Anda di halaman 1dari 8

Penyakit kaki tangan dan mulut (hand foot and

mouth disease) atau singkatannya HFMD adalah


sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh
jangkitan virus, iaitu virus Coxsackie dan virus
enterovirus. Mungkin ada kita dengar sekolah
ditutup disebabkan penyakit HFMD, terutamanya
apabila ramai anak-anak telah dijangkiti HFMD. Ini
kerana ia biasa terjadi dalam kelompok kanak-kanak
yang ditempatkan bersama seperti taska, pusat
jagaan, mahupun sekolah.

Secara umumnya, ia biasa dijangkiti oleh anak kecil


berumur bawah 10 tahun, namun kanak-kanak di
bawah 5 tahun adalah yang paling berisiko untuk
dijangkiti.

BAGAIMANA HFMD MEREBAK?


Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara
langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan
cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.
Contohnya, tangan yang tidak dicuci bersih selepas
melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur
yang mana membolehkan virus berpindah daripada
satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

9 TANDA HFMD PADA BAYI & ANAK KECIL


Demam yang tidak tinggi (suhu 38.2 darjah celcius)
Sakit tekak
Ulser pada tekak, mulut dan lidah
Ruam / bintik-bintik berisi cecair (lepuhan kecil kita-
kira 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan,
kaki dan kawasan lampin
Sakit kepala
Hilang selera makan
Kurang menyusu (bayi)
Tanda-tanda lain juga termasuklah:

Cirit-birit
Muntah

RAWATAN / TIPS
Umumnya, tiada rawatan khusus bagi jangkitan
HFMD selain daripada langkah yang boleh diambil
oleh ibu ayah untuk mengawal dan mengurangkan
gejalanya.

Antara yang boleh dilakukan termasuklah:

Ubat paracetamol dalam dos spesifik yang


dipreskripsikan oleh doktor untuk mengurangkan
sakit / demam.
Berkumur air garam.
Pemberian makanan lembut seperti bubur, puding,
aiskrim / minuman sejuk untuk mengurangkan rasa
sakit pada mulut.
Rehat secukupnya di rumah dan mengelakkan
tempat-tempat awam termasuklah sekolah / pusat
jagaan / nurseri.
Menekankan penjagaan kebersihan seperti mencuci
tangan dengan bersih sebelum dan selepas
memegang anak.

PANTAU KEADAAN ANAK


Biasanya bintik-bintik merah HFMD akan berkurang
dan hilang dalam masa 5-10 hari. Dalam pada itu,
ibu bapa atau penjaga perlu sentiasa memantau
keadaan anak, terutamanya jika mereka mengalami
demam dan sakit mulut hingga tidak mahu makan /
minum.

Antara yang perlu diberi perhatian adalah


Fokus kepada demam (Demam terlalu panas, suhu
tidak berkurang.)
Hidrasi (Kurang kencing, lemah, mata semakin
cengkung.)
Muntah / cirit berterusan
Kurang aktif, meragam tanpa henti, sawan
Kesukaran bernafas, nafas laju
Kelihatan pucat, berpeluh-peluh dengan luarbiasa
atau apa saja simptom yang membimbangkan

ELAKKAN JANGKITAN PADA AHLI KELUARGA


YANG LAIN
Jika salah seorang anak anda terkena HFMD, maka
anda perlu memastikan anak tersebut tidak
berkongsi peralatan, makanan, minuman, atau
mainan dengan anak-anak yang lain.
Selain itu, ambil juga langkah-langkah seperti:

Cuci tangan dengan bersih menggunakan sabun


sebelum menyediakan makanan, selepas keluar
tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
Menutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin.
Tidak membiarkan tisu yang dicemari merata-rata di
dalam rumah.
Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala,
perkakas makanan dan minuman serta mainan.
Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri
mereka bersih terlebih dahulu sebelum
menguruskan anak atau bayi mereka.
Sentiasa mengelap dan membersihkan mainan,
kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat
awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah,
tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam)
sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda
jangkitan.
Rawat Jangkitan HFMD Dengan Cepat, Boleh Cuba
6 Langkah & Barangan Kesihatan Ini
Jangkitan HFMD dalam kalangan kanak-kanak
semakin meningkat. Oleh itu, penjagaan yang lebih
rapi perlu diamalkan oleh ibubapa supaya anak-
anak terhindar dan

Apa Yang Ibubapa Kena Tahu Mengenai Penyakit


HFMD
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) atau lebih
dikenali sebagai penyakit HFMD adalah penyakit
yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie.
HFMD mendapat

Anda mungkin juga menyukai