Anda di halaman 1dari 11

BAB 2 TINJAUAN PUSTAKA 2.1 Pengenalan Dalam sistem persekolahan, disiplin merupakan antara komponen yang penting.

Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar. Kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah benar-benar merungsingkan ramai pihak.. Faktor persekitaran seperti pergaulan dengan rakan sebaya, keluarga, suasana sekolah, guru dan kumpulan masyarakat amat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan mereka. Dalam bab ini akan dibentangkan beberapa kajian yang menunjukkan faktor-faktor kemerosotan disiplin di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah. 2.1.1 Definisi istilah Bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman di kalangan pembaca, definisi istilah yang bersesuaian dengan konteks kajian ini disediakan dan diterangkan dalam bahagian ini. Antara definisi istilah-istilah tersebut adalah seperti di bawah : i. Disiplin Mengikut Kamus Dewan, disiplin membawa erti latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. Mok Soon Sang (1995) berpendapat; dalam konteks masyarakat, disiplin bermaksud peraturan yang dipersetujui oleh ahli-ahli bagi mewujudkan tingkah laku yang sesuai demi menjamin kesempurnaan kehidupan mereka dalam masyarakat itu. Manakala pada peringkat sekolah pula, disiplin adalah peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman ataupun ganjaran. Foucault (1977), menyatakan disiplin merupakan satu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan yang dikehendaki. Pandangan beliau melihat sekolah sebagi sebuah mesin pedagogi dan pelajar-pelajar didisiplinkan supaya mematuhi peraturan-peraturan. Berbagai-bagai cara disiplin dijalankan seperti dengan mengadakan jadual waktu, sistem pastoral, buku kedatangan, perhimpunan, pakaian seragam, peperiksaan, pengredan dan sebagainya.

ii. Kemerosotan Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), kemerosotan ditakrifkan sebagai perihal merosot mutu; kemajuan; kemunduran; kejatuhan. Kemerosotan disiplin pelajar berkait rapat dengan cara didikan dan asuhan di rumah. Sikap ibubapa berupa penekanan dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak daripada segi sahsiah dan aspirasinya (Stodgil, 1970: 27). Sikap individu, rakan sebaya, dan persekitaran adalah beberapa faktor yang mendorong ke arah kemerosotan disiplin pelajar. iii. Pelajar Menurut Kamus Dewan (1996), mentakrifkan pelajar sebagai murid atau penuntut. Pelajar adalah golongan orang yang belajar atau menuntut di sekolah, maktab atau universiti. Pelajar pula membawa maksud, sesiapa yang berada di bangku sekolah dan bertujuan untuk mendapatkan pelajaran secara formal sama ada di sekolah menengah ataupun sekolah rendah v. Guru Menurut Kamus Dewan (1996), guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar, dan pengasuh. Guru bertanggungjawab sebagai kaunselor,pengadil, polis, hakim, pelakon, kerani, jururawat, pensyarah, penulis, setia-usaha, pekerja sosial dan lain-lain. Guru-guru perlu cekap memberikan kebebasan kepada pelajar dalam menggunakan kebolehan mereka. Kecekapan guru juga merangkumi kebolehan berkomunikasi dengan orang lain, membawa idea-idea baru, membuat keputusan, sentiasa membuat kajian dan berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif. Guru adalah model yang menjadi contoh kepada para pelajar. Guru bertanggujawab membina hubungan dengan setiap pelajar dan memandang mereka sebagai individu yang unik. vi. Guru Disiplin Guru disiplin memainkan peranan yang penting dalam membentuk disiplin di sekolah. Guru disiplin mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang masa hari persekolahan. Beliau juga merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya. Disiplin yang berkesan perlu dilaksanakan bersama-sama dengan pengajaran yang berkesan (Gootman M.E., 2001).

Guru perlu kerap menekankan nilai-nilai murni dalam pengajaran supaya anak-anak remaja dapat dididik dan dibimbing menjadi orang yang mempunyai keperibadian tinggi dan juga sifat-sifat mulia. Guru perlu mendampingi pelajar dan menghormati pendapat serta kemahuan mereka. Guru tidak sewajarnya menggunakan sindiran pada remaja dan memberikan hukuman yang akan mencacatkan perkembangan sosio emosi remaja. Guru disiplin perlu proaktif turun padang mengesan pelajar yang bermasalah untuk diberi nasihat dan kaunseling dan bukannya sekadar menunggu di bilik kaunseling dan menanti kes yang dirujuk kepada mereka semata-mata. 2.2 Masalah disiplin Permasalahan disiplin di kalangan pelajar adalah suatu perkara yang sudah lama wujud. Ia memerlukan tindakan bersungguh dan berterusan oleh semua pihak yang terlibat dalam mengatasi masalah ini. Alam remaja dikatakan saat yang rapuh bagi golongan pelajar sekolah menengah. Mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh serta tekanan luar yang kebanyakkannya menjerumuskan kepada perkara negatif. Punca keruntuhan akhlak remaja pada peringkat ini mudah terikut-ikut dengan rakan mereka (Gottfredson & McNeil, 1991). Permaslahan disiplin remaja boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu, salah laku jenayah dan salah laku yang ringan. Salah laku jenayah adalah seperti membunuh, mencuri, menyalahgunakan dadah, rogol, samun, senjata api dan lain-lain lagi. Manakala yang ringan pula adalah seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, kerap keluar kelas, tidak patuh arahan, tidak sopan, tidak membuat kerja rumah, tidak membawa buku, mengganggu pengajaran guru dan sebagainya. Pelbagai gejala sosial di kalangan remaja sekolah ini adalah menifestasi krisis dan keruntuhan moral yang tinggi dalam masyarakat. Sering juga dikatakan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Kenyataan ini tidak dapat dinafikan. Mereka adalah aset kekayaan semula jadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan negara. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan melaporkan pada tahun 1993 seramai 172,615 pelajar atau hamper 4.1 peratus daripada 4,207,351 pelajar terlibat dengan pelbagai kes salah laku di luar dan dalam kawasan sekolah.

Selain itu, statistik menunjukkan dari tahun 1992-1996 seramai 3,922 pelajar dibuang sekolah akibat pelanggaran disiplin. Daripada jumlah ini seramai 3,673 adalah pelajar sekolah menengah. Pelajar yang digantung sekolah pula berjumlah 19,550 orang. Namun demikian, masalah kemerosotan disiplin adalah ancaman kepada sumber tenaga manusia yang merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah sosial yang dihadapi oleh remaja perlu dibendung dan mengatasi supaya tidak terus mengancam aset yang tidak ternilai ini. 2.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin Pelajar Mengikut Ee Ah Meng (1990), disiplin merupakan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan masyarakat itu sendiri. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir yang tersusun dan seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang itu. Kini terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemerosotan pelajar. Antaranya adalah seperti berikut:-

2.4

Faktor

dalaman

yang

mempengaruhi

pelajar

dan

luaran

yang

mempengaruhi kemerosotan disiplin pelajar i. Faktor Sikap Pelajar Masalah kemorosatan disiplin pelajar di sekolah bergantung pada individu itu sendiri. Masalah kurangnya keimanan dan daya ketahanan diri di kalangan pelajar menpercepatkan lagi pengaruh yang tidak baik masuk ke dalam diri pelajar. Pelajar seperti itu bertindak mengikut perasaan tanpa mengira batasan. Sikap individu itu sebagai seorang pelajar mestilah mempunyai prinsip dan pendirian. Seseorang pelajar itu menjadi baik dan bertanggungjawab sekiranya hidup pelajar itu berprinsip dan mempunyai keimanan yang kukuh dalam jiwanya. Mereka tidak mudah terjebak dengan gejala yang tidak baik ini. Hurlock (1973), kaum remaja akan mengalami gangguan emosi seperti kebimbangan. Gangguan emosi ini berlaku akibat dari kegagalan membuat penyesuian semasa bertembung dengan situasi-situasi baru. Apabila tidak ada

penyelesaian yang memuaskan antara individu dengan persekitaran, maka mereka akan menghasilkan tingkah laku berbentuk menyimpang sehingga boleh menimbulkan masalah sosial yang besar kepada masyarakat dan negara. ii. Faktor Rakan Sebaya Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan pelajar yang memberikan sokongan moral dalam mencari identiti diri dan dan pembentukan imej (Pomberi,1990; Mahmood,1991). Rakan sebaya memberi peluang kepada mereka untuk mengikut piawai kumpulan itu dalam aspek-aspek gaya pakaian,pertuturan, oreintasi kepada muzik, tarian, tayangan filem dan lain-lain. Masalahnya timbul apabila pendedahan seperti ini biasanya melibatkan nilai-nilai buruk yang membawa kepada keruntuhan disiplin dan moral mereka. Rakan sebaya merujuk pada remaja yang sama umur ataupun sama paras kematangan. Pada peringkat remaja, rakan sebaya memainkan peranan pentingdalam kehidupan mereka. Perhubungan baru seperti hubungan antara jantina berlainan wujud dan rakan sebaya menggantikan keluarga dalam aktiviti sosial serta riadah. Remaja mempunyai pelbagai hubungan dengan rakan sebaya dan mereka menghadapi budaya yang mempunyai norma dan sistem nilai berbeza. Remaja mendapat maklumat berkenaan di luar keluarga serta maklum balas mengenai keupayaan mereka daripada rakan sebaya. Remaja memerlukan rakan-rakan sebaya dengan mereka bagi membantu perkembangan diri. Rakan sebaya berpengaruh dalam membentuk akhlak dan peribadi remaja. Rakan sebaya yang baik akan membentuk akhlak yang baik. Sebaliknya, rakan sebaya yang tidak mempunyai akhlak yang baik mempengaruhi akhlak rakannya ke arah yang tidak baik juga. Pengaruh rakan sebaya adalah sumber paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap remaja apabila pengaruh keluarga berkurangan pada peringkat lewat kanak-kanak. Tekanan rakan sebaya adalah pengaruh dan tekanan yang dirasai oleh remaja daripada rakannya (Artwater,1998). Remaja memerlukan rakan sebaya bagi mendapatkan pengiktirafan dan sokongan. Kumpulan rakan sebaya menyediakan peluang kepada remaja mempraktikkan tingkah laku yang baru serta mengembangkan kemahiran sosial yang perlu bagi interaksi pada masa hadapan. Tekanan rakan sebaya mungkin bersifat positif seperti dalam pencapaian akademik dan sukan ataupun

negatif seperti penagihan dadah dan alkohol. Menurut Freud (dalam Fiest dan Fiest, 1936), peringkat latensi merupakan peringkat senyap dalam kehidupan seksual remaja. Pada peringkat latensi ini, remaja dapat membentuk cara hidup, kefahaman dan cara berhubung dengan rakan sebaya atau masyarakat. Perubahan ini tidak akan merungsingkan sangat kalau teknik-teknik pertukaran itu dialami sedikit demi sedikit. Remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggup melakukan apa shaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yang berasal daripada keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya.Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka pelajar ini terpengaruh hendak menjalankan aktiviti yang sihat. Pelbagai perkara positif yang dapat dipelajari menerusi rakan sebaya. Contohnya, rajin belajar seperti berbincang berkaitan pelajaran sekolah, pelajar berkenaan turut rajin belajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar itu sendiri. Sebaliknya, sekiranya rakan sebaya ini cenderung melakukan aktiviti yang kurang sihat seperti merokok, meniru dalam peperiksaan dan lain-lain yang boleh menjejaskan pelajaran mereka. iii. Faktor Keluarga Keluarga juga berpengaruh dalam perkembangan kognisi kanak-kanak. Keluarga yang lengkap yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mampu untuk membentuk minda yang sihat. Ini kerana kasih sayang merupakan unsur penting membantu pembentukan minda kanak-kanak. Remaja yang berada dalam lingkungan keluarga yang berpecah belah akan merasai kesan buruk pada perkembangan kognisi mereka. Sebagai contoh, delikuen yang dilakukan oleh remaja masa kini merupakan hasil daripada mental ibu bapa, anggota keluarga dan sekitaran kejiranan yang tidak terkawal dengan baik (Kartini 1986). Situasi ini menurut Kartini lagi mempengaruhi mental dan kehidupan remaja yang belum matang.

Satu kajian delikuensi didapati bahawa bahawa remaja yang terlibat dengan perlakuan delinkuen ada hubungan dengan jenis keluarga yang bercerai atau berpisah. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Sheldon, Glueck dan Goode (1985), kenakalan dengan beberapa jenis rumah tangga atau keluarga yang berpisah. Remaja yang nakal relatifnya bermungkinan berasal berkemungkinan berasal dari keluarga yang bercerai. Ini kerana kenakalan remaja lahir daripada perkembangan mental yang tidak sihat dan sukar membuat keputusan yang rasional. Remaja mula mencari kebebasan daripada ibu bapa dan mencari identiti kedewasaan. Remaja masih membentuk kasih sayang dan penghormatan terhadap ibu bapa tanpa bergantung kepada mereka. Sebenarnya remaja menghadapi konflik, iaitu ingin bergantung dari sudut ekonomi dan kewangan tetapi pada masa yang sama ingin bebas daripada ibu bapa. Pelajar daripada keluarga yang berpecah belah atau ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta, tempat di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan pelajar-pelajar terutama dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Ini bersesuaian dengan salah satu keperluan iaitu keperluan termilik dan kasih sayang (Maslow,1954) Persekitaran keluarga boleh merosakkan sikap keluarga. Sikap ibu bapa yang negatif dan tidak sihat boleh menyebabkan kesukaran dalam mencapai tugas perkembangan pelajar remaja. Misalnya, ibu bapa memodelkan tingkah laku yang tidak diingini. Ibu bapa akan menjadi model yang negatif bagi tingkah laku. Ibu bapa yang tekal, garang dan tidak stabil adalah model negatif. Perhubungan ibu bapa yang tidak harmonis, perkelahian adik-beradik dan ibu bapa yang selalu tiada di rumah untuk berdampingan dengan anak mereka akan mempengaruhi tingkah laku atau tugas perkembangan remaja. Ahli keluarga yang lain seperti adik-beradik dan saudara-mara mempunyai peranan terhadap pembentukan personaliti seseorang individu. Di samping itu, gaya pengasuhan dan pengalaman positif yang diperlukan serta n ilainilai murni yang diterapkan akan membina personaliti individu. Nilai-nilai murni yang diterap oleh keluarga mempunyai kesan yang positif sehingga mewarnakan hidup individu tersebut hingga ke alam dewasa. Kes-kes penyelewengan seperti ponteng, lari dari rumah, melepak dan lesbian jika dikaji akar umbinya sedikit

sebanyak adalah berpunca daripada interaksi dan bimbingan dalam keluarga. Oleh itu, tingkah laku ibu bapa harus menjadi model kepada anak-anak remaja untuk membentuk tingkah laku yang positif.

iv. Faktor Suasana Sekolah Faktor suasana sekolah dapat mempengaruhi masalah disiplin pelajar secara tidak langsung. Suasana sekolah merangkumi bentuk bangunan sekolah, pokok-pokok dan bunga-bunga yang ditanam dan kemudahan-kemudahan seperti tempat bermain dan perpustakaan (Mok Soon Sang, 1992). Suasana sekolah merupakan satu faktor yang menyumbang ke arah pelajar yang tidak berdisiplin. Ahli-ahli sosiologi berpendapat tingkah laku buruk remaja dipupuk oleh keadaan sekitar yang tidak menyenangkan. Bagi pelajar, suasana yang tidak menarik menjadikan keadaan lebih buruk. Secara sedar atau tidak, sekolah juga turut menyumbang kepada permasalahan disiplin pelajar. Sebagai sebuah organisasi masyarakat, sekolah mempunyai kelemahan dan kekurangannya sama ada dari segi fizikal atau kemanusiaan, menjadikannya tidak berupaya memenuhi segala tuntutan dan harapan segenap lapisan. Di sekolah, murid memperoleh prestasi yang memuaskan, menjawat jawatan yang bertanggungjawab seperti pengawas dan mendapat penerimaan guru dan rakan sebaya. Keadaan positif ini akan membentuk personaliti yang positif. Prestasi di dalam bilik darjah akan mempengaruhi tingkah laku pelajar. Pelajar tersebut gembira dan tekun belajar serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Jika pelajar selalu gagal, maka pengalaman pahit itu akan mendorongkan pelajar itu mudah putus asa dan takut menghadapi peperiksaan. Persekitaran sekolah akan menjadi fobia bagi pelajar seperti ini. Jesteru, pihak sekolah perlu memberikan tumpuan terhadap tingkah laku pelajar seperti ini dengan memberikan peneguhan positif. v. Faktor Guru

Dalam beberapa keadaan, guru-guru sendiri dianggap menjadi penyebab kepada kelakuan tidak baik pelajar. Ramai guru yang mengambil bidang perguruansebagai pilihan terakhir dan mereka tidak mempunyai minat tulen hendak mengajar. Sama ada berkelakuan baik ataupun tidak, ia tidak menjadi soal bagi mereka. Terdapat juga beberapa guru yang tidak cekap dan menunjukkan sikap tidak acuh. Sumbangan mereka kepada pembentukan dan pengawalan tatatertib yang baik di kalangan muridmurid boleh dikatakan tidak ada sama sekali. Ini kerana mereka menpunyai sikap tidak ambil tahu. Ada pula guru-guru dikatakan tidak mahu berbuat apa-apa bagi mencegah kelakuan tidak baik supaya mereka tidak dibenci oleh murid kerana ingin menjadi popular di kalangan murid-murid. (A. Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad, 1982:263). Profesion perguruan adalah profesion yang kompleks dan tugasan guru sangat luas berbanding pekerjaan yang lain. (Logan & Logan,1974). Guru bertanggungjawab sebagai pengasuh, kaunselor, pengadil, polis, hakim, pelakon, kerani, jururawat,, pensyarah, penulis, setia-usaha, pekerja sosial dan lainlain. Tugasan itu dilakukan secara langsung dan tidak langsung di sekolah. Guru-guru perlu menitikberatkan aspek-aspek pengetahuan, tingkah laku, tanggungjawab dan kecekapan guru. Guru perlu berkebolehan menilai kebolehan dan perkembangan pelajar. Dalam hal ini, guru perlu berupaya menentukan kaedah-kaedah serta strategistrategi yang berkesan bagi memandu pelajar-pelajar yang berbeza daripada segi kebolehan dan minat. Tugas utama seseorang guru adalah memahami peranannya dalam proses pengajaran serta mempunyai banyak pengetahuan. Guru perlu mempunyai banyak pengetahuan terutama daripada segi latar belakang pelajar serta berkenaan pelajaranyang akan diajar (Logan & Logan, 1974). Seseorang guru tidak boleh lari daripada menghadapi masalah dalam kehidupannya. Bagaimanapun guru seboleh-bolehnya perlu mengelakkan diri daripada membawa masalah peribadi semasa mengajar di dalam kelas. Emosi guru perlu sentiasa dalam keadaan tenang, stabil, bersyukur dan sederhana semasa mengajar. Guru yang sentiasa berkeadaan tenang pasti mudah didekati pelajar.

Pendekatan yang digunakan oleh guru semasa mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah berdisiplin mestilah tegas tetapi tanpa emosi. Guru perlu bersifat sabar, bertimbang rasa, tidak menghukum pelajar dengan hukuman terlalu berat, menghukum mereka tanpa usul periksa dan lebih banyak memberi ganjaran daripada mengenakan hukuman. 2.5 Faktor Persekitaran yang mempengaruhi kemerosotan disiplin pelajar Wong Khek Seng (1996), menyatakan persekitaran yang canggih dan menarik seperti kompleks membeli belah, arked video, pusat snuker, taman-taman rekreasi, pusatpusat hiburan dan sebagainya, menjadi faktor tarikan utama yang menyebabkan kejadian melepak berlaku pada zaman moden ini. Dalam kehidupan seharian besar kemungkinan kita akan mentakrifkan persekitaran sebagai alam sekeliling. Dalam bidang psikologi pula takrif persekitaran adalah lebih meluas. Menurut Norman L. Munn (1969), berpendapat persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit kebakaan. Persekitaran dikatakan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu kea rah pencapaian yang baik dalam pelajaran, selain daripada faktor baka. Antara faktor persekitaran itu termasuklah faktor peranan ibu bapa, masalah keluarga, pengaruh sekolah, rakan sebaya, masyarakat, motivasi dan peranan multimedia. Di samping itu, dalam memenuhi keperluan sosial, individu memerlukan ruang untuk menjalankan aktiviti sosial. Menurut Aishah (1993), ciri-ciri bangunan tinggi seperti rumah pangsa dan bilik kediaman menghadkan aktiviti rekreasi dijalankan di dalam rumah. Oleh itu, penghuni akan lebih kerap keluar dari rumah untuk mendapatkan keseronokan. Masa yang lebih banyak dihabiskan di luar rumah untuk mendapatkan keseronokan. Masa yang lebih banyak dihabiskan di luar rumah dari dalam rumah. Mereka yang tinggal di kawasan perumahan akan lebih kerap berjumpa kawan-kawan di kawasan persekitaran, dengan itu mereka terdedah kepada gejala yang tidak sihat seperti penagihan dadah seandainya tersalah pilih kawan. Individu membuat perubahan dalam persekitaran dan persekitaran pula menghasilkan perubahan pada diri individu dan tingkah lakunya. Boleh dikatakan, faktor tingkah laku adalah pelengkap. Tidak semua organisma,

tidakkira potensi dan kualiti asanya, kebolehan ataupun mempunyai ciri yang sama sekali kerana bergantung pada jenis persekitaran tempat mereka membesar. Antara persekitaran yang dapat merosakkan akhlak remaja adalah, konsert rock, pusat-pusat permainan video, pengguguran, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, penyiaran gambar lucah, penubuhan pusat-pusat hiburan yang beransurkan seks dan simbol seks seperti pertandingan ratu cantik dan pertunjukan fesyen wanita.

Anda mungkin juga menyukai