Anda di halaman 1dari 2

Amanah dalam Pekerjaan

Muqaddimah

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang
berhak menerimanya), al-Nisa: 58

Sabda Rasullullah s.a.w. :

Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah. Riwayat Imam Ahmad

Berdasarkan ayat dan hadis di atas amanah adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan. Perintah di
sini wajib sebagaimana perintah-perintah yang lain seperti solat, puasa dan sebagainya. Amanah
adalah cabang keimanan, seseorang yang beriman mempunyai sifat amanah dan sebaliknya pula
orang tidak amanah itu menandakan kekurangan imannya.

Takrif dan Skop Amanah

Amanah ialah penjagaan hak-hak dengan sempurna dan disampaikan kepada tuannya. Bidang
amanah terlalu luas meliputi agama dan kewajipan syara, kepimpinan, bidang pekerjaan seperti
pentadbiran, perniagaan, perkilangan, rumahtangga dan sebagainya. Setiap insan mestilah
menunaikan amanah-amanah ini dengan sempurna terutama amanah agama yang asasnya ialah
tidak menyembah sesuatu pun selain Allah..

Pekerjaan adalah satu amanah besar yang mesti ditunaikan oleh setiap insan. Pekerjaan tanpa
mengira bentuknya adalah baik sekiranya tidak bercanggah dengan syara. Secara umumnya tiada
beza di sisi Allah s.w.t. seorang yang berjawatan tinggi dengan seorang yang berjawatan rendah.

Amanah dalam Pekerjaan

Setiap pekerja mestilah sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kurniaanNya itu. Seorang staff
yang muslim mestilah berusaha sedaya yang mungkin untuk menjadi seorang yang cemerlang dan
profesional dalam bidangnya. Kecermelangan dan keprofesionalan bukan untuk staff akademik
sahaja, malah untuk semua staff. Seorang kerani dia boleh menjadi kerani yang profesioanal, seorang
mekanik juga boleh menjadi mekanik yang profesianal dan seorang tukang sapu pun boleh menjadi
seorang tukang sapu yang profesianal.

Asas yang paling utama di dalam kecermelangan dan keprofesionalan pekerjaan, bergantung kepada
penunaian amanah dan tangungjawab yang diberikan. Sekiranya seorang staff itu cuai dalam
menunaikan amanah bermakna dia seorang yang gagal, terkebelakang dan akan dipersoalkan nanti
di akhirat.

Jenis- jenis Amanah

Di antara amanah yang mesti ditunaikan ialah :

a) Mengetahui bidang tugasnya; seorang staff yang profesional tidak perlu diberitahu secara
berulang-ulang tentang tugasnya. Dia hanya perlu ditunjuk ajar sekali, kemudian dia sendiri akan
menyelesaikannya tanpa perlu ditegur lagi. Dia akan menyiapkankanya sebelum atau tepat pada
waktunya. Dia tidak mengenal erti tangguh menangguh. Contohnya, pembuat soalan yang
profesional akan menyiapkan soalan dengan baik dan menghantarkannya kepada penyelaras pada
waktu yang ditetapkan. Dia memahami masalah yang akan dihadapi oleh penyelaras sekiranya dia
lewat menghantar soalan. Jadi pembuat soalan yang tidak bersifat sedemikian adalah pembuat
soalan yang tidak profesional, tidak cemerlang dan berkepentingan diri.

b) Mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak membebankan orang lain menyelesaikannya.


Contohnya dalam dewan peperiksaan, seorang pengawas atau pembantu pengawas yang profesional
mengetahui kerja yang perlu mereka siapkan tanpa ada sifat harap mengharap. Pengawas dan
pembantu pengawas mesti bekerjasama dengan ketua mengutip slip kehadiran, mencatat kehadirn
dan mengira skrip. Jangan membiarkan ia dilakukan oleh segelintir pengawas atau pembantu
pengawas, yang lain duduk di penjuru-penjuru dewan menanti waktu tamat.

c) Melakukan setiap tugas dengan bersungguh-sungguh dan yang terbaik. Contohnya, seorang kerani
yang cemerlang akan memastikan surat atau sebarang dokumen yang diperlukan siap pada masa
yang ditetapkan.

d) Menunjukkan sifat komitmen kepada kerja dan tidak berdalih. Sentiasa ada ketika diperlukan dan
lebih mementingkan kerjanya daripada tugas-tugas yang tidak berkaitan. Seorang staff yang
berkaliber akan peka dengan perkembangan di tempat kerja, dia tidak akan menggunakan alasan
seperti tidak tahu ada meeting, tidak tengok surat lagi, lewat diberitahu dan pelbagai alasan lain.
Sebaliknya dia akan cuba buat sehabis baik dengan menggunakan kepakaran dan kreativiti yang ada
sehingga dapat mengubah situasi yang tegang kepada situasi yang tenang tanpa menyalahkan
sesiapa.

e) Menjauhkan diri daripada sebarang sifat khianat dan tidak bermaruah, seperti rasuah, pecah
amanah, bocorkan soalan dan membuat sesuatu untuk kepentingan diri.

Sabda Rasullullah s.a.w. :

Ada tiga tanda munafiq : Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila
diberi amanah ia khianati.

Penutup

Sabda Rasullullah s.a.w. :

Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa yang
kamu tidak buat di dunia: Jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal pemakanan
(halal dan haram).

Anda mungkin juga menyukai