Anda di halaman 1dari 7

Terbebankah Tugas Guru?

5.20.2012 catatan Pena Daie pada Sunday, May 20, 2012

Isu beban tugas guru ni telah lama diperkatakan. Cuma media saja yang
membezakan tentang apa yang cuba dibangkitkan. Jika dibangkitkan oleh warga
pendidik maka ia merupakan suara yang meminta untuk diberi perhatian, iaitu suara
hati warga pendidik yang kian tertekan dengan pelbagai tugas selain mengajar di
sekolah. 

Daripada tugas menanda kehadiran sehinggalah menggaris padang sempena hari


sukan merupakan tugas rutin setiap tahun. Bukan itu sahaja, kerana setiap sekolah
ada beberapa perayaan dan hari kebesaran yang perlu diurus. Maka, guru-guru
akan bertungkus lumus menjayakan majlis sambutan bagi memastikan ia berjalan
dengan baik dan lancar. Sedangkan core business guru lebih kepada mendidik dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Tetapi jika pandangan itu daripada masyarakat luar, sudah tentu ia lebih bersifat
memantau kelebihan dan kekurangan profesion keguruan. Justeru, kekadang apa
yang diutarakan tidak menggambarkan hal sebenar yang dialami oleh warga
pendidik.

Okey apa cikgu, kerja separuh hari, cuti pun banyak. Belum campur MC lagi. Jika
soal kerja separuh hari, banyak cuti… sebenarnya ia bukan dirasai oleh semua guru.
Malah ada yang terpaksa menjaga peperiksaan, menyemak buku latihan pelajar
dirumah atau menanda kertas peperiksaan sewaktu cuti sekolah. Walaupun ada
yang kata, tugas-tugas tersebut dibayar, tetapi nilai bayaran dengan tugas dan
tanggungjawab yang dilakukan sebenarnya tidaklah banyak sehingga menjadi suatu
buruan kepada semua guru. Buktinya, tiada siapa yang ingin mengawas
peperiksaan jika elemen paksa rela dilaksanakan oleh pengetua atau guru besar.

Walaupun cikgu hanya bertugas separuh hari, bukan semua kerja sekolah boleh
disudahkan di sekolah. Akhirnya, mereka terpaksa juga membawa semua kerja yang
tidak siap ke rumah untuk disudahkan. Keadaan ini tentunya amat berbeza dengan
tugas seorang pegawai di pejabat. Semua urusan, jika mahu boleh dibereskan
sewaktu dipejabat. Keluar pejabat, lepas tanggungjawab.

Justeru, jika mahu mengkritik profesion keguruan, ia harus direncana secara adil.
Terbebankah tugas guru?
Amanah dalam Pekerjaan
Muqaddimah

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah


kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), al-Nisa’: 58
Sabda Rasullullah s.a.w. :
‫أال ال إيمان لمن ال أمانة له‬
Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah. Riwayat Imam Ahmad

Berdasarkan ayat dan hadis di atas amanah adalah satu kewajipan yang mesti
ditunaikan. Perintah di sini wajib sebagaimana perintah-perintah yang lain seperti
solat, puasa dan sebagainya. Amanah adalah cabang keimanan, seseorang yang
beriman mempunyai sifat amanah dan sebaliknya pula orang tidak amanah itu
menandakan kekurangan imannya.

Takrif dan Skop Amanah


Amanah ialah penjagaan hak-hak dengan sempurna dan disampaikan kepada
tuannya. Bidang amanah terlalu luas meliputi agama dan kewajipan syara’,
kepimpinan, bidang pekerjaan seperti pentadbiran, perniagaan, perkilangan,
rumahtangga dan sebagainya. Setiap insan mestilah menunaikan amanah-amanah
ini dengan sempurna terutama amanah agama yang asasnya ialah tidak
menyembah sesuatu pun selain Allah..

Pekerjaan adalah satu amanah besar yang mesti ditunaikan oleh setiap insan.
Pekerjaan tanpa mengira bentuknya adalah baik sekiranya tidak bercanggah dengan
syara’. Secara umumnya tiada beza di sisi Allah s.w.t. seorang yang berjawatan
tinggi dengan seorang yang berjawatan rendah.

Amanah dalam Pekerjaan


Setiap pekerja mestilah sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kurniaanNya
itu. Seorang staff yang muslim mestilah berusaha sedaya yang mungkin untuk
menjadi seorang yang cemerlang dan profesional dalam bidangnya. Kecermelangan
dan keprofesionalan bukan untuk staff akademik sahaja, malah untuk semua staff.
Seorang kerani dia boleh menjadi kerani yang profesioanal, seorang mekanik juga
boleh menjadi mekanik yang profesianal dan seorang tukang sapu pun boleh
menjadi seorang tukang sapu yang profesianal.
Asas yang paling utama di dalam kecermelangan dan keprofesionalan pekerjaan,
bergantung kepada penunaian amanah dan tangungjawab yang diberikan.
Sekiranya seorang staff itu cuai dalam menunaikan amanah bermakna dia seorang
yang gagal, terkebelakang dan akan dipersoalkan nanti di akhirat.

Jenis- jenis Amanah


Di antara amanah yang mesti ditunaikan ialah :
a) Mengetahui bidang tugasnya; seorang staff yang profesional tidak perlu diberitahu
secara berulang-ulang tentang tugasnya. Dia hanya perlu ditunjuk ajar sekali,
kemudian dia sendiri akan menyelesaikannya tanpa perlu ditegur lagi. Dia akan
menyiapkankanya sebelum atau tepat pada waktunya. Dia tidak mengenal erti
tangguh menangguh. Contohnya, pembuat soalan yang profesional akan
menyiapkan soalan dengan baik dan menghantarkannya kepada penyelaras pada
waktu yang ditetapkan. Dia memahami masalah yang akan dihadapi oleh penyelaras
sekiranya dia lewat menghantar soalan. Jadi pembuat soalan yang tidak bersifat
sedemikian adalah pembuat soalan yang tidak profesional, tidak cemerlang dan
berkepentingan diri.

b) Mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak membebankan orang lain


menyelesaikannya. Contohnya dalam dewan peperiksaan, seorang pengawas atau
pembantu pengawas yang profesional mengetahui kerja yang perlu mereka siapkan
tanpa ada sifat harap mengharap. Pengawas dan pembantu pengawas mesti
bekerjasama dengan ketua mengutip slip kehadiran, mencatat kehadirn dan mengira
skrip. Jangan membiarkan ia dilakukan oleh segelintir pengawas atau pembantu
pengawas, yang lain duduk di penjuru-penjuru dewan menanti waktu tamat.

c) Melakukan setiap tugas dengan bersungguh-sungguh dan yang terbaik.


Contohnya, seorang kerani yang cemerlang akan memastikan surat atau sebarang
dokumen yang diperlukan siap pada masa yang ditetapkan.

d) Menunjukkan sifat komitmen kepada kerja dan tidak berdalih. Sentiasa ada ketika
diperlukan dan lebih mementingkan kerjanya daripada tugas-tugas yang tidak
berkaitan. Seorang staff yang berkaliber akan peka dengan perkembangan di tempat
kerja, dia tidak akan menggunakan alasan seperti tidak tahu ada meeting, tidak
tengok surat lagi, lewat diberitahu dan pelbagai alasan lain. Sebaliknya dia akan
cuba buat sehabis baik dengan menggunakan kepakaran dan kreativiti yang ada
sehingga dapat mengubah situasi yang tegang kepada situasi yang tenang tanpa
menyalahkan sesiapa.

e) Menjauhkan diri daripada sebarang sifat khianat dan tidak bermaruah, seperti
rasuah, pecah amanah, bocorkan soalan dan membuat sesuatu untuk kepentingan
diri.

Sabda Rasullullah s.a.w. :


‫ إذا ح ّدث كذب وإذا وعد أخلف وإذا اؤتمن خان – متفق عليه‬: ‫آية المنافق ثالث‬

Ada tiga tanda munafiq : Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri
dan apabila diberi amanah ia khianati.

Penutup
Sabda Rasullullah s.a.w. :
‫ حفظ األمانة وصدق حديث وحسن خليقة وعفة في طعمة‬: ‫أربع إذا كنَّ فيك فال عليك ما فاتك من الدنيا‬
‫– الشيخان‬
Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan)
terhadap apa yang kamu tidak buat di dunia: Jaga amanah, bercakap benar,
berakhlak baik dan mengawal pemakanan (halal dan haram).

Anda mungkin juga menyukai