Anda di halaman 1dari 11

Contoh Jawapan 2

Tugasan EDU3105 (Satu kumpulan dua orang) Topik 3 :Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah: Model Assure Nama ahli kumpulan: 1. Rose Suhaida Binti Ruslan 2. Siti Nurul Salbiah Binti Shaidan Unit: S4-PISMP-RBT4 Tarikh: 30 JUN 2011 Jawab SEMUA soalan
1. Terdapat enam langkah dalam model ASSURE.Senaraikan langkah-langkah tersebut. Pilih dua langkah daripadanya dan huraikan secara terperinci langkah-langkah berkenaan. Huraian hendaklah disertakan contoh yang sesuai dengan subjek pengkhususan anda. 2. Anda hendak menyediakan satu rancangan persediaan mengajar bagi satu topik pelajaran subjek anda. Sediakan dua objektif pengajaran pembelajaran setelah menganalisis ciri-ciri pelajar. 3. Pilih media yang sesuai bagi topik yang berkenaan.Berikan rasional pemilihan tersebut, 4. Dalam fasa analisis learner, aspek pelajar adalah diutamakan. Apakah ciri-ciri umum pelajar yang dapat dikaitkan dengan Model ASSURE. 5. Model Mutiple Intelligence adalah satu contoh gaya pembelajaran. Terangkan ciri-ciri yang terdapat dalam model ini. Berikan contoh berdasarkan subjek pengkhususan anda. 6. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran guru menggunakan media pengajaran semasa memberikan input kepada pelajar penting untuk mendapatkan perhatian pelajar. Pilih kemahiran guru yang sesuai untuk mendapatkan kemahiran pelajar. 7. Sediakan satu contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) matapelajaran pengkhususan anda. Bagaimana Model ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda.

MUHAMMAD AMIN BIN SIMON Pensyarah 30/06/2011

1. Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Model ASSURE mengandungi 6 langkah (Heinich (1982).
A Analyse learner (Analisis pelajar) S State objective (Nyatakan objektif) S Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan) U Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan) R Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar) E Evaluate and revise (Nilai dan semak)

Huraian dua langkah daripada langkah-langkah berkenaan : i). Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media) Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki terlebih dahulu. Tetapi jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru bersesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran. ii). Use media (gunakan media) Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat kemudahan untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid serta yang memberi motivasi kepada murid supaya murid merasa seronok. Adakan juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan. ________________________________________________________________ ____________ 2. Subjek : Kemahiran Hidup Tahun 4 Topik : Menyelenggara Lampu Suluh Objektif Pengajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid boleh: 1) Membuka sembilan komponen lampu suluh. 2) Mengenalpasti fungsi 4 daripada 4 komponen dalam lampu suluh. 3) Memasang semula komponen dengan sempurna dan berfungsi. ________________________________________________________________ ____________

3. Media yang sesuai digunakan bagi topik Melenggara Lampu Suluh ini ialah media bukan cetak dan media cetak: Media Bukan Cetak Antara contoh media bukan cetak yang boleh digunakan dalam topik ini ialah media tayangan kaku dan bergerak seperti slaid bergerak dan video, bahan pameran tiga-dimensi seperti lampu suluh sebenar dan model keratan lampu suluh. Rasional memilih media ini ialah kerana media ini lebih berkesan dan menarik seperti melalui penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan. Melalui tayangan video dan slaid yang menayangkan rajah sebenar model yang dipelajari, murid dapat mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan sebenar. Media jenis ini jugak lebih menarik minat murid kerana unsur-unsur warna, pergerakan, bunyi-bunyian dapat mengatasisikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Media Cetak Media cetak yang sesuai digunakan dalam pengajaran topik ini ialah seperti lembaran kerja dan rajah komponen-komponen elektronik yang terdapat di dalam lampu suluh. Rasional pemilihan media ini ialah bertujuan menyujudkan suasana perbincangan dan pengamatan oleh murid. Melalui rajah komponen yang diedarkan, murid dapat meneliti dan memahami dengan kaedah inkuiri penemuan yang dijalankan. Edaran ini juga boleh menjadi rujukan kepada sebarang kemusykilan yang dihadapi murid. Lembaran kerja pula memberi ruang untuk murid berinteraksi sesama murid dan berkongsi kefahaman melalui pembelajaran yang telah dijalani. ___________________________________________________________ ________ 4. Terdapat 3 perkara penting untuk menganalisis ciri-ciri pelajar: (a) Ciri-ciri umum Merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap, latar belakang sosial ekonomi dan sebagainya. (b) Kompetensi khusus Berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.

(c) Gaya pembelajaran Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran. ________________________________________________________________ ____________ 5. Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences) Teori pelbagai kecerdasan (multiple intelligences) diperkembangkan oleh Howard Gardner (seorang profesor pendidikan di Harvard University) dalam tahun 1983. Beliau berpendapat tanggapan tradisional tentang kecerdasan (intelligence) iaitu berasaskan ujian I.Q. adalah terlalu terhad. Sebaliknya, beliau mencadangkan lapan kecerdasan yang berbeza untuk mengambil kira kepelbagaian potensi manusia, iaitu: Kinestatik Kebolehan untuk menggunakan satu badan, atau anggota bagi satu badan, untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu, atau meletakkan ke atas satu penghasilan. Keupayaan untuk memahami, berkomunikasi dan berhubung dengan orang dan kumpulan lain. Kebolehan untuk memahami diri sendiri dan berhubung dengan satu persekitaran terdekat. Keupayaan untuk memanipulasikan nombor atau memahami perhubungan sebab dan akibat sesuatu sistem. Keupayaan untuk berfikir dalam istilah muzik, mendengar dan mengenali corak, membezakan antara bunyi-bunyian dan mencipta muzik. Keupayaan untuk membezakan antara benda-benda hidup dan berhubung dengan persekitaran semulajadinya Keupayaan untuk menggunakan bahasa, secara lisan dan bertulis secara berkesan Keupayaan untuk berfikir berkaitan dengan gambar, imej, bentuk dan corak

Interpersonal Intrapersonal Logikal/ Matematikal Muzikal/Lirik

Semulajadi

Verbal/Linguisti k Visual/Spatial

___________________________________________________________ ___________ 6. Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus:

a. Menyayangi semua pelajar b. Yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti c. Mencintai mata pelajaan yang diajar d. Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran e. Merangsang dan mendorong pelajar anda untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran f. Bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah
1. Perbincangan Perbincangan melibatkan interaksi dua hala antara pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan guru. Jadi, perbincangan adalah kaedah dinamik yang menggalakkan perhubungan ahli bilik darjah dan melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Melalui kaedah ini, pelajar berbincang antara satu sama lain, berkongsi maklumat serta memberi dan menerima pendapat. 2. Tunjuk Cara Tunjuk cara merupakan kaedah pengajaran yang memberi peluang kepada pelajar melihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan. Pelajar dapat melihat sendiri bagaimana langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dan pelajar boleh mengikuti contoh yang diperhatikan selepas ditunjukkan caranya. 3. Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif ialah satu persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah di mana pelajar dari kumpulan berkebolehan berlainan (heterogeneous) bekerjasama belajar kemahiran kaloboratif dan sosial apabila bekerja dalam kumpulan kecil ke arah pencapaian objektif dan matlamat pengajaran yang sama. Contohnya dalam merekabentuk dan menghasilkan projek sistem pengurusan pangkalan data, setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan berkongsi pengetahuan, saling menyoal atau menjawab soalan dan sama-sama mengkaji sesuatu masalah. Seorang pelajar tidak dapat menyempurnakan tugas tersebut secara sendirian sebaliknya perlu bergantung kepada ahli-ahli lain dalam kumpulannya. Guru hanya bertindak sebagai pemudah cara, pembimbing atau pembekal sumber maklumat. Setiap kumpulan pada akhirnya membentangkan projek yang telah dihasilkan untuk dibincangkan. 4. Eksplorasi Penemuan Kaedah eksplorasi penemuan menggalakkan pelajar mencari jawapan sendiri terhadap sesuatu masalah melalui proses celik akal serta cuba-cuba dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu proses perisian. Guru sebagai fasilitator atau pengurus pembelajaran akan menyediakan persekitaran pembelajaran agar eksplorasi penemuan dapat dilaksanakan. Prinsip utama dalam

kaedah eksplorasi penemuan ini ialah pelajar menemui sesuatu secara perbuatan bukan secara mendengar atau membaca (Siti Fatimah 1998 ) 5. Projek Kaedah projek yang berkonsepkan belajar sambil membuat ( learning by doing) boleh mempercepatkan proses pembelajaran. Projek atau tugasan menjadi matlamat kepada kemahiran yang hendak diperolehi. Guru menyediakan kriteria output yang hendak dihasilkan setelah pelajar menguasai kemahiran tersebut melalui aktiviti berkumpulan. sistem yang telah dibina. Projek ini diberitahu pada awal pembelajaran topik supaya pelajar lebih bermatlamat dan boleh merancang strategi dalam menyiapkan projek berkenaan dengan jayanya. 6. Pembelajaran Aktif Dalam strategi pembelajaran aktif, pelajar bukan sahaja belajar dari guru malah pelajar boleh mendapatkan maklumat menggunakan kemudahan teknologi maklumat. Pelajar akan mendapat maklumat yang diperlukan secara sendiri. Pelajar digalakkan untuk meneroka dan mendalami bidang ilmu tertentu supaya mendapat tahap pencapaian yang cemerlang. 7. Pembelajaran Kaloboratif Pembelajaran ialah pelajar belajar menerusi interaksi dengan orang lain. Kolaborasi mempunyai dua aspek asas iaitu i. melibatkan hubungan antara para pelajar. Pelajar bekerja bersama-sama sebagai rakan sebaya, menggunakan gabungan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah. Perbincangan hasilan memberikan peluang kepada pelajar meneroka lebih jauh lagi pilihan terjemahan dan untuk menguji serta memurnikan kefahaman mereka. ii. melibatkan peranan guru. Ini bukan bermakna guru mengetahui jawapan kepada masalah tersebut. Sebenarnya masalah itu mungkin baru bagi guru sebagaimana ia baru bagi pelajar. Bagaimanapun, guru mempunyai pengetahuan yang cukup berkenaan dengan proses penyelesaian masalah dan membina pengetahuan. Dengan itu guru bertugas sebagai model dan penunjuk arah, menunjukkan kepada pelajar bagaimana untuk memperkembangkan pengetahuan mereka dan memberikan tunjuk ajar apabila mereka mempunyai kesulitan. 8. Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran dalam konteks adalah berdasarkan bahawa pengetahuan berkembang apabila digunakan. Oleh sebab itu, arahan adalah berupa suruhan kepada pelajar supaya mengambil pengetahuan untuk bekerja dalam konteks menyelesaikan masalah sebenar dan bermakna. Bagaimanapun tidak semua masalah mempunyai kesan yang sama. 9. Pembelajaran Masteri Pembelajaran Masteri (Mastery Learning) telah diperkenalkan oleh Bloom (1956). Pembelajaran Masteri dipercayai boleh menangani masalah pelajar yang mempunyai

pelbagai peringkat kebolehan. Pengajaran individu didapati sukar untuk dilaksanakan walaupun tiap-tiap pelajar boleh belajar mengikut kebolehan mereka, menggunakan bahan yang berbeza mengikut kebolehan mereka serta membenarkan pelajar belajar mengikut objektif masing-masing.

_____________________________________________________________ ____________ 7. Contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Kemahiran Hidup Tahun 4 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Kelas Umur Bil. Murid Topik

: Kemahiran Hidup : 4 Anggun : 10 tahun : 30 orang : Menyelenggara Lampu Suluh

Tarikh Masa

: 1 MAC 2011 AL :10.30pg -11.30 pg

Kehadiran : / 30

Pengetahuan Sedia Ada:

SO 1)Murid pernah menggunakan lampu suluh di rumah.

2) Murid tahu kegunaan lampu suluh. Objektif Pengajaran

Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid boleh; SO 4)Membuka sembilan komponen lampu suluh. 5) Mengenalpasti fungsi 4 daripada 4 komponen dalam lampu suluh. 6) Memasang semula komponen dengan sempurna dan berfungsi. KBKK :

a. SM Meneliti hubungan antara komponen kecil dan komponen besar. b. Menyusun c. Bandingbeza SM

PENERAPAN NILAI : Bersih, teliti, rajin, bekerjasama, mematuhi peraturan,

bersemangat, hormat, ABM : lampu suluh BBM : slaid bergerak, keratan lampu suluh, KMD : Kajian Reka Bentuk (sistem pemasangan automatik)

Langkah /Masa Set Induksi (5 min)

Isi Pelajaran

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

Guru bertanya kepada murid Guru memadamkan lampu NILAI: Apakah yang anda gunakan kelas. semasablackout di rumah? Guru menyalakan lampu suluh sebenar dan Guru menunjukkan lampu menyuluh di sekitar kelas. suluh. Guru bertanyakan kepada murid dan menyuruh murid memberi pandangan. Guru mengaitkan dengan skop pelajaran.

Mendengar arahan UM RLP BBM: Guru mempamerkan keratan lampu suluh. Mengenal pasti komponen Murid meneliti keratan yang terdapat pada lampu lampu suluh tersebut. suluh. Guru menyuruh murid a. Penutup/Suis menamakan komponenb. Perumah komponen lampu suluh. Bateri Guru membetulkan jika c. Badan terdapat kesilapan. d. Bateri Guru membuka keratan lampu suluh dan memberi peluang murid melihat komponen lampu suluh. Keratan lampu suluh. Lampu suluh KAEDAH:

Perkembanga n Langkah 1 (10 min)

REFLEKSI: ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ __________________ Integrasi Model ASSURE dalam RPH: Petunjuk: AL- analyse learners (analisis pelajar) SO- state objective (nyatakan objektif) SM- select method (pilih kaedah) UM- utilize media (gunakan bahan dan sumber) RLP- requied learner participation (melibatkan pelajar dalam pembelajaran) ER- evaluate and revise (nilai dan semak semula) Kesimpulan Model ASSURE mempunyai asas yang sangat kukuh untuk membangunkan kursus pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kajiankajian lepas, model ini bukan sekadar memberi panduan kepda guru dalam pengajran dan pembelajaran malah setiap ciri yang terkandung dalam ASSURE boleh mengubah persepsi pelajar terhadap proses pengajaaran dan pembelajaran yang selalu dianggap membosankan. Sekiranya ciri-ciri model ASSURE ini diaplikasikan sepenuhnya dalam membangunkan kursus pengajaran dan pembelajaran, saya yakin bahawa pelajar akan sentiasa tertunggu-tunggu pengajaran guru pada haru tersebut. Bagi pihak guru pula, proses penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai