Anda di halaman 1dari 10

SAJAK SENJA DI PALANG BESI

Karya PENAALAM
Senja mula menangis
Remang membongkar sendu
Mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya
Berlari dicelah jambangan bunga dedawai
Menari Mengikat ramah kekosongan
Dalam kotak tidur sepi nan pedar hati.

Pilu wajahmu sang senja


Yang dulu melakarbahagia
Kini merayap sayu membelai jemari malam
Dalam keterbuangan yang merangkum
Dalam keterasingan yang mencengkam
Dalam kesakitan yang membungkam.

Tanpa pasir pantai atau silir angin


Rentet susun bibir palang besi dingin itu
Menjerut resah berteleku dalam hening
Bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan
Menghantar pergi erti keriuhan
Jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri
Bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian
Hukuman terhebat hikayat kemanusiaan.
TEMA
Kesengsaraan dan kesunyian kehidupan
seseorang di dalam penjara.
MAKSUDSETIAPRANGKAP
 RANGKAP1:
Penyajak berasa sangat sedih dan
menyesal apabila tinggal di dalam
penjara kerana beliau hanya dapat
melihat melalui celah-celah tirai besi
penjara.
 RANGKAP2:
Sebelum ini, penyajak begitu bahagia dan kini
bertukar sayu tatkala terpaksa hidup di dalam
penjara yang menyakitkan.

 RANGKAP3:
Suasana penjara yang sunyi, dipagari dengan
palang besi, tiada tilam yang selesa dan
pendingin hawa menyebabkan jiwanya
semakin sunyi. Penyajak sedar bahawa inilah
hukuman yang terpaksa ditempuhi.
PERSOALAN
 Keredhaan seorang penjenayah
menjalani hukuman penjara.
 Kehidupan yang bebas membawa
erti kebahagiaan.
 Insaf dengan perbuatan yang telah
dilakukan sebelum ini.
GAYABAHASA
 ANAFORA
• dalam keterasingan yang mencengkam
• dalam kesakitan yang membungkam.

 SINKOPE
• Pilu wajahmu sang senja
 INVERSI
• Pilu wajahmu sang senja

 ASONANSI
• Tanpa pasir pantai atau silir angin

 RIMAAKHIR
• Baris 1: abcdef
• Baris 2: aabcbb
• Baris 3: abcddedd
NILAI

• KEREDHAAN
• KEBEBASAN
• KEINSAFAN
PENGAJARAN
 KEREDHAAN
Kita hendaklah redha menempuhi segala ujian dan
cabaran yang diberikan.

 KEBEBASAN
Kita haruslah bersyukur dengan kebebasan yang
diberikan dan menghargainya dengan baik.

 KEINSAFAN
Kita mestilah insaf dengan kesalahan yang telah
dilakukan .

Anda mungkin juga menyukai