Anda di halaman 1dari 4

Info di laman web: https://ms.wikipedia.

org/wiki/Rom

Pembinaan sejarah

Koloseum dibangun pada pemerintahan Vespasianus pada tahun 72


terselesaikan oleh anaknya Titus pada tahun 80 M. Colosseum didirikan
berdekatan dengan sebuah istana megah yang sebelumnya
dibangun Nero, yang bernama Domus Aurea[1] yang dibangun sesudah
kebakaran besar di Roma pada tahun 64 M. Dio Cassius, seorang ahli
sejarah. mengatakan bahawa ada sekitar 9000 haiwan buas yang
dibunuh dalam masa 100 hari perayaan peresmian dan pembukaan
Colosseum tersebut.

Lantai dari arena Colosseum tertutupi oleh pasir untuk mencegah agar
darah haiwan dan manusia yang tertumpah tidak mengalir ke mana-
mana.

Pengenalan
 –
 Sumbangan Tamadun Rom daripada aspek seni bina
Tamadun Rom banyak menyumbang dalam bidang pembinaan.Bangunan
terkenal yang dibina pada zaman Rom ialah Colosseum , Pantheon dan Circus
Maximus. Colosseumialah sebuah panggung terbuka dan berbentuk bulat yang
dibina pada tahun 80M. Ciriistimewanya ialah ia berbentuk melengkung dan
dapat memuatkan 50 000 orang penonton.Pantheon ialah sebuah kuil yang
berbentuk bulat yang dibina pada tahun 2M. Saliran airyang dikenali sebagai
aqueduct 
 juga telah dibina. Orang Rom juga membina jalan raya,tempat mandi awam, air
pancuran dan kolam renang. Seni bina Rom ini memaparkangabungan
tradisi Etruscan, Yunani dan Rom yang dipanggil Graeco-Roman.

Zaman kegemilangan

Koloseum digunakan sehingga tahun 217, meskipun telah rosak akibat


kebakaran kerana disambar petir. Koloseum telah dibaiki pada tahun
238 dan menjadi tempat pertunjukan gladiator sehingga ia secara
beransur-ansur dihentikan.

Bangunan ini kemudian digunakan untuk menyimpan perbagai


jenis binatang sehingga tahun 524. Dua gempa bumi yang berlaku pada
tahun 442 dan 508 menyebabkan kerosakan teruk pada struktur
bangunan tersebut. Semasa Zaman pertengahan, Koloseum mengalami
kerosakan yang lebih teruk sekali lagi disebabkan oleh gempa
bumi pada tahun 847 dan 1349.

Banyak batu marmar digunakan untuk melapisi dan membangunkan


kembali bahagian-bahagian Koloseum yang telah rosak kerana terbakar.
Pada abad ke-16 dan ke-17, keluarga-keluarga Roman menggunakan
Koloseum sebagai tempat pengambilan batu marmar untuk pembinaan
bangunan Basilika St. Peter dan kediaman khusus palazzi,
keluarga Roman.
Seni bina

Bidang seni bina di Rom telah berkembang selama berabad-abad


lamanya, terutamanya dari gaya Rom Imperial dan Klasik sampai seni
bina fasis moden. Rom pada satu tahap pernah menjadi salah satu
pusat-pusat seni bina klasik utama dunia dengan mengembangkan
bentuk-bentuk seni bina baharu seperti gerbang, kubah,
dan kekubah. Gaya Romanesque pada abad ke-11 hingga ke-13 juga
banyak digunakan dalam seni bina tempatan, dan seterusnya, kota ini
menjadi salah satu pusat-pusat utama seni bina Renaissance, Baroque,
dan neoklasik.

Pendidikan

Rom merupakan salah satu pusat utama pendidikan tinggi kebangsaan


dan antarabangsa yang meliputi banyak akademi, isntitut pengajian
tinggi, dan universiti. Rom memiliki pelbagai akademi dan institut
pengajian tinggi, serta sentiasa menjadi pusat utama pendidikan dan
inteletual di seluruh dunia, khususnya sepanjang zaman Rom purba
dan Renaissansce, bersama-sama dengan Firenze (Florence).Menurut
Indeks Penjenamaan Bandar, Roma dipandang sebagai bandar kedua
di dunia yang paling indah dan menarik dari segi budaya, pendidikan,
dan sejarah.[14]

Universiti pertamanya, La Sapienza (didirikan pada 1303), merupakan


salah satu universiti-universiti terbesar di dunia, dengan lebih daripada
140,000 orang mahasiswa; Universiti Sapienza pada 2005 diberi
kedudukan sebagai universiti ke-33 terbaik di Eropah [15] dan pada tahun
2013 menempati peringkat ke-62 di dunia serta teratas di Itali.
Asal usul

Pada 21 April 753S M, Romulus telah membuka sebuah bandar di sini,


di Lembah Latium yang didiami oleh penduduk-penduduk Latin pada
masa itu. Pada tahun 1509, Rom telah menubuhkan sistem Republik
selepas rakyat bangun menentang rajanya yang memerintah secara
mutlak. Penentangan ini dipimpin oleh golongan bangsawan yang
dikenali sebagai patrician. Pada masa kedua Masihi, telah wujudnya
Majlis Perbandaran untuk mentadbir bandar- bandar di Rom. Pada masa
yang sama, Pompei dijadikan bandar contoh.Misalnya, di Pompei
terdapat pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah
ibadat, kedai, pintu gerbang, dan colloseum. Tamadun Rom merupakan
salah satu tamadun yang terunggul dalam sejarah manusia, selain
Tamadun Yunani, Indus, India, China dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai