleh dibahagikan kepada dua iaitu (Zaydan, 1969; Faizah,
1995):

(i) Kelayakan untuk menerima (Ahliyyah al-wujub)


Maksudnya ialah kelayakan untuk menerima hak dan tanggungjawab
Syarak. Apabila seseorang itu mempunyai kelayakan ini, dia boleh
menerima segala hak yang diperuntukkan oleh Syarak untuknya.
Begitu juga, ia boleh dipertanggungjawabkan dengan apa yang telah
ditetapkan oleh Syarak ke atasnya.

Kelayakan ini akan dimiliki oleh setiap orang yang hidup ă tidak kira
sama ada dia kecil atau dewasa, berakal atau sebaliknya, sakit atau
sihat dan sebagainya. Selagi seseorang itu masih hidup, dia memiliki
kelayakan ini.

Kelayakan ini terbahagi pula kepada dua jenis iaitu kelayakan untuk
menerima secara sempurna (ahliyyah al-wujub al-kamilah) dan
kelayakan untuk menerima secara tidak sempurna (ahliyyah al-wujub
al-naqisah).

(ii) Kelayakan untuk melaksana (Ahliyyah al-adaÊ)


Maksudnya ialah kelayakan seseorang untuk melaksanakan segala
hak dan tanggungjawab yang telah ditentukan oleh Syarak ke
atasnya.

Orang yang memiliki kelayakan ini boleh melakukan akad.


Kelayakan ini akan diperolehi apabila seseorang itu, berakal dan
mumayyiz. Mumayyiz ialah seorang yang sudah boleh memahami
segala tindakan yang dilakukan dan kesan yang timbul daripada
tindakannya. Kebiasaannya kanak-kanak yang sudah mencapai umur
tujuh tahun sudah mumayyiz.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II  105

Kelayakan ini juga terbahagi kepada dua jenis iaitu kelayakan untuk
melaksana secara sempurna (ahliyyah al-adaÊ al-kamilah) dan
kelayakan untuk melaksana secara tidak sempurna (ahliyyah al-adaÊ
al-naqisah).

(b) Kelayakan sempurna dan kelayakan tidak sempurna


Seperti yang saya sebut sebelum ini, kelayakan untuk menerima dan
kelayakan untuk melaksana masing-masing terbahagi kepada dua iaitu
kelayakan sempurna dan kelayakan tidak sempurna. Kita akan melihat
secara terperinci tentang perkara ini dengan membincangkan peringkat-
peringkat tertentu yang dilalui oleh manusia bermula dari peringkat janin
hinggalah dia baligh. Ini penting kerana pada setiap peringkat ini kita akan
ketahui bentuk-bentuk kelayakan yang diperolehi.

Bagi memudahkan anda untuk memahami dan mengingati setiap


peringkat dan kelayakan yang diperolehi, saya ringkaskannya dalam
Jadual 6.2.

Jadual 6.2: Kelayakan yang Diperolehi dalam Setiap Peringkat


Perkembangan Hidup Manusia

Peringkat Perkembangan Kelayakan untuk Kelayakan untuk


Hidup Menerima Melaksana
Peringkat Janin Ada tetapi tidak sempurna Tiada
Peringkat mula dilahirkan Ada dan diperolehi secara Tiada
sehingga umur mumayyiz sempurna
Peringkat mula mumayyiz Ada dan diperolehi secara Ada tetapi tidak
hingga baligh sempurna sempurna
Peringkat umur baligh dan Ada dan diperolehi secara Ada dan diperolehi
cerdik sempurna secara sempurna.

Seterusnya saya akan jelaskan kepada anda apa yang boleh diterima dan
dilaksanakan oleh setiap peringkat berasaskan kelayakan yang dimiliki
oleh mereka.

(i) Peringkat janin


Janin berhak menerima beberapa hak yang tidak memerlukan
penerimaan (qabul) seperti menerima pusaka dan wasiat. Walau
bagaimanapun, jika seseorang memberi hadiah (hibah) kepadanya,
hadiah tersebut tidak akan dimilikinya kerana akad hibah
memerlukan penerimaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II

Saya ingin tegaskan di sini bahawa kelayakan yang diperolehinya ini


hanya berfungsi jika janin tersebut dilahirkan dalam keadaan hidup.
Sekiranya dia dilahirkan dalam keadaan mati, kelayakan tersebut
pada hakikatnya tidak wujud.

(ii) Peringkat mula dilahirkan sehingga umur mumayyiz


Dengan kelayakan menerima secara sempurna yang diperolehi oleh
kanak-kanak pada peringkat ini, dia boleh menerima segala hak dan
tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh Syarak. Walaupun begitu,
dalam keadaan tertentu, kanak-kanak tidak dapat melakukan sendiri
tanggungjawabnya. Dalam situasi ini, walinya boleh melakukan
tanggungjawab tersebut bagi pihaknya. Sebagai contoh, jika seorang
kanak-kanak merosakkan harta orang lain, dari segi hukum Syarak
dia bertanggungjawab membayar ganti rugi. Namun demikian,
memandangkan dia tidak mampu melakukannya sendiri, maka
walinya akan membayar ganti rugi tersebut bagi pihaknya.

(iii) Peringkat mula umur mumayyiz hingga baligh


Kanak-kanak yang sudah mumayyiz tetapi belum lagi baligh boleh
melaksanakan beberapa tanggungjawab atau tindakan tertentu
sahaja. Antara tindakan yang boleh dilakukannya ialah tindakan yang
boleh mendatangkan manfaat semata-mata seperti menerima hadiah,
wasiat dan seumpamanya. Jika tindakannya ada kemungkinan
membawa keuntungan atau kerugian kepadanya seperti jual beli,
maka tindakannya tidak sah menurut mazhab SyafiÊi.

(iv) Peringkat umur baligh dan cerdik


Orang yang sudah baligh boleh melakukan apa saja tindakan selagi
mana ia diharuskan oleh syarak seperti jual beli, sewaan dan
sebagainya.

(c) Halangan-halangan kelayakan


Halangan kelayakan terbahagi kepada dua (Zaydan, 1969; Faizah, 1995)
iaitu:
(i) Halangan semula jadi (al-Êawarid al-samawiyyah); dan
(ii) Halangan yang disebabkan oleh manusia sendiri (al-Êawarid al-
muktasabah).

Penjelasan tentang setiap halangan ini saya ringkaskan dalam Jadual 6.3
dan 6.4.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II  107

Jadual 6.3: Halangan Semula Jadi dan Kesannya

Halangan Semula jadi Kesan


Gila Tindakannya tidak diambil kira. Akad tidak akan
berlaku.
Terencat akal (Âatah) iaitu Jika seseorang itu mengalami kerencatan akal yang
yang kurang daya faham, serius, maka ia sama seperti orang gila.
tidak betul percakapannya
serta tidak tahu mengurus
Jika kerencatan akal tidak serius, maka kedudukannya
diri
sama seperti kanak-kanak yang mumayyiz.
Tidur atau pitam Tindakannya tidak diambil kira. Akad tidak berlaku.
Sakit yang membawa mati Kelayakannya untuk menerima atau melaksana tidak
(maradh al-maut) terjejas. Tetapi memberi kesan setelah dia meninggal
dunia. Maksudnya, jika semasa sakit dia
menghadiahkan semua hartanya kepada seseorang,
waris dan pemiutang boleh membuat bantahan di
mahkamah. Bantahan ini hanya boleh dibuat setelah
dia meninggal dunia.

Jadual 6.4: Halangan Kelayakan yang Disebabkan oleh Manusia dan Kesannya

Halangan Kelayakan Kesan


Bodoh (al-safah) iaitu orang yang tidak  Sebahagian fuqahaÊ berpendapat dia
pandai menguruskan hartanya dengan boleh dihalang daripada melakukan
baik sesuai dengan kehendak Syarak dan apa-apa akad.
akal.  Sebahagian yang lain pula mengatakan
dia tidak boleh dihalang daripada
melakukan akad.
Mabuk Jika dia mabuk dengan tidak sengaja,
tindakannya tidak diambil kira. Oleh itu,
akad yang dilakukannya tidak sah.
Jika dia mabuk dengan sengaja, ada dua
pandangan:
 Tindakannya diambil kira
 Tindakannya tidak diambil kira.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II

SEMAK KENDIRI 6.3

1. Sebutkan jenis-jenis kelayakan (al-ahliyyah).


2. Huraikan peringkat-peringkat yang dilalui oleh manusia berserta
dengan kelayakan yang diterima.
3. Bincangkan tentang perkara-perkara yang boleh menghalang
seseorang itu daripada mendapat kelayakan untuk berakad.

6.3.2 Al-Wilayah
Mengikut istilah Syarak, al-wilayah atau kuasa ialah mandat yang diberi oleh
Syarak kepada seseorang untuk mengurus diri dan harta secara sah (Zaydan,
1969, Faizah, 1995). Dari sini dapat difahami bahawa seseorang itu hanya boleh
melakukan akad apabila dia mempunyai kelayakan (al-ahliyyah) dan juga kuasa
(al-wilayah). Ini bermakna, kelayakan dan kuasa adalah syarat utama yang perlu
ada pada orang yang berakad.

(a) Jenis-jenis kuasa


Kuasa terbahagi kepada dua jenis (Zaydan, 1969l; Faizah, 1995) iaitu:

(i) Kuasa terhad (Al-wilayah al-qasirah)


Kuasa terhad ialah kuasa untuk mengurus diri dan harta sendiri
sahaja. Ia diperolehi oleh seseorang yang baligh, berakal dan cerdik
(rasyid).

(ii) Kuasa tidak terhad (Al-wilayah al-mutaÊaddiyah)


Kuasa tidak terhad ialah kuasa untuk mengurus diri dan harta orang
lain atas sebab-sebab tertentu. Kuasa jenis ini terbahagi kepada dua
jenis iaitu:

 Kuasa yang diberi oleh Syarak dari asal lagi (Al-wilayah


al-asliyyah)
Kuasa ini diperolehi dengan sebab wujud pertalian darah di
antara dua pihak seperti kuasa bapa ke atas anak. Kuasa ini
merangkumi kuasa mengurus diri dan harta orang yang di bawah
kuasanya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II  109

 Kuasa yang diperolehi melalui proses perwakilan (Al-wilayah


al-niyabiyyah)
Kuasa ini merujuk kepada kuasa untuk mengurus bagi pihak
orang lain. Kuasa wakil ini boleh diperolehi sama ada melalui
wasiat, mahkamah atau individu yang melantiknya sebagai wakil.

Kuasa ini merangkumi kuasa mengurus diri dan harta orang lain.

(b) Pihak yang berkuasa mengurus harta kanak-kanak


Para fuqahaÊ sepakat bahawa bapa adalah orang yang paling berkuasa
untuk menguruskan harta anaknya yang masih kecil. Walau
bagaimanapun mereka berselisih pandangan tentang siapakah yang layak
untuk menguruskan harta kanak-kanak selepas bapa. Pandangan mereka
adalah seperti berikut:

Jadual 6.5: Pendapat Para FuqahaÊ Berkaitan Wasi

Pendapat Penerangan
Hanafi Wasi (orang yang diwasiatkan oleh bapa), wasi kepada wasi.
Jika tiada wasi, datuk, atau penerima wasiat datuk.
Jika tiada, kerajaan atau pemegang wasiatnya.
Maliki dan Wasi, seterusnya hakim dan akhirnya orang yang
Hanbali diamanahkan oleh hakim.
SyafiÊi Datuk, diikuti oleh penerima wasiat sama ada daripada bapa
atau datuk mengikut siapa yang paling akhir meninggal
dunia. Jika tiada, berpindah kepada hakim dan orang yang
diwasiat oleh hakim.

(c) Pihak yang berkuasa mengurus harta orang gila dan yang terencat akal
Semua fuqahaÊ Hanafi, Maliki, SyafiÊi dan Hanbali sepakat bahawa jika
seseorang itu gila atau terencat akal semenjak kecil lagi, maka orang yang
berkuasa menguruskan hartanya adalah orang yang sama semasa dia
dalam usia kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, jika dia hanya mengalami penyakit gila atau


terencat akal selepas dia mencapai umur baligh, ada dua pandangan iaitu:
(i) Pandangan pertama: Orang yang berkuasa mengurus hartanya ialah
orang yang sama semasa dia masih kanak-kanak.
(ii) Pandangan kedua: Orang yang berhak mengurus hartanya ialah
orang yang ditentukan oleh mahkamah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II

(d) Pihak yang berkuasa mengurus harta orang bodoh (safih)


Terdapat dua pandangan dalam masalah ini iaitu:
(i) Pandangan pertama: Orang yang berhak mengurus harta orang
bodoh ialah hakim atau orang yang ditentukan oleh hakim.
(ii) Pandangan kedua: Hanya hakim yang berhak mengurus hartanya.

SEMAK KENDIRI 6.4


1. Apakah yang dimaksudkan dengan al-wilayah?
2. Jelaskan tentang dua bentuk al-wilayah berserta dengan contoh.

6.3.3 Al-Wakalah dan Al-Fadalah


(a) Al-Wakalah
Sebelum ini kita telah perkatakan bahawa seseorang itu berkuasa
mengurus harta orang lain jika kuasa itu diperolehi melalui proses
perwakilan (al-wilayah al-niyabiyyah). Oleh itu, jika A melantik B untuk
menjual rumahnya dengan harga tertentu, maka setelah perlantikan
tersebut, B mempunyai kuasa untuk menguruskan harta A.

Sebagai satu istilah, al-wakalah bermakna memberi kuasa kepada orang


lain untuk menguruskan hal-hal tertentu di bawah kuasanya (Faizah,1995).

(i) Rukun al-Wakalah


Rukun al-wakalah ada tiga iaitu:
 Ijab dan qabul;
 Pihak yang berakad iaitu pemberi kuasa wakil (muwakkil) dan
wakil; dan
 Subjek perwakilan iaitu perkara yang diwakilkan.

(ii) Syarat-syarat al-Wakalah

 Syarat-syarat pemberi kuasa wakil


Orang yang hendak memberi kuasa kepada orang hendaklah
seorang yang berhak dan boleh menguruskan hartanya sendiri.
Oleh itu, jika dia seorang yang tidak mempunyai kelayakan dan
kuasa untuk mengurus seperti kanak-kanak, maka dia tidak boleh
melantik orang lain untuk menguruskan hartanya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II  111

 Syarat-syarat wakil
Menurut pandangan Hanafi, orang yang menjadi wakil kepada
orang lain hendaklah seorang yang berakal dan mumayyiz.
Walaupun begitu, mazhab Maliki, Syafii dan Hanbali menyatakan
bahawa hanya orang yang mampu menguruskan hartanya sahaja
yang boleh menjadi wakil. Oleh itu, menurut mereka, kanak-
kanak mumayyiz hanya boleh menjadi wakil pada perkara yang
membawa manfaat semata-mata seperti menerima hibah
(hadiah/pemberian).

 Syarat-syarat perkara yang diwakilkan


Syarat-syarat perkara yang diwakilkan adalah seperti berikut
(Zaydan, 1969, Faizah,1995):
ă Perkara tersebut diketahui oleh orang yang wakil dengan
jelas.
ă Perkara tersebut hendaklah halal dari segi hukum Syarak.
Oleh itu seseorang tidak boleh mewakilkan orang lain untuk
membunuh, mencuri dan seumpamanya.
ă Perkara tersebut hendaklah suatu yang boleh diwakilkan
kepada orang lain mengikut hukum syarak. Oleh itu, tugas
sebagai saksi dan membuat perakuan sumpah tidak boleh
diwakilkan kepada orang lain. Namun tugas untuk menjual
rumah, menyewakannya dan lain-lain yang seumpamanya
boleh diwakilkan kepada orang lain.

(iii) Jenis-jenis al-Wakalah


Al-wakalah boleh dibahagikan kepada empat jenis (Zaydan 1969;
Faizah, 1995) iaitu (sila rujuk Rajah 6.2):

Rajah 6.2: Jenis-jenis al-Wakalah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II

 Al-Wakalah al-Khassah
Wakalah jenis ini ialah wakalah yang membataskan kuasa wakil
kepada perkara tertentu sahaja seperti menjual kereta, menyewa
rumah dan seumpamanya.

 Al-Wakalah al-ÊAmmah
Dalam wakalah jenis ini, pemberi tidak mengkhususkan tugas
tertentu kepada wakil tetapi memberinya kuasa secara umum.
Contohnya: „Saya melantik awak sebagai wakil saya dalam semua
perkara.‰ Wakalah jenis ini tidak disepakati oleh semua fuqahaÊ
tentang kesahihannya.

 Al-Wakalah al-Muqayyadah
Dalam wakalah ini, pemberi wakil menentukan syarat-syarat
tertentu seperti katanya: „Saya melantik awak untuk menjual
buku ini dengan harga RM50 tunai.‰ Dalam contoh ini, pemberi
wakil menentukan harga buku dan cara dijual iaitu tunai.

 Al-Wakalah al-Mutlaqah
Wakalah ini bebas daripada sebarang syarat seperti A
mewakilkan B menjual rumahnya tetapi tidak ditentukan
berapakah harganya. Dalam situasi ini, wakil hendaklah menjual
rumah tersebut dengan harga yang tidak membawa kerugian
kepada pemiliknya.

(b) Al-Fadalah
Al-Fadalah ialah suatu tindakan yang dilakukan seseorang terhadap harta
orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kuasa dan izin daripada
pemiliknya (Zaydan, 1969, Faizah 1995).

Menurut pandangan Hanafi dan Maliki, sebarang akad yang dilakukan


oleh seseorang tanpa izin pemilik harta adalah bergantung kepada
keputusan akhir pemilik harta berkenaan. Jika selepas akad dilakukan dan
pemilik harta bersetuju dengannya, maka akad itu berkuatkuasa. Jika
sebaliknya, akad tersebut dikira batal.

Manakala menurut pandangan SyafiÊi dan Hanbali, akad tersebut dikira


batal walaupun pemilik harta memberi izin selepas akad dilakukan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II  113

AKTIVITI 6.2

Cuba anda fikir dan senaraikan apakah pekerjaan pada hari ini yang
menggunakan konsep wakalah.

 Kehendak dalam urusan akad terbahagi kepada dua iaitu kehendak dalaman
(niat) dan kehendak luaran (tindakan luaran yang menzahirkan kehendak
dalaman).
 Akad tidak sah jika dilakukan oleh orang yang tidak sedar dengan apa yang
diungkap, orang yang tidak memahami perkataan yang diguna dan orang
yang menuturkan sesuatu tanpa ada niat untuk berakad.
 Para fuqahaÊ berselisih pandangan sama ada sah atau tidak akad jika
dilakukan oleh orang yang melakukannya secara bergurau, orang yang
dipaksa atau orang yang melakukan akad tetapi mempunyai niat lain yang
bertentangan dengan Syarak.
 Akad dikira sah walaupun menggunakan perkataan yang mempunyai
maknanya yang tersendiri dari segi bahasa dengan syarak terdapat bukti
(qarinah) yang secara jelas menunjukkan maksud sebenar orang yang
menuturkannya seperti menggunakan lafaz hibah dalam akad jual beli.
 Suatu yang dijadikan subjek akad hendaklah menepati kehendak akad dan
hukum Syarak, wujud ketika akad dilakukan, diketahui oleh pihak yang
berakad dan boleh diserahkan.
 Al-ahliyyah atau kelayakan terbahagi kepada dua iaitu kelayakan untuk
menerima dan kelayakan untuk melaksana. Kedua-duanya pula boleh
dibahagikan kepada dua jenis: kelayakan sempurna dan kelayakan tidak
sempurna.
 Selagi seseorang itu hidup, selagi itulah dia mempunyai kelayakan untuk
menerima.
 Kelayakan untuk menerima akan diperolehi jika seseorang itu berakal dan
mumayyiz.
 Halangan kelayakan semula jadi ialah gila, terencat akal, tidur atau pitam,
sakit yang membawa mati.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 6 AKAD DAN PEMBENTUKANNYA II

 Halangan kelayakan yang disebabkan oleh manusia sendiri ialah bodoh


(tidak bijak mengurus harta) dan mabuk.
 Harta seseorang boleh diurus oleh orang lain jika dia diberi kuasa untuk
berbuat begitu sama ada kuasa itu diberi oleh Syarak atau oleh manusia
sendiri.
SEMAK KENDIRI 1.5
1.2

Al-fadalah Kuasa tidak terhad


Kehendak dalaman Wakalah
Kehendak luaran Wakalah ammah
Kelayakan untuk menerima Wakalah khassah
Kelayakan untuk melaksana Wakalah muqayyadah
Kuasa terhad Wakalah mutlaqah

Abdul Halim Muhammad (2001). Undang-undang muamalat & aplikasinya


kepada produk-produk perbankan Islam. Kajang: Aras Mega (M) Sdn Bhd.
Faizah Haji Ismail. (1995). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syibir, Muhammad Uthman. (2004). Al-Madkhal ila fiqh al-muÊamalat


al-maliyyah. Amman: Dar al-NafaÊis.
Zaydan, Abdul Karim. (1969). Al-Madkhal li dirasah al-syariÊah al-islamiyyah.
Baghdad: MatbaÊah al-ÊAni.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai