Anda di halaman 1dari 17

Top ik 

 Konsep Harta
pik
1 dan Hak Milik
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan harta menurut Islam;
2. Menyenaraikan enam jenis harta menurut Islam;
3. Menjelaskan faedah dan kepentingan pembahagian harta;
4. Menghuraikan definisi dan jenis hak milik menurut Islam; dan
5. Menyenaraikan sebab-sebab memperolehi hak milik sempurna.

 PENGENALAN
Para pelajar sekalian, saya doakan semoga anda semua ceria pada hari ini dan
dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Dalam topik pertama ini, kita akan
membicarakan tentang harta dan hak milik menurut perspektif Islam.
Sebagaimana yang kita ketahui harta merupakan suatu yang amat penting dalam
kehidupan kita kerana ia adalah asas yang utama dalam aktiviti ekonomi. Pihak
yang mempunyai keperluan akan berusaha untuk memiliki harta tertentu dan
pihak yang memiliki lebihan boleh menyalurkan hak milik ke atas harta tersebut
kepada orang lain. Memandangkan harta dan hak milik adalah suatu yang amat
penting dalam kehidupan kita, maka kita perlu memahami pengertian harta dan
hak milik menurut Islam, jenis-jenis harta dan hak milik dan apakah cara atau
sebab yang telah ditetapkan oleh Islam bagi membolehkan kita memiliki sesuatu
harta.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 KONSEP HARTA DAN HAK MILIK

1.1 DEFINISI HARTA DAN JENIS-JENISNYA


Islam menganggap harta sebagai anugerah dari Allah s.w.t. Selain itu, harta juga
merupakan keperluan asas bagi manusia. Namun demikian, masih ada yang
kurang jelas mengenai definisi harta menurut perspektif Islam. Apakah kategori
serta bentuk-bentuk harta yang terdapat dalam Islam?

AKTIVITI 1.1

Cuba berikan definisi harta menurut pandangan anda dan bandingkan


dengan definisi yang diberikan di bawah.

1.1.1 Definisi Harta

Harta ialah apa sahaja yang boleh dimiliki dan boleh dimanfaatkan dalam
keadaan biasa (al-Khafif (t.t)).

Untuk pengetahuan anda, para fuqahaÊ telah memberikan pengertian yang


berbeza-beza tentang harta. Ada di antara mereka yang memberikan pengertian
terlalu sempit yang mana tidak mencakupi semua aspek yang secara realitinya
dianggap sebagai harta. Anda boleh merujuk buku Asas-asas Muamalat dalam
Islam (Faizah , 1995) sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut
tentang definisi harta yang telah diberikan oleh fuqahaÊ.

Namun demikian, definisi yang dipilih dalam modul ini adalah definisi yang
diberikan oleh al-Khafif. Ini kerana definisi ini lebih tepat dan realistik
berbanding definisi-definisi yang lain. Definisi ini lebih fokus untuk memberi
kefahaman kepada anda apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai harta dalam
Islam. Oleh itu, tidak perlu disenaraikan kesemua definisi tersebut di dalam
modul ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP HARTA DAN HAK MILIK  3

Ringkasan definisi harta digambarkan di dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Ringkasan definisi harta

Berdasarkan kepada ringkasan di atas, kita dapat memahami bahawa Islam tidak
mengiktiraf semua benda sebagai harta. Sesuatu benda hanya dianggap sebagai
harta apabila memenuhi dua syarat berikut:

(a) Boleh dimiliki


Maksudnya ialah apa sahaja benda yang dibenarkan oleh Islam untuk
menjadi hak milik kita. Hak milik hanya diperolehi melalui cara-cara yang
dibenarkan. Cara-cara tersebut akan dihuraikan dalam topik hak milik.

(b) Boleh diguna atau dimanfaatkan dalam keadaan biasa


Syarat ini membawa maksud bahawa Islam tidak mengiktiraf sesuatu yang
pada kebiasaannya tidak mendatangkan apa-apa manfaat sebagai harta.
Sebagai contoh sebiji nasi atau setitis air. Ini kerana sebiji nasi pada
kebiasaannya tidak mungkin mengenyangkan. Begitu juga setitis air, tidak
mungkin boleh menghilangkan dahaga.

Bagi memudahkan anda membuat rumusan apakah yang dikategorikan harta


dan apa yang tidak, sila rujuk Jadual 1.1 berikutnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 KONSEP HARTA DAN HAK MILIK

Jadual 1.1: Rumusan Definisi Harta

Harta/
Kenyataan Contoh Bukan
Harta
1. Sesuatu yang boleh dimiliki tetapi pada Sebiji beras Bukan
kebiasaannya tidak boleh dimanfaatkan.

2. Sesuatu yang tidak boleh dimiliki tetapi boleh Cahaya dari lampu Bukan
dimanfaatkan. awam

3. Sesuatu yang belum ada dalam hak milik tetapi Ikan di dalam Ya“
boleh dimiliki dan boleh dimanfaatkan. sungai
4. Sesuatu yang telah dimiliki dan boleh Rumah yang dibeli “Ya
dimanfaatkan. oleh seseorang
5. Sesuatu yang tidak dibenarkan untuk dimiliki dan Bangkai Bukan
dimanfaatkan oleh sesiapa pun termasuk bukan
Islam.

SEMAK KENDIRI 1.1


1. Berikan definisi harta menurut Islam.
2. Adakah benda-benda berikut dikategorikan sebagai harta atau
tidak? Berikan alasannya.
(a) Setitis ubat sakit mata
(b) Cahaya matahari
(c) Harimau
(d) Burung yang berterbangan di udara

1.1.2 Kedudukan Hak dan Manfaat


Apakah hak dan manfaat sesuatu benda dikategorikan sebagai harta? Dalam
persoalan ini para fuqahaÊ tidak sependapat. Menurut pandangan jumhur yang
terdiri daripada Maliki, Syafi`i dan Hanbali, hak yang berkaitan dengan harta
(haq maliy) seperti hak nafkah dan manfaat sesuatu benda dikategorikan sebagai
harta. Walau bagaimanapun, fuqahaÊ Hanafi tidak mengiktiraf hak dan manfaat
sebagai harta. Sila rujuk Rajah 1.2 bagi memudahkan anda mengenali fakta
tentang pandangan fuqahaÊ berhubung hak dan manfaat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP HARTA DAN HAK MILIK  5

Rajah 1.2: Pandangan fuqahaÊ mengenai hak dan manfaat

1.1.3 Jenis-jenis Harta


Harta boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Pembahagian ini adalah
berdasarkan pelbagai aspek atau dimensi yang berbeza. Abdul Karim Zaydan
(1969) menyatakan harta boleh dibahagikan mengikut aspek yang berbeza
seperti berikut:

(a) Dari segi pemindahan harta:


Berasaskan kepada aspek ini, harta dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
(i) Harta alih (manqul)
(ii) Harta tak alih (aqar)

(b) Dari segi kewujudan:


Dalam aspek ini, harta dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
(i) Harta serupa (mithli)
(ii) Harta tak serupa (qimi)

(c) Pengiktirafan Syarak terhadap pemilikan:


Dalam aspek ini pula, harta dibahagikan kepada dua jenis berikut:
(i) Harta bernilai (mutaqawwim)
(ii) Harta tidak bernilai (ghayr mutaqawwim)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 KONSEP HARTA DAN HAK MILIK

Huraian bagi setiap jenis harta di atas diringkaskan di dalam Jadual 1.2 di
bawah:

Jadual 1.2: Penerangan Jenis-jenis Harta

Jenis
Istilah Arab Pengertian Contoh
harta
Tak alih Aqar Harta yang tidak boleh dipindah. Bangunan
Alih Manqul Harta yang boleh dipindah dari satu Buku
tempat ke satu tempat yang lain.
Serupa Mithli Harta yang mempunyai persamaan Pen jenama
seratus peratus atau mempunyai Reynolds yang
perbezaan yang sedikit sahaja dan berdakwat hitam
mudah diperolehi di pasaran.
Tidak Qimi Harta yang tidak mempunyai Barang antik
serupa persamaan atau sukar didapati di
pasaran.
Bernilai Mutaqawwim Harta yang telah dimiliki oleh Baju yang telah
seseorang dan boleh dimanfaatkan dimiliki oleh
menurut hukum Syarak. seseorang.
Tidak Ghayr Harta yang belum dimiliki Burung yang masih
bernilai mutaqawwim atau/dan tidak boleh dimanfaatkan. terbang di udara
atau ikan di dalam
sungai.

AKTIVITI 1.2

Sila lakukan aktiviti ini bersama rakan anda. Senaraikan seberapa


banyak benda yang ada di sekeliling anda. Seterusnya tentukan jenis
harta tersebut dengan mengambil kira ketiga-tiga aspek seperti yang
dipelajari sebelum ini. Anda boleh membuat senarai tersebut dalam
bentuk jadual atau sebagainya. Sebagai contoh, kereta adalah harta tak
alih, jika dilihat dari aspek boleh pindah atau tidak; harta tidak serupa,
jika dilihat dari aspek ada persamaan atau tidak dengan yang lain;
harta bernilai, jika dilihat dari aspek sama ada Syarak mengiktiraf atau
tidak pemilikan harta tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP HARTA DAN HAK MILIK  7

1.1.4 Faedah dan Kepentingan Pembahagian Harta


Kepada Pelbagai Jenis
Para pelajar yang dihormati sekalian, agaknya pentingkah pembahagian harta
kepada jenis-jenis yang telah disebutkan sebelum ini? Menurut Abdul Karim
Zaydan (1969), pembahagian tersebut mempunyai faedahnya yang tersendiri,
terutamanya dari segi hukum sesuatu urusan muamalat. Faedah-faedah tersebut
boleh disimpulkan seperti berikut:

(a) Faedah pembahagian harta kepada harta alih dan harta tidak alih
Bagi memudahkan anda memahami perkara ini, perhatikan ringkasannya
seperti di dalam Jadual 1.3 berikut.

Jadual 1.3: Faedah dan Kepentingan Pembahagian Harta Alih dan Tak Alih

Urusan
Keterangan
Muamalat
Syuf`ah Para fuqahaÊ sepakat mengatakan bahawa tuntutan syuf`ah boleh
dibuat ke atas harta tak alih. Jika ia melibatkan harta alih, mereka
tidak sependapat.
Wakaf Para fuqahaÊ sepakat mengatakan bahawa harta tak alih boleh
dijadikan harta wakaf. Jika melibatkan harta alih, mereka tidak
sependapat.
Jual beli Para fuqahaÊ sepakat mengatakan bahawa harta tak alih boleh dijual
meskipun harta tersebut masih belum diterima oleh penjual. Walau
bagaimanapun mereka berselisih pandangan jika harta tersebut dari
kategori harta alih.
Qard Bagi tujuan pelunasan hutang, hakim atau pihak berkuasa hendaklah
(berhutang) terlebih dahulu menjual harta alih yang dimiliki oleh seseorang yang
diisytihar bankrap. Jika masih belum mencukupi, maka barulah
boleh dijual harta tak alih yang dimilikinya.

(b) Faedah dan kepentingan pembahagian harta kepada harta serupa dan
harta tidak serupa
Faedah tersebut telah diringkaskan seperti di dalam Jadual 1.4.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 KONSEP HARTA DAN HAK MILIK

Jadual 1.4: Faedah dan Kepentingan Pembahagian Harta kepada Harta Serupa
dan Harta Tidak Serupa

Urusan
Keterangan
Muamalat
Dhaman Jika A merosakkan harta B dan harta tersebut merupakan harta
(bayaran serupa, maka A hendaklah menggantikan harta yang serupa
ganti rugi) dengannya. Sebagai contoh, andaikan harta tersebut ialah pen
jenama Pilot berdakwat hitam. Maka A hendaklah mendapatkan pen
yang serupa dengan yang asal di pasaran sebagai ganti kepada pen B
yang telah dirosakkannya walaupun harganya lebih mahal.
Walaupun begitu, jika harta B yang dirosakkan oleh A adalah barang
senilai (tidak serupa), maka A hendaklah membayar nilai harta
tersebut sebagai bayaran ganti rugi. Sebagai contoh, harta B tersebut
ialah barangan antik, maka A hendaklah membayar nilai barangan
tersebut.
Syarikat Jika harta syarikat adalah harta serupa, dan salah seorang rakan
(perkongsian) kongsi membuat tuntutan supaya harta syarikat dibahagikan sesama
mereka, maka pembahagian tersebut boleh dibuat meskipun tidak
mendapat persetujuan rakan kongsi yang lain.
Sebaliknya, jika harta itu harta senilai (tidak serupa), maka
pembahagian hanya boleh dibuat setelah mendapat persetujuan
semua rakan kongsi.

(c) Faedah atau kepentingan pembahagian harta kepada harta bernilai dan
harta tidak bernilai
Faedah tersebut diringkaskan dalam Jadual 1.5 berikut.

Jadual 1.5: Kesan Pembahagian Harta Kepada Harta Bernilai


dan Harta Tidak Bernilai

Urusan
Keterangan
muamalat
Akad Harta bernilai boleh dijadikan subjek akad tetapi harta tidak bernilai
(kontrak) tidak boleh dijadikan subjek akad.
Dhaman Bayaran ganti rugi tidak dikenakan ke atas pihak yang merosakkan
harta tidak bernilai. Jika ia adalah harta bernilai, bayaran ganti rugi
dikenakan ke atas pihak yang merosakannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP HARTA DAN HAK MILIK  9

SEMAK KENDIRI 1.2

Huraikan faedah pembahagian harta mengikut jenis yang telah anda


pelajari.

1.2 DEFINISI HAK MILIK DAN JENIS-


JENISNYA
Bagaimana dengan pelajaran kita berhubung konsep harta sebelum ini? Saya
doakan para pelajar semua dapat memahaminya dengan baik. Sekarang kita
akan beralih pula kepada konsep hak milik dalam Islam. Ini kerana hak milik
berkait rapat dengan harta.

Para pelajar yang saya hormati sekalian, Islam mengiktiraf hak milik/pemilikan
seseorang ke atas sesuatu harta. Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan
hak milik dalam Islam? Apakah bukti yang menunjukkan Islam mengiktiraf hak
seseorang untuk memiliki harta? Adakah anda pernah mendapat maklumat
berhubung jenis-jenis hak milik? Dalam tajuk ini, saya akan berkongsi dengan
anda mengenai definisi hak milik dan jenis-jenisnya menurut Islam.

1.2.1 Definisi Hak Milik

AKTIVITI 1.3
Cuba fikir apakah yang dimaksudkan dengan hak milik menurut Islam.

Bagaimana dengan definisi yang anda berikan? Adakah ia mempunyai maksud


yang sama dengan definisi yang saya nyatakan di bawah?

Hak milik ialah satu hubungan yang sah antara seseorang dengan sesuatu
harta menurut syarak (Zaydan,1969).

Daripada pengertian di atas, kita dapat memahami bahawa hak milik dalam
Islam merujuk kepada hak milik yang diiktiraf oleh syarak sahaja. Pengiktirafan
syarak terhadap hubungan tersebut menyebabkan orang yang diiktiraf sebagai
pemilik mempunyai keistimewaan dan hak untuk menghalang orang lain
daripada memiliki hartanya secara tidak sah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 KONSEP HARTA DAN HAK MILIK

Dengan pengiktirafan tersebut juga, pemilik bebas menguruskan hartanya


mengikut kehendaknya tanpa perlu mendapat keizinan orang lain selagi dia
berkelayakan untuk berbuat demikian dalam batasan yang telah ditetapkan oleh
syarak. Dia boleh menggunakan harta tersebut. Dia juga boleh memberi ruang
kepada orang lain untuk menggunakan hartanya sama ada secara berkongsi atau
secara berasingan. Dia juga boleh mewakilkan orang lain untuk menguruskan
hartanya. Ringkasnya, dia boleh melakukan apa sahaja terhadap hartanya selagi
mana ia masih dalam batasan yang telah dibenarkan oleh syarak.

Daripada penjelasan di atas, kita dapat memahami bahawa orang yang


diwakilkan untuk menguruskan harta kita tidak disifatkan sebagai pemilik,
kerana dia tidak mempunyai kebebasan untuk mengurus harta kita sesuka
hatinya. Malah dia terikat dengan peraturan dan syarat yang telah kita tetapkan.
Begitu juga dengan orang yang diamanahkan untuk menguruskan harta orang
lain seperti wasi, juga tidak dianggap sebagai pemilik. Sebagai contoh, jika
seseorang diamanahkan untuk mengurus dan mentadbir harta orang gila atau
kanak-kanak kecil, maka pemegang amanah tersebut bukan pemilik kepada
harta berkenaan tetapi pemilik sebenar ialah orang gila atau kanak-kanak
tersebut.

1.2.2 Hak Memiliki Harta Menurut Islam


Apabila kita memperkatakan tentang hak milik dalam skop pengertian dan
perbincangan modul ini, ia hanya merujuk kepada pemilikan secara individu
sahaja. Islam sememangnya mengiktiraf hak pemilikan secara individu ini.
Firman Allah s.w.t:

$YèŠÏϑy_ ÇÚö‘F{$# ’Îû $¨Β Νä3s9 šYn=y{ “Ï%©!$# uθèδ


Terjemahan:
„Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di muka bumi...‰
(Surah al-Baqarah 2:29)

Ayat di atas membuktikan bahawa Islam mengiktiraf dan menghormati hak


milik secara individu. Pemilik harta juga tidak dilarang untuk menambah
hartanya dengan apa jua cara yang telah digariskan oleh Islam walaupun dengan
cara itu akan menjadikannya lebih kaya berbanding orang lain. Allah s.w.t
berfirman:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP HARTA DAN HAK MILIK  11

;M≈y_u‘yŠ <Ù÷èt/ s−öθsù öΝåκ|Õ÷èt/ $uΖ÷èsùu‘uρ 4 $u‹÷Ρ‘‰9$# Íο4θuŠs


y ø9$# ’Îû öΝåκtJt±ŠÏè¨Β ΝæηuΖ÷t/ $oΨôϑ|¡s% ß⎯øtwΥ

tβθãèyϑøgs† $£ϑÏiΒ ×öyz y7În/u‘ àMuΗ÷qu‘uρ 3 $wƒÌ÷‚ß™ $VÒ÷èt/ ΝåκÝÕ÷èt/ x‹Ï‚−Gu‹Ïj9

Terjemahan:
„... Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka
dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan
setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah
mereka lebih tinggi daripada darjat setengah yang lain; (semuanya itu) supaya
sebahagian daripada mereka senang mendapat kemudahan kehidupannya dari
(bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi, rahmat Tuhanmu (yang meliputi
kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik daripada kebendaan dan
keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.‰
(Surah al-Zukhruf 43:32)

Firman Allah s.w.t lagi:

4’n?tã óΟÎγÏ%ø—Í‘ “ÏjŠ!#tÎ/ (#θè=ÅeÒèù š⎥⎪Ï%©!$# $yϑsù 4 É−ø—Ìh9$# ’Îû <Ù÷èt/ 4’n?tã ö/ä3ŸÒ÷èt/ Ÿ≅Òsù ª!$#uρ

šχρ߉ysøgs† «!$# Ïπyϑ÷èÏΖÎ6sùr& 4 í™!#uθy™ ÏμŠÏù óΟßγsù öΝåκß]≈yϑ÷ƒr& ôM6


x n=tΒ $tΒ

Terjemahan:
„Dan Allah telah melebihkan sebahagian daripada kamu atas sebahagian yang
lain pada rezeki yang dikurnikanNya; dalam pada itu, orang yang diberi
kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian daripada kelebihan hartanya
kepada hamba-hamba mereka, supaya orang itu dapat sama mempunyai harta.
Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan
perbuatan syirik?‰
(Surah al-Nahl 16:71)

Walaupun Islam memberi kebebasan kepada manusia untuk memiliki sebanyak


mana harta tetapi kebebasan itu bukanlah secara mutlak. Ini kerana, dalam masa
yang sama Islam telah menggariskan tiga perkara penting yang perlu dipatuhi
manusia iaitu:

(a) Cara untuk memiliki harta tersebut hendaklah mengikut cara yang
dibenarkan oleh syariat
Perkara tersebut terkandung dalam firman Allah s.w.t yang berbunyi:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 KONSEP HARTA DAN HAK MILIK

( ⎯ÏμÏ%ø—Íh‘ ⎯ÏΒ (#θè=ä.uρ $pκÈ:Ï.$uΖtΒ ’Îû (#θà±øΒ$$sù Zωθä9sŒ uÚö‘F{$# ãΝä3s9 Ÿ≅yèy_ “Ï%©!$# uθèδ

â‘θà±–Ψ9$# Ïμø‹s9Î)uρ
Terjemahan:
„Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka
berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki
yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat
kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah
nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).‰
(Surah al-Mulk 67:15)

Ayat di atas menganjurkan manusia supaya berusaha mencari harta dengan cara
bekerja.

(b) Harta tersebut hendaklah dibelanjakan mengikut cara yang dibenarkan


oleh syariat
Apa jua kerja yang dilakukan, hendaklah dengan cara yang halal. Firman
Allah s.w.t:

ÏN≡uθäÜäz (#θãèÎ6®Ks? Ÿωuρ $Y7Íh‹sÛ Wξ≈n=ym ÇÚö‘F{$# ’Îû $£ϑÏΒ (#θè=ä. â¨$¨Ζ9$# $y㕃r'¯≈tƒ

î⎦⎫Î7•Β Aρ߉tã öΝä3s9 …çμ¯ΡÎ) 4 Ç⎯≈sÜø‹¤±9$#


Terjemahan:
„Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal
lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana
sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.‰
(Surah al-Baqarah 2:168)

Cara terbaik untuk membelanjakan harta ialah dengan cara sederhana iaitu
tidak boros dan tidak bakhil atau kedekut. Berhubung dengan larangan
berbelanja dengan boros telah dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya:

#Y‘θàx. ⎯ÏμÎn/tÏ9 ß⎯≈sÜø‹¤±9$# tβ%x.uρ ( È⎦⎫ÏÜ≈u‹¤±9$# tβ≡uθ÷zÎ) (#þθçΡ%x. t⎦⎪Í‘Éj‹t6ßϑø9$# ¨βÎ)


Terjemahan:
„Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan,
sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada
Tuhannya.‰
(Surah al-IsraÊ 17:27)
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 KONSEP HARTA DAN HAK MILIK  13

Manakala larangan bersifat bakhil dan kedekut dinyatakan dalam firman


Allah:

$YΒθè=tΒ y‰ãèø)tFsù ÅÝó¡t6ø9$# ¨≅ä. $yγôÜÝ¡ö6s? Ÿωuρ y7É)ãΖãã 4’n<Î) »'s!θè=øótΒ x8‰
y tƒ ö≅yèøgrB Ÿωuρ

#·‘θÝ¡øt¤Χ
Terjemahan:
„Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan
janganlah engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana
akibatnya akan tinggallah engkau dalam keadaan tercela serta kering
keputusan...‰
(Surah al-IsraÊ 17: 29)

(c) Menunaikan semua kewajipan yang berkaitan dengan harta seperti zakat
Berhubung dengan kewajipan yang berkaitan dengan harta, banyak ayat
al-Quran dan hadis yang memperkatakannya. Antaranya ialah kewajipan
berzakat seperti dalam firman Allah:

( öΝÎγø‹n=æ
t Èe≅|¹uρ $pκÍ5 ΝÍκÏj.t“è?uρ öΝèδãÎdγsÜè? Zπs%y‰|¹ öΝÏλÎ;≡uθøΒr& ô⎯ÏΒ õ‹è{
Terjemahan:
„Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat),
supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan
mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk
mereka.‰
(Surah al-Taubah 9: 103)

Daripada penjelasan di atas, jelas kepada kita bahawa Islam menggalakkan kita
berusaha sedaya upaya mengumpul harta. Walau bagaimanapun, Islam juga
pada masa yang sama, memerintahkan kita mematuhi peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan berhubung dengan cara pemilikan, cara perbelanjaan dan juga
kewajipan-kewajipan yang berkaitan dengan harta.

SEMAK KENDIRI 1.3

Berikan huraian tentang tiga peraturan memiliki harta yang mesti


dipatuhi menurut Islam.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 KONSEP HARTA DAN HAK MILIK

1.2.3 Jenis-jenis Hak Milik


Hak milik terbahagi kepada dua jenis (Faizah,1995; Syibir,2004):

(a) Hak milik sempurna (Al-milk al-tam) iaitu hak milik ke atas zat harta dan
manfaatnya sekali gus.

(b) Hak milik tidak sempurna (Al-milk ghayr al-tam) iaitu hak milik yang
hanya berlaku ke atas salah satu daripada zat harta atau manfaat harta
tersebut.

Dengan lain perkataan hak milik seseorang ke atas sesuatu benda boleh berlaku
dalam bentuk berikut:

(i) Hak milik ke atas zat harta dan manfaatnya sekali gus
Sebagai contoh, Ahmad memiliki sebuah rumah dan dia sendiri yang
mendiami rumah tersebut. Ini bermakna, hak miliknya berlaku ke atas zat
dan manfaat rumah tersebut sekali gus.

(ii) Hak milik ke atas zat harta semata-mata


Sebagai contoh, Ahmad menyewakan rumahnya kepada Fauziah. Dalam
tempoh sewaan tersebut, Ahmad hanya memiliki zat rumah sahaja dan
bukan manfaat rumah tersebut.

(iii) Hak milik ke atas manfaat semata-mata


Dengan merujuk kepada contoh yang sama seperti dalam (ii) sebelum ini,
Fauziah hanya memiliki manfaat rumah tersebut sahaja sepanjang tempoh
sewaan berkenaan. Ini kerana rumah tersebut tetap kekal sebagai milik
Ahmad walaupun Ahmad tidak mendiami rumah tersebut dalam
sewaan berkenaan.

Ringkasan kepada jenis-jenis hak milik adalah seperti di dalam Rajah 1.3.

Rajah 1.3: Jenis-jenis hak milik

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP HARTA DAN HAK MILIK  15

SEMAK KENDIRI 1.4

1. Senaraikan dua jenis hak milik menurut Islam.


2. Berikan maksud bagi setiap jenis hak milik tersebut berserta
contoh.

1.3 SEBAB-SEBAB PEROLEHAN HAK MILIK


SEMPURNA

AKTIVITI 1.4

Sudahkah anda memahami maksud hak milik sempurna? Sekarang


fikirkan sebab-sebab yang membolehkan seseorang mendapat hak
milik sempurna.

Para pelajar yang dihormati, maksud tajuk di atas ialah cara-cara yang telah
ditentukan oleh syarak bagi membolehkan kita mendapat hak milik sempurna.
Ini bermakna, jika sesuatu itu diperoleh dengan salah satu sebab atau cara yang
akan disebut di bawah, maka ia akan mendapat hak milik sempurna ke atas
sesuatu harta.

Dalam perbahasan fuqahaÊ kontemporari, terdapat sedikit perbezaan pandangan


berhubung perkara yang dibincangkan. Abdul Karim Zaydan (1969) menyatakan
bahawa sebab-sebab yang menjadikan hak milik itu sempurna adalah seperti
berikut:
(a) Penguasaan ke atas mal mubah (harta yang belum dimiliki sesiapa);
(b) Akad-akad yang menyebabkan berlaku pindah milik;
(c) Pewarisan (pusaka); dan
(d) Tuntutan Syuf`ah.

Namun, ada juga pandangan lain yang memasukkan sebab keempat iaitu
syuf`ah dalam kategori akad-akad yang berkaitan pindah milik. Sebenarnya
perbezaan ini tidak memberi kesan apa-apa kecuali dari aspek apakah syuf`ah
merupakan sebab tersendiri atau terangkum di bawah jenis akad yang berkaitan
pindah milik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 KONSEP HARTA DAN HAK MILIK

Dalam topik 2 dan 3 nanti, kita akan membicarakan setiap sebab di atas secara
terperinci. Oleh itu, memadailah dalam tajuk ini kita menyenaraikan apakah
sebab-sebab yang membolehkan seseorang mendapat hak milik sempurna.
Semoga anda semua sudah memahami dan boleh mengingati apa yang telah kita
bincangkan sebelum ini.

 Dalam Islam, hanya benda yang diharuskan kita memilikinya dan


memanfaatkannya sahaja dikategorikan sebagai harta.
 Harta boleh dibahagikan kepada harta alih, harta tak alih, harta serupa, harta
tak serupa, harta bernilai dan harta tidak bernilai.
 Kepelbagaian kategori harta memberikan faedah berbeza dari aspek hukum.
 Hak milik ialah suatu hubungan antara seseorang dengan sesuatu benda
yang diiktiraf oleh Syarak.
 Islam telah menetapkan tiga peraturan yang mesti diikuti untuk mengumpul
dan memiliki harta iaitu; cara memperolehinya, ke mana harus dibelanjakan
dan kewajipan-kewajipan berkaitan harta yang mesti ditunaikan.
 Sesuatu harta boleh dimiliki secara sempurna (penuh) apabila salah satu
sebab mendapat hak milik tersebut disempurnakan iaitu:
– Menguasai harta yang belum dimiliki sesiapa;
– Melakukan akad yang boleh menyebabkan berlaku pindah milik;
– Pewarisan harta; dan
– Tuntutan syuf`ah.
SEMAK KENDIRI 1.5

Harta Harta bernilai


Harta alih Harta tak bernilai
Harta tak alih Hak milik
Harta serupa Hak milik sempurna
Harta tak serupa Hak milik tidak sempurna

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP HARTA DAN HAK MILIK  17

al-Khafif, Ali. (t.t). Ahkam al-mu`amalat al-syar`iyyah. Kaherah: Dar al-Fikr


al-Arabi
Faizah Haji Ismail. (1995). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syibir, Muhammad Uthman. (2004). Al-Madkhal ila fiqh al-mu`amalat


al-maliyyah. Amman : Dar al-NafaÊis.
Zaydan, Abdul Karim. (1969). Al-Madkhal li dirasah al-syari`ah al-islamiyyah.
Baghdad: Matba`ah al-`Ani.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai